Monday, 28 May 2012

Dewan Seri Seroja

Assalaaaamualaikum..~!!

Sempena dengan cuti sekolah yang baru je mula, ramailah orang yang buat kenduri kahwin time ni. Kawan pejabat aku yang sorang ni pun, Faiz namanya, xketinggalan untuk buat majlis persandingan dia. Majlis diadakan semalam kat Dewan Seri Seroja, Putrajaya. Tahniah & Selamat Pengantin Baru der..~!! Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat (bukan sampai ke anak cucu je :p )..

Dewan Seri Seroja sebenarnya ada kisahnya dengan Mama Eta & aku. Kitorang bersanding kat sini gak masa majlis sebelah aku >1 tahun yang lepas. So kitorang kembali ke Dewan Seri Seroja kali ni, kiranya macam "sambil menyelam minum air" laa. Sambil menghadiri walimatul urus, kitorang pun menggamit nostalgia lama :p Hahaha. Ni 1st time kitorang datang balik ke Dewan Seri Seroja since kali terakhir, time bersanding bulan Februari 2011 dulu. Lama dah...

Dewan ni cantik. Xbesar sangat tapi x laa kecil pun. Boleh muat >300 tetamu pada satu masa. If xmuat gak, masih boleh susun meja kat luar dewan. Masih selesa. Lengkap dengan air cond. Toilet, surau, lif, semua pun ada. Boleh recommend pada sesiapa yang nak buat kenduri kahwin nanti.







  
Ok, berbalik kepada cerita kenduri kahwin ni semula. Actually, kitorang xsempat pun nak jumpa pengantin. Terpaksa gerak awal sebab nak uruskan proses tukar line fon kat KL. Bye Digi, Hye Maxis..! Yeehaw..~!!

Tapi seperkara yang best masa kat majlis ni, dapat jumpa kawan2 lama yang sememangnya dah sangat lama xjumpa. Jaja + Kak Etty + Zaid + Bean + Kamal dll. Diorang main muzik, menghiburkan tetamu. Memang best. Nama group diorang Kumpulan Muzik Gemalay Asli. Boleh search kat FB kalau ada sesape nak jemput diorang beraksi kat mana2 kenduri kahwin :)

Gemalay (L-R) Zaid, Jaja, Kamal, Etty, Bean, dll...

So tu je laa kisah aku, Mama Eta & Dewan Seri Seroja kali ni. Semoga korang terhibur :p

Sekian. Wassalam.

Sunday, 27 May 2012

Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia

Assalaaaaamualaikum..~!!

Semalam aku beli buku, Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia (CMTKPD). Buku ni hasil tulisan Lucius Maximus, salah seorang blogger Sokernet, tebal 158 muka surat (aku dah khatam pun), bahasa Melayu rojak & harga MPH cumalah RM23. CMTKPD menceritakan "kisah 40 tahun kegagalan Harimau Malaya untuk menjejaki Piala Dunia".


Kenapa aku beli buku ni..? Sebenarnya aku dah lama tau kewujudan CMTKPD, melalui blog Sokernet gak (korang boleh baca review buku cerita ni kat SINI). Tapi xpernah terlintas di hati nak beli pun. Cuma semalam, bila aku singgah MPH Alamanda untuk usha kalau-kalau adalah buku baru yang menarik, aku ternampak lak buku yang bersaiz comel ni. Tanpa fikir panjang, aku pun amek, beratur & bayar :p

Aku dah jadi follower blog Sokernet agak lama, so aku pun dah tau betapa bencinya diorang kat pengurusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang sememangnya GAGAL untuk membawa sukan bola sepak Malaysia ke peringkat tertinggi. Melalui buku ni gak, x sah laa kalau xde sesi kutuk mengutuk FAM yang amat pedas, tajam, kurang ajar, biadab, jujur, ikhlas & ... (korang baca sendiri & nilaikan sendiri laa).

Seawal bahagian prakata lagi aku dah tertarik dengan buku ni. Penulis menyatakan mengenai kurangnya penulisan tentang sukan bola sepak di Malaysia, mungkin disebabkan tidak ramai penulis yang sangat berminat dengan hal sukan atau mungkin sukan bukan genre penulisan yang mampu memberikan kepuasan pada penulis di Malaysia. Pada aku, cerita macam ni sangatlah best, cuma sayang bila tiada siapa yang nak menulis kisah-kisah bola sepak Malaysia..~

Sebagai seorang yang analitikal, aku memang sangat suka pada statistik. So aku pun teruja bila baca statistik yang didedahkan oleh penulis dalam buku ni. Minta izin nak share ye Lucius..!


