Monday, 4 June 2012

SKVE Teluk Panglima Garang

Assalaaaaamualaikum..~!!

South Klang Valley Expressway (SKVE) @ Lebuhraya Lembah Klang Selatan sekarang dah sampai ke Jenjarom. Pergh..!!

Alkisahnya mula pada hari Selasa lepas (29 Mei). Kitorang sekeluarga nak gerak balik ke Jenjarom dari Putrajaya pada malam tu. Masa tengah dinner, ada laporan berita kat ntv7 bagitau yang exit Teluk Panglima Garang SKVE dah dibuka. Kepada sesiapa yang xtau, Teluk Panglima Garang dengan Jenjarom ni bersebelahan je. So kitorang dengan sangat 'excited'nya balik ke Jenjarom pada malam tu melalui SKVE. Tapi malangnya sampai kat area Saujana Putra, jalan masih ditutup dan terpaksalah kitorang patah balik ke Putrajaya & ikut jalan biasa. Cekewa je.

Pagi ni lak, on the way aku nak ke ofis (Putrajaya), haruslah aku buat u-turn kat exit Teluk Panglima Garang tu. Then aku sangat tertarik bila tengok baaaanyak kereta ikut jalan SKVE tu. Aik, mana diorang nak pergi tu? Hurm. So disebabkan oleh semangat ingin tau yang sangat kuat, aku pun call SKVE untuk confirmkan bila sebenarnya laluan Putrajaya-Teluk Panglima Garang akan dibuka. Rupa2nya laluan tu dah dibuka mulai dari jam 12 tgh malam, 30 Jun. Lor...

So pada petang ni, selepas kerja, aku pun balik Jenjarom melalui SKVE.

Masa bertolak : 6.00 ptg
Jenis kereta : Proton Persona 1.6cc
Speed : 110km/j (had laju 90 km/j je)
Jarak perjalanan : 35 km
Masa tiba : 6.25 ptg

Woah, amek masa 25 minit je perjalanan..!! Selalunya kalau ikut Dengkil (Jalan Banting B18), mau sampai 50 minit (jalan clear) atau 1 jam (traffic jam - pagi & petang). Jarak perjalanan pun jadi lebih pendek iaitu 35 km je berbanding sebelum ni, 50 km.

Jenjarom-Putrajaya 50km

Buat masa ni, SKVE bagi tempoh percubaan selama sebulan untuk melalui jalan ni pada kadar RM1.90 sehala sahaja sampai 29 Jun ni. SKVE secara keseluruhannya melalui kawasan Ayer Hitam, Saujana Putra, Tanjung Dua Belas, Teluk Panglima Garang, Pulau Carey & Pulau Indah. Bayaran tol RM1.90 tu sebenarnya kadar dari Ayer Hitam ke Saujana Putra je. Bayaran tol sampai ke Teluk Panglima Garang xdiketahui lagi.

Laluan SKVE

BERBALOI KE X SEBENARNYA..?

Aku buat pengiraan macam ni laa. Aku berbelanja sebanyak RM75 untuk duit minyak bagi perjalanan Jenjarom-Putrajaya-Jenjarom selama 5 hari bekerja. So secara purata, kadar penggunaan minyak adalah sebanyak RM15 bagi setiap 100 km.

Kalau aku ikut SKVE lak, jumlah jarak akan jadi 350 km seminggu. So aku perlu belanja kira2 RM52.50 seminggu. Kalau bayaran tol ditetapkan sebanyak RM5 sehala, maka jumlah bayaran tol seminggu adalah RM50. Bila dijumlahkan duit minyak + duit tol, akan jadi RM102.50 seminggu. Kerugian sebanyak RM27.50.

So adakah xberbaloi aku follow SKVE ni..? Bergantung kepada diri sendiri. Kalau aku rasa RM27.50 tu sebagai beban, rugilah. Kalau aku fikirkan RM27.50 dapat jimatkan masa sebanyak 350 minit (almost 6 jam) seminggu, untunglah.

So rasanya aku lebih cenderung untuk pilih SKVE sebab ada banyak kelebihan terutamanya masa perjalanan yang singkat. Traffic light pun cuma ada satu je sepanjang perjalanan. Haha. Kalau keluar rumah pukul 8 pg pun masih sempat lagi nak punch card kot.

Tu je laa cerita kali ni. Kepada semua pemandu, hati2 di jalan raya :p

Wassalam.

