Monday, 21 January 2013

Happy Birthday Mama Eta

Assalaaaaamualaikum..~!!

Semalam 20 Januari 2013 adalah ulangtahun kelahiran isteri tercinta, Mama Eta. HB..!! Kami sambut secara sederhana je. Biarlah gambar-gambar kat bawah ni yang menceritakannya :)

Eh, ada 20% discount untuk birthday mama rupanya

3D Birthday Card, Ais Krim Tutti Frutti, Red Velvet Cupcake
Sedapnya makan
Mencari baju kurung @ GM Klang
Mencari tudung @ GM Klang
Ziqri & 'mainannya'
Hasil tangkapan
Mama gumbira, Ziqri kepenatan
Pic of the day: I love u both..!

Wednesday, 16 January 2013

Majlis Anugerah Felo INTAN dan Penyampaian Diploma INTAN 2012

Assalaaaamualaikum..~!!

Majlis Anugerah Felo INTAN dan Penyampaian Diploma INTAN 2012 atau secara ringkasnya (pada aku laa) Konvo DPA telah diadakan pada 15 Januari 2013 (Selasa) di Dewan Perdana, PICC. Majlisnya lancar, penuh berprotokol dan disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN).

Mama Eta & aku perlu bangun seawal jam 5.30 pagi untuk bersiap-siap. Lebih memburukkan keadaan, aku diserang macam-macam penyakit sehari dan sebelum majlis - 7 x ceri-beri, 3 x muntah & sakit kepala. Ni semua gara-gara perut masuk angin masa raptai Konvo DPA yang dibuat pada 14 Januari.

Kami keluar rumah dalam pukul 6.45 pagi. Anak kami, Ziqri yang sama-sama bangun awal pagi tak boleh ikut sebab penganjur (JPA) tak benarkan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun masuk dalam Dewan. Maka menangis-nangislah Ziqri melihat ayah & mama keluar 'berjalan-jalan' tanpa membawa anak tersayang.

Kami sampai di PICC pada jam 7.15 pagi. Kami terus ke kafe PICC untuk menikmati sarapan pagi yang ditaja oleh penganjur. Ada nasi lemak & kuih-muih omputih @ pastries. Memandangkan perut aku yang tak selesa, aku paksa gak diri untuk makan nasi lemak supaya tak masuk angin lagi nanti. Jadi laa.


Selepas sarapan pagi, aku 'bertugas' sebagai Liaison Officer kepada Mama Eta. Aku tunjukkan lokasi Dewan Perdana, pameran, tapak jualan bunga dll. Tak lama lepas tu emak pun sampai. Oleh sebab aku perlu ke Hall 6 & 7 untuk sesi bergambar, jadi aku minta Mama Eta teman mak sarapan pagi kat kafe (tapi aku difahamkan lepas tamat majlis yang nasi lemak dah habis & mak tak berapa suka rasa kuih-muih omputih tu).

Setiap graduan dibenarkan untuk membawa 2 orang tetamu jemputan ke Konvo DPA ni. Jadi aku pilih emak & Mama Eta. Disebabkan arahan penganjur supaya bakal graduan tiba seawal jam 7.00 pagi, maka emak pun mengambil keputusan untuk memandu sendiri ke PICC lewat sedikit. Itu ceritanya.

Aktiviti pertama kami bakal-bakal graduan ni adalah sesi bergambar bersama-sama VVIP mengikut Sidang masing-masing. Selepas sesi bergambar, kami perlu berkumpul di luar Dewan Perdana mengikut susunan tempat duduk masing-masing. Selepas tu, barulah kami masuk ke dalam Dewan, kira-kira dalam jam 9.30 pagi kot (aku tertinggal jam tangan kat rumah dek sebab asyik keluar masuk toilet je).

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, diikuti oleh ucapan oleh Pengarah INTAN & ucapan KSN (yang ni lama). Berikutnya adalah penyampaian Anugerah Felo INTAN. Sesi ni pun sangat panjang sebab ada 2 kali ucapan iaitu Ucap Jasa dan Ucap Balas. Selepas tu barulah penyampaian Diploma INTAN yang terdiri daripada 29 penerima Diploma Sains Pengurusan & 429 penerima Diploma Pengurusan Awam.

