Thursday, 29 March 2012

Majlis Makan Malam KSN

Assalaaaamualaikum..~!!

Malam semalam, kitorang telah organize satu majlis yang kiranya malam kemuncak DPA laa iaitu Makan Malam Ketua Setiausaha Negara (KSN). VVIP mestilah KSN tu sendiri kan. Mesti korang pelik kan, last week dah buat dinner, ni buat dinner lagi. Hah, time Makan Malam Beradat KPPA hari tu, kerja kitorang makan je tapi mengikut 'adat' yang ditetapkan. Macam robot gak rasanya. Haha. Tapi untuk Majlis  Makan Malam KSN ni pulak, kitorang para peserta akan tunjuk bakat seni masing2 termasuklah aku di samping aktiviti makan2 gak. Majlis sangat meriah, ada persembahan mak yong, gamelan, nyanyian, band, koir, puisi, dikir barat, tarian & gendang 1Malaysia.

Buku Program

Cenderahati VIP

Antara gamelan dengan kompang, aku pilih untuk join persembahan gamelan kali ni :) Sempat berlatih lima lagu je - Timang Burung, Juwitaku Sayang, Perang Besar, Togok & Lenggang Kangkong. Cikgu yang mengajar kitorang, Cikgu Farizan, dibawa khas dari ASWARA. Apa yang dia ajar ada sedikit berbeza daripada apa yang aku belajar kat UM dulu. Menarik gak laa belajar elemen2 baru dalam gamelan terutamanya "cincang". Satu lagi pengalaman menarik masa main gamelan kali ni, kitorang main lagu Timang Burung sambil mengiringi tarian mak yong & nyanyian lagu ni sendiri. 1st time ni aku dengar senikata lagu Timang Burung. Pergh, berhantu..

Gamelan dok depan sekali

Kami bersama kostum. Hahaha
Team Gamelan

Esok, 30 Mac 2012, hari Jumaat, hari terakhir aku & kawan2 kat Kursus DPA. Finally selepas 6 bulan @ 26 minggu @ 182 hari, tamat gak Kursus terpanjang yang aku pernah join seumur hidup ni. Hehe. Macam2 pengalaman suka duka sepanjang aku kat Kursus ni. Macam2 ragam manusia yang aku jumpa. & macam2 macam2 lagi laa yang terlalu banyak nak dikenang.

Catalyst~ it's not a group, it's a bond

Ok, tu je untuk kali ni. Wassalam..~!!

Wednesday, 28 March 2012

Nenek Siti

Assalaaaaamualaikum..~!!

Tajuk cerita kita kali ni adalah Nenek Siti..

Nenek Siti ialah nenek saya. Beliau berasal dari Negeri Sembilan & tersangatlah happening..! Kenapa saya tetiba je nak tulis pasal Nenek Siti..?

Bukan apa. Aku tengah boring, xtau nak buat apa. So aku pun merajinkan diri dengan membaca balik hasil penulisan aku kat blog ni dari awal dulu sampai sekarang. Then time baca post Selamat Hari Ibu (12 Mei 2011), baru aku perasan yang aku belum tunaikan janji aku untuk upload gambar Nenek Siti..!! Hadui, lupa sangat.. Ampun..~!!


So inilah dia Nenek Siti.. TARAAAAAA..~!!!


Nenek Siti kat tengah

Nenek Siti kat kanan

Nenek Siti kat kiri

Insyaallah satu hari nanti aku akan tulis satu cerita pasal Nenek Siti dengan lagi detail. Tapi xde laa terlalu terperinci. Sekadar yang aku tau je laa :) Terima kasih nenek..~!!

Ok, wassalam..

Saturday, 24 March 2012

Majlis Makan Malam Beradat KPPA Bersama Peserta Kursus DPA Bil. 1/2011

Assalaaaaamualaikum..~!!

Majlis Makan Malam Beradat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Bersama Peserta Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) Bil. 1/2011 telah diadakan  pada 21 Mac 2012 (28 Rabiul Akhir 1433H) di Pusat Konvensyen Sime Darby.

 

 

 

 


Enjoy gambar2 aku & kwn2 sekitar majlis tersebut..~

(Jenis kamera: Henset Nokia 5.0 Mega Pixel)


CATALYST - Peter, Azman, Aku, Liaw, Esmie, Hafeez, Azam, Henry

CATALYST - Rizal, Saiful, Azman, Aku, Henry, Azam

CATALYST - Amar, Zul, Ajmi, Vishnu, Aku, Lukman, Hafiz Khar

CATALYST - Farhan, Aku, Azman

LEGASI - Sharwadi, Khairul Fahmi, Hafeez, Izad, Aku, Azman, John,  Zul, Azam, Baim, Izam, Faiz, Din

LEGASI - Mu'az, Aku, Hafiz Khar, Nain, Nubairi, ...

