Thursday, 30 August 2012

Bercuti Di Universal Studios Singapore

Assalaaaaamualaikum..~!!

Bersempena dengan sambutan Aidilfitri pada tahun ni, Mama Eta & aku merancang untuk bercuti panjang meninggalkan alam pekerjaan :p Alhamdulillah & terima kasih bos sebab meluluskan permohonan cuti kami berdua =)

Kalau tahun lepas kami dah sambung cuti raya untuk 'bulan madu kali ke-2' kat Cherating sehingga menyebabkan kelahiran awal Musyrif Ziqri, tahun ni kami menuju ke selatan Malaysia lak, Johor Bahru.

Kenapa kami pilih JB..? Jawapannya adalah sebab kami jumpa tawaran yang agak menarik kat laman web Agoda pasal Hotel Citrus, JB.

Kelebihan hotel ni adalah hiasan dalaman yang menarik, kedudukan yang strategik & makanan yang ok. Kekurangan hotel ni lak adalah tiada ruang letak kenderaan, sempit & kawasan yang 'agak menakutkan'.




Dalam perjalanan kami ke JB, haruslah lalu depan Johor Premium Outlets. Kalau dah lalu, tak kan tak singgah kan. Hoho. Kalau dah singgah, tak kan tak beli apa-apa kan. Hohoho. Nasib baik ada SALE, mampu laa nak beli 2, 3 helai baju :p



Dah alang-alang duduk kat JB, kenapa tak pergi Singapura kan..? Kalau dah pergi Singapura, mestilah nak pergi USS kan =)

Kami masuk ke Singapura pada hari ke-2 kami kat JB. Berdebar-debar gak nak bawa kereta kat luar negara. Sesat adalah perkara yang paling menakutkan. GPS takde. Harapkan peta lakaran sendiri je, hasil pembelajaran daripada Google Maps sebelum ni. Alhamdulillah, perjalanan dipermudahkan =)

Maka, bermulalah pengembaraan kami kat USS. Banyak lokasi menarik untuk ambil gambar. Sesetengah aktiviti / permainan kami tak dapat nak join sebab faktor Ziqri. Cuaca pun kadang-kadang hujan, membataskan sedikit pergerakan. Tulis panjang-panjang pun nak buat apa kan, korang layankan je laa gambar-gambar kat bawah ni ye.


Main Entrance 
Hollywood - Ziqri over

Madagascar -  King Julien kan..?
Far Far Away - favourite Mama Eta nak berangan
Ancient Egypt
Lunch cekik darah - Ramesses $13.80 (RM34.50) + Milo Ais $3.80 (RM9.50)
Sci-Fi City - Ziqri dah xleh blah
New York
Masa masuk Singapura, aku kena beli Kad Auto Pass kat Imigresen Singapura. Staf kat situ pesan supaya aku tambah nilai kad tu sebelum balik ke Malaysia. Bila ditanya anggaran nilai yang nak ditambah untuk kes kami yang cuma nak ke USS & patah balik ke Malaysia, staf tu tak dapat jawab. Cuma dia kata, MAHAL. Adoyai.

Aku buat keputusan untuk tambah nilai kad tu sebanyak $50 (RM125) kat 7 Eleven yang terletak kat USS. Bila nak keluar dari USS, bayaran letak kereta adalah sebanyak $16 (RM40). Bila nak keluar dari Singapura, bayaran 'tol' cumalah $1.20 (RM3). Akibatnya ada lebihan RM82 lagi yang masih belum digunakan. Adoyai.

Kami tidur 1 malam lagi kat JB & pulang ke Putrajaya pada keesokan harinya. Percutian yang seronok tapi Ziqri demam lak. Tak tau laa samada sebab kena hujan ataupun tanda-tanda nak tumbuh gigi lagi. Hehe.

Kalau ada rezeki yang lebih, aku syorkan korang ke USS gak. Lagipun tak lama lagi Legoland Malaysia pun nak buka, jadi dapatlah percutian 2 dalam 1. Hotel Citrus tu lak, pada aku, lebih baik cari hotel lain sebab bila campur caj letak kereta RM2 per jam kat blok yang berhampiran, mahal wo.

Ok, tu je cerita kali ni. Selamat merancang percutian..!

Wednesday, 29 August 2012

Sambutan Hari Lahir Yang Tak Sepatutnya

Assalaaaamualaikum..~!!

Anak kami, Musyrif Ziqri lahir pada 5 September 2011. Maka, tak lama lagi Ziqri akan menyambut hari lahir pertama dia. Kalau tengok kalendar, tarikh 5 September tahun ni jatuh pada hari Rabu. Jadi kesimpulannya, sambutan hari lahir Ziqri akan dibuat kat rumah MIL.

