Monday, 30 May 2011

Kick Off

Post kali ni xde kena mengena pun dgn game final Champions League baru2 ni. Walaupun team favourite aku, Man Utd kalah lawan Barcelona, Red Devils TATAP DI HATI. Hopefully anak2 aku pun akan follow jadi Kipas Susah Mati Man Utd ;)
Chup Chup Chup
Buai Laju2, Sampai Ke Old Trafford


Comel Gile!! Ada sape2 nak hadiahkan utk baby aku nnt x? ;)
Makan Bola, Tidur Bola, Minum Susu
Then kalau bukan cerita pasal bola, apa kes aku letak tajuk kick off ni..? Ngeh3. Actually nak cite pasal baby dah start bergerak!! Best gile!!! Sayangnya aku xde kat tmpt kejadian ;( Aku tgh berkursus kat Pulai dua hari. Xsabar nak balik esok, nak rasa sendiri gerakan baby tu.


Mama Eta bgtau yg baby tu start bergerak time dia tgh online ptg tadi sambil meniarap (Ish3, xelok meniarap time mengandung). Tetiba perut dia terasa berdenyut-denyut, memang sah laa baby tgh 'break dance' tu. Aku tanya Mama Eta apa perasaan dia. Aku expect jawapan happy + excited. Sekali jawapannya risau & takut kalau2 baby sakit @ cedera sbb perbuatan meniarap dia tu. Hahaha. But once again, xelok meniarap time mengandung!!

Saya Tulis Blog Sebab Saya Suka

1. Mula-mula saya tulis blog ni utk kezutan kpd isteri saya. Then saya menulis atas sebab berseronok & dah ketagih. Sekarang saya menulis untuk SHARE pengalaman nak dapat anak, dgn kwn-kwn khususnya yg akan dapat zuriat nnt ;)

2. Ambil contoh post saya sebelum ni, Macam Mana Kitorang Pilih Hospital Bersalin?, tujuan saya hanya utk SHARE cara-cara kami utk pilih hospital bersalin. Sure ada kwn-kwn yg akan hadapi situasi @ dilema ni nnt. So saya harap tulisan saya ni dapatlah nak tlg other parents-to-be utk buat pilihan ;)

3. Knp saya rasa apa yg saya SHARE ni dpt tlg kwn2 lain? Sbb before ni, saya sendiri hadapi masalah lack of knowledge dlm kes-kes mcm ni. Sure ada kwn-kwn yg sedang @ akan hadapi masalah mcm saya ni gak. Hope saya membantu.Saya juga menghargai jika ada kwn-kwn yg nak SHARE pengalaman diorang kat sini utk rujukan kwn-kwn yg lain ;)

4. Sesungguhnya xpernah langsung terlintas di fikiran saya utk kecoh-kecoh nak bagitau apa yg kitorang buat kat satu dunia!! Saya hanya nak SHARE apa pendapat @ decision kami suami isteri utk menolong kwn-kwn yg akan melalui situasi yg kitorang lalui ni ;)

5. Kalau berminat, silalah baca. Komen membina amat-amat dialukan. Kalau xberminat, xperlulah baca. Janganlah sampai nak mengutuk, menghina ataupun mengaibkan saya mahupun isteri saya...

Sekian, good nite ;)

Wednesday, 25 May 2011

Macam Mana Kitorang Pilih Hospital Bersalin?

1. Pilih Hospital Yang Dekat Dengan Tempat Tinggal
  • Baby dijangka lahir pada 30 Oktober. Time tu aku dijangka tengah pergi Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) selama tujuh bulan di sekitar Malaysia. So plan kitorang, Mama Eta akan duduk rumah mak mertua aku dalam tempoh sebulan sebelum beranak, kira-kira awal Oktober tu lah. Kat sana, semua jiran tu saudara mara. So katakan tetiba je Mama Eta nak beranak, ramai yg boleh tolong drive hantar dia g hospital – Abg Ejam, Abg Uda, Abg Midan, Abg Hasan, Pak Usu dll. So hospital bersalin pilihan kitorang adalah dekat sekitar Banting atau Klang.

