Monday, 25 February 2013

Happy Becoming Papa

Assalaaaamualaikum..~!!

Tersebutlah kisah 2 tahun lepas pada tarikh hari ni, Mama Eta call aku dan wish "happy becoming papa".

Seronok bukan kepalang dapat berita tu :) Nak lagi best, usia perkahwinan kitorang time tu baru je 26 hari. Alhamdulillah dimurahkan rezeki.

Dipendekkan cerita, Musyrif Ziqri lahir 8 minggu lebih awal dari tarikh yang dijangka. Syukur sebab Ziqri dan Mama Eta kedua-duanya pun ok. Cerita lagi detail boleh baca kat SINI.



Ziqri membesar dan terus membesar, jadi lebih sihat, lebih hensem, lebih pandai, lebih manja dan yang sewaktu dengannya.

Hari ni umur Ziqri dah 1 tahun, 5 bulan, 2 minggu, 6 hari. Hehe. Aku memang gila pada nombor. Mak suruh aku jadi akauntan, aku cakap nak jadi engineer. Last-last both pun tak jadi. Haha. Ziqri dah besar nak jadi apa..? Mama tak nak Ziqri jadi pharmacist ye :p Ok dah melalut.

Akhir kata, mama dan ayah sayang Ziqri :)

Friday, 15 February 2013

Hari Terakhir Bercuti di Bandung

Assalaaaaamualaikum..~!!

Sedar tak sedar dah masuk hari terakhir kitorang kat Bandung. Plan kitorang hari ni nak dimulakan kat Pasar Baru. Memandangkan Pasar Baru tu buka pukul 9.00 pg, jadi kitorang takde laa rushing sangat nak breakfast, bersiap dan keluar. Ada lagi masa nak menyumbat barang-barang shopping dalam bagasi. Hoho.

Kitorang kembali ke Pasar Baru buat kali kedua. Tujuan utama sebab nak beli oleh-oleh Bandung macam fridge magnet. Pelik betul, kitorang langsung tak jumpa kedai yang jual oleh-oleh ni melainkan kat Ivan Fashion, kedai yang kitorang beli t-shirt Bandung banyak-banyak masa hari pertama kat sini. Walaupun kurang menarik tapi belilah gak daripada balik tangan kosong je.

Selain tu, Mama Eta sempat lagi tu nak singgah kedai-kedai tas tangan kat Pasar Baru ni. Yelah, dia memang nak beli handbag berjenama pada harga murah kat Bandung ni. Tapi bila tengok beg-beg murah kat Pasar Baru ni, walaupun berjenama, kualitinya terlampau mengecewakan. Langsung tak beli. Sebaliknya aku lak yang beli beg yang saiznya lebih kurang 56cm x 36cm x 23cm (hehe, ikut arahan Air Asia) untuk dijadikan cabin bag.

Dari  Pasar Baru, kitorang ke Rumah Tas di Jalan Lembong untuk meneruskan misi mencari handbag Mama Eta. Rumah Tas ni macam Terminal Tas di Jalan Riau gak la. Ada yang kata beg-beg kat Terminal Tas dijual lagi murah. Aku pun tak pasti. Puas ronda dalam Rumah Tas tu, dari depan ke belakang, dari bawah ke atas, Mama Eta tak jumpa gak yang berkenan di hati. Maka diputuskan bahawa misi mencari handbag Mama Eta gagal.

Lepas Rumah Tas, kitorang dah blur tak tau nak ke mana lagi. Blazer, kain ela, telekung, t-shirt Bandung, jeans, blouse, kasut dan oleh-oleh, semua dah beli. Apa lagi yang kitorang nak cari..?

Fikir punya fikir, kitorang decide laa untuk kembali ke Bali Heaven di Jalan Pasirkaliki. Macam yang aku ceritakan kat beberapa entri sebelum ni pasal keseronokan Mama Eta shopping kat Bali Heaven, kali ni pun sama. Sonok laa dia beli macam-macam. Duit pun ada banyak lagi, hasil penjimatan shopping item-item yang lain. Hehe.


Aku bercadang nak melawat masjid yang terbesar kat Bandung selepas tu. Tapi supir kitorang kata tempatnya jauh sangat. Memandangkan ada surau kat Bali Heaven ni, jadi kitorang pun solat je la kat sini. Suraunya sederhana besar tapi tempat ambil wudhu' dia berkongsi lelaki dengan perempuan. Boleh lak macam tu ek. Nasib baik takde orang lain kat situ masa Mama Eta ambil wudhu'.

