Sunday, 29 December 2013

Top 5 Entri Hangat Tahun 2013

Assalaaaamualaikum..~!!

Dah lama aku nantikan saat ni. Rasanya masa hujung tahun ni laa paling sesuai untuk aku menulis pasal ni. Bulan Disember tahun lepas pun aku dah tulis cerita macam ni - klik SINI. So sekarang jom kita tengok senarai 5 entri yang paling hangat dalam Diari Papa Deh ni sehingga sekarang. Terujanya aku. I love statistics ;)

No. 5:

Entri ni jatuh daripada tangga pertama tahun lepas. Meskipun bilangan pembaca makin bertambah dalam tempoh 12 bulan ni, iaitu kenaikan daripada 2,907 pageviews kepada 5,844 pageviews tetapi masih tidak mampu mengekalkan kedudukannya di takhta carta. Mula dipublishkan pada 4 Jun 2012 dan telah dikomen banyak kali oleh orang ramai sebab ingat aku ni ejen rumah kot, entri ini akan terus 'garang' digoogle oleh orang ramai.

No. 4:


Pertama kali memasuki carta. Entri ni mengisahkan pengalaman kitorang bercuti ke Bandung, Indonesia yang memang happening. Satu kesimpulan yang aku dapat buat adalah kebanyakan orang memang gemar merujuk kepada perkongsian kisah percutian orang lain sebagai panduan untuk mengatur percutian masing-masing. Diterbitkan pada 4 Februari 2013, kini entri ni telah berjaya menerima 11,191 pageviews.

No. 3:


Satu lagi kisah percutian kitorang yang menjadi bacaan orang ramai. Sabah merupakan antara lokasi percutian dalam negara yang paling best bagi kitorang. Pakejnya lengkap sebab ada kedua-dua kawasan pergunungan dan laut yang awesome! InsyaAllah kalau ada rezeki, nak kembali bercuti ke Sabah lagi. Di kalangan top 5 tahun 2013, entri ni merupakan entri yang paling terkini aku publishkan iaitu pada 26 April 2013. Selain mencapai 13,978 pageviews sehingga kini, entri ni juga mencatat rekod peribadi tersendiri dengan bilangan komen paling banyak iaitu berjumlah 26 komen!

No. 2:

Banyak-banyak pulau kat Malaysia, rasanya Pulau Langkawi merupakan lokasi percutian pulau yang paling famous di kalangan rakyat Malaysia agaknya. Selain faktor nak mandi laut, Pulau Langkawi juga terkenal dengan zon bebas cukainya. Selepas dipublishkan pada 20 Mac 2013, ia telah menerima sebanyak 16,005 pageviews.

No. 1:


Berikan tepukan gemuruh kepada juara kita yang baru dengan rekod bacaan yang amat sangat tertinggi gila iaitu 26,952 pageviews..!! Woohoo, jauh meninggalkan pesaing-pesaingnya dan aku tak rasa ada entri yang mampu menandinginya lagi buat masa ni. Bukan saja entri ni paling top untuk statistik pageviews kategori "all time", malah ia juga entri paling top untuk bulan ni (3,982), minggu ni (789), 24 jam ni (93) dan 120 minit ni (10). Terbaek. Hasil kajian pasaran harga coklat yang sedap-sedap kat Langkawi berbanding harga di sekitar Putrajaya, maka wujudlah entri yang meleTOP ni. Syabas Jedeh, syabas.

Ok, selesai. Jumpa lagi tahun depan. Bye 2013.

Wassalam.

Wednesday, 25 December 2013

6 Tahun Mengenali Hati Budi

Assalaaamualaikum..~!!

Aku dan isteri mula mengenali hati budi masing-masing secara serius sejak 25 Disember 2007. Masa tu kitorang sama-sama belajar kat Universiti Malaya. Aku senior, tahun akhir Engineering. Dia junior, tahun 3 Farmasi. Aku stay kat ASTAR, dia stay kat luar kampus. Masuk 2nd semester tahun tu, dia pun masuk ASTAR.

