Assalaaaaamualaikum..~!!
Baru-baru ni kitorang sekeluarga pergi bercuti kat Sabah selama 4H3M. So aku nak berkongsi dengan korang pengalaman kitorang kat sana sepadat-padatnya dalam entri kali ni.
Kitorang menjejakkan kaki kat Kota Kinabalu International Airport (KKIA) kira-kira pukul 2.30 ptg hari Sabtu. Tanpa melengahkan masa, kitorang terus menuju ke Kundasang dengan menaiki kereta yang dipinjam daripada BFF Mama Eta, Alia. Perjalanan dari Kota Kinabalu (KK) ke Kundasang ambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit.
Tip #1: Lebih baik korang solat dulu kat KKIA / masjid kat sekitar KK sebab kitorang tak nampak pun ada masjid sepanjang perjalanan ke Kundasang tu. Nasib baik kitorang sempat check in sebelum Maghrib :)
Di Kundasang ada banyak resort yang korang boleh pilih. Kitorang stay kat J Residence sebab faktor saiz bilik yang selesa untuk Ziqri berlari-lari. Memandangkan bilik kitorang kat sini ada tv tapi takde siaran, pihak J Residence dah letak siap-siap DVD player dengan 3 DVD untuk ditonton. 3G pun takde tapi servis WiFi kat sini not bad.
Tip #2: Make sure korang ada kompas / app yang boleh tunjuk arah kiblat untuk memudahkan korang nak solat :)
Berdekatan dengan J Residence ada 2 buah kedai makan. Tapi kitorang decide untuk dinner KFC kat pekan Kundasang yang terletak kira-kira 6km dari tempat kitorang stay. Dijamin oleh Kerajaan Malaysia sebagai halal dan Gred A Kebersihan Premis Makanan :p Di pekan Kundasang juga ada beberapa buah kedai runcit. So bolehlah kitorang beli makanan untuk sarapan pagi esok.
![]() |
| Awesome..! |
Tip #3: Tunjukkan tiket masuk ke Kinabalu Park kat kaunter Poring Hot Spring untuk mendapatkan pengecualian bayaran tiket masuk :)
Bila dah puas dan penat mandi, perut pun jadi lapar. Nasib kitorang baik sebab ada sebuah restoran kat sini yang turut dijamin oleh Kerajaan Malaysia sebagai halal dan Gred A Kebersihan Premis Makanan :p Namanya Rainforest Restaurant. Makanannya memang sedap, saiz hidangannya pun besar tapi harganya mahal..! Haha..
Selepas tu kitorang sambung perjalanan ke 'Tagal' Sungai Moroli, Kampung Luanti yang terkenal dengan fish massage. Tempat ni di Ranau gak, lebih kurang 15 minit dari Poring Hot Spring. Bayaran masuk adalah RM5 seorang untuk di'massage' selama 20 minit. Mula-mula tu ada gak rasa takut / geli nak kena 'urut' ni tapi lama-lama tu baru rasa enjoy.
![]() |
| Over |
Then kitorang patah balik ke Kundasang untuk ke Desa Dairy Farm (DDF) aka New Zealand Malaysia. Berpusing-pusing gak mencari jalan, rupa-rupanya arah yang sama je macam ke KFC kat pekan Kundasang. Korang jangan tergezut lak dengan keadaan jalan masuk ke DDF yang agak mencabar tu. As long as korang nampak signage lembu DDF, percayalah yang itu adalah jalan masuk ke situ. Hehe. Bayaran masuk RM4 seorang.
Kitorang sampai sana dalam pukul 2.30 ptg. Cantik dah timing tu sebab mulai pukul 3.00 ptg, pengunjung boleh tengok proses perahan susu lembu. Tapi kitorang agak kurang bernasib baik sebab faktor cuaca hujan, ditambah dengan kilat yang sabung-menyabung, menyebabkan blackout sekali sekala dan telah menjejaskan proses perahan susu serta kesukaran untuk kitorang ambil gambar-gambar yang menarik.