Dari Bali Heaven, kitorang ke Kartika Sari untuk beli brownies yang sedap-sedap untuk diri sendiri dan famili kat Malaysia. Makanan macam ni memang digalakkan beli pada hari terakhir korang kat Bandung supaya tak cepat basi/rosak bila sampai Malaysia. Aku tergezut bila supir bawa kitorang ke Kartika Sari di Jalan Kebon Jukut sebab aku ingatkan Kartika Sari ada kat Jalan Dago je. Rupa-rupanya ada banyak cawangan dia kat Bandung.




Memetik kata Mama Eta, "Kartika Sari ni indah rupa dari rasa..!". Haha. Ni laa akibatnya bila expectation terlalu tinggi. Kitorang beli Durian Bollen (kering dan tak sedap), Brownies Kukus Besar (ok laa), Trio Brownies (aku suka part coklat je) dan Cake Sale Keju (pisang salai kecik je). Selain tu, kitorang beli gak bekalan untuk makan kat airport nanti macam Tiramisu Cup (ok laa), Red Velvet Cake Slice (sedap lagi RV yang aku beli masa birthday Mama Eta) dan Fruit Tarlet (ok laa).

Berdekatan dengan Kartika Sari tu ada kedai makan masakan Padang, namanya Mitra Sederhana Pasteur. Konsep hidangan masakan Padang ni, diorang akan letak semua jenis lauk kat atas meja makan kita. So kita pilihlah apa lauk yang kita nak. Kalau tak nak, asingkan awal-awal. Dia akan caj berdasarkan lauk apa yang kita ambil. Aku makan lauk sotong masak lemak memang terbaek..! Haha. Lauk lemak gak yang sedap kan.




Sebelum ke airport, kitorang kembali ke Jalan Dago untuk berpusing-pusing kali terakhir. Ziqri dah tidur, jadi aku laa yang jalan sorang-sorang. Dari outlet yang kitorang dah pernah pergi sampailah ke outlet yang belum pernah pergi, apa pun aku tak beli. Haha. Susah betul nak mencari benda yang berkenan kat hati.

Sebelum bergerak ke airport, kitorang dah kena bayar servis supir sebab katanya kat airport tu tak boleh nak berhentikan kereta lama-lama. Sekadar perkongsian dengan korang, bagilah upah lebih sikit kat supir korang atas sumbangan dia. Kadang-kadang tu kesian gak tengok kehidupan diorang. Bayangkan supir kitorang tu pernah bekerja sebagai driver kat Arab Saudi selama 2 tahun dan gajinya Rp3j (RM960) sebulan dah dikira lumayan, berapa je agaknya gaji diorang sebagai supir kat Bandung ni..? No wonder laa diorang sanggup dapat gaji rendah kat Malaysia ni sebab sebenarnya nilai gaji tu dah tinggi kat negara diorang. Haish.

Selepas check in bagasi kat airport, jangan lupa untuk bayar airport tax a.k.a Passenger Service Charge sebanyak Rp75k (RM24) seorang. Infant free. 

Sila bayar airport tax
Timbang berat cabin bag
Nak dijadikan cerita, Ziqri demam lak time ni gara-gara nak tumbuh gigi. Asyik menangis je dia. Selama 2 jam dalam flight pun, menangis je Ziqri. Kesian Mama Eta gak. Kesian kat penumpang-penumpang yang terganggu gak.

Maka berakhirlah sudah perkongsian kisah bercuti di Bandung kitorang 3 beranak. Kalau ada apa-apa nak tanya, silalah.

Sekian, happy holiday..!

Thursday, 14 February 2013

Sangkuriang Resto & Cihampelas Walk

Assalaaaamualaikum..~!! 

Perut dah lapar tapi tak tau nak makan kat mana. Fikir punya fikir, kitorang decide untuk dinner kat Sangkuriang Resto di Jalan Karang Sari, dekat je dengan Rumah Mode. 

Kitorang order lauk Ayam Penyek, Tahu Goreng, Sup Tomyam dan Timbel Komplit Ayam. Kali ni barulah berjaya belanja makan di bawah sasaran bajet kitorang, cuma Rp149.5k (RM47.84). Alhamdulillah kenyang. 

Makan kat pondok, konsep macam Kampung Daun tapi versi murah sikit..


Dari Sangkuriang Resto, kami nak ke Rumah Mode lebih kurang pukul 8.00 mlm waktu tempatan tapi guard dah tutup lak jalan masuk. So cancel plan. Memandangkan Mama Eta sangat-sangat memerlukan seluar jeans malam ni gak, jadi kitorang menuju ke Cihampelas Walk.

