Showing posts with label MOSTI. Show all posts
Showing posts with label MOSTI. Show all posts

Friday, 11 October 2013

Apa Cerita..?

Assalaaaaamualaikum..~!!

Aku teringin nak berkongsi macam-macam cerita yang berlaku semenjak2menjak ni tapi susahnya nak dapat ruang dan masa...

14-15 September: Kitorang sekeluarga pergi Taiping untuk meraikan majlis kenduri kahwin sepupu kepada sepupu aku :) Adalah dalam 4 kereta berkonvoi ke arah utara dan kitorang bermalam kat rumah homestay. Seronok bila dapat berkumpul ramai-ramai ni. Sempatlah juga kitorang pusing-pusing sekitar pekan Taiping tu. Aku suka tengok rekabentuk bangunan kat sana yang masih mengekalkan ciri-ciri klasik, termasuklah bangunan McD..!

Helo Taiping..~!!
26 September: Mama Eta ada appointment kat Hospital Putrajaya untuk follow up keadaan tangan kanan dia. Besar harapan kitorang minta-minta supaya semuanya dah ok dan tak perlu lagi bersimen dan beranduh. Sayangnya harapan tak kesampaian sebab tangan Mama Eta masih tak ok dan perlu extend lagi MC + bersimen + beranduh untuk 3 minggu lagi.

26-28 September: Serangan angin yang melampau kat Mama Eta gara-gara makan 2 ulas nangka/cempedak. Susah aku nak recall balik kejadian selama 2 hari ni. Apa yang pasti, keadaan Mama Eta sangat kritikal dalam tempoh 48 jam ni. InsyaAllah kejadian ni akan jadi iktibar kepada kitorang di masa akan datang.

29 September: Gotong-royong cuci rumah sewa emak. Bila rumah dah bersih, baru boleh pindahkan barang sikit demi sikit. InsyaAllah minggu depan kitorang akan berpindah secara besar-besaran. Bubbye Presint 16 ;(

Rajinnya Ziqri :)
4-6 Oktober: Aku bawa family ke Bukit Fraser sebab office aku buat kursus team building. 1st time ni kitorang ke sana. Jalannya boleh tahan bersimpang-siur. Cuaca kat atas bukit tu pun tak terlalu sejuk tapi tak panas sangat gak. Aktiviti team building best. Pada masa yang sama, membantu gak aku untuk mengenali officemate dengan lebih dekat.

Kecik je pekan Bukit Fraser ni..
Aku belikan novel ni untuk teman Mama Eta masa aku berkursus
9-10 Oktober: Aku dilantik sebagai salah seorang panel temuduga untuk jawatan Pembantu Am Pejabat (PAP) Gred N1 kat office aku. Seronok gak dapat peluang ni. Macam-macam ragam manusia yang aku jumpa. Kesian ada, kelakar pun ada. InsyaAllah kalau ada rezeki korang, dapatlah jawatan tu.

10 Oktober: iPad aku tetiba je tak boleh online. Rupa-rupanya kuota internet 4G dah habis dalam tempoh seminggu je..! Terima kasih Ziqri sebab pasang video youtube dalam diam-diam. Wuuuu ;(

TAMAT

Thursday, 29 August 2013

Jamuan Raya / Majlis Perpisahan / Majlis Sambut Menantu Bahagian I&P

Assalaaaamualaikum..~!!

Hari ni office lama aku buat Jamuan Raya / Majlis Perpisahan / Majlis Sambut Menantu. Maka berkumpullah kitorang beramai-ramai termasuklah semua 24 warga I&P, 4 ex-I&P yang belum pernah diraikan lagi dan seorang menantu baru. Meriah yang amat..!

