Saturday, 5 May 2012

Methadone

Assalaaamualaikum..~!!

Selamat hari Sabtu.

Pagi tadi aku g Klinik Kesihatan Jinjang. Hari ni Mama Eta kena buat on call methadone. Dalam bahasa mudah aku, Mama Eta tengah bagi dadah kepada penagih dadah.


KK Jinjang waktu malam

Ada masa terluang ni, aku nak kongsi dengan korang sikit pasal methadone. Tapi aku pakai bahasa mudah je laa, versi bukan orang medical & asalkan boleh faham. Orang medical jangan marah ek kalau aku buat penerangan atau terjemahan ikut bahasa rojak je :p Kalau salah, tolong betulkan :))

Methadone ni sejenis dadah. Rupa dia macam air sirap. Rasa dia aku xtau. Bak kata Mama Eta, methadone ni sekeluarga dengan heroin. Dia xmenyebabkan ketagihan sebaliknya dia membantu hilangkan ketagihan. Harus diingat, aku ulang lagi sekali ni, methadone xkan memulihkan seorang penagih tetapi hanya membantu hilangkan ketagihan. Methadone diberi secara PERCUMA di klinik-klinik kerajaan tertentu (eg. Klinik Jinjang, PKD Kepong, AADK Sg. Besi dll.).

Hilang rasa ketagihan tu dalam tempoh 24 jam je. Means setiap hari diorang perlu amek methadone lagi laa. Insyaallah if diorang ada disiplin untuk ikut arahan yang ditetapkan, amaun methadone yang perlu diambil akan berkurangan dan rasa ketagihan tu pun menurun :)) 

Ada sorang member tanya, apa jadi kalau orang normal amek methadone tu..? Jawapannya, x ketagih kot.  Tapi ada laa side effect dia. Hohoho. Ada bran..? Still nak cuba ke..? Xyah laa, jangan cari pasal..

Otak seorang penagih dadah sebenarnya dah 'rosak'. So akibatnya dia dah xboleh nak sembuh dah ni. Walaupun dia cuba untuk nak berhenti (atau dipaksa untuk berhenti), sebenarnya sangat susah (atau sebenarnya xkan mungkin) untuk dia hilangkan rasa ketagihan tu. Dah la susah, sakit gile lak tu. Seriously sangat sakit der..!! Bila dah desperate nak tahan rasa sakit, tu yang sebabkan diorang kembali kepada DADAH :((

Bagi penagih yang amek heroin, kos untuk amek najis tu adalah RM150 sehari. Dalam masa 24 jam, penagih ni perlu ambil heroin sebanyak empat kali..!! So korang kiralah sendiri berapa banyak duit yang diorang perlukan. Banyak kan..?

Maka timbullah pelbagai masalah sosial dan jenayah. MENCURI, MEROMPAK, MEMBUNUH, MERAGUT, MENCULIK..!! Demi apa lagi kalau bukan sebab $$$ -___-

So atas inisiatif kerajaan, x sure laa plak since tahun bila, pemberian methadone secara percuma kepada penagih diperkenalkan. Mula-mula tu memang dapat tentangan daripada pelbagai pihak termasuklah JAKIM. Tapi lepas beberapa sesi rundingan & penerangan, akhirnya idea ni pun diterima pakai sampailah sekarang.

Pada aku, sokongan keluarga sangatlah penting untuk menolong penagih-penagih ni hilangkan ketagihan dan menjalani kehidupan yang normal. Sokongan yang aku maksudkan macam tolong hantar dan ambil penagih ni ke klinik, layan dia macam biasa, libatkan dia dengan aktiviti-aktiviti sosial yang baik, dapatkan kerja. Senang cerita, buat dia rasa macam jalani kehidupan yang biasa laa. Faham..? Haha.

So diharap sangat, masyarakat juga dapat terima golongan mangsa najis dadah ni yang berkeinginan untuk kembali ke jalan yang benar. Ye, pastinya bukan semua penagih yang baik macam aku maksudkan tapi for sure masih ada antara mereka yang berniat untuk jadi baik tu :))


******************************

Cerita sampingan, hari ni 5 Mei kan. So genap sudah 8 bulan anak kami, Musyrif Ziqri :))

Dah pandai makan sendiri. Comot..!!

