Tuesday, 20 November 2012

Sedap Sangat Ke Durian Crepe?

Assalaaaaamualaikum..~!!

Semenjak 2 menjak ni aku kerap nampak kawan-kawan Facebook bercerita pasal Durian Crepe. Dah jadi macam trend makanan terbaru lak. Disebabkan oleh rasa ingin tau yang membuak-buak, aku pun google pasal Durian Crepe ni. Baca punya baca, tengok punya tengok, senyum punya senyum, telan air liur. Ok aku decide nak beli.

Ramai je orang yang meniaga Durian Crepe secara online. Aku contact dalam 6 org yg jual Durian Crepe sekitar Putrajaya ni & aku pilih peniaga yang boleh supply paling cepat. Kebanyakan diorang ni jual Durian Crepe pada harga RM2 sebiji. Biasanya dioang jual dalam 5 atau 6 biji sepaket. Kalau yang lagi mahal, dia jual 3 biji sepaket pada harga RM10.

Tapi alangkah tergezutnya aku masa pergi ambil Durian Crepe tu, kecik je saiz dia rupanya..!! Sekali suap je pun dah muat masuk dalam mulut. Kunyah kunyah kunyah telan. Dah habis RM2. Hahaha.

Ziqri nak rasa..?
Rasa Durian Crepe ni bagi aku macam durian biasa je. Pada harga RM2 seketul, agak kurang berbaloi laa. Baik aku borong durian macam biasa je. Lagi puas kot, baru feel :)

Ada sorang member ni cadangkan kat aku supaya beli Durian Pancake kat Sweet Chat Cafe je, lagi sedap katanya. Ok next time kita kena try ni..!

Sekian. BURP

5 comments:

  1. Bila baca post ni, cancel akak nak order durian crepe... Ada kebaikannya alhamdulillah akak terjumpa blog ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa cancel kak..? Saya menulis ni sekadar pandangan je. Mungkin akak boleh beli 1 paket & rasa dulu :) tapi ikut pendapat peribadi, saya tetap lagi suka durian yg ori. Hehe.

      Delete
  2. nak try jugak. teringin jugak nengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try mkn, then try buat sendiri lak. Tgh musim durian ni. 1 beg RM10. Hehe.

      Delete
  3. wife saya ada buat... area putrajaya.. 5 crepe dalam satu pack.. besar², dalam gambar ni terlalu kecil & makan pun tak puas rasanya... 016-718 1707

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...