Sempena jamuan ni, aku dengan bermurah hatinya bawa NaLeReKe dari rumah. Apakejadahnya NaLeReKe tu..? Hahaha. NaLeReKe adalah singkatan kepada Nasi Lemak Rendang Kerang :p Aku dapat idea untuk bagi nama tu masa tengah memandu ke office pagi tadi. NaLeReKe ni aku order kat akak ipar je. Sedap..!! Btw, surprisingly bila aku check dengan officemate yang berbangsa India, memang wujud perkataan yang bunyinya macam NaLeReKe yang membawa maksud SEDAP. Hoho sesuai sangatlah tu.





Pada majlis ni, aku dapat hadiah istimewa, tali leher daripada warga I&P. Betullah kata ustaz / ustazah, kalau kita murah hati untuk memberi, Allah pasti akan murahkan rezeki kita untuk menerima juga. So bila difikirkan balik, 23 bungkus nasi lemak dibalas dengan sehelai tali leher Bonia, not bad laa kan? Alhamdulillah. Terima kasih I&P..!

Gambar semasa tengah menulis cerita ni


Thursday, 1 August 2013

Pemberitahuan Penempatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik, P.T.D. Gred M41 Tahun 2013

Assalaaaamualaikum..~!!

Selepas Mama Eta berpindah tempat kerja dari Kolumpo ke negeri Selangor, kini giliran aku pula menyusul. Berkuatkuasa mulai 1 Julai 2013, aku kini ditempatkan kat Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, MOSTI. Namun, atas kepentingan perkhidmatan, aku dibenarkan untuk menangguhkan tarikh lapor diri di tempat baru pada 2 Ogos 2013.

Actually office baru aku ni terletak kat blok yang sama dengan office lama, cuma beza 2 tingkat lebih tinggi. So masih boleh jumpa ex-officemate. Harapan aku kat office baru ni agar dapat timba sebanyak yang boleh ilmu dan pengalaman. Tambahan pula, bidang Pengurusan Sumber Manusia disenaraikan sebagai salah satu daripada 8 bidang teras dalam PTD. So kenalah belajar dan kerja rajin-rajin.

24 April 2009 ~ 1 Ogos 2013




Selamat Tinggal Bahagian I&P 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sepertimana semua sedia maklum, saya akan melapor diri di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia mulai 2 Ogos (Jumaat). Oleh sebab saya bercuti rehat pada hari esok (1 Ogos), maka hari ini ditakdirkan sebagai hari terakhir saya bertugas di Bahagian I&P.

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan penghargaan dan memohon ribuan kemaafan kepada semua warga I&P sepanjang perkenalan kita di sini. Segala ilmu dan pengalaman yang saya timba di Bahagian I&P selama lebih 4 tahun ini, insyaAllah akan saya manfaatkan sebaik-baiknya dalam karier saya selepas ini. Segala salah, silap dan kekurangan daripada saya, amatlah dikesali.

Terima kasih saya ucapkan, khususnya kepada Datin Nur Wahidah atas segala tunjuk ajar, marah-marah sayang, teguran membina dan segalanya yang baik-baik belaka. Terima kasih kepada semua KPSU yang telah membimbing saya - En. Norhad, Pn. Roshana dan Dr. Marziah. Terima kasih team PRO atas kerjasama yang terbaik - Elia dan Norasikin. Terima kasih semua - En. Zalaludin, En. Paul, Fazilah, Naterah, Burhanuddin, Raoof, Syazwan, Aminuddin, Dhanalachumi, Kak Aida, Noor, Aishah, Azwa, Suhaila, Hadiana, Yunus. (Harap-harap tak miss nama sesiapa)

Sekian, Selamat Maju Jaya, Selamat Hari Raya, Selamat Pengantin Baru dan Selamat Bersalin (yang berkenaan sahaja).

Wassalam.

Ahmad Jedeh
31 Julai 2013

Tuesday, 21 May 2013

Pelawaan Menyertai Anugerah Inovasi Negara 2013

Tuan/Puan, 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas. 