Sebelum tu, aku dah tau kewujudan dia sejak tahun 2005 lagi. Kitorang stay kat kolej yang sama. Kebetulan kitorang diletakkan dalam satu kumpulan semasa program Minggu Mesra Pelajar, betul-betul selepas Minggu Haluan Siswa. Cuma waktu tu kenal-kenal gitu je laa. Hi & Bye :p

Tapi kemudian, manalah nak sangka jodoh ketentuan Allah kan, berkahwin pun kitorang pada tahun 2011. Alhamdulillah hero pun dah dua dan kami bahagia ;) Syukur dengan qada' dan qadar Allah.



1st time bergambar bersama
25 Disember akan kitorang raikan sentiasa ;)

Monday, 23 December 2013

Kenduri Aqiqah dan Kesyukuran Musyrif Zaeem

Poster Amatur


Alhamdulillah selesai dah Kenduri Aqiqah dan Kesyukuran Musyrif Zaeem semalam. Tipulah kalau kata majlis berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Tapi normallah tu untuk kita berdepan dengan semua cabaran dalam usaha kita untuk melaksanakan sesuatu perkara.

Aqiqah ni bermaksud menyembelih kambing atau ternakan lain seperti unta, biri-biri dan kibas buat anak yang baru lahir khususnya pada hari ketujuh kelahirannya atau selewat-lewatnya sebelum anak itu baligh. Oleh sebab Zaeem masih ditempatkan kat dalam NICU semasa usia dia tujuh hari (lagipun hari Khamis), maka terpaksalah majlis ni ditundakan sehingga ke 22.12.13.

Teaser
Buaian
Zaeem dan jubahnya
Kenduri aqiqah ni dibuat secara sederhana je. Tetamu yang dijemput pun terdiri daripada ahli keluarga, jiran tetangga dengan saudara-mara terdekat. Bonus kitorang jemput kawan-kawan rapat gak. Daging binatang yang disembelih untuk aqiqah adalah sunat dibuat jamuan untuk juadah ahli keluarga, jiran tetangga dan saudara-mara terdekat.

Majlis bermula pada jam 10.30 pagi dengan kehadiran tetamu dan kumpulan marhaban. Selepas diorang selesai alas perut, borak-borak, ambil angin, setting PA system, persembahan marhaban pun bermula kira-kira jam 10.50 pagi hingga 12.00 t/hari.

Marhaban

Gunting rambut
Mama terkesan dengan lirik lagu berendoi yang puitis
Mama selfie

Ziqri & ayah
Selepas selesai persembahan marhaban dan ucapan terima kasih daripada tuan rumah (akulah tu), tibalah masa makan. Menu istimewa hari ni ada kari kambing, ayam goreng, sambal udang, lemak nangka, nasi jagung, nasi putih, buah tembikai, air soya, air sirap, air mineral :) Sajian daripada ahli keluarga sdn. bhd.

Masa ni ada yang makan-makan, ada yang tengok baby, ada yang ambil-ambil gambar. Oh terima kasih kat mereka yang sudi bagi sumbangan - RM mahupun hadiah. Terima kasih kat semua yang sudi datang. Terima kasih gak kat mereka yang tak dapat datang tetapi masih mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga. Amin. Terima kasih kat ahli keluarga atas kerjasama yang diberi untuk menjayakan majlis ni.

Eh tetiba je penuh
Kasih abang

Happy family
Antara hadiah

Pada waktu petang, bila kebanyakan tetamu dah balik, kitorang pun memulakan projek mencukur rambut Zaeem. Agak mencabar gak tapi akhirnya berjaya jua. Alhamdulillah. Menurut Islam, amalan mencukur rambut akan meningkatkan tahap kesihatan anak, membuka selaput kepala dan mempertajamkan daya penglihatan, pendengaran dan deria hidu. InsyaAllah.

Cukur rambut
Selesai
Wassalam.

