Saturday, 29 December 2012

700 Hari Bersama

Mama Eta, tahukah kamu ..?

Hari ni, 29 Disember 2012 genap 700 hari / 100 minggu / 23 bulan kita dah kahwin..!!

Happy anniversary :)





video

video

Friday, 14 December 2012

Aku Rindu Waktu Itu

2004-2008 | Universiti Malaya | ASTAR | Fakulti Kejuruteraan Awam | D205 | D404 | 7 Celaka | 6 Jahanam | PES | Football Manager | Kad Raya | Air Kotak | Printing | Rambutan | Melaka | Penang | Beijing | Phnom Penh | Murni | Maple | Nasi Goreng 14 | Mana Boleh??!!









Wednesday, 12 December 2012

Macam Mana Nak Kurus Tanpa Perlu Bersenam?

Assalaaaaamualaikum..~!!

Aku dah kurus. Tapi takde laa terlalu kurus sangat pun. Apa yang penting berat badan dah menurun :) Thanks Mama Eta sebab ajak diet sama-sama :p

Ramai orang nak kurus tapi tak nak bersenam. Tak kira laa samada orang tu malas atau memang takde masa nak bersenam, yang pasti orang tu memang tak kan bersenam tapi teringin nak kurus. Aku pun lebih kurang, tergolong dalam kumpulan manusia macam tu. Teruk...

Aku malas bersenam..?
Mungkin.

Aku takde masa bersenam..?
Mungkin gak.

Boleh ke nak kurus tanpa perlu bersenam & masih boleh makan 5 kali sehari..?
Boleh..!

Macam mana..?
Kawal pengambilan kalori.

Meh aku ajar korang step by step.

1. Kira BMR (Basal Metabolic Rate) korang

BMR untuk Lelaki = 66 + [13.7 x berat (kg)] + [5 x tinggi (cm)] - [6.8 x umur (tahun)]
BMR untuk Perempuan = 655 + [9.6 x berat (kg)] + [1.8 x tinggi (cm)] - [4.7 x umur (tahun)]

Contoh: Berat Jedeh adalah 68 kg, tinggi 170 cm & umur 27 tahun. Berapakah BMR lelaki kacak ini..?

BMR = 66 + [13.7 x 68] + [5 x 170] - [6.8 x 27]
= 66 + 931.6 + 850 - 183.6
= 1,664

2. Kira DCR (Daily Calorie Requirement) korang

DCR = BMR x Pendarab Aktiviti

Nilai Pendarab Aktiviti ni bergantung kepada aktiviti harian korang macam mana.
a) 1.2 ~ kurang / tiada senaman, kerja kat meja
b) 1.375 ~ senaman ringan / bersukan 1-3 hari / minggu
c) 1.55 ~ senaman sederhana / bersukan 3-5 hari / minggu
d) 1.725 ~ senaman berat / bersukan 6-7 hari / minggu
e) 1.9 ~ senaman berat setiap hari / bersukan & latihan fizikal 2 x sehari

Contoh: Jedeh kerja kat ofis, malas bersenam & takde masa nak bersenam. Berapakah DCR lelaki kacak ini..?

DCR = 1,664 x 1.2
= 1,996.8 kCal

Kesimpulannya,
a) Berat badan Jedeh akan naik kalau tiap-tiap hari ambil kalori lebih drpd 1,996.8;
b) Berat badan Jedeh akan maintain kalau tiap-tiap hari ambil kalori 1,996.8; dan
c) Berat badan Jedeh akan turun kalau tiap-tiap hari ambil kalori kurang drpd 1,996.8.

Jadi, aku kenalah kawal pengambilan kalori setiap hari supaya lebih rendah daripada DCR. Harus diingat, korang kena kurangkan 7,700 kCal utk turunkan 1kg berat badan. Banyak tu. Tapi korang jangan laa terlalu memaksa diri sampai sanggup turunkan kalori lebih drpd 50% DCR sehari. Tak baik untuk kesihatan.

Secara kasar, menu makan aku sehari lebih kurang macam ni laa:
a) Breakfast ~ cereal + low fat milk (200 kCal) & secawan air Nescafe (100 kCal);
b) Minum pagi ~ snack (100 kCal) & secawan air Nescafe (100 kCal);
c) Lunch ~ cereal + low fat milk (200 kCal);
d) Minum petang ~ snack (100 kCal);
e) Dinner ~ Nasi + lauk (500 kCal).

