Showing posts with label FoFi Persona. Show all posts
Showing posts with label FoFi Persona. Show all posts

Monday, 22 July 2013

Servis Kereta & Tukar Tayar

Assalaaaamualaikum..~!!

Hari Sabtu lepas, Mama Eta bekerja extended hours kat Klinik Kesihatan Kg Pandan. InsyaAllah itu akan jadi extended hours terakhir dia kat Kolumpo (kalau tak faham, next time aku akan explain part ni). So nak dijadikan cerita, suami mithali ni seperti biasa telah menjadi driver untuk menghantar isteri bekerja.

Selepas menurunkan Mama Eta, aku terus ke Pusat Servis Ford kat Serdang. FoFi dah berjalan 70,000 km dan tiba masanya untuk diservis. Servis kali ni adalah pertama kalinya berbayar sebab 6 kali servis sebelum ni adalah percuma. Setakat tukar engine oil dengan oil filter, kenalah bayar dalam RM200++. Uhuk uhuk.

Gambar Hiasan
Atas nasihat Service Advisor, aku perlu bawa FoFi ke kedai tayar untuk buat alignment, balancing dan tyre rotation. Maka bagi memudahkan kerja, aku ke kedai sebelah Pusat Servis tu je.

Setelah diperiksa, 2 biji tayar FoFi terpaksa digantikan sebab keadaannya yang dah 'uzur'. Nasib baik baki 2 tayar lagi masih ok sebab baru je tukar 31 Disember lepas. Kos 2 tayar Continental (RM520) + alignment 2 tayar (RM18) + balancing (RM12) = laju je duit mengalir -___-

Apa pun harus diingat, keselamatan adalah keutamaan :)

Salam Ramadan..!

Friday, 4 January 2013

Selamat Tahun Baru 2013

Assalaaaamualaikum..~!!

Dah masuk 4 Januari baru berkesempatan nak ucap Selamat Tahun Baru. Well, busy :p

Mama Eta & aku sama-sama ambil cuti rehat 31 Disember lepas. Jadi kami dapatlah cuti panjang 4 hari dari 29 Disember sampai 1 Januari.

Hari pertama cuti kami tu digunakan untuk bawa keluarga belah Mama Eta jalan-jalan kat Bukit Tinggi, Pahang. Ikutkan ni dah kali ke-3 kot Mama Eta & aku pergi sana bersama-sama. Ziqri 1st time laa. Tempat tu memang cantik untuk ambil gambar. Haha. Ye, kami memang suka bergambar je.

Kami pergi bertujuh. Aku, Mama Eta, Ziqri, MIL, BIL & 2 anak buah. Otw, singgah dulu kat Genting Sempah. Beli makan minum awal-awal. Kalau dah kat atas bukit sana tu baru nak beli, mahal bebenor. Kami berjalan-jalan kat Japanese Tea House, Colmar Tropicale & Rabbit Park. Overall, ada laa dalam 5 jam kami kat sana. Petangnya kembali ke Jenjarom. Malamnya balik Putrajaya.

Hari kedua bercuti, kami 3 beranak + mak aku ke kenduri kahwin. Ada 2 majlis hari tu. Satu kat Setapak, satu lagi kat Sentul. Nak dijadikan cerita, tayar kereta pancit lak masa parking kereta kat Sentul tu. Adoyai. Dejavu tayar kereta pancit sebelum ni. Terus kureng sikit mood. Tak makan, kepala fikir nak buat macam mana. Aku memang loser part nak tukar tayar ni.

Lepas solat Zohor, ada laa pak cik saudara aku yang baik hati ni sudi nak menolong. Alhamdulillah. Aku pun tolong laa gak. Tolong tengok, tolong pegang, tolong cabut. Belajar gak laa. In Shaa Allah dah boleh buat sendiri lepas ni :) Selesai semua tu, kami pun kembali ke Putrajaya dengan kelajuan max 80 km/j je sepertimana yang diarahkan - tertulis kat tayar spare kereta.