Jumlah penyertaan Malaysia dalam kempen kelayakan Piala Dunia:
11 kempen kelayakan (Piala Dunia 1974 hingga Piala Dunia 2014)

Perlawanan kelayakan ditempuhi:
51 perlawanan

Perlawanan kelayakan menang:
15 menang

Perlawanan kelayakan seri:
13 seri

Perlawanan kelayakan kalah:
23 kalah

Jaringan gol:
66 gol

Gol bolos:
81 bolos

Kemenangan terbesar:
Malaysia 9 - 0 Macau (kelayakan Piala Dunia 1994)

Kekalahan terbesar:
Kuwait 6 - 1 Malaysia (kelayakan Piala Dunia 2006)

Jumlah kejayaan Malaysia layak ke Piala Dunia:
0


Bila agaknya Malaysia akan layak ke Piala Dunia..? Dari zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak (1974, 2 tahun) & Tan Sri Datuk Seri Setia Raja Hamzah Haji Abu Samah (1976, 8 tahun) sehinggalah zaman Sultan Ahmad Shah (1984, 20 28 tahun) sebagai Presiden FAM, Malaysia gagal ke Piala Dunia. Dari zaman Jalil Che Din (kelayakan Piala Dunia 1974), M Kuppan (1978), Karl-Heinz Weigang (1982), *Mohammed Chandran, Frank Lord + Mohamad Bakar (1986), Trevor Hartley (1990), Ken Worden (1994), *Claude Le Roy, Wan Jamak Wan Hassan (1998), Allan Harris (2002), K Rajagobal + Allan Harris (2006), *Norizan Bakar & B Sathianathan (2010) sehinggalah zaman K Rajagobal (2014) sebagai jurulatih pasukan bola sepak, Malaysia masih gagal ke Piala Dunia.

Setiausaha Agung FAM pun ada buku ni tapi baca tak..?

Lucius ada memberi pandangan & cadangan dia dalam buku ni. Kalaulah ada pihak yang sanggup mampu merealisasikan idea dalam CMTKPD ni... Kalaulah FAM sanggup untuk mengubah sistem pengurusan bola sepak Malaysia... Kalaulah Presiden FAM nak letak jawatan... Kalaulah semua ni terjadi... Kalaulah...

Kalau tak, kita teruskan je laa dengan angan-angan Malaysia ke Piala Dunia :p

Wassalam.

Thursday, 24 May 2012

Tip Kekal Selesa Semasa Kontraksi Braxton Hicks

Assalaaaaaamualaikum..~!!

Semalam aku beli Majalah Pa&Ma Edisi Jun 2012. Then mata aku tertarik kat salah satu tajuk kat cover majalah tu. "Braxton Hicks - isyarat kontraksi awal".


Wah, teruja sikit. Sebab apa? Sebab aku pernah menulis pasal Braxton Hicks dalam blog ni dulu. Hohoho. Tapi kejap... Hurm, amende Braxton Hicks ni ek? Aku dah lupa..!!!! Hahaha hampeh btol. So kenalah aku merujuk kisah Braxton Hicks ni balik :p

So untuk cerita kali ni, aku sekadar nak kongsi sedikit tips yang ditulis dalam Majalah Pa&Ma ni. Walaupun Mama Eta xmengandung pun sekarang tapi xsalah kan kalau aku nak share. Haha.

********************

Tip Kekal Selesa Semasa Kontraksi BRAXTON HICKS

1. Tukar aktiviti atau posisi sekiranya anda berasa kontraksi Braxton Hicks akan berlaku.

2. Berehatlah lebih lama. Minum air dan baring di sebelah kiri tubuh.

3. Minum air secukupnya. Dehidrasi akan menyebabkan otot mengecut dan menyebabkan berlakunya kontraksi Braxton Hicks.

4. Buang air kecil dengan lebih kerap. Pundi kencing yang penuh juga mengundang kontraksi Braxton Hicks.

5. Amalkan teknik pernafasan. Pernafasan yang dalam dan berirama akan mengurangkan ketidakselesaan yang timbul.

6. Kadang kala dengan mandi menggunakan air suam panas dapat membantu mengurangkan Braxton Hicks.

********************


Ok tu je laa tips untuk kali ni.