Hasil diskusi Mama Eta & aku, kami tak bercadang pun nak buat sambutan yang istimewa. Cukuplah sekadar makan-makan biasa je. Korang tunggu je laa ceritanya nanti aku akan tulis.

Satu hari baru-baru ni aku tetiba dapat idea. Ziqri lahir pada bulan Syawal, jadi kenapa tak disambut juga masa kami balik beraya kat kampung (belah keluarga aku). Mama Eta setuju. Kami cuma beli sebiji kek & makan beramai-ramai semasa rumah terbuka sepupu aku, Kak Mas.

Ikut kalendar Islam, tarikh lahir Ziqri adalah pada 6 Syawal. Rumah terbuka Kak Mas dibuat pada 23 Ogos (raya ke-5). Memandangkan rumah terbuka Kak Mas dibuat lepas maghrib, jadi kiranya dah masuk hari baru laa kan, hari raya ke-6, iaitu 6 Syawal. Maka sambutan pun berjalan dengan gumbiranya.

Sambutan dimulakan dengan bacaan doa. Kemudian, kami ramai-ramai nyanyikan lagu Allah Selamatkan Ziqri. Selepas tu, sesi potong kek. Ringkas je.


Makan, makan & makan sampai kenyang. Burp..~!!



Keesokan harinya, aku tergerak hati nak buka balik cerita lama dalam blog ni semasa kelahiran Ziqri. Alangkah tergezutnya aku . . . . . bila mendapati bahawa . . . . . tarikh lahir Ziqri . . . . . yang sebenarnya . . . . . adalah pada . . . . . 7 Syawal..!!!

Malu aje..

:p

Raya Bersama Musyrif Ziqri

Assalaaaaaamualaikum..~!!

Musyrif Ziqri meraikan Aidilfitri pertama dalam hidupnya kat Masjid Tanah, Melaka.

Hari Raya pertama. Ziqri sempat beraya kat 7 rumah je memandangkan waktu kami keluar bertembung dengan waktu dia biasanya tidur. Ziqri dah berusaha sedaya upaya untuk menahan mata daripada terlelap tapi apakan daya, tewas juga akhirnya.

0715 - mata celik; 0730 - breakfast; 1030 - bersiap nak pergi beraya
1100 - beraya & makan
1130 - beraya & makan lagi
1145 - beraya & tidur
Hari Raya kedua. Ziqri ziarah kubur arwah atuk, moyang & saudara-mara sebelum balik kampung kat Jenjarom, Selangor. Masa tidur sekali lagi menjadi cabaran terbesar. Jadi pada hari ni Ziqri sempat beraya kat 7 rumah gak. Sayangnya tak sempat nak ambil gambar keluarga, sedondon baju biru.

Hari Raya ketiga. Sambutan raya Ziqri diteruskan lagi ke 5 buah rumah. Seronok Ziqri jumpa kereta mainan. Nak ke..? Otw balik rumah, lalu depan Klinik Kesihatan Kampung Bandar. Kalaulah Mama Eta dapat pindah kerja sini best gak. Berdoa je la. Amin.


Tema warna hitam























Rupa macam mama, hensem macam ayah
Keterujaan melampau

























Itulah kisah hari raya Ziqri kali ni. Inilah juga pengalaman pertama Mama Eta & aku beraya sebagai mama & ayah =)

Akhir kata, kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua yang membaca entri ni.

Sekian, wassalam.

Tuesday, 14 August 2012

Jawatan Kosong Di Bahagian I&P

Assalaaaaaaamualaikum..~!!

Aku kerja kat Bahagian Inovasi dan Pengkomersilan (I&P), MOSTI.

Bahagian I&P ni laa pejabat pertama aku sejak jadi PTDeh dari tahun 2009 sampai ke hari ni. Bahagian I&P ni tak sebesar mana pun. Ada 25 orang je. So tak kira laa dari pangkat tertinggi JUSA C sampailah ke gred 1, semua pun sangat rapat.