Saturday, 21 December 2013

Appointment Oftalmologi (Day 28) dan Ortopedik

Assalaaaaamualaikum..~!!

Busy betul Zaeem. Sekali lagi kitorang ke Hospital Putrajaya sebab Zaeem ada appointment mata lak. Kata Mama Eta, baby yang dilahirkan secara pra-matang ada kebarangkalian kena masalah katarak dan pendarahan dalam mata. So appointment hari ni adalah untuk doktor check sekiranya Zaeem ada masalah tu atau tak.

Cabaran utama untuk appointment hari ni adalah untuk menunggu anak mata Zaeem kembang. Nurse banyak kali gak laa titiskan cecair apa entah kat mata Zaeem. Titis, tunggu 20 minit. Titis, tunggu 20 minit lagi. Finally bila kedua-dua anak mata Zaeem dah kembang, barulah boleh jumpa doktor.

Kembang cepat, kembang!
Kat bilik doktor, timbul satu isu perdebatan. Pada pandangan doktor kat situ, Zaeem tak perlu jalani pun pemeriksaan mata ni. Kalau tak silap aku, doktor tu cakap baby yang perlu jalani pemeriksaan mata adalah terdiri daripada baby yang lahir 32 minggu ke bawah, berat badan semasa lahir kurang daripada 1.5 kg dan baby yang dimasukkan ke dalam ventilator selepas kelahiran. Zaeem tak termasuk pun dalam ciri-ciri tu.

Tapi bila doktor lain dah refer, kenalah doktor tu buat pemeriksaan gak.

Mama dengan ayah kena tunggu kat luar. Diorang tutup lampu bilik pemeriksaan tu. Then dengar suara Zaeem menangis.

Mama dengan ayah dipanggil masuk dalam bilik. Kesian tengok Zaeem sebab berkesan kat mata dia alat yang doktor guna semasa pemeriksaan tadi. Alhamdulillah tiada sebarang masalah mata pada Zaeem. Next appointment 3 minggu lagi.

Senyum..~!!!
Pada waktu yang sama sebenarnya, mama pun ada appointment gak untuk follow up keadaan tangan mama yang dikhuatiri patah tu. Disebabkan mama dah bersalin, so pihak hospital dah boleh x-ray tangan mama. Alhamdulillah tangan mama pun ok.

Syukur :)

Wednesday, 18 December 2013

Appointment Pediatrik (Day 26)

Assalaaamualaikum..~!!

Semalam Zaeem ada appointment kat Hospital Putrajaya untuk check level kuning dia. Kitorang pergi bertiga je. Ziqri tinggal dengan sepupu-sepupu dia kat Jenjarom.

Actually appointment ni cuma nak ambil darah Zaeem je dan keputusannya akan dimaklumkan kemudian. Jumpa doktor pun tak. Tapi kitorang berada kat hospital ni hampir 3 jam gara-gara hanya ada 1 je kaunter pendaftaran yang beroperasi untuk nombor giliran yang bermula dengan nombor 2 (contoh: 2026). Nak lagi best, petugas kaunter tu lak sibuk dengan tugas sampingan jadi 'technician' nak repair mesin rosak dan terlalu kerap terima pesakit yang 'walk in' je. Hurm...

Sebelum diorang ambil darah, Zaeem dibawa ke 1 bilik ni untuk ditimbang berat badan, diambil ukur lilit kepala dan panjang badannya. So far sejak Zaeem keluar dari NICU hari tu (day 18), berat dia dah ditimbang sebanyak 3 kali dan semuanya positif. Day 21 - 1.90 kg. Day 25 - 2.05 kg. Day 26 - 2.07 kg. Alhamdulillah.

Kalau tak tulis TCA, maksudnya xyah jumpa doktor, xyah ambil nombor giliran kat kaunter pendaftaran pun. Hurm...