Sukacita dimaklumkan bahawa semua rakyat Malaysia adalah dijemput untuk menyertai Anugerah Inovasi Negara (AIN) bagi tahun 2013. AIN yang bermula sejak 2006 bertujuan untuk mengiktiraf hasil inovasi dan kreativiti yang menjana idea, ciptaan dan produk baru dalam sains dan teknologi serta menyumbang dalam pembangunan ekonomi negara. Sebanyak 4 kategori dipertandingkan iaitu Produk, Perkhidmatan, Akar Umbi dan Sekolah. 

Bersama-sama ini disertakan iklan AIN 2013 untuk diwar-warkan secara meluas bagi mendapatkan banyak penyertaan supaya mencapai objektif dan memberikan impak yang lebih tinggi. Borang permohonan boleh diperolehi di laman web MOSTI (www.mosti.gov.my). 




Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut, sila hubungi Urus Setia AIN 2013 seperti berikut : 

Y.Brs. Dr. Wan Manshol bin W. Zin 
Puan Fairuz binti Faisal 

d/a Agensi Nuklear Malaysia 
Tel : 03-8911 2000 
Faks : 03-8911 2150 

Borang serta maklumat permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada Urus Setia AIN 2013 selewat-lewatnya pada 5 Julai 2013, jam 5.00 petang ke alamat berikut: 

Urus Setia Anugerah Inovasi Negara 2013 
d/a Agensi Nuklear Malaysia 
Bangi 43000, Kajang 
Selangor Darul Ehsan 
(u.p: Dr. Wan Manshol bin W. Zin) 

Sekian, terima kasih. 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” 
SAINS DAN INOVASI PEMACU TRANSFORMASI

Saya yang menurut perintah,

Thursday, 11 April 2013

Jawatan Kosong Pekerja Sambilan Harian

Assalaaaamualaikum..~!!

Ada sesiapa yang berminat nak kerja kat Bahagian I&P, MOSTI ..?

Jawatan: Pekerja Sambilan Harian

Senarai Tugas:

1. Membantu menguruskan persediaan awal program induk MOSTI iaitu World Innovation Forum Kuala Lumpur (WIFKL), National Innovation Conference and Exhibition (NICE) dan Anugerah Inovasi Negara.

2. Membantu pelaksanaan penganjuran Bengkel Pengkomersilan Harta Intelek di kalangan penyelidik dari Institut Pengajian Awam dan Swasta seluruh negara.


3. Membantu menjalankan tugas-tugas promosi Portal MyIdeas untuk meningkatkan kesedaran orang ramai dalam bidang sains, teknologi dan inovasi.


4. Membantu menyelaras aktiviti-aktiviti dan pengoperasian Pusat Inovasi Komuniti (Innospace) di Melaka, Sabah dan Sarawak sebagai platform inovasi untuk orang ramai.


5. Membantu dalam pengurusan persediaan Program Outreach STI yang akan dilaksanakan bermula pada bulan Mei 2013. 


Tempoh Perkhidmatan: Tidak melebihi 3 bulan. Jika ada keperluan, boleh dilanjutkan sehingga maksimum 3 bulan lagi.

Waktu Bekerja: 9 jam sehari termasuk waktu rehat.

Kadar Upah: 

RM100 sehari (Ijazah Sarjana Muda) / RM72 sehari (STPM / Diploma) / RM 54 sehari (SPM)


LAYAK untuk claim TNT / Elaun Makan / Elaun Harian tetapi TIDAK LAYAK untuk claim OT

Special Requirement: Lelaki. Berkemahiran menggunakan software AI dan Photoshop. Memiliki lesen memandu Kelas D dan mahir dengan selok-belok jalan di Kuala Lumpur/ Putrajaya.

Tarikh Tutup Permohonan: 19 April 2013 (11.59 mlm)

Kalau berminat, emel curriculum vitae (CV) dengan gambar & sijil ijazah / diploma / STPM / SPM kat dhanalachumi@mosti.gov.my.

Monday, 3 September 2012

Jawatan Kosong Pekerja Sambilan Harian

Assalaaaamualaikum..~!!