Hari ketiga bercuti, aku mulakan hari dengan mencari-cari kedai tayar. Ada 3 kedai yang aku singgah. Saje je nak survey harga. Kajian pasaran laa kononnya. Kedai 1 offer tayar Good Year pada harga RM250. Kedai 2 offer tayar Continental pada harga RM260. Kedai 3 offer tayar Good Year pada harga RM245. So aku pilih kedai mana..? Well, kajian pasaran tak semestinya bersetuju dengan harga paling murah tapi kita pilih berdasarkan kualiti + harga yang optimum. So aku pilih kedai 2 sebab tayar Continental  & sama macam tayar sedia ada kat FoFi. Tukar 2 biji terus. Done.

Petang harinya, kami ke Giant Seri Kembangan. 1st time sampai sini. Saje je datang nak beli barang-barang keperluan. Sambil tu cari-cari mainan untuk Ziqri, nenek nak belanja. Tapi takde yang berkenan di hati. So kami sambung pencarian ke kedai Manjaku kat Bangi. Nak beli basikal, kaki Ziqri tak sampai. Pilih punya pilih, jumpalah mainannya. Beli. Terima kasih nenek..!

Malamnya, kami dinner kat Taman Warisan Pertanian. Saje nak pekena sate. Selain tu beli nasi ayam gak untuk Ziqri. Favourite dia. Cadangnya nak beli Roti John Unan tapi masyaAllah panjangnya orang beratur nak beli. Cancel plan. Malam ambang tahun baru takde maknanya buat kami, tidur awal. Krohhhhh.

Hari terakhir bercuti, kami berjalan kat Mines lak. Ramai gak orang. Parking penuh. Public holiday kan. Mama Eta tetiba dapat ilham untuk hobi baru - menjahit tudung. Jadi Mama Eta pun beli kain ela. Ingat tak dulu aku pernah tulis nak try Durian Pancake kat Sweet Chat Cafe..? Yes, kat Mines ada kedai ni..! Kami pun beli. 3 ketul pada harga RM9++. Mahal. Rasa dia ok laa. Tapi aku masih dengan pendapat old skool, aku tetap lagi suka makan durian biasa :)

Malamnya, kami kembali ke Jenjarom & bersedia untuk kembali bekerja keesokan harinya. Ziqri tidur awal. Mama Eta menjahit tudung. Aku tengok bola. MU menang. Yahoo..!

TAMAT

Tuesday, 18 September 2012

Tayar Kereta Pancit

Assalaaaaamualaikum..~!!

Entri kali ni aku tujukan khas untuk diri sendiri yang saaaaaangat rendah pengetahuan pasal nak selenggara kereta, sebagai rujukan pada masa akan datang :p Kalau korang pun serupa macam aku, eloklah baca perkongsian pengalaman ni sebagai panduan. Hohoho.

Sabtu lepas, aku hantar Mama Eta kerja kat PKD Kepong. Dalam perjalanan tu, tetiba ada bunyi pelik yang kami dengar.

Mama Eta : Bunyi apa tu..?
Aku : Entah, macam bunyi tayar..
Mama Eta : Eh, bukanlah. Ada helikopter..!

Disebabkan oleh sifat ingin tau yang membuak-buak, aku pun hentikan kereta kat lorong kecemasan. Masa tu kat highway ELITE ye. Aku turun dari kereta. Dengan lagak serba tau, aku pun cari punca bunyi pelik tu. Adoyai, sekali tayar kereta pancit daa..!!


Terus terang, aku tak reti tukar tayar kereta. Patut ke aku rasa malu..? Haha. Satu-satunya waktu aku pernah tukar tayar kereta, kira-kira 7 tahun lepas. Tu pun kena paksa & kena ajar dengan petugas PLUS, masa otw balik kampung dengan mak. Sekarang ni, apa pun tak ingat.

Mula-mula aku telefon Proton I Care 1300-88-0888 untuk dapatkan bantuan. Operator kata waktu kerja dia pada hari Sabtu hanya mula pukul 830 pagi, masa kejadian baru pukul 8 pagi. Bila aku call 1800-88-8398 (Proton I Care 24 Hours Asst), operator cadangkan aku call Takaful Maybank (syarikat insurans kereta aku) untuk dapatkan bantuan tukar tayar. Bila aku call 1800-80-6491, operator cadangkan aku call PLUS Ronda sebab lokasi kejadian sekarang kat highway. Akhirnya lepas aku call 1800-88-0000, operator bagitau bantuan akan sampai dalam tempoh 20-30 minit kalau takde masalah.