Kesian Zaeem kena cucuk
Sebelum balik, kitorang singgah kat NICU jap. Semasa Zaeem dibenarkan untuk discaj hari tu, doktor pesan supaya berat badan Zaeem ditimbang kat klinik kesihatan berdekatan rumah sebanyak 2 kali seminggu. Jika berat sentiasa bertambah, kekerapan tu dikurangkan kepada sekali seminggu dan jika bertambah lagi, jadi sekali untuk selang 2 minggu lak. So kitorang ke NICU untuk dapatkan 'guide' samada masih perlu lagi ke Zaeem ditimbang sebanyak 2 kali seminggu sekarang ni. Jawapannya dah boleh timbang sekali seminggu je dan selepas berat badan dah 2.5 kg, barulah dikurangkan kepada sekali untuk setiap 2 minggu.

Esok kitorang akan ke Hospital Putrajaya sekali lagi untuk appointment mata Zaeem dengan appointment tangan Mama lak. Ahad ni insyaAllah kitorang akan buat kenduri aqiqah Zaeem. Wah, minggu yang panjang. Semoga semua yang dirancang berjalan lancar. Amin.

Wassalam.

Tuesday, 10 December 2013

18 Hari Di NICU

21.11.2013, jam 11.08 mlm, 18 Muharam 1435H - Zaeem lahir dan ditempatkan di NICU Hospital Putrajaya. Mama tak nampak dan tak tau pun bila masanya Zaeem keluar dari perut tapi yang pasti mama tak dengar langsung tangisan Zaeem. Menurut doktor, pernafasan Zaeem menjadi laju secara tiba-tiba 10 minit selepas lahir. Zaeem diberikan alat bantuan pernafasan serta ubat untuk mematangkan paru-paru sebab dilahirkan secara pra-matang.

Day 1 (Jumaat)
- Ayah bawa mama jumpa Zaeem untuk pertama kalinya. Nafas Zaeem dah ok dan tak perlukan alat bantuan pernafasan lagi. Tapi kali ni disahkan kena jaundice lak.

Day 2 (Sabtu)
- Hari ni mama dengan ayah baru perasan, muka Zaeem seiras dengan abang Ziqri..!! Hehe comel je. Ahamdulillah jaundice Zaeem dah baik. Cuma berat badan dah turun sikit daripada 1.8kg kepada 1.75kg. Oh, Zaeem kentut kuat sampai keluar eyak. Huhu.

Day 3 (Ahad) - Berat badan Zaeem turun lagi dah jadi 1.72kg lak. Masa mama dengan ayah melawat Zaeem, nurse bertugas nak bagi Zaeem susu mama. So merasalah mama dengan ayah 'menyusukuan' Zaeem. Mama pun dah dapat dukung Zaeem walaupun rasa takut-takut dengan saiz yang kecil tu. Then disebabkan rasa geram sangat kat baby ni, mama dengan ayah berjaya gak curi-curi amek gambar Zaeem. Yeah!


Day 4 (Isnin) - Zaeem dimasukkan ke dalam inkubator sebab berat badan sekarang 1.68kg dah di bawah tahap piawaian hospital. Selain tu, Zaeem kena berpuasa sebab dia ada muntah susu dan dipercayai sistem pencernaan masih tak berapa ok. Cepat sihat ok!


Day 5 (Selasa) - Berat badan Zaeem yang terkini adalah 1.63kg. Hospital dah bagi Zaeem hisap susu balik. So harap-harap makin bertambahlah berat badan Zaeem lepas ni.


Day 6 (Rabu) - Kedudukan katil Zaeem dalam NICU ni berubah lagi sebab dah kena jaundice semula. Bacaan jaundice Zaeem adalah 229, betul-betul bawah border line. Tapi sebagai langkah berjaga-jaga, hospital tempatkan je laa Zaeem kat bawah sinaran phototherapy. Hopefully takkan menjejaskan kenaikan berat badan dia sebab berkemungkinan akan berlaku dehydration. Antara berita positif hari ni, berat badan Zaeem dah naik kepada 1.66kg dan sistem pencernaan macam dah ok sebab tiada lagi aspirate. So kuantiti susu badan yang diambil pun bertambah kepada 6ml bagi setiap 3 jam. Alhamdulillah.