Fokus kerja kat Bahagian I&P ni, pada aku laa, lebih kepada penggalakan / pembudayaan sains & inovasi. Macam-macam program yang MOSTI (umumnya) & Bahagian I&P (khususnya) dah buat. Tak tau laa sama ada korang sedar atau tak kewujudan program-program yang kitorang buat ni :p

Karnival Sains & Inovasi (SGI2012) @ Sg. Petani, Jeli, Johor Bahru, Seremban, Penampang & Kuching

Karnival Sains & Matematik 2011 @ Keningau

Karnival Malaysia Inovatif 2010 (MI2010) @ Kangar, Kuala Terengganu, Batu Pahat, Melaka, Kota Kinabalu, Kuching & Bukit Jalil

National Innovation Conference and Exhibition (NICE) 2006, 2007, 2008, 2009, 2011, 2012

Anugerah Inovasi Negara (AIN) 2006, 2007, 2008, 2009, 2011, 2012

Intellectual Property (IP) Conference 2009, 2010

Bengkel Harta Intelek 2010, 2011, 2012


Innospace @ Melaka, Kota Kinabalu, Kuching

Ceramah Kesedaran Sains & Inovasi

Aku seronok kerja kat Bahagian I&P sebab kat sini aku tak kena 'ikat' untuk duduk pejabat je. Boleh keluar. Turun padang. Berurusan dengan orang luar. Cuma kadang-kadang tu bermasalah sikit sebab kerap outstation sampai Mama Eta buat muka masam =[ Hoho.

Kalau korang nak tau, Bahagian I&P sekarang ada 6 jawatan kosong. 2 Gred M41, 1 Gred M44, 2 Gred 48(T) & 1 Gred 52(T). So kepada sesiapa yang berminat & rasa dirinya layak, bagitau aku. Kita akan usahakan =)

Akhir kata,
Jom Inovasi..!

Sekian, wassalam.

Wednesday, 8 August 2012

Aku Bukan JuJed, Aku PTDeh..

Assalaaaaamualaikum..~!!

Cantik tarikh hari ni, lapan haribulan lapan. Tapi empat tahun lepas lagi cantik tarikhnya, 08/08/08. Nak lagi cantik, tarikh ni adalah tarikh konvokesyen aku masa kat UM dulu.








Tarikh 08/08/08 ni gak, 1st time mak & Nenek Siti jumpa girlfriend aku :p



Aku ambil jurusan Kejuruteraan Awam. Mula belajar tahun 2004 & tamat belajar tahun 2008. Empat tahun yang solid, tak repeat ok..! (hampir kena repeat 1 paper sebenarnya)..

Sekarang korang tanya je laa apa pun soalan pasal civil engineering kat aku. Nak bina rumah..? Jambatan..? Jalan raya..? Design konkrit..? Timber..? Semua tu petik jari je laa. Hoho. Petik jari je laa yang aku mampu sebab semua knowledge tu aku dah takde :( Sadis

Selepas 4 tahun grad, aku cuma pernah bergelar jurutera selama 1 1/2 bulan je. Tu pun jawatan kontrak kat JKR. Aku kerja kat Cawangan Jalan, Luar Bandar. Merasa laa pergi tengok site kat Bentong & Baling. Tu je laa. Tapi syukur laa gak merasa bergelar jurutera.

Aku stop kerja kat JKR sebab dapat tawaran yang lagi baik untuk skim PTD.


Kadang-kadang tu bila nampak kerja-kerja construction, tak kisah laa buat bangunan atau buat jalan raya, aku teringin gak nak join. Tapi apakan daya. Sijil konvokesyen pun dah tak laku kot. Haha.

Apa pun, hidup mesti diteruskan..! Aku sekarang PTDeh, bukan lagi JuJed =) Bersyukur dengan rezeki yang diperoleh & berusaha lagi untuk meraih lebih kejayaan.

Akhir kata, selamat ulangtahun konvokesyen kawan-kawan yang sama konvo pada tahun 2008 umumnya & khususnya pada 08/08/08 & selamat maju jaya dalam bidang korang masing-masing..~!!

Sekian, wassalam.

Sunday, 5 August 2012

Musyrif Ziqri 11 Bulan

Assalaaaamualaikum..~!!

Hari ni, 5 Ogos 2012, anak kitorang dah genap 11 bulan. Alhamdulillah Musyrif Ziqri sihat walaupun dulu teruk kena jaundice, masih handsome walaupun adakala diserang eczema & masih kuat walaupun dah jatuh katil 4 kali, jatuh walker sekali & ditimpa buah mangga yang gugur dari pokok sekali.
Gambar berukuran pasport Ziqri yang pertama
Pada usia 11 bulan, seorang bayi mungkin dah boleh berjalan sambil pegang tangan orang lain. Tapi Ziqri masih belum sampai tahap tu lagi. Merangkak pun xseberapa, setakat 1, 2 langkah je. Ziqri lagi suka mengesot buat masa ni. Adakah Ziqri membesar dengan normal..?

