Wednesday, 25 April 2012

Jatuh Katil

Assalaaaamualaikum..~!!

Korang pernah jatuh katil..? Kalau kita orang dewasa yang jatuh katil, rasanya macam perkara biasa je kan. Sakit pun xde laa seteruk mana. Tapi cuba korang bayangkan kalau baby 7 bulan yang jatuh katil. Sakit x..? Woah..!! Tu laa yang terjadi kat baby Ziqri malam tadi :(( Kesian gile, sedih je tengok dia tertiarap kat lantai. Menangis, sure sangat sakit. Adoyai...

Memandangkan Mama Eta dah tulis pasal cerita ni lagi awal daripada aku, korang bolehlah baca kat SINI.

Ok laa, wassalam..

Monday, 23 April 2012

Cameron Highlands, Kami Datang Lagi..!!

Assalaaaaamualaikum..~!!

Weekend yg lepas, kami sekeluarga (aku, Mama Eta & baby Ziqri) kembali ke Cameron Highlands buat kali ke-2 dalam tempoh 2 bulan. Kalau dulu kami pergi untuk bercuti, kali ni kami pergi atas urusan tugas rasmi pejabat aku. Kalau dulu kami dok kat Rosa Passadena, kali ni kami stay kat Hotel Heritage.


Pejabat aku buat Retreat Bahagian untuk bincangkan hala tuju kami & persiapan bagi program2 yang akan datang - SGI2012, NICE, AIN, WIFKL, IP Workshop etc. Aku xnak elaborate pasal semua ni tapi aku tertarik dengan soalan wife aku, Mama Eta. Apa maksud RETREAT...?

Aku xdapat nak bagi jawapan yg tepat kat Mama Eta. Tapi aku dah try pusing2 & goreng2, rasanya dapat laa kot bagi jawapan yang memuaskan hati Mama Eta. Tapi, ye ada tapi lagi, aku lak yang masih xpuas hati. So aku pun check kat website DBP untuk cari terjemahan perkataan RETREAT tu. Ni jawapan yang aku dapat:

  • vi withdraw, berundur: the attackers ~ed when the firing started, penyerang-penyerang itu berundur sewaktu tembakan bermula.
  • beat a (hasty) ~, lari tergopoh-gapah: we beat a hasty ~ when the police came, kami lari tergopoh-gapah apabila polis datang; make good os ~, melepaskan diri;
  • n 1. act of withdrawing, pengunduran, berundur: the ~ from Moscow was the turning point for the Napoleonic armies, pengunduran dr Moscow ialah titik perubahan bagi tentera Napoleon; 2. hideaway, tempat mencari ketenangan: a seaside ~, pantai tempat mencari ketenangan; 
Hahaha. Xde kaitan langsung dengan bengkel / perbincangan / mesyuarat. Apa kes? Haha. Xpe2, nanti aku cuba dapatkan penjelasan lanjut daripada mereka yang lebih berpengalaman.

Cuaca kat Cameron Highlands kali ni memang sejuk. Ditambah lagi dengan cuaca hujan, makin bertambahlah sejuknya. Aku langsung xbawak jaket, so tahan je laa. Mama Eta lak no hal, ada inner, cardigan, jaket etc. Ziqri lak dapat baju beruang yang stylo + kami belikan legging untuk kurangkan rasa sejuk dia.


So semasa retreat ni, haruslah kami berpeluang untuk "sambil menyelam minum air". Bila ada masa terluang, kami pun pergi jalan2 g tempat yang xsempat nak melawat sebelum ni macam kat Ladang Teh Sg. Palas & Bee Farm. Masa kat ladang teh tu, merasa gak laa kami masuk kilang pemprosesan teh & tambah knowledge. Memandangkan Cameron Highlands ni sinonim dengan teh & strawberry, maka wajiblah kita menjamahnya kan. Hehe. So dapatlah kami merasa teacino vanilla dengan strawberry cheese cake. Sedap..!! Tapi sedikit cekewa sebab xsempat nak beli teacino untuk bawa balik rumah. Sesape yang nak g Ladang Teh Sg. Palas, aku suggest korang wajib beli teacino..!!