Day 7 (Khamis) - Bacaan kuning Zaeem dah menurun kepada 216 tapi masih diletak kat bawah sinaran phototherapy. Turun banyak-banyak lagi ok sayang. Berat badan lak kekal 1.66 kg. Eloklah tu kan daripada turun lagi. Go Zaeem go!

Day 8 (Jumaat) - Ayah dah agak dah Zaeem memang kuat. Alhamdulillah berat badan dah naik kepada 1.70 kg manakala bacaan jaundice turun kepada 172. InsyaAllah Zaeem akan makin sihat lepas ni sebab kuantiti susu yang diambil pun dah bertambah jadi 21 ml bagi setiap 3 jam. Cuma berlaku satu insiden yang sedikit mencemaskan bila darah keluar kat branula yang dicucuk kat tangan Zaeem gara-gara lasaknya anak ayah ni. Terpaksalah dicucuk lagi sekali. Sedikit rasa kurang puas hati dengan pengurusan hospital hari ni sebab diorang mengabaikan amaran pertama daripada alat yang bersambung dengan branula tu, penyusuan baby yang lewat kira-kira 30 minit dan tilam Zaeem yang kurang bersih. Selain tu, semua ok.


Day 9 (Sabtu) - Berat badan Zaeem kekal 1.70 kg manakala bacaan jaundice adalah ok. Kuantiti pengambilan susu dah bertambah kepada 24 ml bagi setiap 3 jam. Ada aspirate sikit petang ni sebanyak 5 ml tapi semuanya adalah susu. Masa pemberian susu pun baik hari ni, tak lewat macam semalam.

Day 10 (Ahad) - Sekali lagi berat badan Zaeem kekal 1.70 kg sementara pengambilan susu dah bertambah kepada 27 ml bagi setiap 3 jam. Nurse kata kalau berat badan Zaeem naik bila ditimbang malam ni, insyaAllah dah boleh keluar daripada inkubator.

Day 11 (Isnin) - Alhamdulillah Zaeem dah bebas daripada inkubator. Berat badan naik sikit kepada 1.71 kg. Susu pun dah banyak, 34 ml bagi setiap 3 jam. Puas hati mama dengan ayah dapat cium Zaeem gila-gila. Haha. Mama dapat dukung Zaeem, ayah nanti-nantilah ye. Huhu.


Day 12 (Selasa) - Berat Zaeem berterusan naik lagi kepada 1.72 kg. Come on sayang, cepat-cepat sihat. Ayah target Zaeem boleh balik rumah hari Ahad ni.

Day 13 (Rabu) - Alah, berat badan Zaeem turun jadi 1.71 kg lak. Hurm, kuantiti susu tambah kepada 36 ml bagi setiap 3 jam. Tidur je Zaeem masa mama dengan ayah datang.

Day 14 (Khamis) - Fuiyo, berat Zaeem naik mendadak kepada 1.76 kg! Alhamdulillah.. Nurse sikat rambut pacak.


Day 15 (Jumaat) - Berat naik lagi dah jadi 1.79 kg. Nak lagi best, hari ni 1st time mama dapat menyusukan Zaeem. Mama kata mula-mula tu Zaeem struggle gak. Tapi once dah dapat cara hisap yang betul, non stop Zaeem menyusu. Gumbiranya :)

Day 16 (Sabtu) - Zaeem dah dipindahkan ke 'Bilik Berkaca'. Ikut pemahaman aku, bilik ni menempatkan baby yang dah stabil dan tersenarai dalam calon-calon baby yang akan dapat stay dengan mama jika segalanya positif. Nasogastric (ryles) tube, tiub yang menyalurkan susu ke dalam perut Zaeem melalui mulut dia tu pun dah tak pasang lagi dah dan Zaeem makin pandai menyusu badan. Cuma apa yang kurang positif adalah berat badan Zaeem yang statik 1.79 kg.