Jumlah pengambilan kalori aku untuk sehari adalah 1,300 kCal. Aku jimat 696.8 kCal sehari daripada jumlah DCR aku iaitu 1,996.8 kCal. Maka, berat badan aku akan turun 1 kg dalam tempoh lebih kurang 11 hari..! (Sebaik-baiknya makan laa nasi tu time lunch, bukannya dinner)

Snack
Cereal
Tapi tipu laa kalau aku kata yang aku ikutkan sangat rutin makan ni. Hehe. Kalau ada meeting kat ofis, aku makan gak. Kalau ada jamuan kat ofis, aku makan gak. Kalau keluar jalan-jalan time weekend, makan besar gak. Macam aku cakap tadi, jangan terlalu memaksa diri. 

Konsep diet ni simple. Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang

Nabi SAW juga bersabda :

"Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang) dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampau, sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas."
(Al-Araf 7:31)

Untuk maklumat lanjut, korang boleh rujuk gak kat blog Mama Eta, website Kevin Zahri & senarai kalori makanan kat Cekodok.com.

Semoga berjaya..!

Tuesday, 11 December 2012

Top 5 Entri Hangat Diari Papa Deh

Assalaaaaaamualaikum..~!!

Tiap-tiap hari bekerja, aku mesti dengar slot "TOP 5" kat radio Hot FM. Macam-macam topik "TOP 5" diorang bercerita. Kadang-kadang kelakar gak dengar tapi kadang-kadang tu lawak hambar je. Haha. Takde kaitan. Aku cuma nak berkongsi TOP 5 Entri Diari Papa Deh yang Paling Hangat ni.

No. 5:

Entri ni mengisahkan percutian kami sekeluarga kat USS. Dah jadi kebiasaan setiap kali sambutan Hari Raya Aidilfitri, kami akan ambil cuti panjang & merantau ke mana-mana ikut suka hati kami. So untuk tahun 2012, kami pilih negeri paling Selatan + menyeberang tambak Johor, oversea. Yeah..!
(682 pageviews)


No. 4:

Entri ni merupakan salah satu sekuel daripada 3 episod mengenai kisah yang amat mendebarkan di sebalik tabir kelahiran anak kami, Musyrif Ziqri. Cuma aku musykil kenapa Episod 2 yang jadi hit sebab aku lagi suka Episod 1. Aku masih ingat lagi betapa terujanya aku menulis sekuel ni. Pergh..! Baca banyak kali pun tak jemu, antara kenangan terindah dalam hidup :p
(819 pageviews)


No. 3:

Ok, entri ni tersangat baru ditulis iaitu pada 20 Nov 2012. Tak sampai 1 bulan ditulis tapi dah sangat ramai orang baca & sekarang dah jadi entri ke-3 terhangat kat blog ni..!! Tahniah-tahniah. Aku rasa entri ni ada peluang untuk meletup lagi sampai ranking no. 2 memandangkan fenomena Durian Crepe yang tengah melanda 1Malaysia laa ni. Haish. Padahal entri ni cuma menceritakan pendapat aku pasal Durian Crepe semata-mata, bukannya aku menjual Durian Crepe pun.
(1,061 pageviews)


No. 2:

Kalau tadi entri yang masih fresh, ni entri yang sangat klasik. Entri ni antara cerita terawal aku mula menulis dulu iaitu pada 25 Mei 2011 & masih kekal sebagai antara entri paling hangat pada setiap bulan. Entri ni menceritakan apa yang membuatkan kami memilih Hospital Bersalin Razif sebagai tempat kelahiran Ziqri. Punya laa beriya Mama Eta sanggup menahan sakit nak beranak, travel dari Cherating sampai ke Klang selama 3 jam demi nak bersalin kat Hospital Bersalin Razif. Haha.
(1,611 pageviews)


No. 1:

Garangnya hit entri ni segarang tajuknya. Haha. Ramai yang berminat nak baca kisah highway SKVE, exit Teluk Panglima Garang yang dah mula dibuka kepada orang ramai pada 30 Mei kalau tak silap aku. SKVE dah jadi laluan wajib aku setiap minggu. Weekdays untuk ke tempat kerja & weekend untuk ke rumah mak. Nanti kalau dah buka exit Pulau Indah & Pulau Carey, aku nak menulis gak laa. Tengok macam mana respon orang ramai.
(2,907 pageviews)


Terima kasih sebab membaca..!
Wassalam

Monday, 10 December 2012

Ziqri Dah Pandai Jalan

Assalaaaamualaikum..~!!

