Wednesday, 13 June 2012

Kenapa Malaysia Menang 2-0 Je..?

Assalaaaamualaikum..~!!

Tahniah pasukan bola sepak Malaysia sebab menang friendly game lawan Singapura malam semalam..! Perlawanan yang menarik. Overall Malaysia yang control game. Aku expect boleh kenduri gol, menang 5-0 tapi sayangnya Harimau Malaya dapat score 2 gol je. Kenapa sikit sangat..?

1st eleven

Hasil pemerhatian, tinjauan, kajian, ujikaji, penyelidikan, pengalaman, perasaan, pendapat dan pandangan aku, semua ni terjadi disebabkan oleh anak kami, Musyrif Ziqri. Apa kaitan..? Apa kes..?

Gambar xde kena mengena
Sebab Ziqri akan menangis bila dengar orang jerit sebut GOL..!!

Adoyai.. Sejak bila jadi macam ni Ziqri oi..? Tu laa, bila ayah tengok game, Ziqri asyik tidur je. So xdapat pendedahan yang secukupnya. Haha. Mencabar ni nak mempengaruhi Ziqri jadi kipas susah mati Manchester United.

Apa sebenarnya yang berlaku malam semalam..?

Family Jenjarom berkumpul ramai2 kat rumah ni untuk tengok match tu. Ada laa dalam 15 orang termasuk Ziqri. Selalunya Ziqri dah tidur waktu ni tapi semalam baik lak dia nak stay up lama sikit

Kick off pukul 8.45 malam. Malaysia control game dari awal lagi. Serangan demi serangan. If xsilap, dalam 15 minit pertama tu, Malaysia ada cipta gerakan yang hampir2 menghasilkan gol. Kitorang yang ramai2 ni dengan penuh semangat menjerit GOL..!! Mungkin tergezut agaknya, Ziqri yang tengah main sorang2 terus menjerit menangis :'( Alololo, kesian.

Tandukan ni tak gol pun
Pada minit ke-18, jam 9.03 malam, Shakir Ali menanduk bola dengan penuh smart melepasi jangkauan keeper Singapura, hasil hantaran Norshahrul Idlan Talaha. Stadium gegak gempita. Rumah Jenjarom pun sama laa menjerit meraikan gol. Sekali lagi Ziqri menjerit menangis :'( Alololo..

Selepas tu, semua orang asyik bercakap pasal perangai Ziqri yang ntahapahapantah ni. Nak dipendekkan cerita, maka dijalankanlah satu ujikaji. Ziqri pun dipanggil, "Ziqri..!! Ziqri..!!" Ziqri pun pandang. Disebutlah "Golllllll..~~". Tak jerit pun, nada biasa2 je tapi ada laa panjang sikit dalam 6 harakat. Ziqri menangis.

Selepas dipujuk, ujikaji kedua lak dibuat. "Ziqri..!! Ziqri..!!" Ziqri pun pandang. Disebutlah "Gol". Kali ni pun xjerit & panjang sebutan 1 harakat je. Ziqri menangis gak. Hahaha. Adoyai... Maka kesimpulan yang dibuat, jangan cakap nak jerit GOL, sebut GOL pun Ziqri nangis gak. So lepas tu, semua orang berusaha untuk mengelak dari menjerit perkataan GOL.

Half time, jam 9.30 malam. Ziqri dah ngantuk. Mama Eta bawa Ziqri masuk bilik, berusaha tidurkan dia. Ziqri bukannya jenis yang senang tidur. Dia akan tahan mata dia sedaya upaya daripada pejam. So memang ambil masa gak untuk 'kalahkan' mata dia tu.

Abam Kapten
Second half mula jam 9.50 malam. Ziqri masih belum tidur. Mama terus berusaha. Aku kembali ke depan tv untuk tengok game ni. Minit ke-62, jam 10.07 malam, Safiq Rahim menjaringkan gol melalui trademark dia, free kick. Terbaek la, top corner dia bagi. Sayangnya gol yang sangat cantik tapi xdapat nak di'celebrate' sepenuh hati sebab tuan putera Musyrif Ziqri dah pun beradu.

So sebagai menghormati Ziqri yang dah diulit mimpi, team Malaysia pun main relax2 tanpa tambahan gol sampailah ke wisel penamat. Sebab tu laa Malaysia menang 2-0 je semalam :) Kemenangan pertama Malaysia ke atas Singapura dalam tempoh 8 tahun @ 11 perlawanan.

Sekian, wassalam.
(Sumber Gambar: Google)

2 comments:

  1. hoo ni semua ziqri punya pasal la ye! hahaha

    ReplyDelete
  2. haha. sorry Ziqri :p yang penting Malaysia menang kan :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...