Day 17 (Ahad) - Hospital telefon bagitau yang mama boleh stay dengan Zaeem mulai tengah hari ni. Yes! So sekarang tengah packing barang-barang yang nak dibawa :) Berat badan dah 1.80 kg. Mama akan room in dengan Zaeem dan disyorkan untuk menyusukan baby setiap 2 jam termasuklah waktu tengah-tengah malam. Doktor akan timbang berat badan Zaeem esok.

Day 18 (Isnin) - Alhamdulillah dalam keadaan yang penuh debar, hospital bagitau yang berat badan Zaeem naik lagi kepada 1.84 kg. Nak lagi best, doktor benarkan Zaeem dan mama discaj hari ni walaupun kebiasaannya setiap mama kena room in sekurang-kurangnya 2 malam. Jom balik!

Terima kasih Hospital Putrajaya..
 
Maka tamatlah kisah 18 hari Musyrif Zaeem di NICU..

Wednesday, 4 December 2013

Sambutan Hari Lahir Papa Deh

Assalaaamualaikum..~!!

Semalam 3 Disember 2013, genap umur aku 28 tahun. Terima kasih dan tahniah kat isteri sebab berjaya buat surprise yang menyegankan encik suami. Meskipun banyak kekangan dalam tempoh berpantang ni, tak boleh nak berjalan sangat ke sana ke sini, tak boleh nak makan makanan tertentu, sakit-sakit badan, nak kena pam susu lagi, encik suami kagum gak laa dengan 'party' yang dianjurkan. Sambutan kali ni penuh bersejarah gak sebab makan suun goreng (hehe) selain nugget dan kek. Cuma sedikit kurang meriah sebab Ziqri tak sihat...



Thanks syg!

Sunday, 24 November 2013

Di Sebalik Tabir Kelahiran Musyrif Zaeem

21.11.13 jam 10.12 malam, Mama Eta WhatsApp aku suruh datang segera ke Hospital Putrajaya. Aku tergamam, terkejut, terkesima, ter ter ter. Dah nak bersalin ke isteri aku ni? Walhal selogiknya xde alasan lain pun untuk dia panggil aku sesegera macam ni kalau bukan untuk bersalin. Entah, aku memang akan jadi mati akal bila muncul kes emergency macam ni.

Lalu aku pun memecut FoFi dari Jenjarom bersama-sama MIL dan BIL. Ziqri tak dibawa bersama sebab kanak-kanak bawah 12 tahun tak dibenarkan untuk naik ke wad. Jam 10.31 malam, semasa kitorang masih otw, Mama Eta call bagitau yang dia akan dibawa ke Dewan Bersalin untuk dibedah. Ngaaa, cepatlah sampai..!!

Setibanya kitorang kat Dewan Bersalin, nurse bertugas bagitau yang Mama Eta dah dibawa masuk dan tiada siapa dibenarkan untuk jumpa dia termasuklah suami. Kitorang ditempatkan sementara kat bilik menunggu sambil menonton cerita lakonan Nora Danish yang didera oleh suami tetapi masih selamat bersalin. Hehe. Tak lama lepas tu, emak pun sampai kat hospital dan join kitorang menunggu.

Kira-kira jam 12.08 malam (cewah), seorang wanita membuka pintu bilik menunggu dan memanggil "suami kepada Mama Eta~!!!". Bordobar-dobar hati den. Alhamdulillah, dia bagitau yang Mama Eta dah selamat bersalin jam 11.08 malam tadi dan kitorang boleh jumpa dia lepas ni kat wad. Baby pun ok tapi kena dimasukkan kat NICU untuk rawatan lanjut. Oh, baby kitorang pra-matang (33 minggu), berat badan 1.8kg dan perlukan alat bantuan pernafasan.