Cihampelas Walk terkenal dengan kedai-kedai yang menggunakan maskot super heroes sebagai identiti. Kitorang sempat singgah 2 kedai je iaitu Aladin dengan Catwoman sebab masa yang semakin suntuk. Kedai-kedai ni nak tutup pukul 9.00. Nasib baik jumpa gak yang jeans yang ok dan kitorang terus balik ke hotel untuk mengemas barang. 

Next entry..

Wednesday, 13 February 2013

Bali Heaven & Jalan Dago

Assalaaaaamualaikum & Gong Xi Fa Cai..~!! 

Ok, sambung cerita cuti-cuti Bandung. Dari Kampung Daun, kita mulakan shopping hari ni kat Bali Heaven di Jalan Pasirkaliki. 

Sebelum ni, aku tak pernah dengar pun nama outlet ni. Tapi supir kitorang beriya-iya kata tempat tu best, jadi kitorang pun setujulah untuk ke situ. Aku tidur dalam perjalanan, so tak berapa sure samada Bali Heaven ni dekat ke jauh. Huhu.

Pandangan mata burung..

Ziqri dah tak suka pandang kamera bila ambil gambar. Hurmmm
Bali Heaven ni memang best. Macam outlet lain, Bali Heaven pun jual pakaian untuk semua lapisan umur. Ada gak barangan ala-ala Bali yang dijual kat sini. Mama Eta shopping beberapa helai baju. Ikutkan hati, nak je dia beli lebih tapi bila fikirkan banyak lagi outlet yang kitorang nak pergi lepas ni, so kenalah control. 

Tapi hakikatnya Bali Heaven memang best, menyebabkan kitorang datang balik ke sini keesokan harinya untuk shopping lagi. Haha. 

Dari Bali Heaven, kita ke Jalan Dago lak.

Aku tak tau apa outlet yang menarik kat Jalan Dago ni sebab takde info sangat pun kat Google Maps. Tapi bila dah sampai, barulah nampak semua outlet yang best ni macam Grande, Jetset, Blossom dan House of Donatello

Pada awalnya, aku langsung tak rancang nak shopping apa-apa kat Bandung ni kecuali blazer. Tapi bila dah pusing-pusing kat Jalan Dago ni, aku tertarik lak tengok baju kerja berjenama yang dijual dari harga serendah RM35. Tak mengancam ke..? So aku belilah. Selain tu, Mama Eta lak beriya-iya suruh aku beli sandal. Nak sweet punya pasal, kitorang sama-sama beli sandal yang design dan warnanya lebih kurang sama. Haha. Tapi memang menarik gak laa design kasut-kasut kat House of Donatello, korang kena pergi tengok tu.

Nampak plastik Grande kat tangan tu pun jadi laa..
Kat depan Jetset..
Ayah paksa, Ziqri nangis. Blossom..
Hasil tangkapan kat House of Donatello..


Ziqri dah start penat dan mengantuk masa kat sini. Hujan pun dah turun. Jadi kitorang pun balik rehat kat hotel sebelum keluar semula untuk dinner. 

Next entry...

Friday, 8 February 2013

Sapu Lidi & Kampung Daun

Assalaaaamualaikum..~!! 

Dari Tangkuban Parahu, kita ke Kampung Daun lak untuk lunch. Tapi otw ke Kampung Daun tu, sebenarnya kitorang singgah dulu kat Sapu Lidi di Jalan Sersan Bajuri. 

Sapu Lidi sebenarnya salah satu lokasi yang kitorang target untuk lunch / dinner. Berdasarkan hasil study aku awal-awal, Sapu Lidi ni terletak kat Jalan Cihampelas. Rupa-rupanya itu cuma cawangan biasa je. Please take note, Sapu Lidi sebenar yang offer pengalaman makan di sawah adalah berdekatan dengan Kampung Daun. 

Tapi takpe, kitorang decide untuk singgah gak kat Sapu Lidi ni sebab berhajat nak beli chocolate brownies (dalam resit ditulis brownies besar) yang ada review kata sangat sedap. Kitorang beli 1 pax je. Kitorang tak makan brownies ni sampailah pada waktu malam dan rasanya saaaaaangat sedap..! Tapi kitorang tak terfikir nak beli lagi banyak-banyak, dengan andaian kononnya Kartika Sari ada jual brownies yang lagi sedap. Tapi andaian kitorang silap sebab brownies kat Sapu Lidi ni takde tandingannya..!! Melampau tak ayat tu..? Huhu. Kesimpulannya kalau korang mempunyai citarasa macam kitorang yang gemarkan brownies ala-ala rasa chocolate moist cake, korang belilah chocolate brownies kat Sapu Lidi yang sedap gila ni pada harga Rp40k (RM12.80). Tak menyesal punya.