Sejujurnya, aku tak pernah tau pun yang majlis ni akan ada Anugerah Felo INTAN & penyampaian Diploma Sains Pengurusan. Pada aku, konvo DPA adalah konvo DPA semata-mata. Jadi dalam hati pun memberontak gak, kenapa perlu menyusahkan bakal-bakal graduan yang hendak diraikan sampai nak kena bangun awal-awal pagi & mendengar 4 kali ucapan yang panjang.

Sekarang aku dah boleh terimalah sedikit sebanyak perkara ni. Cuma mungkin boleh dipertimbangkan cadangan penambahbaikan supaya tidak perlu ucapan Pengarah INTAN manakala ucap jasa digantikan dengan montaj sahaja. Pada aku, majlis di Malaysia ni ada terlalu banyak ucapan & mungkin boleh dikurangkan sebenarnya. Bak kata Pengarah INTAN sebelum ni semasa satu program maraton ketika aku DPA dulu, "tuan puan hadir untuk berlari, bukannya hendak mendengar saya berucap pun kan".

Kembali kepada cerita Konvo DPA, kemuncak Majlis adalah pengumuman nama-nama pemenang Anugerah. Ada Anugerah PM (Keseluruhan Terbaik) tapi tiada pemenang, Anugerah KSN (Kepimpinan Terbaik), Anugerah KPPA (Akademik Terbaik), 4 Anugerah Khas PPTD (Kajian Lapangan Terbaik) & Anugerah Pengarah INTAN (Pembinaan Sahsiah Terbaik). As expected, aku xmenang apa-apa. Tahniah kepada pemenang-pemenang.

Selepas majlis tamat kira-kira hampir jam 1.00 ptg, graduan-graduan & ahli keluarga disajikan makanan brunch. Aku tak habis makan sebab masih rasa tak selesa & kurang berselera. Mama Eta hadiahkan aku bunga & coklat, thanks sayang! Kesian kat mak, tak dapat nak luang masa lebih lama sebab aku dah sangat-sangat rasa tak sihat. Mama Eta & aku pun pulang ke rumah terus lepas tu.




  
Sampai kat rumah, kami sempat bergambar dengan Ziqri lak. Selepas tu, aku terus 'pengsan' atas katil. Aku boleh dikatakan tidur je sejak balik rumah sampai keesokan pagi. Bangun untuk solat/mandi/makan je.  6 biji Panadol, ubat ceri-beri, ubat sakit perut, ubat sakit kepala, semua aku telan. Hasrat Mama Eta nak belanja aku makan istimewa sempena hari istimewa aku ni pun tak kesampaian.









Apa pun tahniah kat diri sendiri & kawan-kawan sekonvo. 15 Januari dalam kenangan.

Sekian.

Saturday, 5 January 2013

Emel Terbuka Kepada Utusan - Presiden FAM Sila Letak Jawatan (PFSLJ)

As Salam,

Saya tertarik dengan artikel tulisan En. Ali Mahmood di akhbar Utusan Malaysia pada hari ini (5/1/2013) bertajuk "Desak Presiden Undur Tak Selesai Masalah".

Naib Presiden 1 Pahang FA dipetik berkata, masalah tidak akan selesai jika Presiden FAM berundur. Pihak yang mendesak perlu tampil memberi pandangan. Ramai jurulatih dari luar negara telah dibawa masuk tetapi bola sepak Malaysia masih gagal. Pengunduran Presiden FAM merupakan kerugian kepada bola sepak negara.

Berikut adalah pandangan saya.

Pengunduran Presiden FAM daripada jawatan yang disandang sejak tahun 1984 ini sebenarnya akan membuka laluan kepada lebih banyak penyelesaian masalah dalam bola sepak Malaysia. Harus difahami, peminat bukan hanya mahukan Presiden FAM sahaja yang meletak jawatan. Peminat juga mahu melihat revolusi dalam struktur FAM, pentadbiran Persatuan Bola Sepak Negeri dan sistem pengurusan bola sepak di Malaysia keseluruhannya.