Wassalam.

(p/s: mana satu ejaan yang betul; tip@tips?)

Monday, 21 May 2012

Fakta Mengenai Hadith Palsu Di Bulan Rejab


Assalaaaamualaikum..~!!

Dah sangat lama kot aku xberkongsi cerita berunsurkan tazkirah. So bersempena dengan tarikh 1 Rejab pada hari esok, ni aku nak berkongsi fakta yang aku copy paste dari FB Sham Kamikaze. Dah menjadi kebiasaan kebanyakan orang (termasuklah aku) yang suka berkongsi fadilat-fadilat atau amalan-amalan sunat di bulan Rejab. Tanpa disedari, 'ilmu' yang kita kongsikan tu tak tepat rupanya. So nak penjelasan yang se'detail'nye, korang bacalah kat bawah ni. 

*********************************************


FAKTA MENGENAI HADITH PALSU DI BULAN REJAB. 

Hadith Rasulullah, “Rejab bulan Allah, Sya`aban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”. Ini adalah HADITH PALSU yang direka oleh Ibn Jahdam. (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95, cetakan: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah, Halab, Syria) 

Nama penuhnya Ibn Jahdam ialah `Ali bin `Abdillah bin Jahdam al-Zahid. Beliau meninggal pada tahun 414H. Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat hadith palsu mengenai solat Raghaib (iaitu solat pada jumaat pertama bulan Rejab). (lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-`Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5, m.s. 173, cetakan: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut). 

Sebab itulah al-Imam Ibn al-Salah (meninggal 643H) menyebut: Ada beberapa golongan yang membuat hadith palsu, yang paling bahaya ialah puak yang menyandarkan diri mereka kepada zuhud (golongan sufi). Mereka ini membuat hadith palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan pahala. Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas thiqah (kepercayaan) dan kecenderungan kepada mereka. Kemudian bangkitlah tokoh-tokoh hadith mendedahkan keburukan mereka ini dan menghapuskannya. AlhamdulilLah. (Ibn al-Salah, `Ulum al-Hadith, m.s. 99) 

Mengenai fadilat puasa bulan Rejab juga, kita perlu selidiki dan teliti sebaik2nya, kerana ini melibatkan soal agama yang suci.Bekas Ketua Lujnah Fatwa Al-Azhar mengatakan bahawa setiap fadilat sesuatu perkara itu harus dilihat dari segi nas yg sahih dan beliau melihat bahawa hadis-hadis yg didatangkan mengenai fadilat didalam bulan Rejab kebanyakkannya adalah lemah dan palsu, katanya:[3] 
"Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberi fadilat kepada beberapa bulan dan tempat, tetapi tidak thabit untuk masa (zaman) dan untuk tempat melainkan dengan dalil yg qath'i (nyata) dan tidak thabit sehingga tidak mendusta keatas Nabi Muhammad saw, dan banyak hadis-hadis timbul mengenai fadilat bulan Rejab, dimana statusnya antara Dha'if dan Mawdhu', dan tidak thabit dari pembawanya (naqal)." 

Menurut Al-Saqr lagi bahawa: 
"Al-Hafiz Ahmad bin Ali bin Mohammad bin Hajar Asqalaani meletakkan didalam risalahnya dengan topiknya : Penjelasan yg datang didalam Fadilat Rejab, pengumpulan jumhur Hadis menyebut mengenai Fadilat-Fadilat Rejab, Puasa dan Solat didalamnya. Ia dikelaskan sebagai Lemah dan Mawdhu (palsu) 

Di sini juga dikongsikan, hadis dhaif dan palsu yang ada di dalam fadilat bulan Rejab.

Hadith hadith fadilat Rejab yang palsu atau dhaif 

Dibawah ini disenaraikan beberapa contoh hadis-hadis palsu berkenaan dengan fadilat Rejab:[7] 

a. Barang siapa yg mengerjakan solat Magrib pada permulaan malam Rejab kemudian dia mengerjakan 20 rakaat dengan membaca surah Al-Fatihah dan Qul Hu Allahhu Ahad pada tiap-tiap rakaat satu kali dan dia memberi salampada solat ini dengan 10 salam, maka tahukah kamu apa ganjaranya? 

