Thursday, 29 March 2012

Majlis Makan Malam KSN

Assalaaaamualaikum..~!!

Malam semalam, kitorang telah organize satu majlis yang kiranya malam kemuncak DPA laa iaitu Makan Malam Ketua Setiausaha Negara (KSN). VVIP mestilah KSN tu sendiri kan. Mesti korang pelik kan, last week dah buat dinner, ni buat dinner lagi. Hah, time Makan Malam Beradat KPPA hari tu, kerja kitorang makan je tapi mengikut 'adat' yang ditetapkan. Macam robot gak rasanya. Haha. Tapi untuk Majlis  Makan Malam KSN ni pulak, kitorang para peserta akan tunjuk bakat seni masing2 termasuklah aku di samping aktiviti makan2 gak. Majlis sangat meriah, ada persembahan mak yong, gamelan, nyanyian, band, koir, puisi, dikir barat, tarian & gendang 1Malaysia.

Buku Program

Cenderahati VIP

Antara gamelan dengan kompang, aku pilih untuk join persembahan gamelan kali ni :) Sempat berlatih lima lagu je - Timang Burung, Juwitaku Sayang, Perang Besar, Togok & Lenggang Kangkong. Cikgu yang mengajar kitorang, Cikgu Farizan, dibawa khas dari ASWARA. Apa yang dia ajar ada sedikit berbeza daripada apa yang aku belajar kat UM dulu. Menarik gak laa belajar elemen2 baru dalam gamelan terutamanya "cincang". Satu lagi pengalaman menarik masa main gamelan kali ni, kitorang main lagu Timang Burung sambil mengiringi tarian mak yong & nyanyian lagu ni sendiri. 1st time ni aku dengar senikata lagu Timang Burung. Pergh, berhantu..

Gamelan dok depan sekali

Kami bersama kostum. Hahaha
Team Gamelan

Esok, 30 Mac 2012, hari Jumaat, hari terakhir aku & kawan2 kat Kursus DPA. Finally selepas 6 bulan @ 26 minggu @ 182 hari, tamat gak Kursus terpanjang yang aku pernah join seumur hidup ni. Hehe. Macam2 pengalaman suka duka sepanjang aku kat Kursus ni. Macam2 ragam manusia yang aku jumpa. & macam2 macam2 lagi laa yang terlalu banyak nak dikenang.

Catalyst~ it's not a group, it's a bond

Ok, tu je untuk kali ni. Wassalam..~!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...