Miss Universe pun suka chocolate brownies Sapu Lidi..
Tak cukup tangan nak buka penutup & ambil gambar. Panjang brownies ni dalam 30 cm. Arghhh mengidam..!


Ok dari Sapu Lidi, barulah kitorang ke Kampung Daun. Kitorang sampai agak awal, lebih kurang pukul 10.00 pagi waktu tempatan. Kampung Daun pun tak buka lagi. Gila apa nak lunch pukul 10.00..? Haha. Dalam pukul 10.30 baru kitorang masuk, ambil gambar, buat tempahan dan ke pondok makan. 

Dulu aku pernah datang sini tapi pada waktu malam. So tak nampak sangat keindahan landskap Kampung Daun. Kali ni datang pada waktu siang, barulah nampak betul-betul yang tempat ni memang cantik. 

Aku order Ayam Bakar Bumbu Bali (dihidang sekali dengan nasi), Mama Eta order Ayam Panggang Madu (dihidang sekali dengan nasi), Ziqri makan sate ayam (dihidang sekali dengan nasi. What???) dan supir kitorang order Ayam Goreng Kampung Daun (dihidang sekali dengan nasi). Sekali lagi bajet makan kitorang lari :p So diingatkan sekali lagi supaya korang up kan bajet makan ye.

Ayam Bakar Bumbu Bali
Ayam Panggang Madu
Sate Ayam
... dihidangkan bersama sate..
Air special..
Dari Kampung Daun, mari shopping di Bali Heaven..! Next entry...

Thursday, 7 February 2013

Gunung Tangkuban Parahu

Assalaaaamualaikum..~!! 

Hari kedua percutian kitorang kat Bandung bermula dengan lawatan ke Taman Wisata Alam, Gunung Tangkuban Parahu yang terletak kira-kira 40 minit ke arah utara hotel penginapan kitorang.

PEACE..~!! Berbaju sejuk untuk naik gunung..
Bayaran tiket masuk untuk pelancong asing adalah Rp50k (RM16) manakala untuk warga tempatan cuma Rp13k (RM4.16). Infant masuk percuma. Kenderaan yang masuk pun dicaj sebanyak Rp10k (RM3.20) bagi jenis roda 4.

Sebelum ke sini, supir kitorang dah bagitau supaya kitorang menyamar jadi orang Indonesia je sebab nak dapatkan tiket masuk murah. Haish. So masa kat pintu masuk Tangkuban Parahu tu, aku pun berlakonlah.

Supir : 3 orang ya..
Guard : Dari Malaysia ya pak..?
Supir : Dari Indonesia..
Guard : Dari Jakarta ya pak..?
Aku : YA (dengan penuh confident)

Lakonan aku berjaya dan dapatlah kitorang tiket murah. Haish. Kitorang dibawa ke Kawah Ratu. Tempatnya sejuk dan unik sebab takde kat Malaysia kan. Bau belerang sangat kuat kat situ. Kitorang juga dibawa ke Pusat Informasi untuk dengar taklimat ringkas pasal latar belakang, sejarah dll.

Ziqri tdo lak..
1,830 meter dari paras laut..? Itu maksudnya kot..

Kawah mengeluarkan asap. Bau belerang..!
Dah puas bergambar, orang kat sana cadangkan supaya kitorang berjalan kaki menuruni gunung tu kira-kira 20 minit ke Kawah Domas. Kat sana ada sumber mata air panas yang kononnya dapat menghilangkan penyakit kulit. Kitorang malas, jadi terus beredar dari situ.

Dalam perjalanan turun tu, cadangnya nak ke Strawberry Park. Kat situ kita boleh petik sendiri buah strawberry. Tapi plan tu terpaksa dibatalkan sebab buahnya takde. Hoho, rugi-rugi.

Jadi kitorang pun menuruni gunung menuju ke Kampung Daun untuk lunch. Next entry...

Wednesday, 6 February 2013

Anakecil, Jalan Riau & Rumah Mode

Assalaaaamualaikum..~!! 

Dari Resto Karamba, kita ke Anakecil lak untuk shopping pakaian Ziqri..! 

