Thursday, 8 September 2011

Di Sebalik Tabir Kelahiran Musyrif Ziqri (Episod 2)

Ok, jom kita sambung cerita ni. Kepada sesape yang dah terlepas episod sebelum ni, boleh baca kat SINI. Nak mula cerita dari mana ye..? Ok laa, kita imbas balik waktu kitorang baru sampai Hospital Bersalin Razif (HBR).

Kitorang sampai kat HBR tepat jam 6 pagi. Lepas park kereta kat luar HBR, aku pun berlari ke tingkat 1 untuk dapatkan bantuan nurse bertugas. Picit loceng banyak kali. Muncul pun 2 orang nurse. 

Papa Deh: Cik, tolong..! Isteri saya dah nak bersalin..!
Nurse A: Anak pertama ke..? Dah berapa minggu..?
Papa Deh: Ye, anak pertama. Dah 32 minggu..!
Nurse A: Eh, baru 32 minggu mana boleh bersalin lagi Encik..

Oi, berapi je aku dengar kata2 Nurse A tu. Ye la, aku dah penat2 drive 3 jam, isteri dah meraung dalam kereta tu, dia boleh cakap lak yang isteri aku xboleh bersalin lagi waktu ni. So how..? Xkan nak biarkan je Mama Eta tahan sakit macam tu je kan. Aku pun mulalah meninggikan suara.

Papa Deh: Kan saya dah call tadi, korang gak yang cakap bawa dia ke sini..!

Then Nurse B agaknya baru teringat, dia pun bagitau kat Nurse A yang aku memang ada call tadi. Aku rasa mungkin Nurse B ni dah ingat2 lupa kot pasal panggilan telefon aku tu 3 jam lepas & baru sekarang kitorang sampai. Diorang pun mungkin dah tertidur agaknya dalam tempoh waktu tu.

Nurse B turun ke bawah, ikut aku pergi ke arah kereta sambil bawak wilca. Mama Eta lak, dalam keadaan antara sakit & lemah longlai, dok atas wilca tu. Nurse B tolak wilca ke tingkat 1. Aku follow sambil bawa segala fail & dokumen yang berkaitan. Sampai ke tingkat 1, Mama Eta diletakkan kat salah satu katil. Aku perasan yang kat sekeliling tu adalah katil pesakit2 yang lain. Ada pesakit yang terjaga bila dengar keadaan tengah kecoh2 tu. Mama Eta menjerit makin kuat.

Dalam keadaan yang mendebarkan ni, aku pun xberapa nak ingat susunan jalan cerita dia. Seingat aku, sebelum Mama Eta dibawa ke Labor Room, berlaku adegan yang menyakitkan hati ni. Nurse A cakap kat kitorang, "usia kandungan baru 32 minggu, kita xjamin bayi akan selamat bila keluar ye". Fuh, panasnya telinga aku dengar.

Mama Eta menjerit lagi. Aku cuba tenangkan dia. Nurse A boleh plak tanya, "baby dah nak keluar ke..?". Aku xboleh blah dengan soalan dia tu. "Manalah saya tau..!". "Encik sabarlah. Jangan panik macam ni". Grrrrrr, malas nak buka mulut lagi. Then Nurse A menunjukkan kepakaran dia. Dia check saiz bukaan & kedudukan baby. Saiz bukaan dah cukup besar. Kedudukan baby pun dah cantik, kepala kat bawah. So apa lagi, bawa Mama Eta menuju ke Labor Room.

Disebabkan keadaan yang emergency, Dr Razif sendiri yang uruskan proses kelahiran baby. Dr Norana (isteri Dr Razif), Nurse A & 2 petugas lain pun join menolong. Alhamdulillah dengan sekali push je, Mama Eta selamat melahirkan Ziqri secara normal. Diorang letak Ziqri bawah warmer & diberi bantuan oksigen untuk menstabilkan keadaan dia. Dr Norana panggil aku untuk azan kat telinga Ziqri. Tapi aku xleh nak dukung dia sebab ada bantuan oksigen tu kan. Ala, lagipun aku mana laa reti nak pegang baby kecik. 



Ni dialog antara aku & Dr Razif sebelum Mama Eta bersalin.

Dr. Razif: Bila dia mula rasa sakit ni..?
Papa Deh: Tengah malam..
Dr. Razif: Pukul berapa..?
Papa Deh: Dalam kol 12..
Dr. Razif: Dah tu kenapa lepas Subuh baru datang..? Patut bila rasa sakit tu, terus g hospital..!
Papa Deh: ... (Senyap je la. Malas nak panjangkan cerita)

Ni dialog antara aku & Dr. Razif selepas Mama Eta bersalin.