Update : Kadar tol Ayer Hitam - Teluk Panglima Garang = RM3.70 sehala; Bandar Saujana Putra - Teluk Panglima Garang = RM2.20 sehala.

42 comments:

  1. Wah, best tu. Beruntung dah ada highway! :) :) :)

    ReplyDelete
  2. Oh abam Caha rupanya :p so bolehlah bawak family jalan2 kat sini :pp

    ReplyDelete
  3. Tol Teluk Panglima Garang ke Ayer Hitam > RM 3.70 sehala...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, baru je lalu & dapat tau kadar tol tu semalam. thanks!

      Delete
  4. salam.....hmmm....sy just nak tanye,,,sy keje putrajaya,,n berhasrat nak bli umah dekat taman dato hormat, telok panglima garang....kalo kite ikut skve.....ok x?ramai staf sini kate telok panglima garang jauh....tol ke?hmm....kalo leh balas la kat email sy..amridorantez@gmail.com...urgent nie..perlukan khidmat nasihat sebelum sy jadi ambil rumah nie..plez ye.....

    ReplyDelete
  5. Salam.sy pn nk mta pendpt.hrp blh br petunjuk sedikt sbyk.sy skrg tgl d bandar br bangi.kj d pulau meranti.suami kj d ukm.menyewa rmh flat pkns.impian bli rmh teres.penat dh dok rmh bertingkt2 ni.dkt2 sini pyh nk cr rmh teres yg mampu bli.sy cr dptla kt teluk panglima garang.taman bentara 2 jln bangau bt9.blum jln lg projek rmh ni.dh sign snp & byr deposit..kwn2 opis xkte ape.ok je.tp hb plk skg dh tawar ht nk bli & dok sana.kwn2 dia ckp jauh & kos pjlnan tgi...so dia mta cancel.adus pening kpla..sbb loan akn guna nama sy.klu abg nk tau sblm ni pjbt lama sy d kl.hr2 suami hntr ambik & patah blk semula ke ukm.dgn motor.kdg2 je dgn kereta.em..sy tkt & syg nk cancel.tkt rugi & menyesal..nk cr kt area sini blm jpa lg.ader pn flat @ apartmnt yg blhpn.runsing sgt.hrp abg dpt bantu.plz reply kt email nor_nazia@yahoo.com.tq

    ReplyDelete
  6. Salam, saya pun dah booking beli rumah di Taman Dato Hormat, Telok Panglima Garang..akan bertugas di Putrajaya lg 2 thn..kiranya perancangan awal lah ni..boleh tak emailkan saya cadangan yg awak kasi kat saudara kita di atas on 12 Okt 2012 tu? Email saya kat feez2708@yahoo.com
    TQ

    ReplyDelete
  7. Saya berasal & tinggal di Telok Panglima Garang. Saja bekerja di Putrajaya sejak tahun 2004. Dalam tahun 2004-2011, berkorban lalu Olak Lempit dan Dengkil untuk pergi kerja. Jalannya jem dan selorong. Lori banyak sangat & perjalanan mengambil masa dalam 1 jam lebih. Bila dah ada SKVE pada pertengahan tahun 2012, saya bersyukur sebab dekat sangat2. Dulunya perjalanan mengambil masa 1 jam lebih, sekarang dalam 25 minit dah sampai office. Akses nak keluar ke hiway pun senang. Dari SKVE boleh terus keluar Elite, PLUS, Kajang Silk, Grand Saga, NKVE dan MRR2. Maknanya, orang yang tinggal sekitar Banting tak perlu lagi nak menempuh Jalan Klang-Banting untuk ke Klang/Shah Alam/KL.
    Tol RM3.70. Memang agak mahal tapi saya dapat jimat masa banyak sangat.

    Cuma bila dah ada SKVE, harga rumah sekitar Telok Panglima Garang naik sikit demi sikit. Dulu ada gak rumah 200k ke atas, sekarang semua 350k ke atas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur SKVE memendekkan tempoh perjalanan. Part rumah tu memang betullah melambung tinggi.

      Delete
    2. alhamdulillah..sempat beli rumah teres 2 tkt kat TPG awal thn ni..harga pun x sampai rm300k..insyaAllah hjg thn depan siap..