Alhamdulillah, Ziqri dah pandai berjalan akhirnya. Lama dah mama & ayah tunggu saat ni. Rupa-rupanya Ziqri dah set timing baik punya, tunggu sampai umur dia genap 15 bulan pada 5 Disember 2012 untuk mula berjalan. Apa-apa pun, Alhamdulillah :) Layankan je laa video yang tak boleh rotate kat bawah ni :p

video

Bila dah pandai jalan, lepas ni pandai bawak kereta lak.. Ngenggggggggggggg..~!!
Sekian, wassalam.

Wednesday, 5 December 2012

Bayou Lagoon Park Resort Melaka

Assalaaaaamualaikum..~!!

Baru-baru ni kami sekeluarga melarikan diri dari kesesakan serta haruk pikuk KL / Selangor / Putrajaya ke Melaka. Destinasi penginapan, Bayou Lagoon Park Resort. Macam mana boleh tau kewujudan tempat ni..? Sebab terjumpa offer best kat Agoda. Hehe.

Apa yang menarik kat Bayou Lagoon Park Resort, bilik dia macam apartmen. Ada ruang tidur, ruang tamu, ruang makan & bilik mandi. Cuma agak kelakar sedikit sebab ada tingkap antara ruang tidur & bilik mandi. Nak mengintai ke..? Haha.

Nak lagi best, ada water theme park kat sini..!! Turun je lif ke lobi, jalan ke belakang bangunan, terus boleh main air. Mungkin saiz dia tak besar mana tapi masih best especially untuk Ziqri..!! Tak caya, ce tengok gambar-gambar kat bawah ni.

cantik kan..?

Ziqri teruja..!
aku suka gambar ni..!

Weeee..~!! 5 daripada 9 gelongsor yang ada

Mama Eta suka gambar ni sebab gaya tangan Ziqri..

FIRE..!!! Ziqri xmo stop main

























Keseluruhannya, aku nak bagi star rating kat Bayou Lagoon Park Resort ikut pecahan ni:

Bilik 4.5/5
Besar & selesa

Water Theme Park 4.5/5
Best tapi lagi best kalau lagi besar

Kebersihan 4.5/5
Memang bersih

F&B 4/5
Ok laa cuma tak banyak sangat pilihan makanan

Lokasi 4/5
Dekat je dengan tol Ayer Keroh & pusat bandar

So kalau korang bercadang nak bercuti kat Melaka, aku sokong supaya korang ke Bayou Lagoon Park Resort ni. Tapi pandai-pandai laa cari offer yang menarik kat internet.

Sekian, happy holiday..!

Saturday, 1 December 2012

Refleksi DPA Disember

Assalaaaaamualaikum..~!!

Segmen refleksi Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) aku diteruskan lagi, kesinambungan daripada rekfleksi Oktober & November. Maka dijadikan cerita, sekembalinya Sidang C aka Catalyst daripada berkursus kat INTAN Kampus Wilayah Timur (INTIM), ada 4 modul yang menanti sepanjang bulan ni iaitu:
  1. Modul Pengurusan Ekonomi (5 - 10/12) @ INTAN BK;
  2. Modul Pengurusan Bencana & Ketetnteraman Awam (12 - 17/12) @ Cheras & Kuala Kubu Bharu;
  3. Modul Pengurusan Teknologi Maklumat & Komunikasi (19 - 24/12) @ INTAN BK;
  4. Modul Metodologi Penyelidikan (27 - 31/12) @ INTAN BK.

5 Disember, bermulalah sesi pembelajaran ekonomi kami. Hurmmmmmmmmm, seriously apa pun aku tak ingat. Nampaknya modul ni gagal memberi impak yang positif pada diri aku -___- Mungkin sebab modul ni tak berkaitan dengan tugas aku kat pejabat. Walau bagaimanapun, seorang PTDeh memang perlu ada pengetahuan pasal ekonomi sebab berkemungkinan 1 hari nanti kita akan ditempatkan kat Kementerian / Jabatan / Agensi berkaitan ekonomi kan. Huhu. Harus diingat, modul ni ada pertandingan debat & exam..!! Sabtu boleh balik rumah kot. Yay..!!

