Sunday, 24 November 2013

Di Sebalik Tabir Kelahiran Musyrif Zaeem

21.11.13 jam 10.12 malam, Mama Eta WhatsApp aku suruh datang segera ke Hospital Putrajaya. Aku tergamam, terkejut, terkesima, ter ter ter. Dah nak bersalin ke isteri aku ni? Walhal selogiknya xde alasan lain pun untuk dia panggil aku sesegera macam ni kalau bukan untuk bersalin. Entah, aku memang akan jadi mati akal bila muncul kes emergency macam ni.

Lalu aku pun memecut FoFi dari Jenjarom bersama-sama MIL dan BIL. Ziqri tak dibawa bersama sebab kanak-kanak bawah 12 tahun tak dibenarkan untuk naik ke wad. Jam 10.31 malam, semasa kitorang masih otw, Mama Eta call bagitau yang dia akan dibawa ke Dewan Bersalin untuk dibedah. Ngaaa, cepatlah sampai..!!

Setibanya kitorang kat Dewan Bersalin, nurse bertugas bagitau yang Mama Eta dah dibawa masuk dan tiada siapa dibenarkan untuk jumpa dia termasuklah suami. Kitorang ditempatkan sementara kat bilik menunggu sambil menonton cerita lakonan Nora Danish yang didera oleh suami tetapi masih selamat bersalin. Hehe. Tak lama lepas tu, emak pun sampai kat hospital dan join kitorang menunggu.

Kira-kira jam 12.08 malam (cewah), seorang wanita membuka pintu bilik menunggu dan memanggil "suami kepada Mama Eta~!!!". Bordobar-dobar hati den. Alhamdulillah, dia bagitau yang Mama Eta dah selamat bersalin jam 11.08 malam tadi dan kitorang boleh jumpa dia lepas ni kat wad. Baby pun ok tapi kena dimasukkan kat NICU untuk rawatan lanjut. Oh, baby kitorang pra-matang (33 minggu), berat badan 1.8kg dan perlukan alat bantuan pernafasan.

Daftar masuk NICU
Alkisah kelahiran Musyrif Zaeem ni kalau larat aku nak ceritakan, bolehlah bermula dari hari Isnin, 18.11.13. Mama Eta dah mula rasa mild contraction secara regular semasa waktu bekerja lagi. Oleh sebab rasa contraction tu tak sakit sangat, so dia pun relax je dan kerja macam biasa. Jam 5.30 petang kitorang gerak ke Hospital Bersalin Razif untuk check keadaan kandungan. Rupa-rupanya dalam rasa tak sakit contraction tu, saiz bukaan servik dah 4cm!! Doktor nasihatkan kitorang ke Hospital Kerajaan yang kemudahannya lebih lengkap untuk berdepan dengan kes kecemasan sebegini. Ok.

Lepas solat Maghrib, kitorang bergegas ke Hospital Putrajaya. Terima kasih sangat-sangat kat pihak hospital sebab sudi menerima isteri saya meskipun diorang dah terlalu sibuk dengan pesakit yang sedia ada :) Mama Eta diberi tablet bagi menghentikan contraction supaya saiz bukaan servik tak bertambah besar. Diorang berusaha sedaya upaya supaya Mama Eta tak bersalin lagi sekarang. Di samping tu, doktor ada juga bagi suntikan Dexa yang sangat menyakitkan (1 lagi suntikan pagi esok) untuk mematangkan paru-paru baby. Alhamdulillah, semuanya terkawal dan malam ni aku tidur dalam kereta je.








Keesokan harinya, 19.11.13 (Selasa), keadaan Mama Eta dah stabil dan doktor pindahkan dia dari Bilik Bersalin ke dalam wad. Aku jadi bingung bila dapat tau rancangan doktor untuk tempatkan Mama Eta selama yang boleh sampai dia bersalin supaya baby cukup matang. So kalau kebiasaannya orang mengandung selama 40 minggu, maksudnya Mama Eta akan stay selama 7 minggu lagi kat hospital??? Hurm, beratnya dugaan...

Aku tanya doktor, boleh tak wife nak jumpa anak. Doktor cakap tak boleh. Aku cuba nego lagi. If doktor tak bagi banyak bergerak, dia boleh duduk kat wilca. Jumpa pun setakat kat lobi hospital dan aku cuma akan bawa Ziqri masa weekend je. Doktor tak bagi jawapan yes or no tapi aku faham lenggok bahasanya tetap ke arah no.

Waktu melawat yang dibenarkan antara jam 12.30 hingga 2.00 petang dengan 4.30 hingga 7.00 petang sahaja. Sebak hati drive sorang-sorang balik Jenjarom =\

Pada 20.11.13 (Rabu), aku kembali ke pejabat dan bekerja macam biasa. Hakikatnya dalam kepala dah melayang entah ke mana dan tak sabar-sabar nak balik. Kawan-kawan kat office ramai yang terkejut tengok kemunculan aku sebab diorang ingatkan Mama Eta dah bersalin. Belum lagi, harap bersabar ye. Hehe. Waktu rehat, aku ke hospital. Habis waktu kerja, aku ke hospital lagi. Beginilah kot rutin aku sampai 7 minggu akan datang.

Ikutkan hati, kan best kalau baby keluar awal. Tapi tak baik pentingkan diri sendiri sebab yang akan susah kelak adalah baby tu. So kita kenalah tabah.

CTG yang memenatkan
Oh, layak untuk upgrade bilik ni
Bila rindu
Pada 21.11.2013 (Khamis), aku bekerja dan melawat Mama Eta seperti semalam. Dia bagitau ada mild contraction lagi hari ni tapi tak regular pun. Semasa aku melawat pada waktu petang pun berlaku gak contraction tu. 3 kali sakit dalam selang masa 7 minit. Lepas tu ok je, tak sakit dah.

Pada malam tu, selepas Ziqri dan aku selesai tengok cerita Madagascar kat rumah, Mama Eta mengadu rasa sakit lagi sejak dia solat isya' kira-kira jam 9.00 malam. Yakin yang dia sedang alami contraction secara regular, Mama Eta pun panggil nurse pada jam 9.44 malam. Nurse buat ujian di mana keputusannya biasa-biasa je sebab contraction cuma berlaku sekali je dalam tempoh 10 minit. Then, nurse panggil doktor lak.

Berpeluh-peluh Mama Eta menahan sakit menunggu doktor sampai. Setibanya doktor, dia check saiz bukaan servik dah 9cm dan ada lak rasa kaki baby nak terjuntai keluar, maka menjeritlah dia LABOUR ROOM, NOW!!!

 
Begitulah alkisahnya kelahiran Musyrif Zaeem yang bermaksud pemimpin yang tinggi. Sehingga saat cerita ni dipublishkan, Zaeem masih ditempatkan di NICU manakala Mama Eta dah dibenarkan balik pada 23.11.13 (Sabtu). Tiada lagi gambar Zaeem yang dapat kitorang snap sebab NICU kawasan larangan kamera dan telefon. Tapi muka Zaeem memang serupa dengan Ziqri waktu baru lahir dulu. Hehe.

Cepat sihat ye baby
Thanks doc!
InsyaAllah kitorang akan berulang ke hospital setiap hari untuk jumpa baby Zaeem dan menghantar stok susu badan. Semoga Zaeem cepat sihat dan cepat boleh balik rumah :) Amin.

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...