Tunggu punya tunggu, lepas 40 minit, bantuan pun sampai. Ok laa, baik orangnya. Lepas siap tukar tayar spare, kami pun sambung perjalanan pada kelajuan maksimum 80 km/j. Ada sticker kat tayar spare tulis amaran 80 km/j tu. Oh, jangan lupa pam tayar spare, angin dah kurang.

Lepas turunkan Mama Eta kat PKD Kepong, aku pergi kedai tayar berdekatan. Beli 2 tayar depan yang baru, tukar brake pad, camber kit & buat alignment tayar. Pergh, ayat macam hebat je. Brake pad tu tukar sebab memang dah ada problem bunyi yang lain macam kat tayar sebelum ni. Camber kit tu lak macam skru je rupa dia. Orang kedai tu tengok alignment tayar dah lari banyak, jadi kena tukar camber kit, baru senang nak betulkan alignment.

Anggaran kos lebih kurang macam kat bawah ni laa. Ok ke tak..? Minta-minta aku tak kena tipu. Kering dah kocek seluar..

Item
Harga (RM)
Tayar Silverstone M5 195-60-15 (2 unit)
420.00
Mustop Front Brake Pad Set P/Persona
85.00
Alignment Front & Rear
30.00
Camber Kit (depan kiri, depan kanan)
40.00
Upah pasang
40.00

Sebagai pengajaran, eloklah kalau korang tukar tayar dengan brake pad kat bahagian depan kereta selepas 3 tahun @ 60,000 km perjalanan.

Akhir kata, hati-hati di jalan raya. Wassalam.

Thursday, 8 September 2011

Di Sebalik Tabir Kelahiran Musyrif Ziqri (Episod 2)

Ok, jom kita sambung cerita ni. Kepada sesape yang dah terlepas episod sebelum ni, boleh baca kat SINI. Nak mula cerita dari mana ye..? Ok laa, kita imbas balik waktu kitorang baru sampai Hospital Bersalin Razif (HBR).

Kitorang sampai kat HBR tepat jam 6 pagi. Lepas park kereta kat luar HBR, aku pun berlari ke tingkat 1 untuk dapatkan bantuan nurse bertugas. Picit loceng banyak kali. Muncul pun 2 orang nurse. 

Papa Deh: Cik, tolong..! Isteri saya dah nak bersalin..!
Nurse A: Anak pertama ke..? Dah berapa minggu..?
Papa Deh: Ye, anak pertama. Dah 32 minggu..!
Nurse A: Eh, baru 32 minggu mana boleh bersalin lagi Encik..

Oi, berapi je aku dengar kata2 Nurse A tu. Ye la, aku dah penat2 drive 3 jam, isteri dah meraung dalam kereta tu, dia boleh cakap lak yang isteri aku xboleh bersalin lagi waktu ni. So how..? Xkan nak biarkan je Mama Eta tahan sakit macam tu je kan. Aku pun mulalah meninggikan suara.

Papa Deh: Kan saya dah call tadi, korang gak yang cakap bawa dia ke sini..!

Then Nurse B agaknya baru teringat, dia pun bagitau kat Nurse A yang aku memang ada call tadi. Aku rasa mungkin Nurse B ni dah ingat2 lupa kot pasal panggilan telefon aku tu 3 jam lepas & baru sekarang kitorang sampai. Diorang pun mungkin dah tertidur agaknya dalam tempoh waktu tu.

Nurse B turun ke bawah, ikut aku pergi ke arah kereta sambil bawak wilca. Mama Eta lak, dalam keadaan antara sakit & lemah longlai, dok atas wilca tu. Nurse B tolak wilca ke tingkat 1. Aku follow sambil bawa segala fail & dokumen yang berkaitan. Sampai ke tingkat 1, Mama Eta diletakkan kat salah satu katil. Aku perasan yang kat sekeliling tu adalah katil pesakit2 yang lain. Ada pesakit yang terjaga bila dengar keadaan tengah kecoh2 tu. Mama Eta menjerit makin kuat.

