Sunday, 7 April 2013

The Spot Cafe & Cupcakery Bangi

Assalaaaamualaikum..~!!

Hari ni kitorang lunch kat The Spot Cafe & Cupcakery, Bangi. Ni 1st time kitorang ke sana. Mula-mula tu tersalah jalan tapi akhirnya jumpa gak :p Saiz kedainya sederhana je. Nasib baik masa kitorang pergi (pukul 12.00 t/hari), takde customer lain. So kitorang ada kebebasan laa nak pusing-pusing tengok makanan dengan deko kat dalam kedai tu. Ziqri pun bebas nak menjerit-jerit. Bising.

Menurut emak dan Mama Eta, makanan kat situ sangat sedap. Pada pengamatan aku, memang diorang enjoy betul makan. Emak yang biasanya cuma larat makan suku pinggan Spaghetti Meatball, kali ni boleh makan sampai habis licin 1 pinggan. Mama Eta yang awalnya order Beef Lasagna, akhirnya menghabiskan aku punya Mac & Cheese. Haha. Selain tu, kitorang order gak Red Velvet, Nugget, Lepat Pisang dan minum I Love U, Blackcurrant dan Ice Lemon Tea.

Red Velvet (RM4.30) - Best!
1 biji = RM4.30, 6 biji = RM25, 12 biji = RM49

Spaghetti Meatball (RM12.90)
"Lebih sedap drpd spaghetti Pizza Hut", kata emak
Mac & Cheese (RM9.90)
Kalau kuantitinya lebih banyak, memang puas hati kitorang makan
Nugget 5 ketul (RM6)
Ok laa, macam biasa je
Beef Lasagna (RM16.90)
Sedap sebab banyak isi tapi aku berharap saiznya lebih besar, baru sesuai dengan harganya
Lepat Pisang 3 ketul (RM3)
Ok laa tapi manis sikit
Kesimpulannya, makanan kat sini memang sedap. Tapi kalau boleh direndahkan sikit lagi harga makanan tu atau ditingkatkan saiz hidangan tu, mesti akan lagi sedap :p

Akhir kata, BURP Alhamdulillah :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...