-Hadith ini Mawdhu' (palsu) 
*Diriwayatkan oleh Al-Jauzaqanniy dari Anas, kemudian beliau berkata hadis ini adalah Palsu. 

b. Barang siapa yg melakukan solat pada malam Nisfi Rejab 14 rakaat dengan membaca Alhamdu 1 kali pada rakaat, Qul Hu Allahhu Ahad 20 kali, Qul A'uuzu Birabbil Falaq 3 kali, Qul A'uuzu Birabbin Nas 3 kali kemudian apabila dia selesai bersolat hendaklah ia berselawat keatas ku 10 kali kemudian dia bertasbih, bertahmid dan bertahlil 30 kali, maka Allah akan mengutuskan kepadanya 1000 malaikat. 

-Hadith ini Mawdhu' (palsu) 
*Dalam sanadnya terdapat beberapi Rawi yang majhul. 

c. Barang siapa yg berpuasa sehari pada bulan Rejab (ganjarannya) sama dengan puasa sebulan. 

-Hadith sangat Dhaif. 

*Diriwayatkan oleh Al-Khathiib dari Abi Dzar. 
*Dalam sanadnya ada rawi yg bernama: Al-Furaat bin As-Saaib, dia adalah seorang rawi yg Matruk. 
*Ibnu Hajar Al-Asqalaaniy telah menjelaskan bahawa para ahli hadis telah sepakat, bahawa hadis ini diriwayatkan dari jalan Al-Furaat bin As-Saaib, sedangkan rawi ini adalah seorang yg Dhaif. 

d. Barang siapa yg berpuasa 3 hari pada bulan Rejab, dituliskan baginya ganjaran puasa satu bulan dan barang siapa yg berpuasa 7 hari pada bulan Rejab maka Allah tutupkan daripadanya 7 pintu-pintu api neraka. Dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari pada bulan Rejab maka Allah membuka baginya 8 buah pintu dari pintu-pintu syurga, dan barang siapa yg berpu! ! ! asa separuh dari bulan Rejab maka dia akan di hisab dengan hisab yg mudah. 

-Hadith ini Mawdhu' (palsu) 
*Tidak disahkan hadis ini kerana rawi yg bernama Abaan merupakan rawi yg Matruk. 
*Selain dari itu ada rawi yg bernama Amar bin Al-Azhar yg sangat suka memalsukan hadis. 

e. Barang siapa yg berpuasa satu hari pada bulan Rejab dan bangun pada malam harinya mengerjakan solat malam maka Allah akan membangkitkan dia pada hari Kiamat dalam keadaan aman, dan dia berjalan di atas sirat dalam keadaan Tahlil dan Takbir. 

-Hadith ini Mawdhu' (palsu) 
*Dalam sanadnya ada rawi yg bernama Ismaail, dia adalah seorang rawi yg suka berdusta. 

f. Barang siapa yg menghidupkan satu malam dari bulan Rejab mengerjakan solat malam dan berpuasa padanya satu hari, maka Allah memberi makan kepadanya dari buah-buahan Syurga. 

-Hadith ini Mawdhu' (palsu) *Dalam Kitab Al-Laaly dijelaskan bahawa hadis ini diriwayatkan oleh Hussain bin Ali. Kemudian diterangkan bahawa hadith ini Mawdhu'. 

Ini adalah antara puasa sunat yang dilakukan Rasulullah saw.

Setiap bulan Nabi saw pasti akan berpuasa. Puasa sunat Isnin-Khamis, puasa hari2 putih (tanggal 13, 14, dan 15). Tapi khusus Nabi memilih hari-hari tertentu dalam bulan Rejab tidak ada. (Imam Ibn Taymiyah, Majmu' Fatawa: 25/290)

*********************************************


Pada aku, jalan paling senang, setiap amalan yang kita buat tu biarlah berniat kerana Allah je, bukannya mengharapkan sebarang bentuk ganjaran :)) Salam 1 Rejab semua..~!!
Wassalam.

Lagi-lagi Jatuh Katil

Assalaaaaamualaikum..~!!

Adoyai, anak ayah, Musyrif Ziqri oi..!!

Selepas Jatuh Katil pada 25 April dan Jatuh Katil Lagi pada 10 Mei, Ziqri kini mencatat rekod dengan jatuh buat kali ke-3 dalam tempoh xsampai sebulan, iaitu pada 20 Mei.