Kami bukan mendesak dengan sewenang-wenangnya supaya Presiden FAM meletakkan jawatan. Kami mendesak ada sebabnya. Kami juga ada idea kami sendiri. Tetapi sejauh mana pula kesanggupan FAM untuk berbincang dengan kami? Apa ertinya pandangan kami jika mereka mengamalkan sikap "FAM Knows Everything"? Hakikatnya isu PFSLJ telah lama dibincangkan di laman sosial, forum, malah ada diterbitkan juga buku mengenainya. Tetapi tidak pernah sekali pun ada pihak media cetak/elektronik arus perdana yang mengangkat isu ini sehinggalah baru-baru ini.

Tidak dinafikan FAM di bawah tampuk Presiden pada masa kini telah menggaji ramai jurulatih dari luar negara untuk menaikkan mutu bola sepak Malaysia. Jozef Venglos (1986-1987), Richard Bate (1988), Trevor Hartley (1989), Ken Worden (1992-1993), Claude Le Roy (1994-1995), Hatem Souisi (1995, 1998), Allan Harris (2001-2004) dan Bertalan Bicskei (2004-2005). Bukan calang-calang orang mereka ini tetapi kenapa bola sepak Malaysia masih gagal? Jawapannya kerana sistem pengurusan bola sepak yang teruk.

Saya tidak rasa pengunduran Presiden FAM sebagai satu kerugian bola sepak negara. Lihatlah dari sudut positif. Pengunduran Presiden akan membuka lembaran baru dalam sukan bola sepak Malaysia. Beri peluang kepada generasi baru, generasi muda yang mempunyai idea segar, generasi berpengalaman dan berpengetahuan, generasi penulis sukan, generasi yang bebas daripada pengaruh politik, generasi bekas pemain bola sepak yang memahami selok belok bola sepak negara, generasi lagenda bola sepak yang diabaikan. Presiden hanya diminta untuk meletakkan jawatan, bukannya dilarang daripada memberi pandangan.

Tunku Abdul Rahman menyandang jawatan Presiden FAM selama 23 tahun (1951-1974). Malaya menjuarai Pestabola Merdeka sebanyak 3 kali berturut-turut (1958-1960). Malaysia juga pernah bergelar juara selepas menewaskan Burma (1968), Kuwait (1973) dan Korea Selatan (1974). Lebih membanggakan, Malaysia pernah memenangi pingat gangsa di Sukan Asia pada tahun 1962 dan 1974. Paling membanggakan apabila Malaysia layak ke Sukan Olimpik 1972 dan bersaing dengan Jerman Barat serta Maghribi, malah mencatat kemenangan 3-0 menentang Amerika Syarikat.

Tun Abdul Razak menyambung legasi kepimpinan Presiden FAM selama 2 tahun dan berjaya memastikan Malaysia layak buat julung kalinya ke Piala Asia 1976 sejak kejohanan itu kali pertama diadakan pada 20 tahun terdahulu. Malaysia juga menjadi juara Pestabola Merdeka pada tahun 1976 apabila menewaskan Jepun 2-0.

Anak Malaysia berikutnya yang menduduki kerusi panas Presiden FAM adalah Tan Sri Datuk Seri Raja Hamzah dari tahun 1976-1984. Kejayaan diraih juga membanggakan. Sekali lagi Malaysia layak ke Sukan Olimpik dan juga Piala Asia pada tahun 1980.

Selepas itu, bola sepak Malaysia semakin merudum. Sejak 1984 hingga kini di bawah kepimpinan Presiden FAM, kejayaan Malaysia hanyalah menjuarai Pestabola Merdeka selepas menewaskan Czechoslovakia XI (1986), Korea Selatan B-23 (1993) dan Myanmar (2007). Malaysia gagal ke Olimpik. Malaysia gagal ke Sukan Asia. Beraksi di Piala Dunia Remaja 1997 dan Piala Asia 2007 pun hanyalah atas kapasiti tuan rumah sahaja.

Layak ke Piala Dunia pula hanyalah mimpi yang tidak mungkin akan jadi realiti tanpa revolusi dalam FAM hinggalah ke sistem pengurusan bola sepak Malaysia.

Akhir kata, PFSLJ.

Sekian.

Peminat


Friday, 4 January 2013

Selamat Tahun Baru 2013

Assalaaaamualaikum..~!!

Dah masuk 4 Januari baru berkesempatan nak ucap Selamat Tahun Baru. Well, busy :p

Mama Eta & aku sama-sama ambil cuti rehat 31 Disember lepas. Jadi kami dapatlah cuti panjang 4 hari dari 29 Disember sampai 1 Januari.