2. Hospital Kerajaan @ Swasta
  • Kitorang sama-sama kerja Gomen. So panel kitorang kat hospital gomen laa jawabnya. Kat area Jenjarom ada dua hospital gomen yg berdekatan – Hospital Banting & Klang. Both hospital ni dah veteran umur dia. Fasiliti, servis & keselesaan pun agak kurang memuaskan. Jgn salah faham, aku bkn nak perkecilkan dua2 hospital ni. Hospital ni dah sangat byk berjasa kat org ramai. Cuma dari review org ramai / sdare mare yg bersalin kat sana + kita pergi tgk sendiri tmpt tu, elok gak kalau kitorang g usha2 hospital swasta kan.
  • Hospital swasta ni aku nak klasifikasikan kepada dua kategori – Hospital Bersalin & hospital yg general (kira semua jenis perkhidmatan pun bolehlah). Menurut sumber2 yg mungkin boleh dipercayai, kos bersalin kat hospital yg mmg specific utk bersalin shj lagi rendah. So kitorang search punya search, ada laa dua hospital bersalin private kat area sana – Hospital Metro Maternity & Hospital Bersalin Razif.
  • Hospital Metro Maternity: Kitorang g usha hospital ni kat Banting. Saje2 nak survey harga pakej & tgk sendiri suasana tempat tu mcm mana. Jarak dlm 30 minit dari rumah mak mertua, sure x jem punye. Aku xingat brp harga pakej dia. Nak kata mahal @ murah pun xreti sbb masa tu xde harga pakej kat tmpt lain yg nak di’compare’kan. Suasana lak agak sunyi, sepi, hambar, mcm xde patient langsung. Hehe. Seperkara yg kurang menarik kat situ, patient akan dipindahkan ke Hospital Metro Maternity Klang if perlu dibedah. Leceh.
  • Hospital Bersalin Razif: Jarak hospital ni kira2 30 minit dari rumah mak mertua, berdepan dgn Hospital Klang. Suasana dalam hospital menarik & selesa. Pakej yg ditawarkan pun affordable. Discuss punya discuss, kitorang pun setuju utk amek pakej ni:-
  
Package 2 scheme by installment (Antenatal & Delivery) : RM 2100.00

1st payment on 12 weeks (RM200.00)
Booking from 12 – 16 weeks
• Blood Test
• Ultrasound (fetal dating)
• Antenatal consultation up to 16 weeks
• Medication
 2nd payment on 20 weeks (RM250.00)
20 – 24 weeks
• Antenatal consultation up to 24 weeks
• Ultrasound (fetal screening)
• Medication

 3rd payment on 24 weeks (RM300.00)
24 – 28 weeks
• Antenatal consultation up to 24 weeks
• Ultrasound (fetal screening)
• Medication

 4th payment on 28 weeks (RM300.00)
28 – 32 weeks
• Antenatal consultation up to 32 weeks
• Ultrasound (fetal screening)
• Medication 


5th payment on 32 weeks (RM300.00)
32 – 34 weeks
• Antenatal consultation up to 34 weeks
• Ultrasound (fetal growth)
• Medication

 6th payment on 36 weeks (RM350.00)
36 – 40 weeks
• Antenatal consultation up to 40 weeks
• Ultrasound (fetal growth)
• Medication

 7th payment on 40 weeks (RM400.00)
• Normal Delivery
• 2 nights stay in the ward
• Includes all treatment & medication


Package does not include :
  • Bleeding at early pregnancy, infection in pregnancy & any complication in pregnancy.
  • Abnormal delivery such as breech, twins and caesarean (LSCS).
  • Any complication happened before, during or after delivery.
  • Baby that need special attention.
  • Term & Condition are subject to change
Room Types and Rates in Hospital Bersalin Razif
Perdana Single Room = RM 200/night
Perdana Double Room = RM 150/night
General Ward = FREE
*Room only, not in the package
Rajah 1 : Proses Kitorang Pilih Hospital Bersalin



Masa nak pilih Hospital Bersalin Razif ni dulu, aku terfikir gak, OK ke nak amek hospital ni. Masalah paling besar yg aku fikir time tu sbb lokasi hospital yg memang terkenal dengan traffic jam. Dulu aku fikir perempuan yg nak bersalin mesti nak kena pergi hospital cepat-cepat je (pengaruh Drama Melayu, bagi unsur saspens). Sekali bukan semua kes ibu nak bersalin mcm tu daa. Ada je yg sempat nak panaskan lauk utk anak balik tadika nnt, tutup tingkap rumah, sms kengkawan utk bgtau saiz bukaan dll. Hahahaha. So, insyaallah kitorang dah buat pilihan yg tepat & segalanya akan dipermudahkan ;)

Monday, 23 May 2011

Setiap Yang Berlaku Pasti Ada Hikmahnya

Hari ni hari Isnin. Mcm biasa laa, mood Monday Blues -___-
(Mengantuk sbb xcukup tidur, layan bola mlm tadi. Man Utd lwn Blackpool)