Tengok dari luar pun dah menarik kan..?
Aku tak pasti alamat Anakecil ni tapi kalau rujuk kat resitnya, ini yang ditulis: 

Cimandiri 32 Bandung 
(Belakang Gedung Sate) 

Anakecil ni jual macam-macam barangan anak macam pakaian dan kasut. Kat Anakecil ni gak ada tempat mainan untuk anak-anak. Memandangkan Ziqri bukannya faham erti shopping ni, so aku pun teman dia main gelongsor. Mama Eta sorang-sorang memilih pakaian untuk putera hensemnya. Review yang kitorang baca kat internet, orang tu kata dia beli 50 helai baju pada harga antara RM10 - RM15. Tapi kitorang takde laa borong sampai macam tu sekali. Ada beberapa je yang berkenan di hati.

Tangan Ziqri tu asyik nak 'mengemas' je...
Main gelongsor. weee~!!
Dari Anakecil, kita ke Jalan Riau lak untuk shopping lagi.

Jalan Riau terkenal dengan himpunan Factory Outlet (FO) yang menjual pakaian, kasut dan aksesori untuk semua lapisan umur. Keseluruhannya, kitorang singgah ke 4 FO pada hari tu iaitu Heritage, Terminal Tas, The Oasis dan Secret.

Tak banyak cerita nak ditulis pasal Jalan Riau ni sebab semuanya cerita shopping je. Daripada 4 FO ni, kitorang cuma berbelanja kat Heritage dan The Oasis je. Kitorang tak beli apa-apa kat Terminal Tas dan Secret bukan sebab FO tu tak best, cuma takde barang yang betul-betul berkenan. Seperkara lagi yang korang kena tau, kita kena bayar upah Rp2k (64 sen) kat 'penjaga' parking kat setiap outlet/kedai makan/mana-mana tempat yang kenderaan kita singgah atas 'kesudian' diorang mengawal lalu lintas semasa kenderaan kita masuk dan keluar. Hoho. Tambah bajet.

This is HERITAGE
Banyaknya beg kat Terminal Tas, ce cari Mama Eta
























OASIS - buruk di luar, cantik di dalam
Dari Jalan Riau, kita ke Rumah Mode lak untuk shopping terakhir hari ni..! 

Kedudukan Rumah Mode ni agak jauh sikit dari Jalan Riau. Tapi memandangkan kitorang memang lalu Jalan Setiabudi untuk balik ke hotel, jadi kitorang pun decide untuk singgah. 

Rumah Mode memang famous. Rumah Mode ni gak memang dikenali dengan barangnya yang mahal. Urm, sebenarnya takde laa mahal sangat tapi mungkin mahal sikit je kalau nak dibandingkan dengan outlet lain. Mama Eta shopping sorang-sorang sebab aku dukung Ziqri yang dah tidur kepenatan. 

Selesai shopping, kitorang singgah Eaton yang letaknya dalam kawasan Rumah Mode tu gak, untuk beli dinner. Memandangkan perut masih kenyang sebab lunch lambat dan badan pun dah teramat penat, jadi kitorang tapau roti dan kek je la petang tu.

Ambil gambar sekeping je kat Rumah Mode. Jadi laa.
Malam ni rehat puas-puas sebab esok nak kena keluar awal untuk ke Tangkuban Parahu. Next entry...

Tuesday, 5 February 2013

Resto Karamba

Assalaaamualaikum..~!!

Dari Pasar Baru, kita ke Resto Karamba lak untuk lunch pertama kitorang kat Bandung. 

This is KARAMBA
Resto Karamba terletak kat Jalan Sultan Tirtayasa, No. 26. Lokasi ni dekat je dengan Jalan Riau. Kitorang tau kewujudan Resto Karamba ni hasil pembacaan kat internet. Review macam best, tempatnya pun dah dekat dengan area shopping. Tapi sadisnya supir kitorang tak pernah dengar pun nama Resto Karamba ni. Berpusing-pusing mencari tapi finally jumpa gak. 

Resto Karamba menghidangkan masakan Sunda. Kitorang pun blur nak order apa. Bila ditanya macam-macam kat waiter, so kitorang decide untuk order nasi timbel, gurame goreng, ayam bakar, sup ayam, tempe goreng, telur dadar, otak-otak, jus alpukat, jus strawberry dan teh manis panas. 

Sebagai pengajaran daripada pengalaman kitorang, make sure bajet makan korang kena lebih sikit ye. Kitorang bajet RM50 je untuk sekali lunch/dinner. Tapi untuk lunch kat sini, kitorang kena caj Rp274.5k (RM87.84). Adoyai. Harus diingat gak, makan untuk supir pun korang kena tanggung ye. Huhu.