Hat-trick Hero

Kenapa asyik jatuh je..? Macam mana boleh jatuh lagi ni..?

Ok, masa kejadian ni berlaku, aku ada nun jauh kat Kota Kinabalu, kerja. So dah menjadi kebiasaan, bila Mama Eta berdua je dengan anak, diorang akan tidur bersama, baby cot tolak tepi. 

Ziqri macam biasa la, over excited bila dapat tempat tidur yang super duper luas. Guling sana, guling sini. So sebagai langkah keselamatan, Mama Eta memang dah 'pagarkan' katil tu dengan menyusun bantal2 kat tepi katil untuk block Ziqri daripada terjatuh.

Tapi sayangnya, pada hari tu, Ziqri terlalu kuat buat bantal2 tu. Bantal tu jatuh, Ziqri pun jatuh sama. Cuma sedikit lega, bila Mama Eta bagitau yang kepala Ziqri jatuh atas bantal, bukan atas lantai.

Hurmmmmmmmmmmmm..

Moga2 anak ayah ok, xde pape & kekal sihat. Amin.

Ibu bapa lain yang baca post ni, hati2 gak ye.

Sekian.

Sunday, 20 May 2012

Aku, Manchester United, Sweet 17

Assalaaaaamualaikum..~!!

Hari ni, 20 Mei 2012, genaplah 17 tahun aku menjadi penyokong Manchester United. Sejak 20 Mei 1995 hinggalah ke hari ni, mana pernah aku 'tinggalkan' MU. Setia kan? :)) Aku kategorikan diri sebagai penyokong tegar gak. Fanatik mungkin tidak, sebab xpernah sekali pun aku g stadium time MU datang Malaysia. Nak g  Old Trafford apatah lagi. Haha. Insyaallah satu hari nanti, manalah tau ada rezeki kan. Amin :))

Wednesday, 16 May 2012

Karnival Sains & Inovasi Zon Sabah, 19-20 Mei, KDCA Penampang

Assalaaaaamualaikum..~!!

Hari Jumaat ni, aku akan terbang merentasi Laut China Selatan lagi sekali dalam tempoh seminggu. Destinasi kali ni, Kota Kinabalu.


Office aku akan anjurkan edisi ke-2 Karnival Sains & Inovasi, bersempena dengan Tahun Sains & Gerakan Inovasi Nasional (SGI) 2012. Selepas edisi sulung dah diadakan dengan jayanya (ok laa :p) kat MRSM Jeli pada bulan April, kali ni Karnival SGI menemui orang ramai kat Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA), Penampang, Sabah pada 19 hingga 20 Mei.



Seperti biasa, macam-macam aktiviti yang kitorang dah susun untuk orang ramai. Antara aktiviti yang aku rasa akan menarik minat orang ramai adalah sesi Sejenak Bersama Angkasawan Negara MDFK, Pertandingan Roket Air, Pertandingan Treasure Hunt Geocaching, Persembahan Saksofon Buluh & Peralatan Berasaskan Buluh, Kuiz Crime Scene Investigation, Petrosains Play Mart, Bengkel Family Innovation Movement, Simulator 5D Inovatif & Bengkel Angkasawan Space Camp. Senarai penuh aktiviti ni korang boleh check kat Portal SGI2012.

So, apa lagi..? Jumpa kat sana..~!!  :)

Wassalam.

Monday, 14 May 2012

Manchester United 19 - 3 Man City

Assalaaaaamualaikum..~!!

Tahniah Manchester United sebab berjaya dapat tempat ke-2 dalam Liga Perdana Inggeris musim 2011/2012. Walaupun berjaya kumpul 89 mata, sama dengan Man City tapi rezeki lagi memihak kepada pasukan jiran tu sebab kelebihan perbezaan gol yang besar. So tamatlah persaingan liga yang teramatlah sengit dalam tempoh sembilan bulan ni.

Aku xtengok pun game malam tadi sebenarnya. Aku yakin MU akan menang game terakhir diorang lawan Sunderland tapi aku xberapa nak yakin dengan kemampuan QPR untuk buat kejutan kat Man City. Walaupun xtengok tv, aku still follow score update kat Soccernet. Aku check result sampai half time je, kira2 kol 11 mlm. Time tu, Man City & MU dah lead lawan masing2 1-0. So, xpe laa. Aku pun dah penat sangat, baru je balik dari Labuan, then decide untuk terus tdo.