Mama Eta gerak g kerja kol 7.14 pagi. Selalunya amek masa dalam 30-40 minit nak sampai klinik. Kalau jalan clear, especially kat area tol Sg. Besi, so cepatlah sampai. Kalau traffic jam, lambatlah jawabnye. Tapi hari ni ditakdirkan kesesakan lalu lintas yg melampau tahap cipan. Antara puncanya sebab terowong SMART tutup disebabkan hujan (ada gak yg kata sbb diorang tgh wat penyelenggaraan). So nak dipendekkan cerita, Mama Eta sampai ke klinik kol 8.47 pagi. Total time, 1 jam 33 minit..!!! Mcm nak drive balik Masjid Tanah je.

...SETIAP YANG BERLAKU PASTI ADA HIKMANYA...

Masa kat klinik, ada lori Pharmaniaga datang bawa stok ubat. Lepas dah punggah semua ubat, diorang pun nak gerak balik. Kawasan tempat letak kereta klinik tu dah lah sempit. So akibatnya, adalah kereta staf klinik yg kurang bernasib baik ni kena langgar dgn lori tu. Kereta malang tu parking kat tmpt yg memang Mama Eta selalu park. So nasib baiklah Mama Eta sampai lambat hari ni & xparking kat situ. Terselamatlah Fofi. Phewwwww ;)


Saturday, 21 May 2011

Tentatif Program 22 Mei 2011 (Ahad)

12.00 t/hari : Bangun Pagi ;p

12.30 ptg : Ke Alamanda

Zohor : Solat

2.30 ptg : Tgk wayang, Nur Kasih

4.30 ptg : Shopping barang dapur, order Pizza Hut (1 Regular Chicken Supreme & 2 Spaghetti Meatball Bolognese)

6.00 ptg : Balik rumah

Maghrib : Buka Puasa. Yeehaw~!!!

Malam: Tgk tv - Buletin Utama, Mentor, Man Utd vs Blackpool

Ngantuk : Krohhh krohhh krohhh

Friday, 20 May 2011

K.A.N.T.O.I

Alkisah...

Dukacita dimaklumkan yg isteri tersayang telah menemui kewujudan Diari Papa Deh sekitar jam 5 ptg hari ini ;( Rosak plan nak bagi kejutan <---actually xde apa-apa plan lagi pun sbnrnye ;p

Sekian, Papa Deh melaporkan dari rumah ibu mertuaku..

Ford Fiesta 1.6L Sport Ti-VCT











Tarikh dapat : 26 April 2011
Mode: Happy, Excited, Senyum Lebar :))))))

Tarikh calar : 19 Mei 2011
Mode: Bengang, Sakit Hati, #!@$%^&*
Sabar-sabar, xbaik utk baby
GRRRRRR!!!!!

Monday, 16 May 2011

Sakit Tangan, Sengal & Lenguh

Mama-To-Be rasa xselesa kat tangan - sengal & lenguh. 2 hari gak laa (12 & 13 Mei). Masa 12 Mei (Khamis) tu, Ita attend kursus kat JKWP. Time tu laa start rasa pelik2 ni. Lepas kerja, kitorang g tgk wayang kata Alamanda, cite KONGSI. Best tapi aku xpuas hati ending dia. Plot cerita pun xkuat, byk persoalan xterjawab. Haha, ok ok, dah lari topik. Nak dijadikan cerita, time tgk wayang tu, tgn kitorang gilir2 mengurut tgn ita. Tgn belah kiri if xsilap. Balik rumah mlm tu, sapu krim n ok sikit.

Hari Jumaat Ita g kursus kat JKWP tu lagi. Tgn sakit balik. Adei. Lepas kerja, kitorang balik Jenjarom. Ita cite kat family pasal sakit tgn tu. Along ckp, dia dulu pun ada kena sakit2 yg lebih kurang mcm tu time pregnant before2 ni.

Lepas tu, dari Sabtu lepas sampai ke hari ni, semua pun dah ok. Xde rasa sakit2 tangan tu lagi.Alhamdulillah :)


"Ya Allah, kurniakanlah kami zuriat-zuriat yg baik, soleh & solehah.  
Dan Kau permudahkanlah urusan kelahiran mereka kelak. Amin."

Sunday, 15 May 2011

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu
diucapkan kepada semua ibu, emak, mama, mummy, umi dan seangkatan dengannya di dunia ni especially utk ibu-ibu kat bawah ni. Semua gambar yg aku upload ni, aku search kat Google. Tq Google!!

Rahmah Abdul Manaf (Emak)
sayang emak sangat-sangat!! 