Korang nak makan kat sini..? Ok je kalau nak, sebab lokasinya yang berdekatan dengan factory outlet untuk shopping. Tapi kalau tak nak pergi pun takpe, tak rugi pun. 

Makannnnnnn~!!
Minummmmmmm~!!
Dari Karamba, kita ke Anakecil lak untuk shopping. Next entry...

Pasar Baru Trade Center

Assalaaamualaikum..~!!

Pasar Baru Trade Center yang juga dikenali sebagai Pasar Baru terletak di Jalan Otista, Bandung. Pasar Baru ni dibuka pada jam 9.00 pg. Waktu tutup aku tak pasti tapi review orang ramai kata pukul 5.00 ptg dah tutup. Untuk elakkan kesesakan melampau, pergilah Pasar Baru pada weekdays dan waktu pagi.

Bangunan Pasar Baru ni memang besar, ada 9 aras keseluruhannya. Sesetengah review yang aku baca, diorang ambil masa untuk shopping kat sini paling kurang pun 3 jam dan boleh jadi sehari suntuk gak. Tapi kitorang kat Pasar Baru ni dalam lebih kurang 2 jam je kot dan hanya ke 3 buah kedai je :p Well, kalau bawa infant, kenalah gunakan masa sebaiknya. Pergi kedai, harga ok, beli. Done! Aku tak pasti samada info kat bawah ni boleh membantu korang ke tak sebab rasanya macam susunan sebenar dah cacamarba je. Hehe.

L7 - Parkir
L6 - Bandung Food Center, Game Master, Furniture, Salon
L5 - Muda Mudi Xenter, Salon Kecantikan, Handphone, DVD
L4 - Fashion, Sepatu, Aksesori, Pusat Perlengkapan Haji & Busana Muslim
L3 - Fashion, Tas, Perlengkapan Bayi & Anak, Pusat Pakaian Dalam
L2 - Bank, ATM, Toko Mas, Tekstil
L1 - Tekstil, Sprei, Bedcover, Karpet, Sarung
D2 - Tas, Sepatu & Sandal, Fashion, Busana Muslim, Pusat Jaket
D1 - Busana Muslim, Fashion, Tekstil, Aksesori

Kepada sesiapa yang nak beli blazer, kain ela, telekung dan t-shirt Bandung yang sangat berbaloi dari segi harga dan kualitinya, aku amat syorkan korang pergi Pasar Baru.

BLAZER 

Aku tempah blazer kat kedai The Cosmo. Kedai ni terletak kat Lantai 2, Blok B1, No. 25 & 37. Senang cerita, korang boleh nampak sendiri kedai ni dari tempat parking. Ada sangat banyak pilihan kain, warna dan jenama untuk dibuat blazer. Aku pilih warna kelabu gelap. Jenama aku tak kisah tapi yang penting kainnya best. 

Korang boleh tempah blazer termasuk seluar kerja pada harga Rp800k (RM256) atau mungkin lebih murah daripada tu, bergantung kepada negotiation skill korang. Harga ni bergantung gak kat jenis kain yang korang pilih. Sepasang blazer ni boleh siap dalam tempoh 24-36 jam, sangat cepat..! Nak lagi best, diorang akan hantar terus ke hotel pada waktu yang ditetapkan. Terbaek..!

KAIN ELA 

Kedai The Cosmo ada jual kain ela gak. Mama Eta memang bercadang nak beli kain sifon pelabagai warna untuk menjahit tudung. Bagus gak hobi baru tahun 2013 dia ni. Support bini..! Aku pun seronok tengok dia menjahit, rasa kagum pun ada gak. So kalau korang pun mungkin berkongsi hobi yang sama dengan Mama Eta, bolehlah beli kain sifon kat The Cosmo pada harga dari Rp15k (RM4.80) semeter. Murahkan..?

Kedai ni terima bayaran menggunakan kad kredit tanpa caj tambahan. Cuma exchange rate bergantung kepada bank la. Sebagai perbandingan, aku tukar Rp1j pada kadar RM320 tapi bank caj kad kredit pada kadar RM322. Ala, rugi RM2 je pun.

Pembaris ukur kain pun boleh jadi mainan Ziqri
1 done, more to go..~!!
TELEKUNG 

Ada baaaaaaaanyak kedai yang jual telekung kat Pasar Baru ni dan kitorang pilih Loren Collection kat Lantai 1, Blok A2, No. 80. Kenapa kitorang pilih kedai tu..? Sebab supir yang bawakan. Hehe. Kat sini, Mama Eta beli 2 jenis telekung untuk diri sendiri, emak, MIL dll. 