Dalam keadaan yang mendebarkan ni, aku pun xberapa nak ingat susunan jalan cerita dia. Seingat aku, sebelum Mama Eta dibawa ke Labor Room, berlaku adegan yang menyakitkan hati ni. Nurse A cakap kat kitorang, "usia kandungan baru 32 minggu, kita xjamin bayi akan selamat bila keluar ye". Fuh, panasnya telinga aku dengar.

Mama Eta menjerit lagi. Aku cuba tenangkan dia. Nurse A boleh plak tanya, "baby dah nak keluar ke..?". Aku xboleh blah dengan soalan dia tu. "Manalah saya tau..!". "Encik sabarlah. Jangan panik macam ni". Grrrrrr, malas nak buka mulut lagi. Then Nurse A menunjukkan kepakaran dia. Dia check saiz bukaan & kedudukan baby. Saiz bukaan dah cukup besar. Kedudukan baby pun dah cantik, kepala kat bawah. So apa lagi, bawa Mama Eta menuju ke Labor Room.

Disebabkan keadaan yang emergency, Dr Razif sendiri yang uruskan proses kelahiran baby. Dr Norana (isteri Dr Razif), Nurse A & 2 petugas lain pun join menolong. Alhamdulillah dengan sekali push je, Mama Eta selamat melahirkan Ziqri secara normal. Diorang letak Ziqri bawah warmer & diberi bantuan oksigen untuk menstabilkan keadaan dia. Dr Norana panggil aku untuk azan kat telinga Ziqri. Tapi aku xleh nak dukung dia sebab ada bantuan oksigen tu kan. Ala, lagipun aku mana laa reti nak pegang baby kecik. 



Ni dialog antara aku & Dr Razif sebelum Mama Eta bersalin.

Dr. Razif: Bila dia mula rasa sakit ni..?
Papa Deh: Tengah malam..
Dr. Razif: Pukul berapa..?
Papa Deh: Dalam kol 12..
Dr. Razif: Dah tu kenapa lepas Subuh baru datang..? Patut bila rasa sakit tu, terus g hospital..!
Papa Deh: ... (Senyap je la. Malas nak panjangkan cerita)

Ni dialog antara aku & Dr. Razif selepas Mama Eta bersalin.

Dr. Razif: Kalau awal2 dah g mana2 hospital / klinik, boleh dapatkan suntikan untuk lambatkan kelahiran baby. Sekurang2nya kena 34 minggu dalam kandungan baru boleh bersalin.
Papa Deh: (Oh, boleh buat macam tu rupanya. Ingatkan dah rasa sakit tu, bersalin je la penyelesaiannya.)
Dr. Razif: Kalau saiz bukaan masa kamu sampai tadi kurang daripada 4 cm, saya boleh suntik untuk lambatkan baby keluar.
Papa Deh: Oh ye ke. Tadi saiz bukaan dah berapa cm..?
Dr. Razif: Dah maksimum.
Papa Deh: (Terbeliak mata O_O )

Selesai proses kelahiran, aku g solat Subuh. Syukur sangat2 segalanya dah selesai dengan baik. Mama Eta dah boleh keluar dari labor room tapi still kena stay kat HBR. Baby diletakkan kat nurseri, masih bawah warmer + bantuan oksigen. Mama Eta baring atas katil, lega dah rasanya. Aku mulakan kerja menginform orang ramai pasal kelahiran Ziqri.

 Mak: Helo, Assalamualaikum.
Papa Deh: Waalaikummussalam.
Mak: Urm, kenapa..?
Papa Deh: Eta dah bersalin.
Mak: Hah..?? Kat mana..?? Pok pek pok pek pok pek pok pek.. Tahniah..
Papa Deh: Tq =)


Mak Mertua: Helo.
Papa Deh: Helo. Mak, Jedeh Zaidi ni.
Mak Mertua: Hah, kenapa?
Papa Deh: Eta dah bersalin.
Mak Mertua: Hah..?? Kat mana..? Mak dah cakap jangan pergi jalan jauh2..!! Pok pek pok pek pok pek pok pek..Nanti Mak datang.
Papa Deh: Ok.

Aku call dua orang ni je. Yang lain semua aku inform by SMS & facebook.