![]() |
| Hujan baru nak turun |
Tip #4: Cuba cari buah Tarap kat Kundasang. Orang kata sedap. Ala-ala rasa durian + cempedak / nangka. Masa kitorang pergi tak dijual sebab bukan musimnya lagi :(
Dari DDF, kitorang kembali ke KK. Hujan lebat tak henti-henti sepanjang perjalanan menyebabkan banjir kecil dan kesesakan lalu lintas. Kitorang check in hotel pun agak lewat. Oleh sebab kepenatan yang melampau, kitorang call Pizza Hut je untuk dinner. Double Sensation Pizza memang sedap gile..!
Tip #5: Kat KK takde PHD (1300-82-2020) tapi ada Pizza Hut je (1300-88-2525). So jangan buang masa call nombor PHD :p
Pada keesokan paginya, kitorang ke Tip of Borneo - Tanjung Simpang Mengayau yang terletak kat Kudat. Kali ni Alia join kitorang sebab dia baru je balik dari bercuti kat Krabi malam semalam. Jauh gile perjalanan, lebih 3 jam. Tip of Borneo ni terkenal sebagai salah satu 'tanduk' negeri Sabah (sila tengok peta ye) dan tempat pertemuan dua laut iaitu Laut China Selatan serta Laut Sulu. Selepas bergambar, membasahkan tekak dan membantu hamba Allah membaiki kereta, kitorang pun patah balik ke KK.
Tip #6: Kalau korang nak ke Kudat, lebih berbaloi rasanya kalau korang stay 1 malam sebab ada banyak masa untuk mandi laut, melawat Gombizau Honey Bee Farm, Kampung Bavanggazo (Rungus Longhouse), Kampung Sumangkap Gong Factory etc.
Pada sebelah malamnya, Alia dan suami, Hatta bawa kitorang dinner kat Tanjung Lipat. Sedap makanannya dan macam-macam ada. Seafood. Sate. Sayap ayam. Banyak lagi laa. Sebelum balik ke hotel, kitorang singgah dulu kat Pasar Malam Kampung Air yang ada jual macam-macam barangan berasaskan mutiara macam kerongsang, butang baju melayu etc. Ziqri menangis-nangis nak mainan, so belilah kereta :p
Pada hari terakhir, kitorang check out awal dan menyumbat semua barang-barang yang dibawa ke dalam kereta Alia. Tapi percutian kitorang masih belum tamat sebab kitorang nak ke Pasar Filipina untuk memborong Kuih Cincin dan Keropok Amplang. Ambik kau, sekotak besar makanan kitorang bawak balik Semenanjung.
Aktiviti terakhir kitorang adalah Island Hopping ke Pulau Manukan dan Pulau Mamutik. Kos dia dalam RM25 seorang + caj untuk goggle mask dan life jacket dalam RM5 per item + service tax + bayaran masuk ke pulau. Haha. Korang agak-agak sendiri laa berapa total caj dia.
Air laut di pulau-pulau kat Sabah ni memang cantik. Kalah Krabi :p Cuma sayangnya kebersihan air laut sedikit tercemar dek sikap segelintir manusia yang tak bertanggungjawab. Biasaaaaa dia tu..!
Tip #7: Bawa beg kalis air untuk simpan barang berharga dan boleh dibawa mandi sama-sama.
Air laut di pulau-pulau kat Sabah ni memang cantik. Kalah Krabi :p Cuma sayangnya kebersihan air laut sedikit tercemar dek sikap segelintir manusia yang tak bertanggungjawab. Biasaaaaa dia tu..!
Tip #7: Bawa beg kalis air untuk simpan barang berharga dan boleh dibawa mandi sama-sama.
![]() |
| Cuaca panas tapi air laut sejuk.. |
![]() |
| Cover photo baru Masnita Ak |
Kira-kira pukul 2.00 ptg, kitorang kembali ke tanah besar dan menuju ke rumah Alia untuk membersihkan diri. Alia belanja kitorang Puding Kelapa yang very the best untuk minum petang. Kitorang naik teksi menuju ke KKIA dan menaiki kapal terbang kembali ke Semenanjung.






