So itu aje laa untuk kali ni. Wassalam..~

16 comments:

  1. Salam . . maaf mahu bertanya, sy tinggal di johor . .Kawan sy dtg dr trengganu n tinggal smwntara di sini . . Bila smpai di sini, dia tidak tentu arah . .Dan minta sy teman ke klinik utk mencari methadone . .Masa tu sy tak tahu apa itu methadone n dia pun tak terang kan apa itu methadone . .Sy buntu n minta dia balik semula ke trgganu utk amik ubat nya. . Pd 1 hari sy ke klinik . . Terniat hati sy nak tahu n bertanya doktor apa itu methadone. .Terkejut sy bila doktor terang kan . . Jadi boleh kah puan list kan klinik yg memberi kan rawatan methadone secara percuma terutama di johor bahru . . Atau hubungi sy di 0172246016 utk beri kan keterangan . .

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam. Saya pun tak arif sangat pasal Methadone ni. Saya cuma teman isteri bila diarahkan bertugas je. So far isteri saya cuma bekerja di KL, jadi saya tak tahu pasal klinik di JB. Apa yg saya pasti, methadone memang diberi secara PERCUMA di hospital/klinik kerajaan yg tertentu. Pesakit tak perlu takut. Jika di JB, rasanya ada Klinik Cure & Care di Tampoi, di bawah kelolaan Agensi Anti Dadah Kebangsaan. In shaa Allah mereka boleh bantu.

      Delete
  2. Saya najis tu dah tinggalkan dah..skrg sy amik methadone..tp skrg sy ketagih methadone pulak..sy tgh berusaha utk tinggalkan methadone..tp xboleh2..dlu sy ingtkan methadone nie xketagih,.sy amik utk hilangkan ketagih dadah tu..n bila ketagihan dadah tu dah hilang..sy nk berhenti methadone..tp xboleh2..ketagihan dy sma mcm ketagih dadah..ada cara x nk berhenti methadone nie..?sy perlu pertolongan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amik ganja ke?. Kawan saya sorang ni tgh dlm.proses nak berhenti metadon. Sakit sgt katanye...dia mmg niat nak baik. X nak amik heroin lagi apatah lagi metadon.... betul ke at least kalau amik ganja blh kurangkan sakit tu?.

      Delete
    2. semoga berjaya bro, setahu saya methadone withdrawal lagi teruk dari heroin withdrawal...apa2 pun kuatkan semangat dan semoga berjaya. jangan tukar ke dadah lain. x perlu hisap ganja, sebab ganja dgn heroin/methadone bagai langit n bumi. ganja x bantu kurangkan sakit withdrawal heroin/methadone....takut2 brader nanti ketagih heroin, methadone, dan ganja pulak. lagi parak....

      Delete
    3. Btul tu..hmm...sy nie btul2 nk brenti tp xtau cmne..huhu..klu amik bnda lain tkut jdi lgi truk mcm bro ckap..hmm..harap2 ada jalan..saya btul2 nk brubah..

      Delete
    4. assalam..aku pon salah sorg pengguna metha(methadone) satu masa dulu..ni aku nk tolong kau,aku tolong setakat yg t`mmpu utk niat kau nak b`hnti metha..yg pertama kau kena solat,b`doa dan kuatkn smgt sbb giannya utk hilang mkn msa lma pling cpt pon 1bln..yg kedua kau kena buat senaman utk kuatkan semula stamina,mental,fizikal dan otot2 kau yg dh kecut sbb masa kita amik metha kita jadi mlas nk senaman kuat mkn menggalahkn org normal mkn tol x?so kena la buat senaman..yg ketiga dan t`akhir mkn la mknan yg b`khasiat mkn ikut time..tu yg selebihnye kau kena usahakn sndiri,sekian..

      Delete
  3. methadone ni ialah substitute kepada heroin. kononnya kurang bahaya dan kurang ketagih. tapi kalau tiba2 penagih heroin yang sedang ikut program methadone ni terpaksa berhenti atas sebab2 x boleh dielakkan mcm masuk lokap atau hospital ataupun ke luar negara, sakit nya lebih teruk dari withdrawal heroin. dan ianya free, maksudnya para penagih akan ramai2 switch ke methadone dan ramai2 akan ketagih methadone pulak. xke pointless tu?

    bg pendapat saya, sistem drug substitute ni kurang efektif, lebih banyak buruk daripada baik. lebih baik buat program bagi jarum sterile free atau bagi je heroin free (dos terhad) kpd para penagih2 tegar. boleh mengelakkan AIDS dan masalah overdose dan masalah curik mencurik dan pecah rumah, kerana penagih heroin boleh mendapatkan bekalan heroin free yang telah diperiksa oleh pihak berkuasa (supaya boleh tau potency dgn lebih tepat dan juga jika ada bahan2 asing yang dah dicampur), DENGAN syarat heroin dan jarum diberi percuma di pusat khas, dan penagih mestilah didaftar dengan pusat, dan penagih harus menyuntik di depan pegawai di pusat tersebut. saya rasa ini boleh hapuskan masalah jenayah curi, pecah rumah, dan melumpuhkan industri black market untuk heroin.
    salaam...