Kalau korang nak jenis yang bersulam penuh pada kain, korang boleh dapat pada harga Rp150k (RM48) sepasang. Kata Mama Eta, harga telekung jenis ni kat Malaysia mau cecah RM200. Berbaloikan..? Jenis telekung yang kedua adalah bersulam keliling dan korang boleh dapat pada harga Rp130k (RM41.60) sepasang.

Telekung Mama Eta pegang tu jenis yang bersulam penuh pada kain


T-SHIRT BANDUNG 

Tak sah rasanya kalau tak beli t-shirt Bandung bila dah sampai sini kan. Supir bawa kitorang ke kedai Ivan Fashion kat Lantai Dasar 1. Ada pelbagai design t-shirt yang ok la. Jenis kain t-shirt tu pun baik, bukan macam kebanyakan t-shirt yang kainnya saaaaangat nipis. Harga dijual mengikut saiz t-shirt. Makin besar saiznya, makin up harganya tapi takde laa terlalu mahal. Kitorang beli 18 helai t-shirt dari saiz S sampailah XXL dan secara puratanya korang boleh dapat sehelai t-shirt Bandung pada harga kurang daripada RM6 sehelai..! Best x..? Kalau best, pergilah borong kat kedai ni. Hehe. 

Oh kat kedai ni gak korang boleh beli oleh-oleh fridge magnet dan keychain yang kualitinya biasa-biasa je. Merata Bandung aku dah pusing mencari fridge magnet yang lebih baik tapi akhirnya kembali ke sini gak untuk beli. Harga dah lupa. Actually ramai je manusia tepi jalan yang jual oleh-oleh tapi sebagai langkah berjaga-jaga, elok dielakkan beli daripada diorang. Urm, selain tu kat airport pun ada jual fridge magnet tapi harganya mahal. 

LAIN-LAIN 

Selain barang-barang yang aku sebut kat atas ni, aku boleh syorkan korang beli anak tudung dan cardigan gak kat Pasar Baru ni. Mama Eta kata diorang jual cardigan pada harga Rp25k (RM8) je. Tapi Mama Eta tak beli sebab dah terbeli banyak kat tempat lain. Rugi sikit. Huhu. 

Handbag pun korang boleh beli kat Pasar Baru. Tapi jangan laa terpengaruh dengan offer Rp50k (RM16) per item sebab lowestestest kualiti. Handbag yang best, standard harganya dalam Rp300k (RM96) ke atas. Mama Eta tak beli sebab yang berkenannya semua harga melambung-lambung. Huhu. 

TIPS: Pastikan korang dah study dan bajet berapa harga barang-barang yang korang nak beli kat Pasar Baru ni. Jadi senang dan jimat masa sebab tak perlu nak ronda seluruh Pasar Baru. Kalau kedai tu dah offer harga yang lebih rendah daripada target korang, beli aje. Kedai lain pun mungkin tawar harga yang lebih kurang. Tips ni sangat berguna khusus buat parents yang bawa infant atau anak kecil yang mungkin cepat penat, mengantuk, menangis, menjerit dll. 

Dari Pasar Baru, kita ke Resto Karamba lak untuk lunch. Next entry... 

Monday, 4 February 2013

Bercuti di Bandung

Assalaaaamualaikum..~!! 

Baru-baru ni kitorang 3 beranak bercuti kat Bandung, Indonesia selama 3 malam 3 hari. Flight kitorang berlepas dari LCCT pada jam 10.00 mlm, 28 Januari. Nak dapatkan tiket murah punya pasal, sanggup ambil flight malam :p Alhamdulillah flight tak delay. Penerbangan ambil masa 2 jam dan kitorang mendarat kat Husein Sastranegara Airport pada pukul 11.00 mlm waktu tempatan. 

Bye Kolumpo, Hye Bandung
Dari airport, kitorang naik taksi ke hotel yang jaraknya lebih kurang 20 minit. Tambang taksi airport kat sini macam dah diseragamkan iaitu Rp45k (RM14.40). Tapi pemandu taksi kitorang minta extra Rp5k (RM1.60) untuk bayaran upah penjaga parking airport. Ok fine.