Kol 1 pagi Musyrif Ziqri menangis dalam baby cot dia. Aku terjaga. Aku pun tepuk2 la dia. Sambil tu, tangan sebelah lagi terus capai iPad kat bawah katil & bukak Soccernet. Berdebar2 gile. Dup dap dup dap.

Adoyai, Man City menang 3-2 daa. As expected tapi xde laa aku expect perlawanan akan sangat fight macam ni. Then aku check detail game tu, terperanjat gile bila aku baca yang Edin Dzeko score pada minit ke-90+2, then Sergio Aguero lak score pada minit ke-90+4. What..????? Giler argh..!!

SENARAI JUARA LIGA PERDANA INGGERIS
1992–93
Manchester United
1993–94
Manchester United
1994–95
Blackburn Rovers
1995–96
Manchester United
1996–97
Manchester United
1997–98
Arsenal
1998–99
Manchester United
1999–00
Manchester United
2000–01
Manchester United
2001–02
Arsenal
2002–03
Manchester United
2003–04
Arsenal
2004–05
Chelsea
2005–06
Chelsea
2006–07
Manchester United
2007–08
Manchester United
2008–09
Manchester United
2009–10
Chelsea
2010–11
Manchester United
2011–12
Manchester City


So inilah adat pertandingan. Ada yang kalah, ada yang menang. Kadang2 MU kat atas, kadang2 MU boleh jadi kat bawah gak. Kalah sekali, xbermakna akan kalah buat selama2nya. Usaha lagi MU next season..~!! :)

Kemenangan Man City malam tadi buat aku teringat balik kemenangan MU dalam Liga Juara-juara Eropah pada tahun 1999 mengalahkan Bayern Munich. Skrip yang hampir sama, cuma beza pada jaringan. MU menang 2-1 dengan kedua2 gol MU pun dijaringkan pada masa kecederaan. Haha. Baru sekarang kita rasa apa yang peminat Bayern Munich rasa 13 tahun lepas :p


Kejayaan Man City ni gak buat aku teringat pada Chelsea yang menang liga pada musim 2004/2005. Skrip yang hampir sama gak, sebab time tu Chelsea menang selepas seronok shopping sakan player star hasil duit poket jutawan Roman Abramovich yang dah beli kelab London tu. La ni Man City lak yang ada duit super duper banyak melampau daripada poket owner dia, Sheikh Mansour. Ya habibi ya maulana, banyak betullah duit ente. Ana rasa lepas ni ente boleh cuba beli Cristiano Ronaldo dengan Lionel Messi laa plak. Diorang kata je xnak pindah kelab tapi kalau tuan Sheikh boleh offer gaji RM500,000++ £500,000++ seminggu, tergugat gak iman diorang tu nanti. Hahaha.

Bagi MU lak, aku harap season ni jadi pengajaran & pengalaman paling bermakna buat semua player especially yang muda2 macam De Gea (21), Jones (20), Smalling (22), Rafael (21), Cleverly (22) & Welbeck (21). Baru kita semua tau betapa bernilainya setiap gol yang dijaringkan. Baru kita tau betapa ruginya setiap satu gol yang dilepaskan. So next time, jangan celebrate lagi lepas score gol. Terus g kutip bola, letak kat tengah padang & ready untuk next attack :)

Then, aku nak kongsi gak cerita pasal pagi tadi. On the way aku nak g keje, menempuh sejam perjalanan, telinga aku pun dengar radio yang kecoh dengan kisah kekalahan MU ni. Panas hati tu panas gak tapi cuba gak terima dengan senyuman :))))))) Aku tau, aku yakin, aku pasti, aku very the sure laa yang 99% orang yang mengutuk, menghina, mencaci & mentertawakan MU ni bukannya penyokong Man City pun. Diorang ni samada penyokong kelab2 lain yang dah lama xmenang liga ataupun golongan yang memang sentiasa bencikan MU. Haha.

