Tuesday, 27 November 2012

Baca Yasin Pukul 3 Pagi

Assalaaaaamualaikum..~!!

Weekend baru-baru ni, Ziqri tak lena tidur. Kejadian ni berlaku betul-betul lepas Manchester United bangkit daripada ketinggalan 1 gol untuk menewaskan Queens Park Rangers dengan keputusan 3-1. Yeah..!

Ziqri & Mama Eta dah tidur masa aku tengok bola. Lepas habis game kira-kira pukul 1 pagi, aku pun tutup tv & nak tidur. Then tetiba je Ziqri menangis. Bila dah dapat susu, Ziqri pun sambung tidur.

Beberapa minit lepas tu, Ziqri nangis lagi. Mama Eta & aku terjaga tapi berpura-pura tidur. Ziqri dah penat agaknya menangis, sambung tidur.

Selang beberapa minit kemudian, Ziqri nangis lagi. Taktik pura-pura Mama Eta & aku dah tak menjadi. Lalu ditepuk-tepuk tilam, bagi irama supaya Ziqri dibuai mimpi balik. Menjadi & Ziqri sambung tidur.

Tak lama lepas tu, Ziqri nangis lagi. Taktik tepuk tilam pun dah tak menjadi. Ziqri tergaru-garu kepala & telinga dia. Ziqri memang ada masalah eczema. Belakang telinga dia pun dah sampai luka-luka sebab selalu sangat digaru. Jadi untuk meredakan rasa gatal dia tu, kami gunakan tisu basah untuk lap kepala & telinga dia. Ziqri lega & sambung tidur.

Selang beberapa minit lepas tu, Ziqri sambung balik menangis & tergaru-garu. Badan / kepala Ziqri tak panas pun. Kenapa laa agaknya ni. Tidur Mama Eta & aku terganggu.

Sampailah dekat pukul 3 pagi, Mama Eta tanya pendapat aku, "Ziqri kena 'ganggu' ke sebab kita keluar malam tadi..?". Aku atas pagar, nak mengiyakan atau menidakkan.

Tengok pada keadaan Ziqri yang dah 2 jam macam ni, aku pun ambil keputusan untuk baca yasin. Mama Eta minta sediakan air suam gak untuk bagi Ziqri minum.

Drama melayu sangat mempengaruhi aku pada malam tu. Nak lagi spesifik, aku terbayangkan cerita Jangan Pandang Belakang. Hoho. Makin kuat Ziqri menangis, makin meremang bulu roma aku sambil baca yasin :p

Lepas habis baca, kami pun bagi Ziqri minum air yasin tu. Alhamdulillah lena pun tidur dia lepas tu :)

Gambar lama


Rupa-rupanya Ziqri tak lena tidur malam tu mungkin sebab rasa tak selesa nak demam.

Kesian.

Wednesday, 21 November 2012

Lasagna Tersedap Kat Mangiamo Cafe..?

Assalaaaamualaikum..~!!

Banyak pulak cerita pasal makan kali ni.

Kali ni aku nak kongsi dengan korang pasal makan-makan kat Mangiamo Cafe. Kafe ni terletak kat dalam Taman Ekuestrian Putrajaya, berdekatan dengan PICC. Jalan masuk ke Taman Ekuestrian ni agak tak berapa ok, nampak macam jalan mati je. Padahal tu laa satu-satunya jalan masuk dia. Huhu.

Aku tau kewujudan kafe ni daripada sedare. Katanya Mangiamo Cafe ni biasa je, cuma nak pergi sebab tak pernah masuk jalan-jalan kat Taman Ekuestrian. Haha. Apa punya reason daa. So aku pun bawak laa Mama Eta & Ziqri jalan-jalan cari mamam.

