Showing posts with label Musyrif Ziqri. Show all posts
Showing posts with label Musyrif Ziqri. Show all posts

Thursday, 6 March 2014

Assalamualaikum

Hurm... Ambil bulu ayam, sapu-sapu sikit kat blog ni yang dah agak berhabuk :) Lama benor aku dah tak menulis. Bukannya tiada idea. Adakalanya ilham tu datang tapi peluang nak menulis yang tak kesampaian. Kadang-kadang tu datang rasa malas dan ada masanya rasa mengantuk jadi penghalang. Macam-macam hal.

Nak rewind apa yang berlaku sejak tarikh post terakhir - 23 Januari.

29 Januari 2014, genap 3 tahun kitorang berkahwin. Tiada sambutan yang terlalu istimewa. Rancangan surprise yang last minute. Apa yang penting, ikhlas kan ;) Happy 3rd anniversary syg.

Musyrif Zaeem balik kampung kat Rembau dan Masjid Tanah buat pertama kalinya pada 31 Januari. Tapi mood Zaeem tak berapa ok dan asyik menangis je. Next time kita balik kampung lagi kena jadi good boy ok!

Anak sepupu Mama Eta berkahwin dan riuh-rendah laa kawasan kejiranan rumah MIL dengan macam-macam aktiviti pada 8 & 9 Februari. Masa kenduri macam ni, aku cuma reti menolong basuh pinggan mangkuk je. Wife jaga baby. Ziqri yang paling enjoy - bermain.




Zaeem dah mula diajar menyusu menggunakan botol sejak 17 Februari, kira-kira 2 minggu sebelum Mama Eta mula bekerja semula. Muka Zaeem macam tak puas hati je. Haha. Syukur anak ayah ni pandai dan 'cepat belajar'.





Pada 22 Februari, kitorang sekeluarga ke Kulai, Johor untuk melawat ..... Aku patut sebut melawat Alia ke melawat anak dia yang baru lahir ek? Haha. Tak kisah laa melawat siapa pun. Otw balik ke Jenjarom, sempat lagi singgah JPO jap dan pada sebelah malam ada kenduri arwah Abang Ude.

26 Februari, mama & ayah keluar dating jap ala-ala newlywed :p
21 Februari, Zaeem genap 3 bulan manakala 5 Mac, Ziqri genap 30 bulan. Sayang hero-hero ayah ni ;)




Tiada caption khusus untuk gambar kat atas. Tapi saje nak upload sebab keajaiban gambar tu yang pasti membuatkan kita tersenyum :)

Semoga aku akan lebih kerap menulis selepas ni.
Wassalam.

Wednesday, 22 January 2014

Pesanan Ayah Buat Ziqri

Ziqri,

Meskipun Ude telah pergi meninggalkan kita semua, ayah harap kenangan Ziqri dengan arwah tidak akan pudar sampai bila-bila. Betapa sayangnya arwah pada Ziqri bagaikan menyayangi anaknya sendiri. Malah adakalanya dapat ayah rasakan kasih sayang arwah pada Ziqri lebih tinggi daripada yang telah ayah berikan.
Pada pagi sebelum Ude pergi, arwah datang ke rumah Wan. Bila diketahuinya yang Ziqri ada di rumah Along, arwah terus ke sana mencari Ziqri. Masih terngiang-ngiang di telinga ayah suara arwah memberi salam memanggil Ziqri ketika itu. "Assalamualaikum". Suara yang sama itu jugalah yang mampu membuatkan Ziqri berkejaran ke pintu setiap kali arwah datang ke rumah Wan. Apabila arwah ingin pulang pada pagi itu, Ziqri secara spontan salam tangan Wan dan mahu ikut, seakan-akan tidak mahu berpisah dengan Ude.

Tidak lekang senyuman Ziqri ketika bersama arwah. Tidak putus-putus peluk dan cium arwah ketika bersama Ziqri. Arwah yang hadiahkan Ziqri mainan bajak, kereta, bola, pistol dan topi askar. Arwah yang baiki katil Ziqri yang patah. Arwah yang mengajar Ziqri menyanyikan macam-macam lagu.

Rasa ralat mama dan ayah bila Ziqri tak berpeluang menatap wajah insan yang begitu menyayangi Ziqri sebelum arwah dikebumikan. Namun itu mungkin ketentuan Allah supaya Ziqri melihat riak wajah arwah yang tersenyum pada pagi itu sebagai tatapan terakhir.

