Thursday, 21 March 2013

Murah Sangat Ke Harga Coklat Di Langkawi..?

Assalaaamualaikum..~!!

Sepertimana dijanjikan dalam entri Bercuti Di Langkawi, ni adalah entri khas untuk tolong korang bandingkan harga coklat di Langkawi dengan tempat lain. Betul ke harga coklat kat Langkawi tu murah sangat..?

Jom kita bandingkan harga untuk 7 jenis coklat kat bawah ni. Merujuk kepada kawan-kawan kat Facebook, inilah antara coklat yang paling berbaloi beli kat Langkawi. Tu kata diorang laa. Sekarang aku senaraikan perbandingan harga-harga coklat ni untuk korang fikirkan sendiri. Semoga membantu :)

DAIM (300 gram)

Harga Langkawi : RM14.00 / pax
Harga Putrajaya : RM34.99 / pax
Beza harga : RM20.99

FERRERO ROCHER T30 (375 gram)

Harga Langkawi : RM21.50 / pax
Harga Putrajaya : RM32.88 / pax
Beza harga : RM11.38

HERSHEY'S KISSES (315 gram)

Harga Langkawi : RM12.00 / pax
Harga Putrajaya : NA
Beza harga : NA

KINDER BUENO (344 gram)
* dalam 1 kotak ni ada 8 pax

Harga Langkawi : RM2.28 / pax
Harga Putrajaya : RM3.33 / pax
Beza harga : RM1.05

LINDOR (200 gram)

Harga Langkawi : RM15.95 / pax
Harga Putrajaya : RM30.59 / pax
Beza harga : RM14.64

TOBLERONE (200 gram)

Harga Langkawi : RM8.50 / pax
Harga Putrajaya : RM9.35 / pax
Beza harga : RM0.85

WHITTAKER'S ALMOND GOLD (3 x 45 gram)

Harga Langkawi : RM7.67 / pax
Harga Putrajaya : NA
Beza harga : NA






Harga Langkawi tu aku ambil harga termurah di antara Haji Ismail Group / Langkawi Saga /  Underwater World (Coco Valley dan The Zon Shopping Paradise) manakala Harga Putrajaya tu aku survey kat Alamanda (Carrefour dan Cold Storage). Packaging Kisses kat Alamanda tak sama dengan yang aku beli kat Langkawi, so tak dapat nak bandingkan harga. Whittaker's pun tak ditemui, dengar cerita sebab coklat ni hanya dijual kat Langkawi je.

Coklat yang dijual kat Langkawi ni biasanya akan dijual lebih murah bila korang beli banyak sikit. Cuba check table kat bawah ni. Mungkin membantu, mungkin gak akan lebih memeningkan korang. Haha. Kalau korang ada info lain, sila share ye :)


Kuantiti
Haji Ismail Group
Langkawi Saga
Underwater World
Alamanda
Daim
(300g)
3 pax
RM42.50
(RM14.17/
pax)

RM42.00
(RM14.00/
pax)
RM34.99/
pax
Ferrero Rocher T30
(375g)
1 pax
RM21.50

RM65.90 (3 pax)
(RM21.97
/pax)
RM32.88/
pax
Hershey's Kisses
(315g)
3 pax
RM37.50
(RM12.50/
pax)
RM36.00
(RM12.00/
pax)
RM37.50
(RM12.50/
pax)
NA
Kinder Bueno
(344g, 8pax)
1 box
RM18.20
(RM2.28/
pax)

RM18.40
(RM2.30/
pax)
RM9.99 (3 pax)
(RM3.33/
pax)
Lindor
(200g)
2 pax
NA 
NA 
RM31.90
(RM15.95/
pax)
RM30.59/
pax
Toblerone
(200g)
1 pax
RM8.50

RM9.50
RM9.35/
pax
Whittaker's Almond Gold
(3 unit)
3 pax
dah 2 bulan takde stok 
RM23.00
(RM7.67/
pax)
RM25.00
(RM8.33/
pax)
NA

Sekian, selamat bershopping..!

23 comments:

  1. cold storage barang dia mahal sikit drp kedai lain macam giant or supermarket. ada la beza dalam seringgit 2 ringgit untuk 1 item.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Compare dgn tmpt yg mahal, baru laa nampak perbezaan harga yang ketara. Hehe.

      Delete
  2. Assalam,

    saya nak minta kebenaran encik untuk gunakan gambar coklat2 di atas dalam kedai online saya, boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'slm. Gunalah. Gambar2 tu pun saya ambil dari Google je.

      Delete
  3. TQ ATAS INFO INI...

    ReplyDelete
  4. Thanks sharing info pasal coklat tuh...sgt membantu.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih tuan!
    Sgt membantu

    ReplyDelete
  6. Salam...kat bebas cukai pengkalan kubor kelantan pun ada jual coklat2 ni...beza 2,3 ringgit je...takde cukai

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut kesesuaian masing-masing tempat mana senang nak pergi :)

      Delete
  7. Boleh tak nak tanye coklat daim tu halal ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. soalan yang baik. jawapannya JAKIM hanya buat semakan halal untuk barangan keluaran tempatan sahaja. maka tepuk dada tanya iman :)

      Delete
  8. di The Zone Johor Baharu harga coklat pun murah juga dan ada setengahnya lebih murah. Di langkawi barang2 lain harga sama je mcm tempat2 lain kecuali peralatan dapur dan beg yg berjenama ntah apa2. Jam tangan, baju semua kebanyakannya sikitpun takde beza

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf kerana menyampok.... di The Zone kat Stulang tu kan? harganya sgt sikit yg murah... yg lain mhl seperti di kl....

      Delete
  9. whittaker ade kat kiosk kl sentral dan kat ikea.. tp kali terakhir harganya dikesan di kl sentral 3 bar (1 pack) ialah rm18. kat langkawi time tuh 3 pack rm15

    ReplyDelete
    Replies
    1. whittaker byk je boleh didapati kat area kl ni... ada je kat kebanyakan jusco, aeon big (dulu carrefour). Harga dijual satu bar sahaja. tapi pernah nampak dijual di klcc, jual 1 pack (3 bar) dengan harga yg murah - lingkungan rm14-rm18 gitu, tetapi dah dekat expiry date...

      Delete
  10. perbezaanya di langkawi duty free.. lain semua duty paid

    ReplyDelete
    Replies
    1. agak2nya significant ke komen ini dgn ulasan editor? mungkin signifikan tetapi nilai signifikan yg sgt lemah... perbezaan harga bukannya perbezaan cukai... walaupun harga ada kena-mengena dengan cukai (dlm kes ini), editor membentangkan beza nilai, dan bukannya duty-free atau duty-paid... *lariiikkk....*

      Delete
  11. https://www.facebook.com/kedairuncitonlinecokelatlangkawi

    ReplyDelete
  12. Syabas Puan Editor dalam pembentangan ini. Walau tidak banyak coklat yang dijadikan perbandingan, tetapi sungguh berguna. terima kasih dan syabas!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...