Niat di hati masa nak ke sana tu untuk dinner. So kami pun pergi makan dalam kol 630 ptg. Ada 2 pilihan tempat duduk samada kat dalam atau luar. Kami pilih duduk kat luar sebab kononnya nak lebih dekat dengan nature. Cet. Tapi memandangkan waktu tu dah nak dekat maghrib, tetiba lak banyak nyamuk muncul menyerang. Tergaru-garu Ziqri & aku. Mama Eta je yang steady. So next time kalau nak makan kat situ time dekat-dekat Maghrib, baik makan kat dalam.

Kami order appertizer - Mini Chicken Murtabak (RM6.60), main course - Lasagne With Light Spices Tomato Sauce (RM17), snack - Potato Wedges (RM5), dessert - ABC (RM6), drinks - Pineapple Spritzer (RM6.50) & Mangiamo Cooler (RM7.50). Then kena tambah lagi 10% service charge. Pada aku harga dia agak mahal tapi berbaloi sebab saiz hidangannya semua besar punya..!!

Mini Chicken Murtabak
Lasagne With Light Spices Tomato Sauce
Potato Wedges
ABC
Pineapple Spritzer (R) & Mangiamo Cooler (L)
Dalam semua hidangan yang kami makan, Lasagna tu paling sedap rasanya. Habis licin 1 pinggan. Lupa terus diet. Ni betul punya cheat day. Haha. Sepanjang hayat aku, rasanya Lasagna yang mak Bob (member) buat paling sedap tapi yang ni pun rasanya setanding. Pergh..!!

Mama Eta cakap next time kalau nak makan kat Mangiamo Cafe lagi, order Lasagna, dessert buah-buahan untuk Ziqri & air je pun dah cukup kot. Sesuai untuk kami yang tengah kawal pengambilan kalori ni. Hehe.

Kepada sesiapa yang berminat nak makan kat Mangiamo Cafe, boleh dapatkan info lanjut kat FB Taman Ekuestrian Putrajaya. Dalam tu ada laa peta, menu & gambar-gambar makanan untuk pertimbangan korang. Haha.

Sekian. Jangan lupa baca Bismillah ye..!!

Tuesday, 20 November 2012

Sedap Sangat Ke Durian Crepe?

Assalaaaaamualaikum..~!!

Semenjak 2 menjak ni aku kerap nampak kawan-kawan Facebook bercerita pasal Durian Crepe. Dah jadi macam trend makanan terbaru lak. Disebabkan oleh rasa ingin tau yang membuak-buak, aku pun google pasal Durian Crepe ni. Baca punya baca, tengok punya tengok, senyum punya senyum, telan air liur. Ok aku decide nak beli.

Ramai je orang yang meniaga Durian Crepe secara online. Aku contact dalam 6 org yg jual Durian Crepe sekitar Putrajaya ni & aku pilih peniaga yang boleh supply paling cepat. Kebanyakan diorang ni jual Durian Crepe pada harga RM2 sebiji. Biasanya dioang jual dalam 5 atau 6 biji sepaket. Kalau yang lagi mahal, dia jual 3 biji sepaket pada harga RM10.

Tapi alangkah tergezutnya aku masa pergi ambil Durian Crepe tu, kecik je saiz dia rupanya..!! Sekali suap je pun dah muat masuk dalam mulut. Kunyah kunyah kunyah telan. Dah habis RM2. Hahaha.

Ziqri nak rasa..?
Rasa Durian Crepe ni bagi aku macam durian biasa je. Pada harga RM2 seketul, agak kurang berbaloi laa. Baik aku borong durian macam biasa je. Lagi puas kot, baru feel :)

Ada sorang member ni cadangkan kat aku supaya beli Durian Pancake kat Sweet Chat Cafe je, lagi sedap katanya. Ok next time kita kena try ni..!

Sekian. BURP

Monday, 19 November 2012

Beli Rumah Kat Jenjarom

Assalaaaaamualaikum..~!!

Adakah korang tengah mencari-cari rumah nak dibeli..?

