Thursday, 29 August 2013

Jamuan Raya / Majlis Perpisahan / Majlis Sambut Menantu Bahagian I&P

Assalaaaamualaikum..~!!

Hari ni office lama aku buat Jamuan Raya / Majlis Perpisahan / Majlis Sambut Menantu. Maka berkumpullah kitorang beramai-ramai termasuklah semua 24 warga I&P, 4 ex-I&P yang belum pernah diraikan lagi dan seorang menantu baru. Meriah yang amat..!

Sempena jamuan ni, aku dengan bermurah hatinya bawa NaLeReKe dari rumah. Apakejadahnya NaLeReKe tu..? Hahaha. NaLeReKe adalah singkatan kepada Nasi Lemak Rendang Kerang :p Aku dapat idea untuk bagi nama tu masa tengah memandu ke office pagi tadi. NaLeReKe ni aku order kat akak ipar je. Sedap..!! Btw, surprisingly bila aku check dengan officemate yang berbangsa India, memang wujud perkataan yang bunyinya macam NaLeReKe yang membawa maksud SEDAP. Hoho sesuai sangatlah tu.





Pada majlis ni, aku dapat hadiah istimewa, tali leher daripada warga I&P. Betullah kata ustaz / ustazah, kalau kita murah hati untuk memberi, Allah pasti akan murahkan rezeki kita untuk menerima juga. So bila difikirkan balik, 23 bungkus nasi lemak dibalas dengan sehelai tali leher Bonia, not bad laa kan? Alhamdulillah. Terima kasih I&P..!

Gambar semasa tengah menulis cerita ni


5th Check Up, Sah Jedeh Jr!

Assalaaaamualaikum..~!!

Dengan ini disahkan bahawa anak ke-2 kitorang yang dijangka lahir pada 4.1.14, insyaAllah seorang lelaki. So kitorang dah boleh start memerah otak memikirkan nama yang sesuai untuk adik kepada Musyrif Ziqri ni. Hurmmmm, Musyrif Z____ bin Mohd Zaidi..???



Sebelum ke hospital untuk check up kali ke-5 semalam, aku langsung tak terfikir yang kitorang akan dapat tau jantina anak kali ni. Bak kata doktor, kebiasaannya jantina baby hanya lebih jelas ketika usia kandungan dah 24 minggu. Mama Eta baru mengandung 21 minggu 3 hari. Huhu.

Sebenarnya, kitorang sangat bimbang dengan kenaikan berat badan Mama Eta kali ni berbanding berat semasa check up sebelum ni. Yelah musim raya kan, asyik makannnnnnn je. Tapi nasib masih menyebelahi Mama Eta, berat dia naik 1kg je. Yeah, lega! Btw doktor ada bagitau yang kenaikan berat badan mama tak berkadar langsung pun dengan kenaikan berat badan baby dalam kandungan. Boleh jadi berat mama naik banyak tapi berat baby ringan je atau sebaliknya. So tak perlu risau sangat part berat badan ok.

So next check up 4 minggu lagi, 25 September. Sementara tu jom fikir nama anak. Musyrif Z____..???

Monday, 26 August 2013

Open Housessssss

Assalaaaamualaikum..~!!

Sebelum aku mulakan cerita sebenar, biar aku kongsi dulu di sebalik tabir kenapa lama sangat aku tak menulis. Sejak aku bertukar ke office baru, fokus aku pada kerja telah meningkat gara-gara terlalu banyak dokumen/ kertas kerja yang perlu diselesaikan. Berbeza dengan office lama, aku masih ada masa lagi untuk menenangkan fikiran sambil mendapatkan idea-idea bernas untuk menghasilkan karya yang bermutu :p Pada waktu malam pun aku masih tak berpeluang nak menulis sebab Ziqri. Dia pantang nampak iPad ni. Dengan lemah-lembutnya dia akan request nak tengok, tengok, tengok, sebelum dia menguasai iPad ni untuk main game. It's ok son, ayah memang kisah tapi tak marah pun.

Ok, jom kita sambung cerita Syawal 1434H kitorang. Weekend kitorang yang lepas (10 & 11 Syawal) dipenuhi dengan aktiviti beraya kat rumah kawan-kawan dan saudara-mara sekitar Ampang, Subang Jaya, Gombak dan Setapak. Btw, rumah kat Setapak tu rumah lama aku dan ini kali pertama aku kembali ke sana sejak berpindah ke Putrajaya 12 tahun yang lepas. Nostalgia gile! Di samping tu, kitorang juga meluangkan masa weekend lepas dengan pergi kenduri kahwin dan beli Galaxy Tab. Eh tetiba je.

Pada weekend kali ni lak (17 & 18 Syawal), aktiviti raya kitorang bertambah meriah. Emak jemput saudara-mara untuk makan-makan kat rumah. Secara tersiratnya juga, inilah open house terakhir kitorang kat rumah ni sebelum berpindah keluar (T.T) Ramai yang datang, dari pukul 12.00 tgh sampailah ke 9.00 mlm. Kawan-kawan aku tak jemput ye, sebab ni event emak aku. Hehe. Hari Ahad pula, kitorang keluar mencari-cari rumah untuk diduduki selepas ni kat sekitar Putrajaya, Seri Kembangan dan Bangi, beraya kat rumah Datin (bos lama aku) dan Pn. Sarah (bos baru isteri).





