Tuesday, 14 August 2012

Jawatan Kosong Di Bahagian I&P

Assalaaaaaaamualaikum..~!!

Aku kerja kat Bahagian Inovasi dan Pengkomersilan (I&P), MOSTI.

Bahagian I&P ni laa pejabat pertama aku sejak jadi PTDeh dari tahun 2009 sampai ke hari ni. Bahagian I&P ni tak sebesar mana pun. Ada 25 orang je. So tak kira laa dari pangkat tertinggi JUSA C sampailah ke gred 1, semua pun sangat rapat.








Fokus kerja kat Bahagian I&P ni, pada aku laa, lebih kepada penggalakan / pembudayaan sains & inovasi. Macam-macam program yang MOSTI (umumnya) & Bahagian I&P (khususnya) dah buat. Tak tau laa sama ada korang sedar atau tak kewujudan program-program yang kitorang buat ni :p

Karnival Sains & Inovasi (SGI2012) @ Sg. Petani, Jeli, Johor Bahru, Seremban, Penampang & Kuching

Karnival Sains & Matematik 2011 @ Keningau

Karnival Malaysia Inovatif 2010 (MI2010) @ Kangar, Kuala Terengganu, Batu Pahat, Melaka, Kota Kinabalu, Kuching & Bukit Jalil

National Innovation Conference and Exhibition (NICE) 2006, 2007, 2008, 2009, 2011, 2012

Anugerah Inovasi Negara (AIN) 2006, 2007, 2008, 2009, 2011, 2012

Intellectual Property (IP) Conference 2009, 2010

Bengkel Harta Intelek 2010, 2011, 2012


Innospace @ Melaka, Kota Kinabalu, Kuching

Ceramah Kesedaran Sains & Inovasi

Aku seronok kerja kat Bahagian I&P sebab kat sini aku tak kena 'ikat' untuk duduk pejabat je. Boleh keluar. Turun padang. Berurusan dengan orang luar. Cuma kadang-kadang tu bermasalah sikit sebab kerap outstation sampai Mama Eta buat muka masam =[ Hoho.

Kalau korang nak tau, Bahagian I&P sekarang ada 6 jawatan kosong. 2 Gred M41, 1 Gred M44, 2 Gred 48(T) & 1 Gred 52(T). So kepada sesiapa yang berminat & rasa dirinya layak, bagitau aku. Kita akan usahakan =)

Akhir kata,
Jom Inovasi..!

Sekian, wassalam.

4 comments:

  1. apa requirement untuk apply job tu?macam best je environment dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anna, utk jawatan gred M41 & M44 tu dibuka khas untuk skim PTD je. So sesiapa PTD dari Kmntrn / Jbtn / Agensi Kerajaan bolehlah apply. Bagi gred 48(T) & 52(T), terbuka untuk seiapa yang berkelayakan & berpengalaman khususnya dalam bidang inovasi / pengkomersilan.

      Delete
  2. apa syarat2 nak apply jon nie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Miera, utk jawatan gred M41 & M44 tu dibuka khas untuk skim PTD je. So sesiapa PTD dari Kmntrn / Jbtn / Agensi Kerajaan bolehlah apply. Bagi gred 48(T) & 52(T), terbuka untuk seiapa yang berkelayakan & berpengalaman khususnya dalam bidang inovasi / pengkomersilan.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...