"Dan jika bayi anda dilahirkan pramatang, anda akan mendapati yang dia akan lambat untuk mencapai perkembangan tertentu tidak seperti kanak-kanak lain. Jangan risau, kebanyakan doktor akan menilai pembesaran bayi pramatang dari waktu yang dia sepatutnya dilahirkan dan menentukan pencapaiannya sewajarnya."


babycenter

Yup, Ziqri dilahirkan pramatang. 32 minggu. So kalau dikira dari waktu Ziqri sepatutnya lahir, umur Ziqri sekarang baru 9 bulan 6 hari. Kecik lagi ;p

Suka main stering kereta, memanjat, melonjak, menggigit..
Kalau diimbas balik, tempoh aku meninggalkan Ziqri sejak dia lahir lagi lama daripada tempoh bersama kot. Baru 25 hari lahir, aku dah kena pergi Kursus DPA selama 6 bulan. So dapat jumpa time weekend je, tu pun bukannya setiap minggu boleh balik. Selepas DPA lak, kadang-kadang aku kena outstation. So kalau dikira secara cincai, mungkin 6 bulan berjauhan, 5 bulan bersama. Tapi bersyukurlah gak, Ziqri masih kenal ayah dia =)

Excited tengok baby girl
Tinggal beberapa hari je lagi nak raya. Tahun ni kiranya sambutan hari raya yang pertama laa untuk Ziqri. Disebabkan Ziqri hanya lahir pada 6 Syawal 1432H, maka raya tahun lepas tak dikira sebagai sambutan yang official untuk Ziqri lagi ;p So dari segi persiapan raya, mama & ayah dah shopping sakan untuk Ziqri. Ziqri terima je laa ye =)



Semoga Ziqri membesar dengan sihat, ceria & jadi anak yang bijak & soleh. Mama & ayah saaaaaayang Ziqri.

Sekian, wassalam.

Saturday, 4 August 2012

Kerja Extended Hours

Assalaaaaaamualaikum..~!!

Pagi tadi aku teman Mama Eta kerja kat Klinik Kesihatan Kg. Pandan. Bekerja pada hari Sabtu ni diorang namakan 'extended hours'. Masa kerja dari kol 8.00 pg sampai 12.00 t/hari. Errr, korang tau ke yang klinik gomen (tertentu) buka pada hari Sabtu..?


2 orang kongsi 1 meja kecik


Perkhidmatan 'extended hours' ni dah mula sejak tahun 2008 untuk rawatan kes-kes ringan je macam demam, batuk & selsema. Selain dibuka masa hari Sabtu, klinik yang ada perkhidmatan ni pun akan memanjangkan waktu operasi pada hari bekerja dari pukul 5.00 ptg sampai 9.30 mlm. Senarai klinik yang terlibat, boleh rujuk kat SINI (list tak update, Klinik Tanglin patut dah diganti dengan Klinik Kg. Pandan..haish).

Info tambahan: Mulai tahun 2010, semua klinik yang ada doktor juga memberi perkhidmatan pada waktu rehat makan tengah hari, iaitu dari pukul 1.00 hingga 2.00 ptg, setiap hari. Tapi hakikatnya ada je klinik yang tak nak terima pesakit masa ni kecuali untuk kes kecemasan je :p

Aku stay kat klinik ni sepanjang 4 jam Mama Eta kerja. Overall ada 17 orang je pesakit yang datang. Ye, 17 orang sahaja dalam tempoh 4 jam pada hari Sabtu yang indah lagi damai ni. Haha.

Aku sokong pelaksanaan 'extended hours' ni sebab tujuan dia memang sangat baik. Tapi bila kehadiran pesakit tu sikit je, berbaloi ke..? Macam rugi. Rugi masa, tenaga, duit - OT, claim TNT, bil elektrik, bil air. Kan..?

Tapi aku tak nak laa perkhidmatan 'extended hours' ni dihentikan. Sayang, idea baik ni. Cuma kalau boleh tu, biarlah dilaksanakan dengan lebih efisien.

Kalau pesakit lebih cenderung untuk datang pada waktu malam, jadi kekalkan buka klinik tu sampai malam. Kalau pesakit tak ramai datang hari Sabtu, tutup laa klinik hari Sabtu. Kalau jumlah pesakit yang datang masa 'extended hours' kat sini sikit, mungkin lebih ramai yang akan datang kalau dibuat kat klinik lain.

Cadangan aku, mungkin lebih baik kalau perkhidmatan 'extended hours' dibuat kat klinik yang mana nisbah pesakit/pekerja tinggi. Mungkin dapat ringankan sikit beban kerja diorang pada hari-hari biasa. InsyaAllah.

Tapi kalau takde apa2 perubahan & dibiarkan je macam keadaan sekarang ni, kesian... Macam takde motivasi nak bekerja. Baik duduk rumah, berehat dengan keluarga je kan =)


Sekian, selamat berpuasa & selamat berbuka..!
Wassalam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...