Dekat dengan kawasan rumah MIL aku kat Jenjarom ni, tengah dibuat projek perumahan. Sri Jaromas namanya. Projek fasa 1 dah sold out & projek pembinaan sedang rancak dijalankan. Sekarang ni tengah dibuka jualan untuk fasa 2. Lepas ni, ada rancangan untuk fasa 3 lak. So kiranya pembangunan terancang laa.

Map lama, tak letak SKVE lagi

Bagi projek fasa 2 ni, ada dijual rumah teres & semi-D 2 tingkat. Kita mulakan cerita dengan projek rumah teres ni yang dinamakan Tamera. Tamera dibahagikan kepada 2 jenis rumah.

Tamera Type A
Luas tanah 22' x 70', luas binaan 2,323 sqf, 4 bilik, 3 bilik mandi & freehold
Harga bermula dari RM367,000

Tamera Type B
Luas tanah 20' x 70', luas binaan 2,025 sqf, 4 bilik, 3 bilik mandi & freehold
Harga bermula dari RM339,000.

Bagi rumah semi-D 2 tingkat lak, dinamakan Rosa2 Dreams. Kenapa Rosa2..? Sebab projek fasa 1 dulu dah buat semi-D gak yang dinamakan Rosa. Rosa2 ni merupakan 1st Gated & Guarded Exclusive Residence in Jenjarom ok..! Haha. Rosa2 pun dibahagikan kepada 2 jenis rumah.

Semi-D Type A
Luas tanah 37' x 85', luas binaan 3,132 sqf, 5 bilik, 5 bilik mandi & freehold
Harga bermula dari RM611,000.

Semi-D Type B
luas tanah 37' x 85', luas binaan 3,151 sqf, 5 bilik, 5 bilik mandi & freehold
Harga bermula dari RM615,000.

Tamera




















Rosa











Harga rumah-rumah ni agak sedikit mahal sebenarnya. Sebab apa..? Harga melonjak naik sebab SKVE dah buka. Hehe. Lokasi Sri Jaromas ni 5 minit je daripada exit Teluk Panglima Garang. Dengan kewujudan SKVE ni gak, jarak perjalanan ke Putrajaya cumalah 30 minit. Akses ke ELITE (exit Bandar Saujana Putra) dalam 15 minit & tak lama lagi ada akses ke WEST COAST EXPRESSWAY (exit Tanjung 12) dalam 10 minit je. Akses ke KESAS pun dalam 30 minit je tapi x lalu SKVE pun.

Selain tu, lokasi Sri Jaromas ni adalah dalam 20 minit ke Bukit Tinggi, Klang & 20 minit gak ke pekan Banting. Dari segi kemudahan yang lain, dah sedia ada pun sekolah rendah, sekolah menengah, klinik kesihatan, masjid, stesen minyak & pejabat pos.

Dalam projek Sri Jaromas ni gak, akan didirikan Tesco, Econsave & lot-lot kedai. Kalau dah boring shopping kat sini, boleh je ubah angin pergi ke Giant Banting yang baru je dibuka dalam sebulan kot (10 minit) atau ke Jusco Bukit Tinggi (20 minit).

Masterplan Sri Jaromas
Cadangan lot-lot kedai

Apa lagi nak cerita kat korang ye..? Hahaha. Aku bukan agen, xde sebarang komisyen pun tolong promote ni. Tapi saje je seronok menulis untuk perkongsian dengan korang yang tengah mencari rumah. Tak banyak detail yang korang boleh dapat daripada internet. Model rumah boleh tengok kat Giant Banting / Tesco Klang.

Sekian, rumahku syurgaku..!

Saturday, 17 November 2012

Zaman Menulis Blog Masih Belum Berakhir

Assalaaaaaamualaikum..~!!

Dah lama aku x update blog. Biasanya aku akan menulis pakai lapot Mama Eta. Tapi lapot tu ada problem sikit. Nak hntr repair pun malas. Malas sebab rasa keperluan kat lapot tu macam dah kurang. Kalau setakat nak online, aku ada iPad, Mama Eta lak ada telefon pintar (fuiyo, power). Tapi nak menulis blog pakai 2 gajet ni, xbest mcm pakai lapot.