Ziqri jangan lupakan Ude ye.

Thursday, 5 September 2013

Happy 2nd Birthday Musyrif Ziqri

6.16 pg, 5 Sept 2013, Khamis. Genap 2 tahun usia Ziqri.

Perasaan bercampur-baur bila melihat Ziqri hari ni. Gembira dan syukur dikurniakan anak yang sihat, aktif, ceria serta menghiburkan. Tapi di satu sudut lagi, rindukan saat-saat manja Ziqri sejak 24 bulan yang lalu. Masa itu takkan kembali lagi, hanya tersemat dalam memori diri sendiri. Apapun, hidup mesti diteruskan. Hadapi segala cabaran dan dugaan dalam hidup ini dengan ketabahan. Nikmati setiap detik yang Allah izinkan untuk bersama insan-insan tersayang dengan penuh kesyukuran.

Wah, aku sangat berfalsafah lak tetiba! Lantaklah, tu perasaan ikhlas daripada seorang ayah yang juga merupakan seorang anak dan suami :p

Hari ni aku kerja macam biasa. Mama Eta pun tak ambil cuti rehat macam last year sebab segan-segan lagi kat tempat kerja baru ni bila kerap sangat bercuti. Tapi kerja tak menghalang kitorang untuk meraikan ulangtahun kelahiran Ziqri yang ke-2. Seperti tahun lepas, majlisnya biasa-biasa je. Cukuplah sekadar belanja makan beramai-ramai ahli keluarga merangkap jiran tetangga kira-kira seramai 30 orang. Antara menu makanan hari ni adalah sate, nasi impit, bihun goreng dan kek.


our Musyrif Ziqri


Adakah Ziqri takut api?
Take 5 jap

Peace Yo!
Oh, tak dilupakan pada tarikh 5 September ni juga, genaplah 13 tahun arwah abah mertua meninggal dunia. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Tuesday, 18 June 2013

Bila Ziqri Tidur

Assalaaaaamualaikum..~!!

Bila dibelek-belek gambar-gambar dalam iPad ni, banyak gak gambar yang kitorang ambil bila Ziqri tidur sejak dia lahir sampailah ke hari ni. Macam-macam gaya. Tidur pun comel. Hehe.


Tu je :p

Thursday, 30 May 2013

2nd Check Up & Suntikan Vaksin Chicken Pox

Assalaaamualaikum..~!!

Malam tadi kitorang kembali ke Hospital Bersalin Razif untuk buat 2nd check up Mama Eta dan suntik vaksin chicken pox kat Ziqri.

Pada mulanya, nurse timbang berat Mama Eta - dah naik 1kg dalam masa 2 minggu. Then giliran Ziqri lak - timbang berat, ukur panjang/tinggi dan ukur lilit kepala. Keputusannya macam ni:

Berat : 10kg (2.32kg)
Panjang/Tinggi : 79cm (52cm)
Ukur lilit kepala : 49cm (30cm)
* nilai dalam kurungan adalah nilai semasa kelahiran Ziqri kira-kira 21 bulan yang lepas.

Selepas tu, kitorang dipanggil masuk dalam bilik doktor. Pertama kali jumpa doktor ni. Kalau tak silap, namanya Siti Junaidah. Orangnya agak serius, tak berapa nak mesra. Huhu.

Ziqri ditiarapkan kat atas katil. Dalam dia dah leka-leka tu, zasss jarum injection pun masuk kat punggung. Apa lagi, menjerit laa dia. Haha. Suntikan vaksin chicken pox ni bertujuan untuk merendahkan kebarangkalian Ziqri terkena demam campak. Kalau kena pun, insyaAllah takkan teruk sangat. Suntikan ni hospital syorkan untuk diambil sebelum umur 2 tahun.

Kemudian giliran Mama Eta lak untuk doktor scan perut. Ahamdulillah dah nampak baby dan denyutan nadinya. Usia kandungan lebih kurang 8 minggu. Baby dijangka lahir pada 5 Januari 2014, sehari lewat daripada jangkaan awal kitorang. Mama Eta kata ok gak tarikh 5 Januari tu sebab Ziqri pun lahir 5 hb. Tapi aku still pilih 4 Januari sebab tarikh tu cantik, 4/1/14 :p Apapun segalanya ketentuan Allah.



3rd check up, next 4 weeks.