Hari pertama cuti kami tu digunakan untuk bawa keluarga belah Mama Eta jalan-jalan kat Bukit Tinggi, Pahang. Ikutkan ni dah kali ke-3 kot Mama Eta & aku pergi sana bersama-sama. Ziqri 1st time laa. Tempat tu memang cantik untuk ambil gambar. Haha. Ye, kami memang suka bergambar je.

Kami pergi bertujuh. Aku, Mama Eta, Ziqri, MIL, BIL & 2 anak buah. Otw, singgah dulu kat Genting Sempah. Beli makan minum awal-awal. Kalau dah kat atas bukit sana tu baru nak beli, mahal bebenor. Kami berjalan-jalan kat Japanese Tea House, Colmar Tropicale & Rabbit Park. Overall, ada laa dalam 5 jam kami kat sana. Petangnya kembali ke Jenjarom. Malamnya balik Putrajaya.

Hari kedua bercuti, kami 3 beranak + mak aku ke kenduri kahwin. Ada 2 majlis hari tu. Satu kat Setapak, satu lagi kat Sentul. Nak dijadikan cerita, tayar kereta pancit lak masa parking kereta kat Sentul tu. Adoyai. Dejavu tayar kereta pancit sebelum ni. Terus kureng sikit mood. Tak makan, kepala fikir nak buat macam mana. Aku memang loser part nak tukar tayar ni.

Lepas solat Zohor, ada laa pak cik saudara aku yang baik hati ni sudi nak menolong. Alhamdulillah. Aku pun tolong laa gak. Tolong tengok, tolong pegang, tolong cabut. Belajar gak laa. In Shaa Allah dah boleh buat sendiri lepas ni :) Selesai semua tu, kami pun kembali ke Putrajaya dengan kelajuan max 80 km/j je sepertimana yang diarahkan - tertulis kat tayar spare kereta.

Hari ketiga bercuti, aku mulakan hari dengan mencari-cari kedai tayar. Ada 3 kedai yang aku singgah. Saje je nak survey harga. Kajian pasaran laa kononnya. Kedai 1 offer tayar Good Year pada harga RM250. Kedai 2 offer tayar Continental pada harga RM260. Kedai 3 offer tayar Good Year pada harga RM245. So aku pilih kedai mana..? Well, kajian pasaran tak semestinya bersetuju dengan harga paling murah tapi kita pilih berdasarkan kualiti + harga yang optimum. So aku pilih kedai 2 sebab tayar Continental  & sama macam tayar sedia ada kat FoFi. Tukar 2 biji terus. Done.

Petang harinya, kami ke Giant Seri Kembangan. 1st time sampai sini. Saje je datang nak beli barang-barang keperluan. Sambil tu cari-cari mainan untuk Ziqri, nenek nak belanja. Tapi takde yang berkenan di hati. So kami sambung pencarian ke kedai Manjaku kat Bangi. Nak beli basikal, kaki Ziqri tak sampai. Pilih punya pilih, jumpalah mainannya. Beli. Terima kasih nenek..!

Malamnya, kami dinner kat Taman Warisan Pertanian. Saje nak pekena sate. Selain tu beli nasi ayam gak untuk Ziqri. Favourite dia. Cadangnya nak beli Roti John Unan tapi masyaAllah panjangnya orang beratur nak beli. Cancel plan. Malam ambang tahun baru takde maknanya buat kami, tidur awal. Krohhhhh.

Hari terakhir bercuti, kami berjalan kat Mines lak. Ramai gak orang. Parking penuh. Public holiday kan. Mama Eta tetiba dapat ilham untuk hobi baru - menjahit tudung. Jadi Mama Eta pun beli kain ela. Ingat tak dulu aku pernah tulis nak try Durian Pancake kat Sweet Chat Cafe..? Yes, kat Mines ada kedai ni..! Kami pun beli. 3 ketul pada harga RM9++. Mahal. Rasa dia ok laa. Tapi aku masih dengan pendapat old skool, aku tetap lagi suka makan durian biasa :)

Malamnya, kami kembali ke Jenjarom & bersedia untuk kembali bekerja keesokan harinya. Ziqri tidur awal. Mama Eta menjahit tudung. Aku tengok bola. MU menang. Yahoo..!

TAMAT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...