Makan, makan dan makan sampai perut jadi buncit. Mama Eta ada check up hari Selasa ni. Risau sebab berat dah naik lebih 4 kg dari check up sebelum ni pada bulan lepas.

Oh, ada satu cerita pasal Ziqri. Semua orang yang jumpa budak hensem tu weekend ni sangat terkejut melihat dia. Ada kesan lebam yang sangat besar kat sepanjang area belah kiri hidung dia. Actually dia terjatuh kat bucu katil minggu lepas. Teruk gak sampai berdarah hidung, pecah bibir, bengkak dan lebam. Tapi sekarang kesan tu dah makin baik walaupun masih belum hilang sepenuhnya. Macam mana boleh terjatuh? Dia tengah berjalan masuk ke dalam bilik dan kakinya tersadung pada karpet, lalu tersembam ke bucu katil. Haduiii......


Ok laa, rasanya itu je cerita yang nak dikongsikan kali ni. Jangan lupa baca bismillah bila makan kat rumah terbuka. Wassalam.

Monday, 12 August 2013

Syawal 1434H

Assalaaamualaikum..~!!

Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada seluruh umat Islam di muka bumi ni samada yang membaca blog ni ataupun tidak. Minta maaf zahir dan batin, kosong-kosong ya..!

Sambutan Aidilfitri kitorang pada tahun ni biasa-biasa je. Beraya belah isteri kat sekitar Selangor, diikuti dengan belah aku kat sekitar Melaka dan berakhir di Kolumpo. Kitorang pun setakat ambil cuti rehat 2 hari je sebab takde plan nak g holiday ke mana-mana macam Aidilfitri sebelum ni.

1 Syawal tahun ni, aku kembali beraya di 'perantauan' kat rumah MIL di Jenjarom. Selepas selesai Solat Sunat Aidilfitri dan menziarahi kubur keluarga, maka bermulalah aktiviti raya kitorang. Sepertimana lazimnya, kitorang beraya kat 6 buah rumah saudara-mara yang juga jiran-jiran tetangga. Selepas Zohor, misi beraya diteruskan kat sekitar Dengkil, Jenjarom dan Sijangkang. Malam baru settle.

Turquoise
Sesi minta maaf ke minta duit raya..? Hehe
2 Syawal, kitorang menuju ke Melaka. Nasib baik trafik lancar, cuma perlahan sikit kat Nilai dengan Senawang. Destinasi pertama kitorang kat sini bukanlah kat kampung tetapi bandar Melaka sebab ada open house rumah Pakcik Halim dan kemudiannya rumah Kak Mas. Ramai saudara-mara yang berkumpul. Lebih kurang pukul 7 malam, barulah kitorang balik kampung. Oh, malam ni tetiba je Mama Eta dapat rasa baby dalam perut bergerak. Huhu.

Breakfast durian..!

























Oo Oo Oo Baaaalik Kampungggg~!!!
3 Syawal, kitorang bersama-sama Najib, Fahmi dan Sameha sekeluarga serta anak-anak Kak Shahidah beraya kat sekitar kampung. Nasib baiklah ada diorang jadi geng nak pusing kampung, kalau tak kitorang pun duduk rumah je kot. Pada sebelah malam, meriah sikit rumah kampung bila semua pun berkumpul depan tv, menonton rancangan istimewa Aidilfitri - Malaysia vs Barcelona :p
Pusing-pusing kampung
4 Syawal, hari terakhir kitorang kat kampung. Sebelum balik, kitorang memenuhi jemputan beraya kat rumah Pakcik Majid. Cadangnya nak beraya kat rumah saudara-mara di Rembau lepas tu tetapi terpaksa cancel plan sebab Nenek Siti takde kat rumah. So kitorang pun gerak balik ke Putrajaya. Bangga pulak rasanya dengan diri sendiri sebab berjaya drive ikut jalan dalam dan LEKAS. Pada sebelah malam, ada lagi rancangan istimewa Aidilfitri kat tv - Lee Chong Wei vs Lin Dan & MU vs Wigan :p

Gambar last kat kampung
Ziqri dan 2pupunya :)





5 Syawal, kitorang berpusing-pusing sekitar Kolumpo. Destinasi pertama adalah rumah JJ, 'kakak' Mama Eta. Seronok Ziqri bermain, berkejar-kejar dengan Haziq. Kemudian kitorang beraya kat rumah Shafiza, sambil melawat baby baru. Ziqri lak sibuk bermain-main dengan kucing kat luar rumah sampai menangis-nangis tak nak balik. Selepas tu kitorang g beraya kat klinik lak. Haha. Sebenarnya Mama Eta kembali ke Klinik Kesihatan Petaling Bahagia untuk berjumpa dan mengucapkan bubbye kat kawan-kawan lama. Pada malamnya, kitorang kembali ke Jenjarom dan bersedia untuk menjalani kehidupan normal semula mulai hari esok.