JIRAN KAMPUNG MUO - Azmi, Aku

JIRAN KAMPUNG MUO - Zailan, Aku 

RAKAN 'STRATEGIK' - Azman, Aku

HENSET AKU = KAMERA - Hafeez, Azman, Aku, Saiful, Azam

GANGSTER S'WAK - Aku, Mandie Kunjan

ALA FAIZAL TAHIR - Peter, Azam, Liaw
 
ROOMMATE WATANIAH - Nasrul Hakim, Aku

KAWAN LAMA - Abon, Aku

PESERTA PERTAMA AKU JUMPA MASA HARI PENDAFTARAN DPA - Jafri, Aku

DUDUK SEBELAH - Zaim, Aku

USTAZs - Haikal, Samsuri, Aku

ROOMMATE SKMI - Aku, Mushawwir

ROOMMATE @ RT5 - Khalil, Aku

ROOMMATE @ RT5 - Aku, Hafizsyafuddin

MOSTIANS - Syahir, Alia, Chandra, Najee, Ashraf, Elia, Zul, Ili, Aku

Dalam suka ada duka. Pada malam ni jugak, ibu kepada sahabat aku dalam DPA ni, Syahar Azizan telah meninggal dunia. Baru je kitorang berborak pasal arwah masa siang hari tu. Simpati sangat =/ Takziah Syahar. Harap bersabar & kuatkan semangat. Al- Fatihah buat arwah, semoga rohnya dicucuri rahmat.

****************************************************************

Ok, senyum balik..~!! Dah habis dah cerita.. Nak try sambung wat EPSA..

Assalaaaamualaikum..~!!

Tuesday, 20 March 2012

Isteri Saya Cantik

Assalaaaaaaaaaamualaikum..~!!

Aku masih kat INTAN Bukit Kiara. Kursus DPA aku xhabis2 lagi. Insyaallah xsampai 2 minggu lagi akan habis dah. Sekarang ni aku tengah sibuk nak siapkan assignment EPSA. Masalahnya bila 430 orang peserta Kursus DPA nak buka website tu serentak, dia jadi busy & xleh nak bukak. So masing2 pun cuba jaya laa, refresh refresh refresh, kalau ada rezeki dapatlah buka & buat. Aku ni pulak dah penat mencuba & asyik gagal je, so baik aku update blog ;p

Tapi kali ni aku xde apa nak diceritakan pun. Hidup macam biasa je, xde apa yg menarik nak dikongsikan. Insyaallah 1 April ni akan ada event besar yg boleh aku share. Tapi tu kemudian baru cerita laa kan. Post kali ni, nak tengok evolusi isteri aku dari kecik sampailah besar, Mama Eta. Hohoho.

************************************************** 

Kecik2

Si Boooooooooooooooooooooolat..



Khatam Quran

************************************************** 

Sebelum Pakai Selendang

Aku kenal Mama Eta pada tahun 2005 kat Universiti Malaya. Aku senior, dia junior. Duduk sama kolej kat Kolej Kediaman Pertama (ASTAR) tapi study bidang berbeza. Aku engineering, dia farmasi. Masa 1st time kenal dulu, Mama Eta belum pakai selendang lagi.

mcm budak darjah 2
 


************************************************** 

Dah Pakai Selendang

Then sejak tahun 2008 if xsilap, Mama Eta start pakai selendang. Macam2 style.. Pheeeewit~!!

 

 



************************************************** 

Konvokesyen

Ni gambar2 wife aku time konvokesyen dia. Tahun 2009.



Hehs.. Ketawa sinis

************************************************** 

Bertunang

Kami bertunang pada 4 April 2010. Time ni aku dah keje kat MOSTI, Mama Eta lak masih kat Muo @ HPSF. Jauhnye.....




************************************************** 

Kahwin

9 bulan selepas bertunang, kahwin laa pulok..~!!

Nikah

Sanding


Tandang


************************************************** 

Mengandung

Sepertimana korang semua tau, my wife bunting pelamin. Alhamdulillah murah rezeki. Maka dikandunglah ia baby Musyrif Ziqri dalam perut mama selama 32 minggu..




**************************************************


So itulah dia isteri ter'chenta' aku, Masnita Abdul Karim aka Mama Eta. Semoga perkahwinan kita kekal bahagia hingga ke akhir hayat =)



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...