Bos minta aku uruskan pengisian 1 jawatan kosong kat Bahagian I&P, MOSTI ni. Ada sesiapa yang berminat..?

Jawatan: Pekerja Sambilan Harian

Senarai Tugas:
  • Membantu menguruskan program di bawah Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional (SGI) 2012 terutama hal-hal berkaitan Karnival Sains dan Inovasi Zon Sarawak, Zon Tengah, National Innovation Conference and Exhibition (NICE) dan Anugerah Inovasi Negara.
  • Membantu Jawatankuasa Aktiviti dan Pameran untuk kerja-kerja penyelarasan dengan pelbagai pihak yang terlibat, pembahagian booth/tapak/logistik/makanan  serta pemantauan di tapak Karnival Sains dan Inovasi 2012.
  • Membantu menyelaras dan mengkordinasikan soal selidik SGI2012 semasa program Karnival Sains dan Inovasi Zon Sarawak, Zon Tengah, National Innovation Conference and Exhibition (NICE) dan Anugerah Inovasi Negara diadakan.
  • Membantu memasukkan data-data soal selidik SGI2012 di dalam sistem yang disediakan dan membuat analisa data.
  • Membantu menyediakan laporan pelaksanaan semua aktiviti SGI 2012 untuk didokumenkan dan dicetak.

Tempoh Perkhidmatan: Tidak melebihi 3 bulan. Jika ada keperluan, boleh dilanjutkan sehingga maksimum 3 bulan lagi.

Waktu Bekerja: 9 jam sehari termasuk waktu rehat.

Kadar Upah: 
  • RM100 sehari (Ijazah Sarjana Muda);
  • RM72 sehari (STPM / Diploma); 
  • RM 54 sehari (SPM).

Jantina: Lelaki

Tarikh Tutup Permohonan: 4 September 2012 (11.59 mlm)

Kalau berminat, emel curriculum vitae (CV) dengan gambar & sijil ijazah / diploma / STPM / SPM kat mohdzaidi@mosti.gov.my.

Terima kasih.

Tuesday, 14 August 2012

Jawatan Kosong Di Bahagian I&P

Assalaaaaaaamualaikum..~!!

Aku kerja kat Bahagian Inovasi dan Pengkomersilan (I&P), MOSTI.

Bahagian I&P ni laa pejabat pertama aku sejak jadi PTDeh dari tahun 2009 sampai ke hari ni. Bahagian I&P ni tak sebesar mana pun. Ada 25 orang je. So tak kira laa dari pangkat tertinggi JUSA C sampailah ke gred 1, semua pun sangat rapat.








Fokus kerja kat Bahagian I&P ni, pada aku laa, lebih kepada penggalakan / pembudayaan sains & inovasi. Macam-macam program yang MOSTI (umumnya) & Bahagian I&P (khususnya) dah buat. Tak tau laa sama ada korang sedar atau tak kewujudan program-program yang kitorang buat ni :p

Karnival Sains & Inovasi (SGI2012) @ Sg. Petani, Jeli, Johor Bahru, Seremban, Penampang & Kuching

Karnival Sains & Matematik 2011 @ Keningau

Karnival Malaysia Inovatif 2010 (MI2010) @ Kangar, Kuala Terengganu, Batu Pahat, Melaka, Kota Kinabalu, Kuching & Bukit Jalil

National Innovation Conference and Exhibition (NICE) 2006, 2007, 2008, 2009, 2011, 2012

Anugerah Inovasi Negara (AIN) 2006, 2007, 2008, 2009, 2011, 2012

Intellectual Property (IP) Conference 2009, 2010

Bengkel Harta Intelek 2010, 2011, 2012


Innospace @ Melaka, Kota Kinabalu, Kuching

Ceramah Kesedaran Sains & Inovasi

Aku seronok kerja kat Bahagian I&P sebab kat sini aku tak kena 'ikat' untuk duduk pejabat je. Boleh keluar. Turun padang. Berurusan dengan orang luar. Cuma kadang-kadang tu bermasalah sikit sebab kerap outstation sampai Mama Eta buat muka masam =[ Hoho.