 
Masnita Abdul Karim (Mama-To-Be)
I Love U~
 
 Umi Kasim (Ibu Mertuaku)
Ni bkn gmbr berukuran pasport, warna biru kat belakang tu baju melayu Ejal (adik ipar)

Siti Fatimah Hasim (Nenek Belah Ayah)
Apsal? Xpercaya? Haha. Gegurau jek ;p Search nama nenek tapi yg keluar gmbr ni plak. Nnt aku uploadkan gmbr Nenek Siti yg btol2.

Last but not least!! Memandangkan Hari Ibu tahun 2011 ni disambut pada 8 Mei, sama laa plak dgn bzday arwah ayah aku, Azizob Bin Baba (1957 - 1987). Thanks mak & ayah for everything ;)

Additional Info!! Tarikh 8 Mei 2011 ni gak, genap 100 hari Ita & aku bergelar suami isteri ;)

Wednesday, 11 May 2011

Scan Baby

Skrg ni waktu rehat kat ofis, so aku bkn laa curi2 masa kerja utk tulis blog ni ek. Seperti yg dijanjikan, post baru aku ni pasal gambar baby kitorang yg di'scan'. Alkisahnya mcm ni laa.....

Antara Hospital Kerajaan & Private / Maternity Hospital, rasanya hampir semua wanita mengandung yg berkemampuan akan pilih untuk katakan TAK kpd hospital kerajaan utk dijadikan tempat bersalin diorang. Kenapa? Of course laa sbb layanan kat private hospital yg lagi baik, tempat yg lagi selesa etc. Ye la, kita bayar mahal2, diorang pun kenalah layan kita dgn baik kan. Samalah kes dgn Ita. Isteri aku ni pun nak bersalin kat private. So kitorang survey punya survey, finally Hospital Bersalin Razif (HBR), Klang jadi pilihan. Tahniah2!! Pakej bersalin yg diorang offer mmg affordable, suasana dlm hospital dia pun tenang je rasa. Cewah!

Nak dipendekkan  cerita, dah tiga kali kitorang g scan baby kat HBR ni. Kat bwh ni aku 'insert'kan gambar-gambar baby yg dah di'scan' tu..

 
Umur: 7 minggu 6 hari
Tinggi: 13.9 mm
Confirm ada baby
Dgr bunyi jantung
Expected deliver 30 Okt 2011


 Tarikh Scan: 1 Apr 2011
Umur: 10 minggu 5 hari
Tinggi: 38.7 mm
Confirm deliver date 30 Okt 2011


 
Umur: 14 minggu 2 hari
Tinggi: 82.7 mm

Tuesday, 10 May 2011

Baby (Debut Post)

Aku dapat ilham nak tulis blog ni lepas tgk cerita Diari Suami 9 Bulan kat tv9 (20 April 2011, 8.30 mlm). Pelakon: Intan Ladyana, Norliana Samsuddin, Kamal Adli & Cat Farish. Menarik gak laa cerita tu, pasal 2 pasangan pengantin baru yg isteri diorang mengandung anak pertama. Ita, wife aku menangis tgk cerita tu sbb terharu. Huhu.

Plan asal nak wat blog ni sepatutnya lagi awal. Kira2 mcm sehari lepas tgk cerita tu laa. Tapi timing xsesuai. Nak wat kat rumah, nnt Ita nmpk. Nak wat kat ofis, nnt kwn2 nmpk. Bkn aku xnak bagi Ita baca blog ni tapi aku pk biarlah dah ada bbrp post dlm blog ni dulu, baru bagi Ita baca. So mlm ni tahniah laa kat diri sendiri sbb dpt curi2 ruang & masa utk wat Blog SSS ni. Ita tgh study + online pakai lapot dia kat sana. Aku lak baring kat sblh sini & online pakai lapot Compaq aku yg kuno ni.

Nak dipanjangkan karangan, aku 1st time dapat tau akan jadi papa on 25 Februari. Nak dekat sebulan gak laa lepas nikah. Time tu aku tgh otw drive g wedding Myra, kakak Mao kat Damansara. Tetiba je Ita call n cakap "Happy Becoming Papa!!". What??? Cmne nak describe apa aku rasa time tu ek. Tergezut, Happy, Excited. Mcm2 laa, mix reaction.

Gmbr baby yg dah scan ada kat ofis. So aku ingat next post baru aku upload semua gambar2 baby yg dah scan tu + cerita2 sikit perkembangan anak sulung kitorang ni. Tu je laa kot utk debut post aku ni. Sekian, nak g sidai baju.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...