Bila diimbas balik semua yang berlaku tu, aku rasa sangat bertuah. Nasib baik Mama Eta kena contraction pada waktu malam, so kitorang x stuck dalam traffic jam. Nasib baik Mama Eta dapat bertahan sampai ke HBR, kalau x sure dah bersalin dalam kereta. Nasib baik kedudukan baby sebelum keluar dah betul, kalau x kenalah operate. Nasib baik dulu beli FoFi (1.6cc), bukannya Mazda2 (1.4cc).

Thanks laa kat semua yang datang melawat, yang bagi hadiah, yang call aku, yang wish tahniah kat facebook & sms. Thanks semua..! 5 September 2011 memang hari yang sangat bermakna untuk aku, Mama Eta & Musyrif Ziqri.

Tuesday, 6 September 2011

Di Sebalik Tabir Kelahiran Musyrif Ziqri (Episod 1)

Ramai dah tau yang Mama Eta dah selamat melahirkan anak sulung kami semalam iaitu 5 September 2011 (Isnin) bersamaan dengan 7 Syawal 1432H di Hospital Bersalin Razif, Klang pada jam 6:16 pagi. Bayi lelaki kami ni diberi nama Musyrif Ziqri. Musyrif bermaksud tinggi / pengawas. Ziqri bermaksud terpuji / yang memuji Allah. Ziqri dilahirkan premature iaitu pada usia kandungan baru mencecah 32 minggu. Walau bagaimanapun, berat badan Ziqri kira ok laa, iaitu 2.32 kg dan tinggi dia 52 cm.

Aku xnak tulis panjang2 lagi pasal perkara yang korang dah tau tapi aku nak mengarang pasal apa yang berlaku sebelum, semasa & selepas kelahiran Ziqri. Cerita ni mungkin akan meleret2. Tapi xkisah laa, pengalaman yang mungkin sekali seumur hidup, haruslah disimpan & diingat sampai bila2.

Sehari sebelum Ziqri lahir iaitu pada 4 September (Ahad), kitorang g Cherating, Pahang. Orang lain semua gerak balik ke arah KL sebab dah nak start kerja & sekolah keesokan harinya tapi kitorang berbeza. Kitorang awal2 lagi dah apply cuti sampai 7 September (Rabu) sebab nak bercuti kat tepi pantai. Nak dikatakan 2nd honeymoon pun bolehlah. Lagipun sebelum aku g Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) pada 1 Oktober ni, baik kitorang luangkan lebih banyak masa bersama. Ingat ni, perjalanan dari Jenjarom ke Cherating adalah lebih dari 4 jam. Ingat je, nanti adalah kaitan dengan cerita kat bawah.

Jenjarom - Cherating, 306 km

Pada malam tu, Mama Eta tidur awal dalam pukul 11 mlm kalau xsilap. Aku lak tengok tv sampai kol 12, then baru tidur. Kira2 lepas setengah jam agaknya aku tidur, Mama Eta kejut aku.

Mama Eta: Sayang, sakit perut -____-
Papa Deh: Kenapa..?
Mama Eta: Entah, salah makan tadi kot..
Papa Deh: Oh, ye ke.. (sambung tidur)

Waktu aku sambung tidur tu, Mama Eta pun terus baring & menahan rasa sakit tu. Then xtau bila, dia g toilet. Buang air besar. Time tu dia perasan ada darah yang keluar sekali. Dah rasa xsedap hati, Mama Eta kejut aku. Masa tu lebih kurang pukul 2:15 pg. Mama Eta cerita pasal darah yang keluar tu. Pada masa sama, perut Mama Eta rasa sakit yang lain macam secara berkala. Setiap 3 minit rasa sakit. Aku rasa ni dah macam tanda2 contraction. Boleh x korang bayangkan situasi kitorang? Dalam kepala masing2 fikir usia kandungan baru je masuk 32 minggu, xkan nak bersalin dah.