      Delete
  8. salam tuan,
    saya juga inginkan pendapat dari tuan untuk jarak masa dari jenjarom-sungai ramal kajang melalui skve.
    saya tak pernah melalui skve. menurut pandangan tuan, berapa lama masa yg diambil dari jenjarom-sungai ramal kajang melalui skve dan berapa kadar tol yg dikenakan.
    terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jarak dari Sg Ramal ke Jenjarom melalui skve sekitar 30-35 minit shj. Dengan syarat Kajang Silk tak traffic jam la. Bayaran tol SKVE RM3.70.

      Delete
  9. salam
    saya dari kebun baru,
    saya dpt kerja di bandar baru bangi,
    so brpe minit ke bangi n brpe kdr tol untuk sehari?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bandar Baru Bangi tu besar. If dari Jenjarom ke Seksyen 9 BBB melalui SKVE pun dlm 35 minit. So kalau gerak dari Kebun Baru, tambahlah lebih kurang 5 minit lagi. Tol RM3.70 sehala.

      Delete
  10. sy baru bercadang nk beli rumah di t.panglima garang...
    kerja di putrajaya,suami kerja di kL..

    ofismate kata..mcm jauh nk berulang dr sana..blh x bg cdgn/pendapat pd sy..n kadar tol skve ke ptrjya, & kL..tQ
    email: mummy_ameer@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari teluk ke ptrjy dlm 35-40 minit ikut skve. Tol rm3.70 sehala. If ke kl jauh sikitlah. Dulu wife berulang ke Jalan Puchong, KL pun dah dekat sejam. Tol mahal gak.

      Delete
  11. kalau harga rumah di TPG (Ruzab Melayu) dalam 350k... 2 tgkt, 4 bilik 4 bilik air (20x65) kira berpatutan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada harga RM350k, agak banyak pilihan gak kat sekitar Selangor. Melainkan jika ada justifikasi kukuh nak menetap kat TPG macam faktor keluarga/tempat kerja, so ok la.

      Delete
  12. Salam Tuan,
    Mohon pendapat/nasihat sekiranya saya berkerja di Presint 3 Putrajaya dan membeli rumah di Taman Bentara, Jalan Puyoh, Teluk Panglima Garang berapa KM perjalanan? Pendapat Tuan tentang taman perumahan tersebut juga dimohon memandangkan setelah survey dibuat, saya mendapati taman tersebut baru dibangunkan dengan tiada kepadatan penduduk dan keperluan asas.
    Terima kasih Tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah nak jawab berapa km tu ke Putrajaya tapi saya anggarkan jarak perjalanan dalam 45-50 minit tu melalui SKVE. Sekitar Taman Bentara dah banyak kawasan perumahan baru, ditambah dengan kawasan kampung yang sedia ada, kira padatlah juga. Petronas dan kedai-kedai pun tak sampai 10 minit dah sampai.

      Delete
  13. salam.
    boleh minta pendapat tak..saya nak beli rumah di jalan pipit, telok panglima garang. saya bekerja di bandar sri permaisuri,cheras. cheras di kelilingi banyak highway..tapi saya tak tau highway mana yg lg sng dan kurang jem..
    lg satu, boleh tak nak tanya..sy bru terdengar desas desus bhwa telok pglima garang kwsn tanah mendap, x ssuai utk buat rumah..ada apa2 maklumat tak pasal ni..sy tengah resah sbb dh byr n sign snp..:-(
    kl tak keberatan boleh emel sy kat ira_munie@yahoo.com
    terima kasih..^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jauhnya nak berulang dari TPG ke Cheras. Macam lebih baik pindah tempat kerja je. Kes tanah mendap mungkin di kawasan perumahan yang dibina atas tanah gambut je. Tapi untuk perumahan kat Jalan Pipit, saya tak pasti.

      Delete
  14. As Salam, sy pembeli rumah Taman Bentara Jln Helang dlm pembinaan & akan siap pertengahan thn ni..skrg ddk kat kuarters berbaloi ker sy berulang alik dr TPG ke putrajaya..suami pulak keja kat seksyen 15 shah alam,..terima kasih atas pendapat tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak macam lebih untung duduk kat Putrajaya untuk bekerja kat Putrajaya dan lebih untung duduk kat TPG untuk kerja kat Shah Alam.