Oh, pada minggu yang sama ni gak, aku selaku Exco Sukan Catalyst bersama-sama beberapa orang kawan dipertanggungjawabkan untuk mengendali Majlis Perasmian Liga Rumah Sukan Kursus DPA Bil. 1/2011. Aku dilantik sebagai Timbalan Pengarah Projek. Tambah kerja. Huhu. Majlis berjaya diadakan pada 14 Disember. Alhamdulillah.

11 Disember, hari ni hari Ahad = hari pergerakan :( Maka bergeraklah para Catalyst ke Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur kat Cheras untuk memulakan Modul Pengurusan Bencana & Ketenteraman Awam atau singkatannya POLBA. Apa kejadahnya POLBA lak..? Sebab modul ni gabungan POLis & bomBA, tu yang jadi POLBA. Kami berkursus kat Maktab Polis untuk 3 hari pertama, diikuti dengan 3 hari berikutnya kat Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Kubu Bharu & kembali ke Maktab Polis pada hari Sabtu untuk pertandingan menembak & majlis penutup.

Aku suka modul polis. Best. Sebab banyak aktiviti fizikal. Teori pun ada, layan je laa. Antara aktiviti fizikal: belajar menembak menggunakan pistol P99, larian lebih kurang 2km mengelilingi Maktab, teknik pertahanan diri menggunakan T-Baton sambil menjerit "move back sir..!". Satu lagi aktiviti yang paling aku minat masa modul polis, bila kami diarahkan untuk buat road block kat sekitar KL pada waktu malam. Kami dipecahkan kepada 3 kumpulan kecil & ditempatkan di lokasi yang berbeza. Kumpulan aku dapat kat area baik punya, Jalan Sultan Ismail. Modul polis ada exam & pertandingan menembak, so belajarlah rajin-rajin ye.



Modul bomba pun best. Buat tu, buat ni, buat macam-macam, termasuklah membotakkan kepala. 1 je yang tak berapa best, pakaian/ uniform/ boot yang agak berbau. Pergh. Tiap-tiap hari pun nak kena spray Febreeze. Kalau rajin, basuh & keringkan baju tu setiap malam. Antara aktiviti fizikal semasa modul bomba: evacuation, wall climbing, spillage, sewer, BA gallery, road traffic accident, hazmat & banyak lagi. Semasa exam, kami dibenarkan berbincang tapi dilarang meniru :)


19 Disember, kami kembali ke INTAN BK selepas berehat sehari kat rumah pada hari Ahad :) Modul Pengurusan Teknologi Maklumat & Komunikasi, ni 1 lagi modul yang kurang memberi impak positif kat aku :p Apa pun tak ingat, so takde cerita. Cuma apa yang menarik bila masuk kelas Microsoft Office, mamat ni mengajar macam-macam tips & tricks untuk Word, Excel, Powerpoint dll. Tapi sonok time tu je laa sebab terus lupa ilmu yang diajar bila dah keluar kelas. My bad.. Takde exam, weekend balik rumah..!

22 Disember, Pilihan Raya DPA Bil. 1/2011 Penggal II diadakan & aku pegang jawatan sebagai Ketua Tempat Mengundi aka orang terkanan Amar selaku Pengarah Projek. Alhamdulillah pilihanraya berjalan lancar.

24 Disember, Karnival DPA 1/2011 belangsung kat MATIC, Kolumpo. Macam-macam aktiviti karnival ke arah mengeratkan hubungan silaturrahim sesama peserta DPA kali ni. Aku join 1 aktiviti je dengan geng Catalyst - War Cry. Dapatlah tempat ke-3. Petang tu balik rumah.

Krismas jatuh pada hari Ahad. So dapat extra cuti sampai hari Isnin & next module hanya bermula pada hari Selasa. Terbaek..!

27 Disember, mari belajar buat penyelidikan melalui modul Metodologi Penyelidikan. Sejujurnya memang sangat susah nak faham apa yang kami belajar minggu ni. Sebab aku sendiri pun tak pernah buat penyelidikan sebelum ni. Tesis kat UM dulu tu tolak tepi je laa, buat separuh semester pun lecturer bagi A :p Modul ni diajar sebagai persiapan bagi Modul Penempatan Daerah yang akan dibuat pada bulan Februari/ Mac kelak. Takde exam, cuma ada penilaian semasa presentation. Weekend balik & berakhirlah tahun 2011 & berlalulah 3 bulan pertama sesi DPA Bil. 1/2011.

Kami gembira sakan pada waktu ini tetapi tak tau lagi apa yang menanti kami pada 3 bulan berikutnya.......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...