Dr. Razif: Kalau awal2 dah g mana2 hospital / klinik, boleh dapatkan suntikan untuk lambatkan kelahiran baby. Sekurang2nya kena 34 minggu dalam kandungan baru boleh bersalin.
Papa Deh: (Oh, boleh buat macam tu rupanya. Ingatkan dah rasa sakit tu, bersalin je la penyelesaiannya.)
Dr. Razif: Kalau saiz bukaan masa kamu sampai tadi kurang daripada 4 cm, saya boleh suntik untuk lambatkan baby keluar.
Papa Deh: Oh ye ke. Tadi saiz bukaan dah berapa cm..?
Dr. Razif: Dah maksimum.
Papa Deh: (Terbeliak mata O_O )

Selesai proses kelahiran, aku g solat Subuh. Syukur sangat2 segalanya dah selesai dengan baik. Mama Eta dah boleh keluar dari labor room tapi still kena stay kat HBR. Baby diletakkan kat nurseri, masih bawah warmer + bantuan oksigen. Mama Eta baring atas katil, lega dah rasanya. Aku mulakan kerja menginform orang ramai pasal kelahiran Ziqri.

 Mak: Helo, Assalamualaikum.
Papa Deh: Waalaikummussalam.
Mak: Urm, kenapa..?
Papa Deh: Eta dah bersalin.
Mak: Hah..?? Kat mana..?? Pok pek pok pek pok pek pok pek.. Tahniah..
Papa Deh: Tq =)


Mak Mertua: Helo.
Papa Deh: Helo. Mak, Jedeh Zaidi ni.
Mak Mertua: Hah, kenapa?
Papa Deh: Eta dah bersalin.
Mak Mertua: Hah..?? Kat mana..? Mak dah cakap jangan pergi jalan jauh2..!! Pok pek pok pek pok pek pok pek..Nanti Mak datang.
Papa Deh: Ok.

Aku call dua orang ni je. Yang lain semua aku inform by SMS & facebook.

Bila diimbas balik semua yang berlaku tu, aku rasa sangat bertuah. Nasib baik Mama Eta kena contraction pada waktu malam, so kitorang x stuck dalam traffic jam. Nasib baik Mama Eta dapat bertahan sampai ke HBR, kalau x sure dah bersalin dalam kereta. Nasib baik kedudukan baby sebelum keluar dah betul, kalau x kenalah operate. Nasib baik dulu beli FoFi (1.6cc), bukannya Mazda2 (1.4cc).

Thanks laa kat semua yang datang melawat, yang bagi hadiah, yang call aku, yang wish tahniah kat facebook & sms. Thanks semua..! 5 September 2011 memang hari yang sangat bermakna untuk aku, Mama Eta & Musyrif Ziqri.

5 comments:

  1. Tahniah zaidi.. ^_^


    p/s: biasalah dgn nurse2 tuh. mmg ade beberape mulut cili..

    ReplyDelete
  2. tahniah zaidi..betul kata doktor dan nurse tu...dulu, time aku preggy kedua2 anak aku, 32weeks dah ade contraction and aku tros g hosp. dieorg inject full dexa di kiri dan kanan pinggul. kemudian, inject lg utk kurangkan contratcion dan lambatkan bersalin. risiko tinggi 32weeks sama ada meninggal atau sindrom down yg jarang2 berlaku...ade yg hidup, normal dan selamat...tapi xramai...tapi tahan pon xlame...akhirnye, 35weeks bersalin juga...Waktu selamat...Semoga anak zaidi cepat sembuh ye...:)

    ReplyDelete
  3. Syib: thanks. Sabar je la kan..

    Ayuni: kitorang pun setuju laa dgn cakap doktor tu. Cuma sebelum ni kitorang xpernah tau. Xpe la, belajar drpd pengalaman kan. Hehe. Aku pun kesian tgk baby. Tetiap hari skrg ni asyik kena cucuk utk amek darah dia. Ni kena tahan kat hospital lagi. Hurm kesian. Mntk2 cepatlah sembuh di? Btw thanks ayuni..

    ReplyDelete
  4. Zaidi,

    Semoga baby lekas sembuh dan terus perkasa macam ayah dia :)

    Hari tu kau tak ada eh kat briefing? Congrats anyway.

    See you 1st Oct ni :)

    - syahar

    ReplyDelete
  5. Thanks saha. Aku ada je time briefing tu. Dok blkg2 sikit. Xsempat nk jumpa korang semua. Aku rushing blk sbb baby kena admit hospitlal hari tu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...