Daftar masuk NICU
Alkisah kelahiran Musyrif Zaeem ni kalau larat aku nak ceritakan, bolehlah bermula dari hari Isnin, 18.11.13. Mama Eta dah mula rasa mild contraction secara regular semasa waktu bekerja lagi. Oleh sebab rasa contraction tu tak sakit sangat, so dia pun relax je dan kerja macam biasa. Jam 5.30 petang kitorang gerak ke Hospital Bersalin Razif untuk check keadaan kandungan. Rupa-rupanya dalam rasa tak sakit contraction tu, saiz bukaan servik dah 4cm!! Doktor nasihatkan kitorang ke Hospital Kerajaan yang kemudahannya lebih lengkap untuk berdepan dengan kes kecemasan sebegini. Ok.

Lepas solat Maghrib, kitorang bergegas ke Hospital Putrajaya. Terima kasih sangat-sangat kat pihak hospital sebab sudi menerima isteri saya meskipun diorang dah terlalu sibuk dengan pesakit yang sedia ada :) Mama Eta diberi tablet bagi menghentikan contraction supaya saiz bukaan servik tak bertambah besar. Diorang berusaha sedaya upaya supaya Mama Eta tak bersalin lagi sekarang. Di samping tu, doktor ada juga bagi suntikan Dexa yang sangat menyakitkan (1 lagi suntikan pagi esok) untuk mematangkan paru-paru baby. Alhamdulillah, semuanya terkawal dan malam ni aku tidur dalam kereta je.








Keesokan harinya, 19.11.13 (Selasa), keadaan Mama Eta dah stabil dan doktor pindahkan dia dari Bilik Bersalin ke dalam wad. Aku jadi bingung bila dapat tau rancangan doktor untuk tempatkan Mama Eta selama yang boleh sampai dia bersalin supaya baby cukup matang. So kalau kebiasaannya orang mengandung selama 40 minggu, maksudnya Mama Eta akan stay selama 7 minggu lagi kat hospital??? Hurm, beratnya dugaan...

Aku tanya doktor, boleh tak wife nak jumpa anak. Doktor cakap tak boleh. Aku cuba nego lagi. If doktor tak bagi banyak bergerak, dia boleh duduk kat wilca. Jumpa pun setakat kat lobi hospital dan aku cuma akan bawa Ziqri masa weekend je. Doktor tak bagi jawapan yes or no tapi aku faham lenggok bahasanya tetap ke arah no.

Waktu melawat yang dibenarkan antara jam 12.30 hingga 2.00 petang dengan 4.30 hingga 7.00 petang sahaja. Sebak hati drive sorang-sorang balik Jenjarom =\

Pada 20.11.13 (Rabu), aku kembali ke pejabat dan bekerja macam biasa. Hakikatnya dalam kepala dah melayang entah ke mana dan tak sabar-sabar nak balik. Kawan-kawan kat office ramai yang terkejut tengok kemunculan aku sebab diorang ingatkan Mama Eta dah bersalin. Belum lagi, harap bersabar ye. Hehe. Waktu rehat, aku ke hospital. Habis waktu kerja, aku ke hospital lagi. Beginilah kot rutin aku sampai 7 minggu akan datang.

Ikutkan hati, kan best kalau baby keluar awal. Tapi tak baik pentingkan diri sendiri sebab yang akan susah kelak adalah baby tu. So kita kenalah tabah.

CTG yang memenatkan
Oh, layak untuk upgrade bilik ni
Bila rindu
Pada 21.11.2013 (Khamis), aku bekerja dan melawat Mama Eta seperti semalam. Dia bagitau ada mild contraction lagi hari ni tapi tak regular pun. Semasa aku melawat pada waktu petang pun berlaku gak contraction tu. 3 kali sakit dalam selang masa 7 minit. Lepas tu ok je, tak sakit dah.

Pada malam tu, selepas Ziqri dan aku selesai tengok cerita Madagascar kat rumah, Mama Eta mengadu rasa sakit lagi sejak dia solat isya' kira-kira jam 9.00 malam. Yakin yang dia sedang alami contraction secara regular, Mama Eta pun panggil nurse pada jam 9.44 malam. Nurse buat ujian di mana keputusannya biasa-biasa je sebab contraction cuma berlaku sekali je dalam tempoh 10 minit. Then, nurse panggil doktor lak.