Kalau korang nak tau, Bahagian I&P sekarang ada 6 jawatan kosong. 2 Gred M41, 1 Gred M44, 2 Gred 48(T) & 1 Gred 52(T). So kepada sesiapa yang berminat & rasa dirinya layak, bagitau aku. Kita akan usahakan =)

Akhir kata,
Jom Inovasi..!

Sekian, wassalam.

Wednesday, 4 July 2012

Anugerah Inovasi Negara (AIN) 2012

Assalaaaaamualaikum..~!!

Adakah meng'update' blog mengenai kerja pada waktu kerja dikira sebagai satu pekerjaan..? Hahaha.

Iklan versi black & white
Anugerah Inovasi Negara (AIN) 2012 akan diadakan bersempena dengan Persidangan dan Pameran Inovasi Kebangsaan (NICE - National Innovation Conference and Exhibition) 2012, World Innovation Forum Kuala Lumpur, BioMalaysia & Nano Malaysia Summit pada 5 hingga 7 November 2012 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Keseluruhannya ada 4 kategori yang dipertandingkan - produk, perkhidmatan, akar umbi dan sekolah. Hadiah paling lumayan adalah bagi kategori produk & perkhidmatan (RM50,000 + piala + sijil). Pemenang kategori akar umbi pula akan menerima wang tunai RM20,000 + piala + sijil manakala juara bagi kategori sekolah pula akan terima wang tunai RM10,000 + piala + sijil.

Tarikh penyampaian hadiah AIN 2012 adalah pada 6 November 2012 di KLCC.

So kepada sesiapa yang berminat, boleh download borang penyertaan di website MOSTI. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 17 Ogos 2012, jam 5.00 petang.

Sekian, wassalam.

Tuesday, 26 June 2012

Karnival Sains & Inovasi Zon Utara

Assalaaaamualaikum..~!!

Orang utara semua, jom pi Karnival Sains & Inovasi Zon Utara kat Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah, Merbok pada 30 Jun dan 1 Julai ni..! Ini merupakan karnival keempat yang dianjurkan oleh MOSTI selepas kejayaan penganjuran di Zon Timur @ Jeli (April), Zon Sabah @ Penampang (Mei) & Zon Selatan @ Johor Bahru (Jun).

Macam2 aktiviti menarik menanti anda..!
  • LEGO 'Build It'
  • Layang-layang 3D
  • Petrosains PlaySmart
  • Perkhemahan Angkasa (Space Camp)
  • Pencerapan Matahari
  • Pertandingan Roket Air
  • Constructive Paper Sculpture
  • Pameran Kereta PROTON
  • Segway
  • Bengkel Animasi BoboiBoy
  • Pameran Sains & Inovasi
  • Pertandingan Pelangi 'Tie & Dye'
  • Bengkel / Ceramah Interaktif
  • Pertandingan Sains & Matematik
  • Pameran Bergerak AADK, Pusat Sains Negara, BOMBA & Jabatan Kesihatan
  • Cabutan Bertuah


"Tu diaaa...mai pakat maiii..."
Masuk adalah PERCUMA..!


Untuk maklumat lanjut, layari portal SGI2012 :)
Sekian.

Saturday, 23 June 2012

Majlis Send Off KSN

Assalaaaaamualaikum...~!!

Weekend adalah masa untuk meng'update' blog :p

Kita mulakan dengan kisah Majlis Send Off YBhg. Tan Sri Mohd. Sidek bin Haji Hassan, Ketua Setiausaha Negara (KSN).

Semalam adalah hari terakhir beliau bertugas sebagai KSN setelah menyandang jawatan tertinggi dalam perkhidmatan awam ni selama hampir enam tahun (sejak bulan September 2006). Jawatan KSN selepas ini akan diambil alih oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Ali Hamsa.

