Sunday, 4 March 2012

Aku Kembali Ke Muo

Assalaaaaamualaikum..~!!

Pernah ke aku dok kat Muo..? Kampung aku kat Muo ke..? Jawapannya TAK
Adakah Muo itu Muar..? Jawapannya YA.

Haha. Aku sekarang ada kat Muo, tengah buat Modul Kajian Lapangan untuk Kursus DPA. So apa kes tajuk post kali ni "Aku Kembali Ke Muo"..? Sebab kat Muo ni laa dulu isteri terchenta, Mama Eta pernah bekerja & sekali sekala ke Muo ni laa aku g time weekend untuk jumpa Mama Eta. Time tu tahun 2009 - 2010, Mama Eta kerja kat Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF).

Laa ni aku kena stay kat Muo selama 10 hari, check in 28 Februari & check out 8 Mac. Hari ni 4 Mac, so baru hari ke-6. Huhu, cepatlah masa berjalan, cepatlah, cepatlah. Bukannya xseronok dok kat Muo ni, best je. Tapi isteri & anak kat rumah lagi aku rindu. Mak pun sama gak.

Welkam to Muo
Since hari pertama kat sini, memang mengimbau gile-gile aa nostalgia dulu. Hahaha. Bila bas yang bawak kitorang pusing sekitar pusat bandar Muo ni, aku tengok balik view kat sini, senyum sorang-sorang. Banyak kisah aku dengan Mama Eta kat sini dulu. If Mama Eta ada, sure dia pun rasa benda yang sama.
Rumah sewa Mama Eta
Wetex Parade: shopping mall paling femes kat Muo
Dataran Tanjung Emas
Kat sini, aku dapat family angkat yang saaaaaaaaaaaaangat baik. Kitorang stay kat Parit Punggur, lebih kurang 15 minit dari Pusat Bandar Muo. Untungnya aku kat sini sebab jiran-jiran pun amek anak angkat, so ramailah geng kat sini - Zailan, Azmi & Imran.

Aku dok kat tingkat atas tu sorang-sorang
Kitorang dok kat Muo ni bukannya untuk makan angin tapi ada misi yang nak kena selesaikan. Apa lagi kalau bukan kajian lapangan. Aku segroup dengan Zaim, Fahmi, Jes, Nisa & Rishah. Tajuk pasal masyarakat & kadar jenayah. So merata gak laa berjalan nak dapatkan info - pejabat daerah, balai polis, Pejabat Perpaduan, kampung dll <--- membohong je dll tu, sebenarnya g 4 tempat ni je. Hahaha.

Taklimat kat pjbt DO. Dah besar nnt nak jd DO x..?
IPD Muo
Kat Balai Raya Kg. Kenangan Tun Dr. Ismail (2) Sg. Abong, xsangka ramai gile org datang

Aktiviti kecik-kecik PTD ikut Mukim, kat SK Sri Menanti
Ada sorang member ni kata, "Muo syurga makanan". Ada sorang member ni lak cakap, "Sejak dok Muo ni, xsempat nak rasa lapar". Hadui, memang betul pun. Macam-macam makanan diorang hidangkan. Xkiralah family angkat sendiri ataupun family angkat orang lain. Asal singgah umah kejap, makan. Singgah sana, makan. Singgah situ, makan. Makan makan makan. Jangan mengeluh, ucaplah Alhamdulillah. Hehe. Sure Mama Eta jeles je, teringin gak laa tu. Insyaallah ada rezeki, ada masa, kita datang Muo ye.

Mee Bandung Muo. Nasi Ayam Penyet, Otak-otak Kempas dll xamek gambo lak :p
Apa lagi mau cerita..? Tu je laa kot. Dah nak kol 2 pagi dah. Esaimen xbuat, tulis blog boleh plak. Haish. Hehe. Tetiba lak line internet baek sangat malam ni, tu yang aku mengarang ni. Ngeh ngeh ngeh. Ok laa, masa untuk shut down. Adios amigos, krohhhhhhhhhhhhhhhhhh...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...