Berpeluh-peluh Mama Eta menahan sakit menunggu doktor sampai. Setibanya doktor, dia check saiz bukaan servik dah 9cm dan ada lak rasa kaki baby nak terjuntai keluar, maka menjeritlah dia LABOUR ROOM, NOW!!!

 
Begitulah alkisahnya kelahiran Musyrif Zaeem yang bermaksud pemimpin yang tinggi. Sehingga saat cerita ni dipublishkan, Zaeem masih ditempatkan di NICU manakala Mama Eta dah dibenarkan balik pada 23.11.13 (Sabtu). Tiada lagi gambar Zaeem yang dapat kitorang snap sebab NICU kawasan larangan kamera dan telefon. Tapi muka Zaeem memang serupa dengan Ziqri waktu baru lahir dulu. Hehe.

Cepat sihat ye baby
Thanks doc!
InsyaAllah kitorang akan berulang ke hospital setiap hari untuk jumpa baby Zaeem dan menghantar stok susu badan. Semoga Zaeem cepat sihat dan cepat boleh balik rumah :) Amin.

Monday, 4 November 2013

Ini Kisah Kami Semua..~!!

Assalaaaamualaikum..~!!

Aku sekarang berada kat rumah MIL tanpa Mama Eta dan Ziqri di sisi pada masa ni. Aku ambil cuti rehat tapi takde laa berehat sangat pun sebab banyak urusan nak kena buat hari ni - hantar Mama Eta kerja, update info dalam geran kereta kat JPJ Bangi, beli lunch kat KFC, ambil dan hantar Mama Eta waktu lunch hour, tukar kad ATM kat Maybank Banting (tapi tak boleh buat sebab ramai orang), masukkan duit dalam Tabung Haji serta update buku dan bayar kompaun parking (terbang RM15). Ziqri lak tinggal dengan nenek kat Bangi sementara ayah nak selesaikan semua urusan ni. Tunggu ayah dengan mama balik kejap je lagi ye.

Ok ke mana hala tuju aku nak menulis ni. Sampai sekarang pun masih takde objektif dan ruang tajuk post pun tengah kosong lagi ni...Layan dulu gambar-gambar ni :p

Aktiviti layan Ziqri kat taman mainan kat rumah nenek

Yang atas tu stereng. Yang bawah tu perut.
Check up baby.. 24 Oktober lepas kitorang ke Hospital Bersalin Razif untuk check up kandungan. Baby masih dalam keadaan songsang untuk kali ketiga berturut-turut dah ni. Not good, not good sebab baby dah terlalu selesa dalam keadaan macam tu, kena operate laa jawabnya. Di samping tu, doktor ada gak tegur pasal kenaikan berat badan Mama Eta. Not good, not good.. Jumpa lagi 2 minggu.


Pada 26 Oktober, kitorang pergi Majlis Hi Tea Farmasi Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat. Majlis dibuat kat Hotel Premiere, Klang. Ok laa meriah dan macam-macam pengisian. Something yang hampeh berlaku kat aku hari tu. Aku pergi dengan berselipar je sebab aku yakin ada kasut dalam kereta. Padahal kasut tu dalam kereta lagi satu. Akibatnya, berpusing-pusinglah cari kedai kasut dan nasib baik jumpa Bata, dapatlah kasut RM50. Huhu.


Antara persiapan nak sambut kelahiran baby baru adalah membasuh baju baby. So, inilah hasil kerja kitorang 28 Oktober lepas.
29 Oktober, genap 2 tahun 9 bulan aka 33 bulan kitorang berkahwin. Happy anniversary syg! Tak celebrate pun. Sekadar pergi penuhi keinginan Mama Eta makan nasi kat kedai tomyam berdekatan rumah. Best wo!

Sekian, jumpa lagi entah bila lagi. Wassalam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...