      Delete
  15. Salam Tuan,

    Kami br booking 1 rumah di jalan pipit off jalan kebun baru..

    wife keje di pantai dalam rtm..
    sy keje di the curve..

    memandangkan beli rumah adalah keputusan kritikal utk zaman skrg.. bila ada yg offer rumah dgn ada tanah kosong 10kaki, maka tanpa fikir panjang kami terus beli..

    tp bila guna google map, jarak nya seperti jauh pula..

    mohon pandangan tuan berkenaan jalan, jarak dan potensi akan datang..

    sebulan skali balik kg di melaka pula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. same mcm saya, booking rumah di pulau indah, suami kerja di petaling jaya..jauh sgt..tapi dari segi harga rumah ~ pembelian agak berbaloi

      rumah 20 x 70
      rm 186,900.00
      kat area jalan kebun atau dekat2 sekitar sini dah tak dapt kut harga tu dgn keluasan tu..

      Delete
    2. Assalam, saya nak beli pandangan.

      Kalau dari TPG nak ke The Curve, memang agak jauh. Perjalanan tanpa traffic jam saja dah mengambil masa 50 minit, bayangkan pada waktu puncak mungkin mengambil masa hampir 1 jam lebih atau lebih dari itu. Harga rumah memang tidak semahal KL/Shah Alam/PJ. Cuma kos perjalanan akan bertambah dan kepala bertambah pening hadap traffic jam melainkan naik motorlah. Kalau naik motor pun kena fikir keadaan cuaca pula. Kalau dari TPG, laluan ke The Curve yang paling mudah ialah Kesas-Elite (susur lepas R&R Hicom Kesas)-NKVE terus masuk ke susur Damansara. Hujung minggu biasa juga ke sana tapi keadaan traffic ok.

      Untuk wife yang bekerja di RTM Pantai Dalam. Guna kereta sendiri atau pengangkutan awam (komuter)? Laluan biasa ialah Kesas-masuk Sunway-keluar Federal Hiway & terus ke haluan Bangsar. Kalau taknak tempuh jam, kena keluar awallah. Kalau naik train, ok jugakkan?

      Delete
  16. just nak tanya taman dato hormat yg ramai2 duk cerita kat sini tu ok ke?
    majoriti penduduk sana melayu ke? dalam perancangan jugak nak beli rumah area sana
    kalau boleh reply kat emel saya ni
    faizalberjaya@gmail.com

    ReplyDelete
  17. Saya saiful dr jln kebun bharu bt9 ( jln balam)
    Ikut skve ke bangi uniten,,dpt 44 km dlm 20-30 minit,,rini saya nk try jln lombong,,tp rakan bgtau jln teruk berlubang,,lori byk,
    ape2 hal wasap saya utk tmbh kenalan,
    no tel 012-268932

    ReplyDelete
  18. Saya saiful dr jln kebun bharu bt9 ( jln balam)
    Ikut skve ke bangi uniten,,dpt 44 km dlm 20-30 minit,,rini saya nk try jln lombong,,tp rakan bgtau jln teruk berlubang,,lori byk,
    ape2 hal wasap saya utk tmbh kenalan,
    no tel 012-268932

    ReplyDelete
  19. Nak tanye la..
    Sy keje UPM, serdang
    Antara jenjarom ngn teluk panglima garang mana lg dekat kalu lalu SKVE?

    ReplyDelete
    Replies
    1. *sori jenjarom or jalan kebun baru

      Delete
    2. *sori jenjarom or jalan kebun baru

      Delete
  20. Ada urusan di Shah Alam/Klang/USJ Subang Jaya i.e Summit USJ, Sunway, Alam Sentral, Kota Kemuning, SACC Mall, I-City, Wet World, ADTEC, CIAST, WISMA GM, UITM, UNISEL, MSU, POLITEKNIK Shah Alam atau sebagainya. Tempahlah homestay kami yang berdekatan dengan harga murah & berpatutan (RM180/semalam) dan boleh layari INTERNET @ UNIFI percuma. Layari blog kami untuk info terkini di http://onlinebookinghomestay.blogspot.com

    p/s: perkhidmatan sewa harian juga disediakan

    ReplyDelete
  21. Saya ada beli rumah di tluk pnglima garang 26x42 300k..macam x berbaloi..ada tgok rumah d seri pajam..yg kwsnnya trncang..boleh ber pandangan emel saya zahidah.ramly@gmail.com

    ReplyDelete
  22. Salam,sy nk tnya klau dri ampang nk prgi Bandar saujana putra naik pengangkutan awam pe ye?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...