Friday, 5 April 2013

Ziqri Sweet '17'

Assalaaaamualaikum..~!!

Hari ni 5 April 2013, Musyrif Ziqri dah masuk kategori sweet '17'. Haha. Bukan birthday yang ke-17 tahun pun tapi sebab umur anak ayah ni dah genap 1 tahun 7 bulan :p

Mama & ayah sayang Ziqri ketat-ketat.! :)

Semoga Ziqri dikurniakan kesihatan yang baik, membesar jadi anak yang soleh serta berjaya di dunia dan akhirat. Amin.



Monday, 1 April 2013

Ziqri Kena Buli

Assalaaaamualaikum..~!!

Normal laa kan kalau budak-budak kecil, berumur dalam 18 bulan hingga 3 tahun 'bergaduh'. Maksud aku macam tolak badan, pukul sikit, cakar sikit, cubit sikit. Normal kan..? Sebab waktu usia macam ni laa diorang baru nak belajar untuk beremosi, menggunakan anggota badan dan sebagainya. Tapi kita sebagai penjaga kenalah memantau dan mengawal sebaiknya.

Well, baru-baru ni aku teman Ziqri bermain kat 'taman permainan' dalam Alamanda (kat luar pintu masuk Parkson). Meriah betul 'taman permainan' tu dengan pelbagai jenis mainan dan sangat ramai budak-budak bermain. Ziqri pun seronok join main, sampai lupa dah rasa demam dengan sakit tekak dia tu.

Nak dipendekkan cerita pada satu minit tu, Ziqri berdiri kat tepi gelongsor. Dia tengok je budak-budak bersilih ganti menuruni gelongsor tu. Then sampai giliran seorang budak yang umur dalam 2 tahun turun. Selesai je menggelongsor, dia berdiri dan tenung Ziqri. Mata Ziqri pun tenung je kat budak tu. Dua-dua tak berkelip mata. Then tiba-tiba je budak tu tolak badan Ziqri. Ziqri terjatuh.

Ziqri menjerit-jerit tanda tak puas hati. Aku pujuk Ziqri. Budak tu lak kena marah dengan datuk dia (aku rasa orang tu macam datuk dia). Normal laa kan budak-budak kecil 'bergaduh'.

Then budak tu main gelongsor lagi sekali. Kali ni sambil dia menuruni gelongsor tu, dia capai tangan Ziqri sambil mencubit. Aku nampak perbuatan budak tu dan cepat-cepat lepaskan tangan dia daripada Ziqri. Geram pulak aku dengan budak tu. Haish. Normal laa kan budak-budak kecil 'bergaduh'.

Hurm, normal tu memang laa normal. Tapi bila tengok anak kita kena 'buli', tak seronok laa jugak kan. Kesian aku tengok Ziqri. Huhu.

Semoga Ziqri pun jangan suka 'membuli' dan tak 'dibuli'.

I love u Anak

Sunday, 10 March 2013

Ziqri Kena Cucuk

Assalaaaaamualaikum..~!!

Lama bebenor dah aku tak update blog. Punca utama sebab takde lapot yang available kat rumah. Lapot aku slow sangat, lapot Mama Eta rosak. Oleh sebab Mama Eta nak kena bawa lapot g kursus hari Selasa ni, barulah kitorang g hantar repair. Ganti hard disk baru dan format lapot, maka berterbanganlah RM230~~~

So kisah yang nak dikongsikan kali ni adalah pasal Ziqri kena cucuk. Ouch..! Kenapa kena cucuk..? Sebab anak ayah dah besar, dah genap 18 bulan pun pada 5 Mac baru-baru ni. Aku tak pasti lak suntikan apakah tu. Aku cuma tau yang baby 18 bulan wajib/harus dicucuk. Haha. Setelah di'google', mungkin namanya suntikan imunisasi DTP (Difteria, Tetanus, Pertussis). Betul laa tu kot.

Suntikan ni dibuat kat hospital yang tak lain tak bukan lagi, Hospital Bersalin Razif. Ziqri lahir kat sini, check jaundice kat sini, ambil semua jenis suntikan pun kat sini. Next injection mungkin tak ambil kat sini lagi kot sebab waktu tu umur Ziqri dah 7 tahun, so ambil ramai-ramai kat sekolah je laa. In shaa Allah.