Kitorang stay kat Banana Inn Hotel & Spa, Jalan Doktor Setiabudi. Antara faktor terpenting kenapa kitorang pilih hotel ni sebab keluasan saiz biliknya pada harga yang munasabah. Faktor ni penting supaya Ziqri ada ruang nak bermain dan berlari, takde laa rasa terkongkong je. Kalau korang nak buat reservation hotel kat Bandung ni, boleh check laman web www.kagum-hotel.com

Sebelum ke Bandung, kitorang juga dah booking supir. Biasanya caj untuk servis supir ni adalah Rp400k (RM128) sehari. Tapi korang bolehlah try nego lagi. Macam kitorang, dapat turunkan harga kepada Rp350k (RM112) sehari yang termasuk sewa kereta (Daihatsu Xenia), upah supir dan petrol kecuali bayaran parking. Ok la tu kan. Supir ni penting bagi kitorang sebab keselamatan akan lebih terjamin berbanding taksi dan Angkutan Kota. Selain tu, Mama Eta pun lebih senang dan selesa nak menyusukan Ziqri. 

Sim card Indonesia adalah barang wajib beli supaya aku boleh contact supir dari semasa ke semasa. Aku beli sim card Mentari pada harga Rp2k (64 sen) sahaja. Aku tak tau berapa nilai kredit yang ada dalam tu. Tapi cukuplah untuk aku SMS supir sebanyak 6 kali dan SMS emak kat Malaysia sebanyak 2 kali :) 

Pada hari pertama di Bandung, kitorang ke Pasar Baru untuk shopping blazer, kain ela, telekung dan t-shirt. Sangat berbaloi ye..! Selepas tu kitorang patah balik ke hotel sebab Ziqri dah menangis sebab mengantuk. 

Ziqri ngantuk, letih & tidur
Pada sebelah petang, kitorang lunch masakan Sunda kat Karamba yang terletak di Jalan Sultan Tirtayasa. Kemudian kitorang sambung misi shopping, bermula dengan outlet yang paling dekat iaitu Anakecil dan seterusnya ke Jalan Riau yang bersusun factory outlet macam Heritage, Terminal Tas, The Oasis dan Secret. Dalam perjalanan balik ke hotel, kitorang sempat lagi shopping kat Rumah Mode di Jalan Setiabudi. Memandangkan dah rasa teramat penat, kitorang pun tapau roti dan kek je untuk dinner. 

Esoknya kitorang ke Tangkuban Parahu, kira-kira 40 minit dari hotel. Bayaran naik ke puncak gunung tu untuk orang tempatan adalah Rp13k (RM4.16) manakala untuk warga asing Rp50k (RM16). Tiket masuk kenderaan lak Rp10k (RM3.20). Selepas tu kitorang plan nak petik buah strawberry tapi kecewa je sebab buahnya takde. 

Dalam perjalanan kitorang ke Kampung Daun untuk lunch, kitorang singgah kat Sapu Lidi di Jalan Sersan Bajuri untuk beli chocolate brownies yang SUPER DUPER SEDAP yang korang pun wajib beli. Menyesal beli 1 pax je..! 

Misi shopping diteruskan lagi lepas tu, kali ni bermula kat Bali Heaven di Jalan Pasirkaliki dan disambung kat factory outlet di Jalan Dago iaitu Grande, Jetset, Blossom dan House of Donatello. Oleh sebab hujan dah turun dengan lebatnya, kitorang pun balik hotel. Pada sebelah malamnya, kitorang keluar balik untuk dinner kat Sangkuriang Resto di Jalan Karang Sari dan menamatkan hari ni dengan shopping lagi kat Cihampelas Walk

Pada hari terakhir, kitorang terus check out selepas breakfast untuk menyelesaikan misi shopping. Dari Pasar Baru (again), kitorang ke Rumah Tas di Jalan Lembong, Bali Heaven (again), Kartika Sari di Jalan Kebon Jukut dan Jalan Dago (again). Kebanyakannya lokasi yang berulang sebab belum puas shopping. Haha. Hari ni kitorang lunch masakan Padang kat Mitra Sederhana Pasteur di Jalan Pelajar Pejuang. Sedap..! 

Hasil shopping kat Pasar Baru

Hasil shopping kat Anakecil, Jalan Riau dan Rumah Mode

Hasil shopping kat Bali Heaven dan Jalan Dago


Dalam jam 4.15 ptg, kitorang sampai kat Husein Sastranegara Airport untuk balik ke Malaysia. Nasib baik jumlah berat baggage tak extra. Oh jangan lupa untuk bayar airport tax Rp75k (RM24) seorang manakala infant adalah percuma. Flight kitorang berlepas ke Kolumpo pukul 6.30 ptg. 

Bye bye Bandung..! 

p/s: in shaa Allah aku akan cerita lebih detail setiap aktiviti kat Bandung dalam next entry.. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...