So sebagai tanda penghargaan kepada jasa dan sumbangan YBhg. Tan Sri, Kementerian aku dikehendaki menghantar 50 orang ke majlis ni (rasanya semua Kementerian pun terima arahan yang sama). Bukan majlis apa pun, sekadar melambai dan bersalaman je masa KSN nak balik rumah. Hurm, rasanya xperlu kot nak mewajibkan hantar ramai penjawat awam ke majlis sebegini sebab sebenarnya ramai penjawat awam sendiri yang akan datang dengan seikhlas hatinya untuk bubbye tokoh seperti Tan Sri. Cukuplah sekadar jemputan kan. Just my 2 cents. Tapi xpe la, yang penting semua pun OK!

Ni beberapa keping gambar yang sempat aku snap untuk aku share dengan korang.

Nampak KSN..?

Nampak x..?

Xnampak lagi..?

Tu dia, yang pakai Baju Melayu warna merah..!

Bubbye..~!!

YBhg. Tan Sri ada meninggalkan amanat kepada semua penjawat awam. Kalau berminat, bolehlah baca kat SINI.

SAYA YANG MENURUT PERINTAH
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Sekian, wassalam.

Wednesday, 6 June 2012

Karnival Sains & Inovasi Zon Selatan

Assalaaaamualaikum..~!!

Kali ni aku nak cerita pasal kerja aku. Karnival Sains & Inovasi Zon Selatan akan diadakan pada 19 hingga 25 Jun 2012 kat Persada Johor International Convention Centre (Persada), Johor Bahru bersempena dengan Tahun Sains & Gerakan Inovasi Nasional (SGI) 2012. Ni karnival ke-3 daripada 6 karnival kesemuanya selepas Zon Timur (MRSM Jeli, April) & Zon Sabah (KDCA Penampang, Mei).


Karnival kali ni sedikit berbeza daripada penganjuran sebelum ni. Pertama, tempoh penganjuran yang panjang. Selalunya karnival kitorang ni dibuat 2 hari je tapi kali ni mencecah sampai seminggu..! Perbezaan kedua lak, karnival ni diadakan bersekali dengan Minggu Sains Teknologi & ICT (MISTI) Negeri Johor 2012, anjuran Unit Sains Teknologi & ICT (USTICT) Negeri Johor.



Bila dah bergabung ni, tu yang jadi saaaaangat banyak pengisian aktiviti. Dari pihak MOSTI sendiri, akan ada Demonstrasi Sains & Musical Science Show oleh Pusat Sains Negara, Angkasawan Space Camp oleh Yayasan Angkasawan Malaysia, sesi bersama Angkasawan Negara MDFK & Upin Ipin, Pertandingan Amphibious Electric Vehicle, Kuiz Crime Scene Investigation oleh Jabatan Kimia & Seminar Sains dan Inovasi daripada agensi2 di bawah MOSTI macam .my DOMAIN REGISTRY, Agensi Remote Sensing Malaysia, Agensi Nuklear Malaysia, CyberSecurity Malaysia & MDeC.

Xcukup dengan tu, pihak USTICT pun ada aktiviti2 diorang gak seperti Giant Snake & Ladder, Catur Bistari, Pertandingan Rekacipta Petrosains, Picture Caption Story, Pertandingan Kitar Semula, Bengkel Kerjaya Johor, Seminar Falak Negeri Johor, Minggu Astronomi, Mind Exchange, Smart School, Pertandingan Capture The Flag, QR Amazing Race, Pertandingan Robotik Kebangsaan Peringkat Negeri Johor dan baaaaaaanyak lagi laa.














So apa lagi orang Johor, jom kita g Persada JB pada 19-25 Jun ni..~!! =)

Maklumat lanjut, boleh check kat sini:-

Sekian, wassalam.