Aku bercadang nak call 999, minta ambulans dari mana2 hospital / klinik berdekatan ambil Mama Eta & buat pemeriksaan. Mama Eta xsetuju. Rasa sakit tu datang lagi. Ish, xboleh jadi ni. Then nak wat macam mana..? Mama Eta cadang supaya aku tidur dulu, after subuh kalau masih x ok, kitorang gerak balik Jenjarom + wat check up kat Hospital Bersalin Razif (HBR). Kali ni aku lak yang xsetuju. Apa celup aku nak tidur tapi isteri kat sebelah sakit lain macam. Lastly, kitorang setuju untuk call HBR & tanya pendapat diorang.

HBR: Helo, selamat pagi =)
Papa Deh: Helo. Cik, saya nak tanya. Isteri saya mengandung 32 minggu & darah dah keluar. Macam mana..?
HBR: Ada rasa sakit x..?
Papa Deh: Ada..
HBR: Contraction..!
Papa Deh: So macam mana..?
HBR: Bawa dia datang sini untuk check up..!
Papa Deh: Tapi kitorang kat Cherating. So better pergi mana2 klinik / hospital kat sini dulu ke atau boleh g sana je..?
(Tetiba line terputus)

Ah sudah. Aku fikir balik perbualan telefon tadi & decide untuk bawa Mama Eta pergi hospital..! Lalu kami pun packing barang2 & check out hotel pukul 2:45 pg. Aku pun memecut FoFi pada malam yang gelap tu tapi Alhamdulillah cuaca baik. Dalam kereta, Mama Eta sekejap2 menjerit sakit..! Adoi kesiannya.

Masa kitorang lalu Lebuhraya Pantai Timur, aku nampak signboard Hospital Kuantan. Aku tanya Mama Eta, "nak g hospital sini..?". Dia xnak. Then nampak signboard Hospital Temerloh. Aku tanya lagi, "nak g hospital sini..?". Dia xnak gak. Jauh lepas tu, nampak signboard Hospital Bentong. Tapi kali ni aku xnak tanya lagi, aku yakin jawapan dia tetap sama, xnak.

Masa perjalanan tu jugak, muncul masalah lain. Minyak FoFi dah nak habis..! Awal2 perjalanan tu Mama Eta dah tanya samada minyak kereta cukup ke tak. Bila aku jeling tengok meter minyak FoFi, ada lagi setengah tangki. Jadi aku fikir kalau Jenjarom-Cherating pakai setengah tangki je, so Cherating-Klang pun setengah tangki laa jugak. Paling cikai pun, mungkin kitorang dah masuk area KL masa minyak dah nak dekat habis & isi kat sana je la. So aku pun cakap laa kata Mama Eta yang minyak tu cukup. Tapi sangkaan aku meleset. Kalau dah drive sampai 160km/j (rekod peribadi aku), jangan haraplah boleh jimat minyak. Makin cepat dia habis, ada laa..!

Keadaan ni jadi masa kitorang kat Lebuhraya Pantai Timur. Disebabkan rasa risau takut xsempat nak sampai stesen minyak, aku decide untuk amek exit Jengka. Kalau xsilap aku laa, exit tu exit Jengka. Aku tanya kat gadis tol yang bermata MERAH (bukan hantu tapi baru bangun tidur) mana stesen minyak paling dekat. Dia pun tunjuk arah. Aku drive ke arah tu. Dugaan..! Jalan gelap, satu lorong, bengkang-bengkok, kereta depan slow. Finally sampai pun stesen minyak. Lepas isi minyak full, kitorang pun patah balik ke highway. Nak dijadikan cerita ni lagi best, xjauh lepas exit Jengka tu ada Shell kat R&R Temerloh..! Grrr, membazir 15 minit..!

Setibanya kitorang kat Kolumpo, (baru lepas tol Jalan Duta, belum sampai area Klang lagi) jeritan Mama Eta makin kuat. Kalau sebelum ni dia cuma tahan sakit dengan cara pegang pemegang pintu FoFi kuat2 & jerit kesakitan dalam hati je, kali ni memang dah xboleh blah lagi. Tangan aku dipegang erat sekuat2nya, Mama Eta menangis & menjerit dah tahap meraung. Sampai satu tahap tu, Mama Eta ketuk tingkap FoFi kuat gile. Terkejut & cuak aku. Fuh xboleh jadi ni. Aku kuatkan lagi volume CD Zikir yang memang dah dipasang dari mula perjalanan tadi. Kitorang beristighfar, mengucap dll bersama2. Aku mengaku yang aku sendiri pun menangis masa mengucap dua kalimah syahadah sebab kesian dengan Mama Eta & takut dengan keadaan masa tu. Aku tambah lagi speed kereta sampai 180 km/j (pecah rekod peribadi) & semua lampu isyarat warna merah pun aku langgar. Merbahaya tapi dalam keadaan berhati2. Alamak, x check saman lagi. Time raya ni banyak speed trap. Adoi, habislah -_____-

