Saturday, 26 November 2011

Cerita Hari Sabtu

Assalaaaaaaaamualaikum..~~

Woah, sangat lama x mengupdate blog..! Kekangan masa / kesibukan terlampau / ketiadaan akses / kemalasan / ketiadaan idea / ke ke ke..? Hoho, pape laa. Kali ni aku just nak cakap pasal 2 perkara je seperti berikut:

1) Tahun Baru 1433H

Malam ni lepas azan Maghrib, dah masuk tahun baru dalam Kalendar Islam, tahun 1433 Hijrah. So aku awal2 lagi nak ucap Selamat Tahun Baru kat semua umat Islam yang baca blog ni. Kepada yang bukan Islam, mcm biasa la aku akan wish Happy Holiday =)

Kalau tiap kali masuk tahun baru dalam Kalendar Masihi, kita semua sibuk dengan azam baru. So untuk tahun baru Hijrah ni nak kena ada azam juga ke..? Hurm, apa kata kalau ‘azam’ tu kita ganti dengan ‘hijrah’. ‘Hijrah’ yang aku maksudkan ni ialah niat kita untuk berubah, samada daripada perkara yang teruk kepada perkara yang baik, ataupun daripada perkara yang baik kepada perkara yang lebih baik.

So apa ‘hijrah’ yang aku nak buat untuk tahun 1433H ni..? Biarlah aku sorang je yang tau. Korang pun fikirlah sendiri apa ‘hijrah’ yang korang nak lakukan & good luck =p

2) DPA

Sekarang ni aku dah settle 8 minggu Kursus DPA, so ada baki 18 minggu sebelum habis. Pergh, jauh lagi perjalanan kitorang ni..! Sepanjang minggu ni sampailah ke hujung minggu depan, aku berkursus kat INTAN Kampus Wilayah Timur (INTIM), Kemaman. Kat sini tiap2 hari pun hujan. Dari bilik, boleh dengar bunyi ombak laut kuat gile. Aku tengok air laut dari jauh, nampak mcm dahsyat. Warna pun dah coklat. Jangan haraplah nak g mandi kat laut tu.

Dalam masa 8 minggu ni, most of the time aku berkursus kat INTAN Bukit Kiara. Tapi ada masanya kena gak berkelana kat tempat lain. Mula dengan minggu pertama (1-3 Okt), kitorang ada modul Group Integration kat Melaka. Then stay kat INTAN Kampus Wilayah Selatan (IKWAS), Kluang untuk 2 minggu (9-23 Okt). Modul Outward Bound School (OBS) kat Lumut selama 1 minggu (29 Okt – 5 Nov). Sekarang stay kat INTIM selama 2 minggu (20 Nov – 3 Dis).

Modul Dalam Kelas

Modul OBS
Modul OBS juga

Modul Pengurusan Majlis

Modul Pengukuhan Bahasa

Modul Pengukuhan Bahasa juga


Jadual memang sangat pack. Selain miss (rindu) kat family, aku pun miss (terlepas) banyak kenduri-kendara especially yang melibatkan kawan2 rapat– kenduri kahwin Zain, Effy, Jerin’, Fiqah, Noha, Ellen, Ainul, Airene, Azwan, Mira, Dinie, Burn dll. Adoyai, banyaknye. Walaupun xdapat pergi, aku doakan korang semua bahagia menempuh alam perkahwinan =)

Sementara tu, aku dapat MMS gambar daripada Mama Eta kat rumah;

Ziqri baru belajar pakai topi. Hehe

Monday, 7 November 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha

Assalaaaaaaaaamualaikum..~!!

Saya, Mama Eta & Musyrif Ziqri ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam yang tengah baca blog ni. Kepada yang bukan beragama Islam, happy holiday..~!!

Happy Family
Nenek, Moyang & Mama Ziqri
Kasih Mama
Tok Sdare Ziqri pesan supaya tulis tarikh kat belakang gambar ni
Hari Raya Aidiladha kali ni, aku asyik travel je. Raya pertama, aku solat raya kat surau Presint 16. Then gerak g Rembau, bawa Ziqri jumpa moyang dia. Pas tu baru laa gerak balik kampung kat Masjid Tanah. Tidur sana satu malam & balik Putrajaya pagi tadi. Sekarang ni transit kat Jenjarom & malam ni aku akan kembali ke INTAN Kiara.

So far aku dah settle modul DPA selama 5 minggu & ada baki 21 minggu lagi. Burp..!!! Antara modul yang dah lepas:-
  1. Integrasi Kumpulan / Kenegaraan
  2. Pentadbiran & Pembangunan Wilayah
  3. Pengurusan Kewangan
  4. Pengurusan Majlis
  5. OBS
Ikutkan hati, banyak benda nak diceritakan daripada Modul OBS tapi xleh laa nak tulis. Bukan malas, bukan kedekut nak share dgn korang. Tapi rasanya baik aku spend masa yang ada ni dengan family sebelum gerak balik ke INTAN Kiara.

Ok laa, cukup laa update terkini pasal aku, kami & DPA..

Wassalam..~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...