Monday, 26 December 2011

Saturday, 24 December 2011

tAktAUnAktUlisApA.tAktAU.tAktAU.tAktAU.

.....Yes, aku memang xtau nak tulis cerita apa kat sini.....

Assalaaaaamualaikum..~

Sepanjang bulan Disember ni, aku masih xmenulis apa2 cerita pun lagi kat blog ni. Macam biasalah alasan yang aku akan bagi, kekangan masa / kesibukan terlampau / ketiadaan akses / kemalasan / ketiadaan idea. So kalau dah tak tau nak tulis apa, xyah laa tulis pape kan? Tak boleh, tak boleh, aku mesti nak menulis gak something. Kalau tak buat gak, mungkin sindrom ketidakmauanmenulisan ni akan makin menjadi-jadi. Haish~

Hari ni hari Sabtu. Aku sekarang ada kat rumah mak aku kat Putrajaya, bersama-sama dengan Mama Eta & Baby Ziqri. Aku dapat pelepasan untuk urus diri (balik rumah) selama dua malam, mulai hari ni sampailah hari Isnin (26 Disember). Yes, dapat extra satu malam sempena cuti Krismas! Btw, Selamat Hari Natal kepada kengkawan Kristian & happy holiday kawan2 yang lain!


..........apAnAktUlis.apAnAktUlis.apAnAktUlis.apAnAktUlis.apAnAktUlis.........


Ok, apa kata kalau aku imbas balik beberapa peristiwa menarik sepanjang bulan Disember tahun ni. Menarik x idea aku ni? Korang xyah jawab, sebab aku xkan dapat dengar pun jawapan korang tu. Then watpe aku tanya soalan? Hurm, betul gak tu. Bagus soalan dari diri sendiri ni. Hurm, ok ok. Kalau korang rasa menarik, scroll down & bacalah. Kalau korang rasa idea aku xmenarik, tutup aje blog ni. Aaaaa, apa aku merepek ni! Ok2, straight to the point, jom!

1 Disember (Khamis)

Hari ni secara rasminya aku memulakan tugasan sebagai Exco Sukan Sidang C. Jawatan ni sementara je, setiap bulan akan bertukar. Antara kerja aku, uruskan aktiviti sukan Sidang C setiap hari. Kerja2 lain tu bergantunglah kepada keadaan, ikut arahan dari semasa ke semasa.

2 Disember (Jumaat)

Aku jadi Pengarah Projek untuk sambutan Maal Hijrah kat INTAN Kampus Wilayah Timur (INTIM), Kemaman. Bukan majlis besar pun, biasa2 aje. Penglibatan pun daripada kitorang peserta DPA Sidang C dengan warga INTIM. Majlis ni kitorang bagi nama "Nur Hijrah...Suatu Permulaan". Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Ada macam2 jenis persembahan malam tu - montaj, nasyid, sajak & sketsa. Cuma masalah ketepatan masa je laa yang gagal. Terlajak dari masa yang ditetapkan awal2. Adoyai.

3 Disember (Sabtu)

Birthday aku :) Alhamdulillah dapat gak celebrate dengan Mama Eta & Baby Ziqri. Walaupun celebration tu 'diganggu' dengan teriakan Baby Ziqri, ok laa gak kan. Ni semua pengalaman baru. Thanks syg for belanja makan, & hadiah. Cerita yang lagi detail ada kat SINI.


5 Disember (Isnin)

Musyrif Ziqri genap 3 bulan!


13 Disember (Selasa)

Aku join polis trafik Kolumpo wat road block kat Jalan Sultan Ismail. Terbaek! Merasalah tahan kereta. Haha. Road tax dah mati? Saman saman!


14 Disember (Rabu)

Majlis Pelancaran Liga Rumah Sukan Kursus DPA Bil.1/2011. Aku pegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah Projek. Dengan support kuat drpd kawan2 especially Hafiz Khar, Ketam & Yen, majlis tu berjaya gak diadakan walaupun preparation dibuat dalam tempoh masa yang singkat. Tapi sayangnya kitorang xde kat INTAN BK time majlis ni sebab tengah hadiri modul kat luar kampus. Thanks & tahniah kat semua yang terlibat!

17 Disember (Sabtu)

Aku menang! Aku menang! Aku menang! Ngeh3, aku menang Anugerah Komandan Terbaik (Menembak) kat Modul Polis. Yahooo~! Masa modul ni, diorang buat pertandingan menembak. Pakai pistol P99. Jarak 10 meter. Peluru 9mm. 20 das tembakan. Aku berjaya dapat markah penuh. Then sudden death, lawan dengan Azam, Mandie & Sotong. Alhamdulillah, aku dapat markah paling tinggi, beza 1 point je. Phew~ Cerita2 sampingan pasal aku g modul Polis & Bomba ni ada kat SINI.


22 Disember (Khamis)

Pilihan Raya DPA Bil. 1/2011 Penggal II. Aku bukan bertanding pun. Tapi aku bertugas jadi Ketua Tempat Mengundi (KTM). Merasalah macam kerja kat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Nampak macam senang je keje, padahal banyak persiapan nak kena buat. Cabaran paling besar, nak make sure keputusan xbocor sebelum waktu pengumuman yang sebenar. Hahaha. Integriti.

24 Disember (hari ni)

Karnival DPA 1/2011 @ MATIC, Sidang C masuk pertandingan War Cry & dapat tempat ke-3. Hooray! 


Urm, tu je laa alkisah kali ni. Boring? Sorry. Sonok? Macam xcaye je. Haha. Ok laa. Wassalam~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...