Kat rumah JJ
Kat rumah Shafiza
























Kat KKPB
Puasa sebulan, raya pun sebulan. So sambutan Aidilfitri kitorang akan diteruskan lagi hingga 25 hari kemudian. SHRA MZB..!

Thursday, 1 August 2013

Klinik Kesihatan Telok Panglima Garang

Assalaaaaamualaikum..~!!

Alhamdulillah, selesai sudah urusan pertukaran tempat kerja Mama Eta. Setelah melalui 48 jam yang begitu mencabar, akhirnya hasrat Mama Eta untuk bekerja di daerah Kuala Langat tercapai. To be more specific, kat Klinik Kesihatan Telok Panglima Garang. 


Mama Eta akan mula bekerja di klinik baru ni mulai 2 Ogos (Jumaat). Kebetulan lak serentak dengan tarikh aku berpindah ke tempat kerja yang baru. Huhu. Pada awalnya Mama Eta bercadang nak tangguh kerja untuk 2 minggu lagi sebab nak bercuti raya dulu tetapi setelah difikir-fikirkan semula, kerja je laa terus. Harap-harap takde masalah laa nak cuti raya nanti. Aminnnn. 

Terima kasih kat warga kerja Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Bahagian Perkhidmatan Farmasi dan PKD Kuala Langat yang sangat friendly untuk membantu Mama Eta khususnya dalam urusan rayuan pertukaran tempat kerja. 

Sebenarnya, kitorang dimaklumkan pada 2 hari lepas yang Mama Eta akan ditempatkan kat Hospital Ampang. Hasil perbincangan dengan pihak berkenaan, kitorang dah sediakan surat rayuan awal-awal untuk mohon pertukaran tempat kerja. Syukur sangat-sangat bila person in charge bersetuju dengan permohonan Mama Eta ni. 

Walaupun elaun COLA kat tempat baru ni dikurangkan dari RM300 kepada RM150 je tapi masih untung gak sebenarnya. Kalau dulu kena drive 50 km sehala setiap Isnin-Jumaat ke tempat kerja, sekarang 5 km je. Kalau dulu kena bayar tol lebih RM10 sehari, sekarang tol percuma :) 

Semoga keputusan berpindah ini bermanfaat dan terbaik buat kitorang sekeluarga. 

Pemberitahuan Penempatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik, P.T.D. Gred M41 Tahun 2013

Assalaaaamualaikum..~!!

Selepas Mama Eta berpindah tempat kerja dari Kolumpo ke negeri Selangor, kini giliran aku pula menyusul. Berkuatkuasa mulai 1 Julai 2013, aku kini ditempatkan kat Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, MOSTI. Namun, atas kepentingan perkhidmatan, aku dibenarkan untuk menangguhkan tarikh lapor diri di tempat baru pada 2 Ogos 2013.

Actually office baru aku ni terletak kat blok yang sama dengan office lama, cuma beza 2 tingkat lebih tinggi. So masih boleh jumpa ex-officemate. Harapan aku kat office baru ni agar dapat timba sebanyak yang boleh ilmu dan pengalaman. Tambahan pula, bidang Pengurusan Sumber Manusia disenaraikan sebagai salah satu daripada 8 bidang teras dalam PTD. So kenalah belajar dan kerja rajin-rajin.

24 April 2009 ~ 1 Ogos 2013




Selamat Tinggal Bahagian I&P 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sepertimana semua sedia maklum, saya akan melapor diri di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia mulai 2 Ogos (Jumaat). Oleh sebab saya bercuti rehat pada hari esok (1 Ogos), maka hari ini ditakdirkan sebagai hari terakhir saya bertugas di Bahagian I&P.

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan penghargaan dan memohon ribuan kemaafan kepada semua warga I&P sepanjang perkenalan kita di sini. Segala ilmu dan pengalaman yang saya timba di Bahagian I&P selama lebih 4 tahun ini, insyaAllah akan saya manfaatkan sebaik-baiknya dalam karier saya selepas ini. Segala salah, silap dan kekurangan daripada saya, amatlah dikesali.

Terima kasih saya ucapkan, khususnya kepada Datin Nur Wahidah atas segala tunjuk ajar, marah-marah sayang, teguran membina dan segalanya yang baik-baik belaka. Terima kasih kepada semua KPSU yang telah membimbing saya - En. Norhad, Pn. Roshana dan Dr. Marziah. Terima kasih team PRO atas kerjasama yang terbaik - Elia dan Norasikin. Terima kasih semua - En. Zalaludin, En. Paul, Fazilah, Naterah, Burhanuddin, Raoof, Syazwan, Aminuddin, Dhanalachumi, Kak Aida, Noor, Aishah, Azwa, Suhaila, Hadiana, Yunus. (Harap-harap tak miss nama sesiapa)

Sekian, Selamat Maju Jaya, Selamat Hari Raya, Selamat Pengantin Baru dan Selamat Bersalin (yang berkenaan sahaja).

Wassalam.

Ahmad Jedeh
31 Julai 2013

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...