Wednesday, 16 May 2012

Karnival Sains & Inovasi Zon Sabah, 19-20 Mei, KDCA Penampang

Assalaaaaamualaikum..~!!

Hari Jumaat ni, aku akan terbang merentasi Laut China Selatan lagi sekali dalam tempoh seminggu. Destinasi kali ni, Kota Kinabalu.


Office aku akan anjurkan edisi ke-2 Karnival Sains & Inovasi, bersempena dengan Tahun Sains & Gerakan Inovasi Nasional (SGI) 2012. Selepas edisi sulung dah diadakan dengan jayanya (ok laa :p) kat MRSM Jeli pada bulan April, kali ni Karnival SGI menemui orang ramai kat Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA), Penampang, Sabah pada 19 hingga 20 Mei.



Seperti biasa, macam-macam aktiviti yang kitorang dah susun untuk orang ramai. Antara aktiviti yang aku rasa akan menarik minat orang ramai adalah sesi Sejenak Bersama Angkasawan Negara MDFK, Pertandingan Roket Air, Pertandingan Treasure Hunt Geocaching, Persembahan Saksofon Buluh & Peralatan Berasaskan Buluh, Kuiz Crime Scene Investigation, Petrosains Play Mart, Bengkel Family Innovation Movement, Simulator 5D Inovatif & Bengkel Angkasawan Space Camp. Senarai penuh aktiviti ni korang boleh check kat Portal SGI2012.

So, apa lagi..? Jumpa kat sana..~!!  :)

Wassalam.

Wednesday, 18 April 2012

From Jeli To Cameron Highlands, On The Way, Singgah Jenjarom

Assalaaaaamualaikum..~!!

Apa punya tajuk daa..

Aku dah balik dari Jeli hari Isnin kelmarin, lepas selesai kerja kat Karnival Sains & Inovasi Zon Timur sempena Tahun Sains & Gerakan Inovasi Nasional (SGI) 2012. Program tu ok laa.. Bukannya ok yang maksudnya tak ok tapi memang ok je laa. Haha. Susah nak explain sebab dah selalu sangat buat event sana sini kan, so rasanya semua pun lebih kurang sama je. Aku lagi excited kalau nak bercerita pasal daerah Jeli tu sendiri, hotel yang kitorang duduk, sarapan nasi berlauk, Wakaf Che Yeh, Rantau Panjang dengan jersi bolanya. Hehe. Tapi xde mood lak nak menulis semua tu. Kalau korang beriye-iye nak tau gak, tanya je laa kat aku nanti ek.

Khemah & bunting

Pameran paling best


Kereta bentuk kasut

Hotel bajet, RM60/mlm

Btw, saje nak share cerita ni gak. Masa kat sana, aku jumpa kedai yang jual jersi bola. As usual, mata aku akan terus tajam mencari jersi team favourite, Man United. Ketawa aku tengok dia jual jersi MU siap ada design macam kotak2. Hampeh. Rupa2nya aku yang outdated, tu memang jersi baru MU untuk season 2012/2013. Lol. So apa lagi, dengan menurutkan nafsu, aku pun terbeli laa. Bukan 1 tapi 2..! Haha. Hadiahkan kat Mama Eta sehelai. Hurm, then bila dah balik sini, baru terfikir, ruginya tak beli jersi baru Barcelona, cantik gak. Brrrrr...~

GGMU

Sekarang aku dah kat Jenjarom. Macam biasa laa, berulang-alik ke Putrajaya nak g ofis untuk 3 hari ni - Selasa, Rabu, Khamis. Busy uruskan retreat Bahagian. Insyaallah hari Jumaat ni akan g Cameron Highlands untuk program retreat Bahagian tu. Yes, CH again dalam tempoh 2 bulan. Haha. Dok kat sana 3H2M. Aku bawak sama Mama Eta & Ziqri. Berehat sambil bekerja ~.~

So, ada sesape nak order strawberry..? :)

Hehe. Wassalam..~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...