Sunday, 30 June 2013

3rd Check Up

Assalaaamualaikum..~!!

Hari Rabu minggu lepas Mama Eta buat 3rd check up baby dalam kandungan kat Hospital Bersalin Razif (HBR). Alhamdulillah dah 12 minggu usia kandungan. Bila scan, boleh nampak kepalanya, tangannya, kakinya, degupan jantungnya. Dan disahkan juga bukan baby kembar. Hehe.

Visual kurang memuaskan


Pada malam tu juga, kitorang dah mula ambil Pakej Bersalin HBR. Insya Allah baby ni akan dilahirkan kat HBR gak macam abangnya. Harap-harap doktor wanita yang akan sambut kelahiran baby dan bukan  lagi kes emergency macam dulu :) Setakat ni kitorang memang berpuas hati dengan servis HBR. Next check up, insya Allah 27 Julai (Sabtu) aka 18 Ramadan 1434H.

Melalui trimester pertama kali ni, Mama Eta lebih loya dari masa mengandungkan Ziqri dulu. Makan ayam tak boleh, ikan tak boleh, sayur memang dia tak suka makan. So menu setiap hari adalah tempe goreng atau tauhu goreng je. Spaghetti dan bubur nasi adalah alternatif lain yang lebih istimewa pada hari-hari tertentu. Sekarang Alhamdulillah selera makan dah kembali macam biasa, cuma risau berat badan akan naik banyak lak nanti :p

Tuesday, 18 June 2013

Bila Ziqri Tidur

Assalaaaaamualaikum..~!!

Bila dibelek-belek gambar-gambar dalam iPad ni, banyak gak gambar yang kitorang ambil bila Ziqri tidur sejak dia lahir sampailah ke hari ni. Macam-macam gaya. Tidur pun comel. Hehe.


Tu je :p

Sunday, 16 June 2013

Selamat Hari Papa 2013

Assalaaaaamualaikum..~!!

Sempena sambutan Hari Papa pada tahun ni, Mama Eta dan Ziqri meraikan aku kat Garden Cafe, Alamanda. Ini kali ketiga kitorang makan kat sini selepas sambutan Hari Lahir aku pada tahun 2011 dan satu lagi sambutan yang aku tak ingat. Apa yang pasti, kedua-dua sambutan sebelum ni terganggu dengan tangisan Ziqri tapi kali ni Alhamdulillah semuanya ok :)

Bismillah..

Ngapppp!

Dappp~~

Persembahan istimewa Mama Eta & Ziqri
Peace 'V'
Terima kasih Mama Eta belanja makan best dan hadiah istimewa ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...