Sunday, 31 July 2011

Shopping Barang Baby & Mama-To-Be (Fasa 3)

Semalam (30 Julai), kitorang g Midvalley. Ada 7th Parenthood Expo 2011 kat Midvalley Exhibition Centre. Ekspo ni 3 hari, 29 - 31 Julai. Ramai gile org + banyak gile booth jualan. Macam2 tawaran, offer, diskaun & macam2 barang boleh jumpa kat sana. 

Register & Dapat Sticker

Pentas Utama + Cabutan Bertuah


Mama Eta + Peace
 
 Dipendekkan cerita, ni senarai barang2 yang kitorang beli.

Bil.
Item
Kuantiti
Kos (RM)
1.     
Anti-Slip Bath Mat
1
13.00
2.     
Basic Tub
1
24.00
3.     
Multi-Functional Baby Seat
1
45.00
4.     
Nursing / Maternity Baju Kurung Pahang
1
85.00
5.     
Nursing / Maternity Kebaya
1
98.40
6.     
Nursing Inner
1
29.60
7.     
Nursing Poncho
1
35.90

Barang2 ni semuanya kitorang beli kat booth Mum Dreams, Fabulous Mom, Baby Love & Bajuibu.com.

Papa Deh + Hasil Shopping
Mama Eta + Hasil Shopping

** Senarai barang + harga yang ditulis dalam blog ni bertujuan untuk membantu kawan2 bagi membuat perbandingan harga dengan barang2 yang dijual kat luar sana. Xde sebarang niat untuk show off. Kitorang pun mencari barang2 yang mampu beli je =) **

Menjelang bulan Ramadhan yang insyaallah akan bermula esok, kami suami isteri ingin mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa kepada semua muslimin & muslimat. Kami juga memohon maaf andai ada salah & silap sama ada ia disengajakan atau tidak.

Assalamualaikum..~!!

Wednesday, 27 July 2011

Scan Baby, 22 Julai

Selepas beberapa hari hasrat nak tulis cite pasal scan baby ni tertangguh disebabkan oleh perkara2 yang tak dapat nak dielakkan, finally hari ni aku dapat laa nak menulis pasalnye. Hehe xboleh blah perkataan, “pasalnye” =))


Kalau dikira secara terbalik dari tarikh baby dijangka lahir, patutnya usia baby dah dikira 26 minggu masa hari scan 22 Julai lepas. Sebaliknya, kalau dikira ikut versi hospital, usia kandungan baru 25 minggu. Biarlah 25 ke 26 minggu, yang penting baby akan lahir nanti, insyaallah.


Masa hari appointment ni, selain isu kena marah yang aku tulis Jumaat lepas, xde apa2 isu lain pun. Seperti biasa, sampai hospital, Mama Eta kena buang air kecil dulu untuk pihak hospital check. Check apa ek? Entah, xpernah terfikir lak. Setahu aku dia nak cakap kencing kotor atau x, tu je. Hahaha. Lepas tu, Mama Eta g timbang berat, check tekanan darah & kena interview sikit oleh nurse. Then baru jumpa doktor.


Selain ‘berleter’, doktor pun mulakan kerja scan baby. Alhamdulillah, baby dalam keadaan baik. Sebelum tu, timbul rasa risau gak in case baby terlebih besar memandangkan berat badan Mama Eta naik banyakkan. Kitorang lupa lak nak tanya doktor berapa berat baby tu. Doktor pun sama je, lupa nak bgtau kitorang. Haish...


Selesai scan + print gambar baby, doktor bagi Mama Eta suntikan kancing gigi. Apakah tu? Mama Eta kata untuk elak kena sawan mcm tu laa. Hahaha xreti nak explain lebih2. So ni gambar hasil drpd scan baby hari tu:




Nampak macam baby tengah hisap jari x? Hehehe.. Next check up, 19 Ogos..!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...