Thursday, 20 March 2014

Kedai Makan Upin & Ipin

Assalaaamualaikum..~!!

Kedai Makan Upin & Ipin not bad gak rupanya ye. Huhu.

Sejak mak dah berpindah rumah kat Bangi ni, agak kerap gak kitorang melalui depan kedai ni. Tiap kali lalu, mesti akan cakap kat Ziqri ada Upin Ipin kat situ. Setakat cakap je laa, perginya tidak gak. Haha. So pada 16 Mac 2014 (Ahad), terbuka laa plak hati aku nak bawa famili terutamanya Ziqri yang minat sangat dengan Upin Ipin ni untuk lunch kat sana.

Teruja betul Ziqri setibanya kitorang kat depan kedai tu. Bila dah masuk dalam kedai, makin rambang mata dia tengok hiasan dalamannya yang penuh dengan watak-watak Upin, Ipin dan kawan-kawan. TV pun tayang cerita Upin Ipin tanpa henti.

Makanan kat kedai ni agak sedap gak. Sebelum ni aku bayangkan makanan yang dijual macam ibarat 'nasi putih + ayam goreng' je. Rupa-rupanya sangkaan aku tu jauh meleset. Haha. Ziqri pun makan dengan sangat berselera. Mungkin dia betul-betul percaya kata-kata kitorang yang kononnya makanan tu dimasak oleh Kak Ros.

Nasi Putih & Cencaru Sumbat

Nasi Putih & Daging Black Pepper

Nasi Ayam BBQ

Roti Milo

Pop Corn? Haha


Selain makanan, turut dijual kat kedai ni adalah merchandise Upin Ipin. Kitorang belikan Ziqri sepasang jersi bola sepak Malaysia nombor 14 yang tertera nama Ipin kat belakangnya. Naik je kereta lepas tu, terus dia minta nak pakai dan pakai lagi pada malam tu dan pakai lagi pada malam esoknya. Suka bebenor.

InsyaAllah kitorang akan kembali lagi ke Kedai Makan Upin & Ipin. Semoga business korang bertambah baik.

100 Doraemon Secret Gadgets Expo

Assalaaamualaikum..~!!

Aku dapat ilham untuk bawa famili ke ekspo Doraemon ni selepas tengok gambar sahabat kat Facebook yang dah pergi ke sana. Macam best je. Aku bukanlah peminat tegar Doraemon. Tapi aku ada koleksi komik Doraemon yang aku kumpul sejak lebih 20 tahun lalu. Ziqri lak baru-baru ni je mula menunjukkan minat kat kartun Doraemon. Adalah beberapa episod cerita Doraemon yang aku dah download kat iPad untuk tontonan dia.

Ok berbalik kepada kisah ekspo ni. Kitorang sekeluarga ke Viva Home Shopping Mall pada 15 Mac 2014 (Sabtu). Ini kali pertama aku ke sini dan ye aku sesat. Haha. Tiket masuk agak mahal, RM25 seorang. Percuma untuk kanak-kanak 3 tahun ke bawah dan warga emas 60 tahun ke atas. Memetik review ada seorang blogger tu, katanya meskipun tiket mahal, kegumbiraan pada wajah anak-anak tu jauh lebih bernilai. Untuk kes kitorang ni, kegumbiraan bukan je pada wajah Ziqri, malah aku pun sama kot ;) Tengok je laa gambar-gambar ni.


Ekspo Doraemon ni akan tamat pada 23 Mac ni. Nasib baik kitorang tak miss. Huhu.

Sayonara Doraemon~!!

Thursday, 6 March 2014

Assalamualaikum

Hurm... Ambil bulu ayam, sapu-sapu sikit kat blog ni yang dah agak berhabuk :) Lama benor aku dah tak menulis. Bukannya tiada idea. Adakalanya ilham tu datang tapi peluang nak menulis yang tak kesampaian. Kadang-kadang tu datang rasa malas dan ada masanya rasa mengantuk jadi penghalang. Macam-macam hal.

Nak rewind apa yang berlaku sejak tarikh post terakhir - 23 Januari.

29 Januari 2014, genap 3 tahun kitorang berkahwin. Tiada sambutan yang terlalu istimewa. Rancangan surprise yang last minute. Apa yang penting, ikhlas kan ;) Happy 3rd anniversary syg.

Musyrif Zaeem balik kampung kat Rembau dan Masjid Tanah buat pertama kalinya pada 31 Januari. Tapi mood Zaeem tak berapa ok dan asyik menangis je. Next time kita balik kampung lagi kena jadi good boy ok!

Anak sepupu Mama Eta berkahwin dan riuh-rendah laa kawasan kejiranan rumah MIL dengan macam-macam aktiviti pada 8 & 9 Februari. Masa kenduri macam ni, aku cuma reti menolong basuh pinggan mangkuk je. Wife jaga baby. Ziqri yang paling enjoy - bermain.




Zaeem dah mula diajar menyusu menggunakan botol sejak 17 Februari, kira-kira 2 minggu sebelum Mama Eta mula bekerja semula. Muka Zaeem macam tak puas hati je. Haha. Syukur anak ayah ni pandai dan 'cepat belajar'.





Pada 22 Februari, kitorang sekeluarga ke Kulai, Johor untuk melawat ..... Aku patut sebut melawat Alia ke melawat anak dia yang baru lahir ek? Haha. Tak kisah laa melawat siapa pun. Otw balik ke Jenjarom, sempat lagi singgah JPO jap dan pada sebelah malam ada kenduri arwah Abang Ude.

26 Februari, mama & ayah keluar dating jap ala-ala newlywed :p
21 Februari, Zaeem genap 3 bulan manakala 5 Mac, Ziqri genap 30 bulan. Sayang hero-hero ayah ni ;)




Tiada caption khusus untuk gambar kat atas. Tapi saje nak upload sebab keajaiban gambar tu yang pasti membuatkan kita tersenyum :)

Semoga aku akan lebih kerap menulis selepas ni.
Wassalam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...