Satu lagi pilihan aku untuk update blog, dengan cara pakai pc office. Tapi laa ni, agak sibuk dengan program sana sini + kekurangan idea = xnak menulis.

Ada satu ketika tu aku terbaca kat surat khabar, katanya "zaman blog dah berlalu". Aku pun hampir bersetuju dengan kenyataan tu. Kadar pembaca blog aku pun makin menurun dari hari ke hari. Terlintas dalam hati aku nak tamatkan aktiviti menulis blog.

Tapi hari ni aku ubah fikiran. Aku fikir zaman blog tak berlalu pun sebenarnya. Diari Papa Deh ni pada aku, ruang untuk aku mencatit memori sendiri untuk kenangan sendiri & mungkin bacaan sendiri gak pada masa akan datang. Biarlah kalau orang tak minat nak baca pun, apa ada hal kan :) Tapi bila ada yang berminat nak baca, itu bonus!

Apa cerita baru kami sekeluarga? Hari ni 17 November 2012. Alhamdulillah kami sekeluarga kekal berbahagia & In Shaa Allah buat selama-lamanya.

Musyrif Ziqri, 14 bulan. Besar dah tapi Mama Eta & aku masih layan Ziqri macam baby. Mungkin sebab Ziqri masih belum berjalan. Ziqri tengah berusaha lagi, selangkah demi selangkah. Rekod peribadi dia yang aku dapat kira adalah dalam 10 langkah. Hehe. In Shaa Allah xlama lagi pandailah anak ayah ni berjalan.

Mama Eta dah makin kurus. Impian dia nak tengok berat badan start dengan angka 4 dah tercapai. Nak lagi tepat, 49 kg. Haha, kool..! Kami diet sama-sama. Aku xrancang pun nak diet ni. Cuma sebagai tanda sokongan pada isteri, aku pun tumpang sekaki. Alhamdulillah, aku dah turun 7kg sekarang berbanding dengan berat badan masa lepas raya Aidilfitri hari tu. Tak perlu bersenam, cuma kena kawal pengambilan kalori & pastikan perut tak lapar. Target aku nak turunkan berat badan sampai cecah BMI 22. In Shaa Allah.

Emak aku lak baru je balik daripada bercuti kat Istanbul & Dubai. Lama gak mak pergi, 5-15 November. Seronoknya. Teringin gak nak join. Tapi memandangkan tarikh tu bertembung dengan salah satu program besar pejabat aku, jadi kenalah kerja didahulukan :p Err, kalau tak kena kerja pun xleh nak g kot sbb xde duit. Haha.

BIL aku pun dah kahwin baru-baru ni. Alhamdulillah dengan sekali lafaz je pada 9/11/12, dia sah jadi seorang suami. Tapi nikah gantung. Kenduri kahwin pada 2 & 9/12/12. Jemputlah datang ye. Hehe. Satu kes yang xleh aku lupa time hari nikah tu, bila Tok Kadi buat kuiz agama kat BIL. Well, selalunya soalan bocor adalah "sebutkan rukun NIKAH". Ye, memang Tok Kadi ada tanya soalan tu gak. Tapi dia tanya gak "sebutkan rukun MANDI HADAS BESAR". Hahaha. Garu kepala.

Thursday, 1 November 2012

Refleksi DPA November

Assalaaamualaikum.~~!!

Entri refleksi Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) Bil. 1/2011 aku diteruskan lagi untuk bulan November lak. Penat aku mencari-cari cerita yang pernah aku tulis sebelum ni tapi takde..! Kalau takde sumber, takde laa cerita. Adoyai.

DPA pada bulan November 2011 ada 5 modul keseluruhannya.
  1. Outward Bound School (29/10 - 5/11) @ Lumut;
  2. Modul Kepimpinan Integrasi (7 - 12/11) @ INTAN BK;
  3. Modul Pengukuhan Bahasa (14 - 19/11) @ INTAN BK;
  4. Modul Pengurusan Sumber Manusia & Organisasi (21 - 26/11) @ INTIM, Kemaman;
  5. Modul Perancangan & Pentadbiran Sosial / Infrastruktur (28/11 - 3/12) @ INTIM, Kemaman.