Mama Eta kata servis kat Razif (singkatan untuk Hospital Bersalin Razif) dah berubah, jadi makin baik. Razif dah mula ikut prosedur yang betul. Dulu takde pun diorang nak check tinggi dan ukur lilit kepala. Nama patient dan tarikh expired ubat pun tak ditulis kat bekas. Mungkin dah kena 'serbu' kot baru-baru ni. Haha. Tapi eloklah kan.



Berat Ziqri dah 9.62 kg, tinggi 81 cm, ukur lilit kepala 48 cm. Suhu badan tak payah tulis laa kan..

Ziqri kena cucuk kat buntut. Doktor/nurse umpan Ziqri dengan mainan blok kiub atas katil. So Ziqri akan meniarap, main blok kiub tu dan aku peluk Ziqri untuk elak dia daripada terlalu banyak bergerak. Tapi Ziqri pandai gak. Dia macam ada instinct dan asyik toleh belakang ke arah doktor je. Haha. ZASSSS..! Tusukan jarum masuk ke dalam buntut Ziqri. Anakku menjerit...

Tapi kejap je, 5 saat lepas tu terus elok. Bila dah dipakaikan balik kasut dia, berlari sakan laa. 'Budak baru dapat kaki'.


Tips: Pastikan korang bawa surat beranak anak semasa nak ambil suntikan 18 bulan ni. Pihak hospital nak cop apa entah sebagai rujukan. MyKid tak dilayan.

Sekian,wassalam.

Monday, 25 February 2013

Happy Becoming Papa

Assalaaaamualaikum..~!!

Tersebutlah kisah 2 tahun lepas pada tarikh hari ni, Mama Eta call aku dan wish "happy becoming papa".

Seronok bukan kepalang dapat berita tu :) Nak lagi best, usia perkahwinan kitorang time tu baru je 26 hari. Alhamdulillah dimurahkan rezeki.

Dipendekkan cerita, Musyrif Ziqri lahir 8 minggu lebih awal dari tarikh yang dijangka. Syukur sebab Ziqri dan Mama Eta kedua-duanya pun ok. Cerita lagi detail boleh baca kat SINI.



Ziqri membesar dan terus membesar, jadi lebih sihat, lebih hensem, lebih pandai, lebih manja dan yang sewaktu dengannya.

Hari ni umur Ziqri dah 1 tahun, 5 bulan, 2 minggu, 6 hari. Hehe. Aku memang gila pada nombor. Mak suruh aku jadi akauntan, aku cakap nak jadi engineer. Last-last both pun tak jadi. Haha. Ziqri dah besar nak jadi apa..? Mama tak nak Ziqri jadi pharmacist ye :p Ok dah melalut.

Akhir kata, mama dan ayah sayang Ziqri :)

Monday, 10 December 2012

Ziqri Dah Pandai Jalan

Assalaaaamualaikum..~!!

Alhamdulillah, Ziqri dah pandai berjalan akhirnya. Lama dah mama & ayah tunggu saat ni. Rupa-rupanya Ziqri dah set timing baik punya, tunggu sampai umur dia genap 15 bulan pada 5 Disember 2012 untuk mula berjalan. Apa-apa pun, Alhamdulillah :) Layankan je laa video yang tak boleh rotate kat bawah ni :p


Bila dah pandai jalan, lepas ni pandai bawak kereta lak.. Ngenggggggggggggg..~!!
Sekian, wassalam.

Tuesday, 27 November 2012

Baca Yasin Pukul 3 Pagi

Assalaaaaamualaikum..~!!

Weekend baru-baru ni, Ziqri tak lena tidur. Kejadian ni berlaku betul-betul lepas Manchester United bangkit daripada ketinggalan 1 gol untuk menewaskan Queens Park Rangers dengan keputusan 3-1. Yeah..!

Ziqri & Mama Eta dah tidur masa aku tengok bola. Lepas habis game kira-kira pukul 1 pagi, aku pun tutup tv & nak tidur. Then tetiba je Ziqri menangis. Bila dah dapat susu, Ziqri pun sambung tidur.

Beberapa minit lepas tu, Ziqri nangis lagi. Mama Eta & aku terjaga tapi berpura-pura tidur. Ziqri dah penat agaknya menangis, sambung tidur.

Selang beberapa minit kemudian, Ziqri nangis lagi. Taktik pura-pura Mama Eta & aku dah tak menjadi. Lalu ditepuk-tepuk tilam, bagi irama supaya Ziqri dibuai mimpi balik. Menjadi & Ziqri sambung tidur.