Finally, kami sampai pun ke HBR tepat jam 6 pagi. Ingat lagi x aku dah pesan awal2 tadi supaya korang ingat yang perjalanan Jenjarom-Cherating amek masa lebih 4 jam..? So kali ni kitorang amek masa 3 jam 15 minit je. Kalau tolak masa 'bersiar2' kat Jengka tadi tu, so total time 3 jam je. Gile, aku sendiri pun terkejut. Korang jangan mencontohi perbuatan aku ni ye. Ok, sambung cerita. Lepas park kereta kat luar HBR, aku pun berlari ke tingkat 1 untuk dapatkan bantuan nurse bertugas. Picit loceng banyak kali. Muncul pun 2 orang nurse. 

Papa Deh: Cik, tolong..! Isteri saya dah nak bersalin..!
HBR: Anak pertama ke..? Dah berapa minggu..?
Papa Deh: Ye, anak pertama. Dah 32 minggu..!
HBR: Eh, baru 32 minggu mana boleh bersalin lagi Encik..

Ah sudah. Isteri aku dah sakit gile kat dalam kereta tu xboleh nak bersalin lagi ke..? Apa celup ni..?

Hahaha, bikin saspen. Aku dah penat laa menulis. Tapi excited nak berkongsi pengalaman ni. Nanti aku sambung kat episod 2 laa. Korang pun sure xlarat nak baca karangan aku kalau panjang sangat kan. Bagi aku relax dulu, refresh sepam, recall balik secara teliti apa yang terjadi semalam & transfer memori tu dalam bentuk tulisan.

Ok, Assalamualaikum..~!!

Ziqri, jom kita main..! Ngeh ngeh ngeh =)

Monday, 23 May 2011

Setiap Yang Berlaku Pasti Ada Hikmahnya

Hari ni hari Isnin. Mcm biasa laa, mood Monday Blues -___-
(Mengantuk sbb xcukup tidur, layan bola mlm tadi. Man Utd lwn Blackpool)

Mama Eta gerak g kerja kol 7.14 pagi. Selalunya amek masa dalam 30-40 minit nak sampai klinik. Kalau jalan clear, especially kat area tol Sg. Besi, so cepatlah sampai. Kalau traffic jam, lambatlah jawabnye. Tapi hari ni ditakdirkan kesesakan lalu lintas yg melampau tahap cipan. Antara puncanya sebab terowong SMART tutup disebabkan hujan (ada gak yg kata sbb diorang tgh wat penyelenggaraan). So nak dipendekkan cerita, Mama Eta sampai ke klinik kol 8.47 pagi. Total time, 1 jam 33 minit..!!! Mcm nak drive balik Masjid Tanah je.

...SETIAP YANG BERLAKU PASTI ADA HIKMANYA...

Masa kat klinik, ada lori Pharmaniaga datang bawa stok ubat. Lepas dah punggah semua ubat, diorang pun nak gerak balik. Kawasan tempat letak kereta klinik tu dah lah sempit. So akibatnya, adalah kereta staf klinik yg kurang bernasib baik ni kena langgar dgn lori tu. Kereta malang tu parking kat tmpt yg memang Mama Eta selalu park. So nasib baiklah Mama Eta sampai lambat hari ni & xparking kat situ. Terselamatlah Fofi. Phewwwww ;)


Friday, 20 May 2011

Ford Fiesta 1.6L Sport Ti-VCT











Tarikh dapat : 26 April 2011
Mode: Happy, Excited, Senyum Lebar :))))))

Tarikh calar : 19 Mei 2011
Mode: Bengang, Sakit Hati, #!@$%^&*
Sabar-sabar, xbaik utk baby
GRRRRRR!!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...