Ada gak fans MU yang cuba back up team, ada gak yang nampak sangat rasa bengang dia sebab marah MU kena kutuk. Macam2 perangai. Haha. Xpe laa, kalau 'berdebat' macam ni, sampai bila pun xkan habis. Biar result kat padang yang jadi pengukur. Cuba lagi next season, kalau ada rezeki, dapatlah menang liga tu balik :)


MU masih power & tetap power. Arsenal ketinggalan 19 mata belakang MU, Chelsea ketinggalan 25 mata belakang MU, Liverpool lak ketinggalan 37 mata belakang MU. Hahaha.

Kesimpulannya, aku tetap sokong MU.
GGMU.



Wassalam..~

Sunday, 13 May 2012

Selamat Hari Ibu

Assalaaaamualaikum..~!!

Saya, Ahmad Jedeh, ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua yang bergelar ibu, emak, mama, mummy, umi dan seangkatan dengannya. Jasamu amat berharga buat kami, anak2 (kecuali si ibu yang sepak terajang anak dia tu. Grrrrr). 








Sedikit mengecewakan, tahun ni aku xdapat nak meraikan hari yang sangat bermakna ni dengan Mama Eta & emak sebab kena kerja weekend ni -___- SYMP BUN..

**Penulis kini sedang berada di Wilayah Persekutuan Labuan, menghadiri program Jejak Inovasi..

Gambar Bukti :p


Friday, 11 May 2012

Jatuh Katil Lagi

Assalaaaamualaikum..~!!

Ni post kedua hari ni dalam selang tempoh beberapa minit je. Aku nak berkongsi dengan korang kisah yang baru je terjadi semalam.

JATUH KATIL. Ingat lagi x..? Haha. Bagus2. Sape lagi kan kalau bukan Musyrif Ziqri yang  JATUH KATIL ..!! Adoyai anak ayah, awat lasak sangat ni..? Kesian dia..

Sakit :(((

Bezanya jatuh si Musyrif Ziqri kali ni dengan yang lepas, dia jatuh atas karpet. So kuranglah sikit kesan hentakan. Harapnya macam tu laa.

Ye, kami memang dah belikan baby cot untuk Musyrif Ziqri tapi macam mana masih boleh  JATUH KATIL  lagi ni..? Katil berlubang?? Tidak.. Katil patah?? Tidak.. Musyrif Ziqri  pisat sampai panjat katil?? Tidak..

Sebenarnya Musyrif Ziqri memang tidur dengan nyenyaknya dalam baby cot dia. Cuma bila time tengah2 malam, dia dah start lapar / dahaga, mulalah dia meneriak bagi signal. Maka diangkatlah oleh mamanya keluar dari baby cot dan diletakkan di atas katil kami untuk disusuinya. Menyusu dalam keadaan baring, both Mama & anak pun mengantuk, lalu tertidurlah kedua2 mereka tanpa disedari.

Musyrif Ziqri bila dah dapat tidur atas katil besar, sonoklah dia berguling2, berpusing2, sampailah berlakunya insiden JATUH KATIL lagi. Ouch..!!

Kesian... =/

So hati2 lah ye terutama kepada ibu2 yang menyusukan baby masing2.

Sekian, dah habis. Wassalam..~

8 5 5 7

Assalaaaamualaikum..~!!

'Lapan Lima Lima Tujuh'.. '8557'.. Apakah..?
Kenapa mesti nak hitamkan..?

Tu laa nombor kereta aku. Nombor ni memang aku beli. So apa istimewa sangatnye pun dengan nombor ni..? Ada apa dengan nombor..?

Masa kecik2 dulu, aku pernah cakap kat mak yang aku nak beli nombor ni untuk kereta aku bila dah besar nanti. 

Mak terkejut. Mak tanya, kenapa aku nak nombor tu..?

Aku pun explain laa, '85' tu adalah tahun lahir aku. '57' lak tahun lahir mak aku. So jadilah '8557'. Mak terkejut tadi tu lak kenapakah..?

Mak pun bagitau, nombor yang aku nak tu sama dengan apa yang arwah ayah aku pernah cakap gak dulu.

Apa kaitan '8557' dengan arwah ayah..?

Rupa2nya nombor tu sama dengan tarikh lahir arwah ayah, 8 Mei 1957.

Ooo...

Maka, itulah rahsia di sebalik nombor '8557'.

85 dan 57

8557

Kenapa tetiba nak tulis cerita pasal '8557'..? Sebab kelmarin kan 8 Mei :) Lambat sikit mengupdate blog.