    ReplyDelete
  4. Sy ada area shah alam sek 28 blh sy dpt kan lokasi metadon untuk suami sy tlng sgt2 nie no sy 011-33835675

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan boleh pm saya jika inginkan metadon

      Delete
    2. Sya dok area 17...selalu sya g kjg utk dptkan methadon...sya x penah upgrade kapasiti sya..biasa sya amik 5ml campur air jd 30ml...sya amik 2tutup shj so setiap kali sya minum...boleh tarik smpi 3hari bru sakit dtg...mslh sya..ialah kjg kmpg sya tau pot sume dimana...jd sya nk cari metha area shah alam sbb x nk gangguan mental...lg 1 penat pun ye gak...hrp dpt la bantu sya...ni no fon 01121864504

      Delete
  5. plzz...call me...saya nak dptkan penawar ni..joe..0173420881

    ReplyDelete
  6. Salam..saya ada sedikit cerita yg hendak dikonsikan..sebenarnya saya adalah seorang bekas penagih..saya terjebat dengan berbagai pil khayal pada usia kanak2 lagi..bila dh dewasa dan berkerja saya upgrade ke ganja dan ice pula..dan semua itu saya boleh tinggalkan apabila saya mengambil ketum.pada awal pengambilan ketum memang x terasa sangat sebab ketum di kawasan utara ni sangat murah..sebungkus berharga rm 2..lama kelamahhan dan jadi berbungkus2..dan akhirnya berbotol2..dari sehari rm 2 menjadi berbelas ringit..saya rasa hampir berbelas kali saya cuba berhenti tapi semuanya tak berjaya sebab terlalu sakit pada hari kedua dan ketiga..namun saya masih juga cuba berhenti.sehinggalah saya pada suatu hari saya bertekat bersungguh.minta doa pada allah.sembahyang hajad dan mcm2..kalau saya kurangkan pun tak akan menjadi.dan sampai bila..silap2 sampai mati.saya mengambil cuti selama 2 minggu dan terus terang saya katakan bebaskan diri dari masalah penagihan ini bukan mudah.saya rasa sejak hari mula saya tekat untuk berhenti rasanya saya tak dapat tidur selama 10 hari lebih..kesakitan lengoh tulang cukup menyakitkan..ditambahpula badan seakan nak demam dan x lalu makan..selepas 2.minggu rasa gian mula hilang perlahan2..dan mula dapat tidur walaupun kerap terjaga akibat kesan gian yang tak habis lagi.dan sekarang hampir 3 bulan saya sudah bebas dari semua jenis dadah..keperitan hanya tuhan yang tahu..hampir separuh mati saya rasakan..kepada kawan2 menagih apapun diluar sana.saya nasihatkan agar jangan patah semangat.kalau betul2 mahu berubah dan berusaha pasti allah akan makbulkan..janganlah kita membazir waktu yang masih ada ini..pada saya terlalu banyak peluang yang saya lepaskan..sebab hidup jadi huru hara satu ketika dulu..sekarang saya rasa seperti mati hidup semula..alhamdulillah diatas rahmatnya.

    ReplyDelete
  7. Saya Salah seorang pengguna metadon, hampir 4tahun. Ada org cakap baik telan sabah dari guna ubat itu, pada saya cuma tokan dadah je cakap mcm tu. Alhamdulilah sekarang saya dah usahakan bengkel Lori selamat 2 tahun. Ok ape, pokok pangkal niat, tgk muka anak bini, kalau tak nak kesian dgn dia org, Kesian Kat diri sendiri. Sekarang saya Dlm proses kurang kan dos. Saya ambik pati yg 60ml, $120. Mula seminggu habis, sekarang boleh tahan 21 Hari. Insyaalah Allah Dlm tempo 1tAhun akan cuba tinggal. Cara nya, setiap kali u kurang kan dos, badan akan Sakit sikit la. Ingat senang ke nak senang. Tak lama. Dlm 3 Hari, lepas tu ok. Layan Dlm sebulan, kurang kan Lagi sampai berjaya. Kalau nak Kurangkan Sakit, sebok kan diri. Layan kerja ke sembahyang ke, Dan mlm pulak layan mandi, air panas pun boleh, kalau ada ketum Lagi cun. Jgn la telan gile2, ambik Dlm 10 helai air I jug rebus layan. Campur coke kalau tak tahan pahit. Sampai bila kita nak keluarga Dan org luar hina kita. Ingat pokok pangkal niat.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...