Tak lama lepas tu, Ziqri nangis lagi. Taktik tepuk tilam pun dah tak menjadi. Ziqri tergaru-garu kepala & telinga dia. Ziqri memang ada masalah eczema. Belakang telinga dia pun dah sampai luka-luka sebab selalu sangat digaru. Jadi untuk meredakan rasa gatal dia tu, kami gunakan tisu basah untuk lap kepala & telinga dia. Ziqri lega & sambung tidur.

Selang beberapa minit lepas tu, Ziqri sambung balik menangis & tergaru-garu. Badan / kepala Ziqri tak panas pun. Kenapa laa agaknya ni. Tidur Mama Eta & aku terganggu.

Sampailah dekat pukul 3 pagi, Mama Eta tanya pendapat aku, "Ziqri kena 'ganggu' ke sebab kita keluar malam tadi..?". Aku atas pagar, nak mengiyakan atau menidakkan.

Tengok pada keadaan Ziqri yang dah 2 jam macam ni, aku pun ambil keputusan untuk baca yasin. Mama Eta minta sediakan air suam gak untuk bagi Ziqri minum.

Drama melayu sangat mempengaruhi aku pada malam tu. Nak lagi spesifik, aku terbayangkan cerita Jangan Pandang Belakang. Hoho. Makin kuat Ziqri menangis, makin meremang bulu roma aku sambil baca yasin :p

Lepas habis baca, kami pun bagi Ziqri minum air yasin tu. Alhamdulillah lena pun tidur dia lepas tu :)

Gambar lama


Rupa-rupanya Ziqri tak lena tidur malam tu mungkin sebab rasa tak selesa nak demam.

Kesian.

Wednesday, 5 September 2012

Happy Birthday Ziqri

Assalaaaaamualaikum..~!!

Alhamdulillah, genap setahun dah anak aku yang sorang ni, Musyrif Ziqri.

Sempena dengan ulang tahun kelahiran Ziqri, Mama Eta & aku sambut secara sederhana je. Belanja keluarga makan. Keluarga ni termasuklah keluarga along, angah, uda & ucu. Jadi, kira-kira ada dalam 30 orang gak laa.

Mama Eta ambil cuti hari ni sebab nak berkepit dengan birthday boy. Aku kerja. Jadi Mama Eta laa mastermind untuk segalanya. Tempah KFC & beli Kek Chocolate Banana kat Secret Recipe. Petangnya lepas waktu kerja, aku bawa Mama Eta pergi ambil 30 pax Snack Plate kat KFC. Oo mak ai, berat gila..!

Pukul 8.00 mlm, semua orang dah mula berkumpul. Tema warna baju Ziqri, Mama Eta & aku adalah merah. Saje je menggedik nak pakai sama warna. Haha. Ambil gambar banyak-banyak, macam artis. Lepas tiup kek, potong kek, makan, kenyang, Alhamdulillah.


Semoga Ziqri membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh. Amin.

Wednesday, 29 August 2012

Sambutan Hari Lahir Yang Tak Sepatutnya

Assalaaaamualaikum..~!!

Anak kami, Musyrif Ziqri lahir pada 5 September 2011. Maka, tak lama lagi Ziqri akan menyambut hari lahir pertama dia. Kalau tengok kalendar, tarikh 5 September tahun ni jatuh pada hari Rabu. Jadi kesimpulannya, sambutan hari lahir Ziqri akan dibuat kat rumah MIL.

Hasil diskusi Mama Eta & aku, kami tak bercadang pun nak buat sambutan yang istimewa. Cukuplah sekadar makan-makan biasa je. Korang tunggu je laa ceritanya nanti aku akan tulis.

Satu hari baru-baru ni aku tetiba dapat idea. Ziqri lahir pada bulan Syawal, jadi kenapa tak disambut juga masa kami balik beraya kat kampung (belah keluarga aku). Mama Eta setuju. Kami cuma beli sebiji kek & makan beramai-ramai semasa rumah terbuka sepupu aku, Kak Mas.

Ikut kalendar Islam, tarikh lahir Ziqri adalah pada 6 Syawal. Rumah terbuka Kak Mas dibuat pada 23 Ogos (raya ke-5). Memandangkan rumah terbuka Kak Mas dibuat lepas maghrib, jadi kiranya dah masuk hari baru laa kan, hari raya ke-6, iaitu 6 Syawal. Maka sambutan pun berjalan dengan gumbiranya.