Modul Outward Bound School (OBS) aku dah ceritakan dalam Refleksi DPA Oktober. Jadi kita teruskan kepada modul berikutnya.

7 November, aku macam tak dapat nak ingat balik apa yang berlaku sepanjang Modul Kepimpinan Integrasi :p Adakah kami peserta-peserta DPA 'dihukum' untuk menulis karangan 30 muka surat mengenai kisah 3 orang pemimpin Islam..? 'Hukuman' dijatuhkan gara-gara ramai peserta tak turun solat maghrib berjemaah kat surau. Astaghfirullah...

14 November, Modul Pengukuhan Bahasa ni satu lagi modul favourite aku..! Modul ni lebih kepada English Week. Mari belajar Bahasa Inggeris :p Sidang C dipecahkan kepada 2 kumpulan berdasarkan ujian yang diberikan lebih awal. Semasa modul ni gak, kami kena buat book review untuk buku yang menjurus ke arah pengurusan. Aku baca buku "Leading Through Conflict" yang ditulis oleh Mark Gerzon dan dipinjam daripada Mary Ann Thomas (Mary, aku tak pulangkan lagi buku ni kat kau..!!!)

Apa yang paling menyeronokkan semasa modul ni adalah kami dikehendaki untuk menganjurkan English Night pada penghujung modul..! Konsep dia lebih kurang sama je dengan Malam Protokol semasa Modul Pengurusan Majlis sebelum ni. Sidang C bersetuju untuk mempersembahkan karya penuh aksi mendebarkan yang bertajuk "The Three Musketeers". Woohoo..~!!!

Pada mulanya aku diundi untuk pegang watak utama, D'Artagnan tapi aku tak nak. Lepas bincang balik, Nazrain setuju untuk ambil watak tu dan aku berlakon sebagai Athos. Aku bukannya pandai berlakon pun tapi ruang & peluang yang diterima ni membuat aku jadi teruja gile..! Haha.

L-R: Guard 1, Guard 2, Marc Anthony (back up singer), Aramis, D'Artagnan & Athos

L-R: Porthos, Arthos, ..., ..., Marc Anthony (back up singer) & Milady..?


20 November, tayar bas bergolek dari INTAN BK ke INTIM Kemaman. 2 minggu berkursus kat INTIM dimulakan dengan modul PESMO. Ok laa, biasa je pun. Minggu kedua adalah modul PEPSI. Ok jugak. Takde apa nak diceritakan..?

Apa yang menarik kat INTIM adalah lokasi dia kat tepi pantai & ada makcik-makcik yang menjual keropok lekor. Selalu pada waktu petang selepas kelas tamat, ramai keluar beli keropok lekor kat luar tu. Aku tak pernah keluar pun. Kalau setakat pesan tu, ada laa dalam 2, 3 kali.

27 November, Maulidur Rasul jatuh pada 27 November (Ahad). Sekaligus 28 November (Isnin) pun diisytiharkan cuti laa kan :) Rasanya kami tak dibenarkan balik kot. Tapi.......... Hehehe.

2 Disember, Sidang C 'dicabar' untuk menganjur satu majlis bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul. Maka, cabaran daripada Pengarah INTIM tu disahut oleh Sidang C & aku dilantik sebagai Pengarah Projek. Program tu dibuat pada 2 Disember (Jumaat), waktu malam dan diberi nama "Nur Hijrah...Suatu Permulaan". Bagi aku, majlis tu biasa je laa cuma jadi sedikit cacat sebab pengurusan masa lari daripada perancangan asal. My bad..! Keesokan harinya kami pun kembali ke KL dengan membawa keropok-keropok lekor & dibenarkan untuk pulang ke rumah masing-masing :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...