Ok tu je.
Sekian, wassalam..~

Saturday, 5 May 2012

Methadone

Assalaaamualaikum..~!!

Selamat hari Sabtu.

Pagi tadi aku g Klinik Kesihatan Jinjang. Hari ni Mama Eta kena buat on call methadone. Dalam bahasa mudah aku, Mama Eta tengah bagi dadah kepada penagih dadah.


KK Jinjang waktu malam

Ada masa terluang ni, aku nak kongsi dengan korang sikit pasal methadone. Tapi aku pakai bahasa mudah je laa, versi bukan orang medical & asalkan boleh faham. Orang medical jangan marah ek kalau aku buat penerangan atau terjemahan ikut bahasa rojak je :p Kalau salah, tolong betulkan :))

Methadone ni sejenis dadah. Rupa dia macam air sirap. Rasa dia aku xtau. Bak kata Mama Eta, methadone ni sekeluarga dengan heroin. Dia xmenyebabkan ketagihan sebaliknya dia membantu hilangkan ketagihan. Harus diingat, aku ulang lagi sekali ni, methadone xkan memulihkan seorang penagih tetapi hanya membantu hilangkan ketagihan. Methadone diberi secara PERCUMA di klinik-klinik kerajaan tertentu (eg. Klinik Jinjang, PKD Kepong, AADK Sg. Besi dll.).

Hilang rasa ketagihan tu dalam tempoh 24 jam je. Means setiap hari diorang perlu amek methadone lagi laa. Insyaallah if diorang ada disiplin untuk ikut arahan yang ditetapkan, amaun methadone yang perlu diambil akan berkurangan dan rasa ketagihan tu pun menurun :)) 

Ada sorang member tanya, apa jadi kalau orang normal amek methadone tu..? Jawapannya, x ketagih kot.  Tapi ada laa side effect dia. Hohoho. Ada bran..? Still nak cuba ke..? Xyah laa, jangan cari pasal..

Otak seorang penagih dadah sebenarnya dah 'rosak'. So akibatnya dia dah xboleh nak sembuh dah ni. Walaupun dia cuba untuk nak berhenti (atau dipaksa untuk berhenti), sebenarnya sangat susah (atau sebenarnya xkan mungkin) untuk dia hilangkan rasa ketagihan tu. Dah la susah, sakit gile lak tu. Seriously sangat sakit der..!! Bila dah desperate nak tahan rasa sakit, tu yang sebabkan diorang kembali kepada DADAH :((

Bagi penagih yang amek heroin, kos untuk amek najis tu adalah RM150 sehari. Dalam masa 24 jam, penagih ni perlu ambil heroin sebanyak empat kali..!! So korang kiralah sendiri berapa banyak duit yang diorang perlukan. Banyak kan..?

Maka timbullah pelbagai masalah sosial dan jenayah. MENCURI, MEROMPAK, MEMBUNUH, MERAGUT, MENCULIK..!! Demi apa lagi kalau bukan sebab $$$ -___-

So atas inisiatif kerajaan, x sure laa plak since tahun bila, pemberian methadone secara percuma kepada penagih diperkenalkan. Mula-mula tu memang dapat tentangan daripada pelbagai pihak termasuklah JAKIM. Tapi lepas beberapa sesi rundingan & penerangan, akhirnya idea ni pun diterima pakai sampailah sekarang.

Pada aku, sokongan keluarga sangatlah penting untuk menolong penagih-penagih ni hilangkan ketagihan dan menjalani kehidupan yang normal. Sokongan yang aku maksudkan macam tolong hantar dan ambil penagih ni ke klinik, layan dia macam biasa, libatkan dia dengan aktiviti-aktiviti sosial yang baik, dapatkan kerja. Senang cerita, buat dia rasa macam jalani kehidupan yang biasa laa. Faham..? Haha.

So diharap sangat, masyarakat juga dapat terima golongan mangsa najis dadah ni yang berkeinginan untuk kembali ke jalan yang benar. Ye, pastinya bukan semua penagih yang baik macam aku maksudkan tapi for sure masih ada antara mereka yang berniat untuk jadi baik tu :))


******************************

Cerita sampingan, hari ni 5 Mei kan. So genap sudah 8 bulan anak kami, Musyrif Ziqri :))

Dah pandai makan sendiri. Comot..!!

So itu aje laa untuk kali ni. Wassalam..~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...