Sambutan dimulakan dengan bacaan doa. Kemudian, kami ramai-ramai nyanyikan lagu Allah Selamatkan Ziqri. Selepas tu, sesi potong kek. Ringkas je.


Makan, makan & makan sampai kenyang. Burp..~!!



Keesokan harinya, aku tergerak hati nak buka balik cerita lama dalam blog ni semasa kelahiran Ziqri. Alangkah tergezutnya aku . . . . . bila mendapati bahawa . . . . . tarikh lahir Ziqri . . . . . yang sebenarnya . . . . . adalah pada . . . . . 7 Syawal..!!!

Malu aje..

:p

Raya Bersama Musyrif Ziqri

Assalaaaaaamualaikum..~!!

Musyrif Ziqri meraikan Aidilfitri pertama dalam hidupnya kat Masjid Tanah, Melaka.

Hari Raya pertama. Ziqri sempat beraya kat 7 rumah je memandangkan waktu kami keluar bertembung dengan waktu dia biasanya tidur. Ziqri dah berusaha sedaya upaya untuk menahan mata daripada terlelap tapi apakan daya, tewas juga akhirnya.

0715 - mata celik; 0730 - breakfast; 1030 - bersiap nak pergi beraya
1100 - beraya & makan
1130 - beraya & makan lagi
1145 - beraya & tidur
Hari Raya kedua. Ziqri ziarah kubur arwah atuk, moyang & saudara-mara sebelum balik kampung kat Jenjarom, Selangor. Masa tidur sekali lagi menjadi cabaran terbesar. Jadi pada hari ni Ziqri sempat beraya kat 7 rumah gak. Sayangnya tak sempat nak ambil gambar keluarga, sedondon baju biru.

Hari Raya ketiga. Sambutan raya Ziqri diteruskan lagi ke 5 buah rumah. Seronok Ziqri jumpa kereta mainan. Nak ke..? Otw balik rumah, lalu depan Klinik Kesihatan Kampung Bandar. Kalaulah Mama Eta dapat pindah kerja sini best gak. Berdoa je la. Amin.


Tema warna hitam























Rupa macam mama, hensem macam ayah
Keterujaan melampau

























Itulah kisah hari raya Ziqri kali ni. Inilah juga pengalaman pertama Mama Eta & aku beraya sebagai mama & ayah =)

Akhir kata, kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua yang membaca entri ni.

Sekian, wassalam.

Sunday, 5 August 2012

Musyrif Ziqri 11 Bulan

Assalaaaamualaikum..~!!

Hari ni, 5 Ogos 2012, anak kitorang dah genap 11 bulan. Alhamdulillah Musyrif Ziqri sihat walaupun dulu teruk kena jaundice, masih handsome walaupun adakala diserang eczema & masih kuat walaupun dah jatuh katil 4 kali, jatuh walker sekali & ditimpa buah mangga yang gugur dari pokok sekali.
Gambar berukuran pasport Ziqri yang pertama
Pada usia 11 bulan, seorang bayi mungkin dah boleh berjalan sambil pegang tangan orang lain. Tapi Ziqri masih belum sampai tahap tu lagi. Merangkak pun xseberapa, setakat 1, 2 langkah je. Ziqri lagi suka mengesot buat masa ni. Adakah Ziqri membesar dengan normal..?

"Dan jika bayi anda dilahirkan pramatang, anda akan mendapati yang dia akan lambat untuk mencapai perkembangan tertentu tidak seperti kanak-kanak lain. Jangan risau, kebanyakan doktor akan menilai pembesaran bayi pramatang dari waktu yang dia sepatutnya dilahirkan dan menentukan pencapaiannya sewajarnya."


babycenter

Yup, Ziqri dilahirkan pramatang. 32 minggu. So kalau dikira dari waktu Ziqri sepatutnya lahir, umur Ziqri sekarang baru 9 bulan 6 hari. Kecik lagi ;p

Suka main stering kereta, memanjat, melonjak, menggigit..
Kalau diimbas balik, tempoh aku meninggalkan Ziqri sejak dia lahir lagi lama daripada tempoh bersama kot. Baru 25 hari lahir, aku dah kena pergi Kursus DPA selama 6 bulan. So dapat jumpa time weekend je, tu pun bukannya setiap minggu boleh balik. Selepas DPA lak, kadang-kadang aku kena outstation. So kalau dikira secara cincai, mungkin 6 bulan berjauhan, 5 bulan bersama. Tapi bersyukurlah gak, Ziqri masih kenal ayah dia =)

Excited tengok baby girl
Tinggal beberapa hari je lagi nak raya. Tahun ni kiranya sambutan hari raya yang pertama laa untuk Ziqri. Disebabkan Ziqri hanya lahir pada 6 Syawal 1432H, maka raya tahun lepas tak dikira sebagai sambutan yang official untuk Ziqri lagi ;p So dari segi persiapan raya, mama & ayah dah shopping sakan untuk Ziqri. Ziqri terima je laa ye =)



Semoga Ziqri membesar dengan sihat, ceria & jadi anak yang bijak & soleh. Mama & ayah saaaaaayang Ziqri.

Sekian, wassalam.

Monday, 21 May 2012

Lagi-lagi Jatuh Katil

Assalaaaaamualaikum..~!!

Adoyai, anak ayah, Musyrif Ziqri oi..!!

Selepas Jatuh Katil pada 25 April dan Jatuh Katil Lagi pada 10 Mei, Ziqri kini mencatat rekod dengan jatuh buat kali ke-3 dalam tempoh xsampai sebulan, iaitu pada 20 Mei.

Hat-trick Hero

Kenapa asyik jatuh je..? Macam mana boleh jatuh lagi ni..?

Ok, masa kejadian ni berlaku, aku ada nun jauh kat Kota Kinabalu, kerja. So dah menjadi kebiasaan, bila Mama Eta berdua je dengan anak, diorang akan tidur bersama, baby cot tolak tepi. 

Ziqri macam biasa la, over excited bila dapat tempat tidur yang super duper luas. Guling sana, guling sini. So sebagai langkah keselamatan, Mama Eta memang dah 'pagarkan' katil tu dengan menyusun bantal2 kat tepi katil untuk block Ziqri daripada terjatuh.

Tapi sayangnya, pada hari tu, Ziqri terlalu kuat buat bantal2 tu. Bantal tu jatuh, Ziqri pun jatuh sama. Cuma sedikit lega, bila Mama Eta bagitau yang kepala Ziqri jatuh atas bantal, bukan atas lantai.

Hurmmmmmmmmmmmm..

Moga2 anak ayah ok, xde pape & kekal sihat. Amin.

Ibu bapa lain yang baca post ni, hati2 gak ye.

Sekian.

Friday, 11 May 2012

Jatuh Katil Lagi

Assalaaaamualaikum..~!!

Ni post kedua hari ni dalam selang tempoh beberapa minit je. Aku nak berkongsi dengan korang kisah yang baru je terjadi semalam.

JATUH KATIL. Ingat lagi x..? Haha. Bagus2. Sape lagi kan kalau bukan Musyrif Ziqri yang  JATUH KATIL ..!! Adoyai anak ayah, awat lasak sangat ni..? Kesian dia..

Sakit :(((

Bezanya jatuh si Musyrif Ziqri kali ni dengan yang lepas, dia jatuh atas karpet. So kuranglah sikit kesan hentakan. Harapnya macam tu laa.

Ye, kami memang dah belikan baby cot untuk Musyrif Ziqri tapi macam mana masih boleh  JATUH KATIL  lagi ni..? Katil berlubang?? Tidak.. Katil patah?? Tidak.. Musyrif Ziqri  pisat sampai panjat katil?? Tidak..

Sebenarnya Musyrif Ziqri memang tidur dengan nyenyaknya dalam baby cot dia. Cuma bila time tengah2 malam, dia dah start lapar / dahaga, mulalah dia meneriak bagi signal. Maka diangkatlah oleh mamanya keluar dari baby cot dan diletakkan di atas katil kami untuk disusuinya. Menyusu dalam keadaan baring, both Mama & anak pun mengantuk, lalu tertidurlah kedua2 mereka tanpa disedari.

Musyrif Ziqri bila dah dapat tidur atas katil besar, sonoklah dia berguling2, berpusing2, sampailah berlakunya insiden JATUH KATIL lagi. Ouch..!!

Kesian... =/

So hati2 lah ye terutama kepada ibu2 yang menyusukan baby masing2.

Sekian, dah habis. Wassalam..~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...