Selain tu, kami sempat gak melawat sekali lagi Strawberry Farm. Kat sini pun maaaaaaaakan lagi. Hehe. Strawberry Yoghurt Cheese Cake dengan ais krim Chocolate Strawberry. Bos lak belanja ais krim Malaysia perisa strawberry. Pergh terbaek..!!


On the way balik, kami singgah Kea Farm. Ramai gile orang + traffic jam. Memang standard macam ni laa keadaannya time weekend. Nasib baik xsesusah mana nak dapatkan parking. Kebetulan ada lori yang park kat tepi jalan tu nak keluar, dapatlah aku amek tempat dia. Then apa lagi, shopping..!! Beli strawberry, jambu epal, jem etc. Puas hati..!!

Lalu kami pun pulang ke rumah dengan hati yang gumbira =))
Group Photo - Retreat Bhgn I&P MOSTI 2012
Sekian, wassalam..~!!

Wednesday, 18 April 2012

From Jeli To Cameron Highlands, On The Way, Singgah Jenjarom

Assalaaaaamualaikum..~!!

Apa punya tajuk daa..

Aku dah balik dari Jeli hari Isnin kelmarin, lepas selesai kerja kat Karnival Sains & Inovasi Zon Timur sempena Tahun Sains & Gerakan Inovasi Nasional (SGI) 2012. Program tu ok laa.. Bukannya ok yang maksudnya tak ok tapi memang ok je laa. Haha. Susah nak explain sebab dah selalu sangat buat event sana sini kan, so rasanya semua pun lebih kurang sama je. Aku lagi excited kalau nak bercerita pasal daerah Jeli tu sendiri, hotel yang kitorang duduk, sarapan nasi berlauk, Wakaf Che Yeh, Rantau Panjang dengan jersi bolanya. Hehe. Tapi xde mood lak nak menulis semua tu. Kalau korang beriye-iye nak tau gak, tanya je laa kat aku nanti ek.

Khemah & bunting

Pameran paling best


Kereta bentuk kasut

Hotel bajet, RM60/mlm

Btw, saje nak share cerita ni gak. Masa kat sana, aku jumpa kedai yang jual jersi bola. As usual, mata aku akan terus tajam mencari jersi team favourite, Man United. Ketawa aku tengok dia jual jersi MU siap ada design macam kotak2. Hampeh. Rupa2nya aku yang outdated, tu memang jersi baru MU untuk season 2012/2013. Lol. So apa lagi, dengan menurutkan nafsu, aku pun terbeli laa. Bukan 1 tapi 2..! Haha. Hadiahkan kat Mama Eta sehelai. Hurm, then bila dah balik sini, baru terfikir, ruginya tak beli jersi baru Barcelona, cantik gak. Brrrrr...~

GGMU

Sekarang aku dah kat Jenjarom. Macam biasa laa, berulang-alik ke Putrajaya nak g ofis untuk 3 hari ni - Selasa, Rabu, Khamis. Busy uruskan retreat Bahagian. Insyaallah hari Jumaat ni akan g Cameron Highlands untuk program retreat Bahagian tu. Yes, CH again dalam tempoh 2 bulan. Haha. Dok kat sana 3H2M. Aku bawak sama Mama Eta & Ziqri. Berehat sambil bekerja ~.~

So, ada sesape nak order strawberry..? :)

Hehe. Wassalam..~

Tuesday, 10 April 2012

Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012 Dilancar

Assalaaaaamualaikum..~!!

Alhamdulillah, majlis dah selesai. Berita penuh boleh baca kat
Utusan Malaysia & Portal SGI2012

Gimik Perasmian - TPM sign atas iPad aku & Mama Eta
Ni laa rupa signature TPM tu

Majlis memang meriah. Sangat ramai orang datang. Full house. Sampai ada yang terpaksa duduk atas lantai je. Orang ramai makin excited bila jumpa artis - Neelofa, Nabil & Kodan Raja Lawak. Stacy xjadi datang sebab dengar cerita dia jatuh tangga masa ABPBH. Then ada gak kumpulan K-Pop versi Malaysia, Max 24:7. Hurm bolehlah, budak2 sekolah yang terlebih excited. 

Lain2 persembahan kreatif & inovatif daripada SK Jalan Bahagia, Temerloh, Kumpulan Budaya Universiti Malaya, Kumpulan Belia Rakan Muda, Adik Muhammad Luqman Hadi (SBPI Temerloh) & Koir LimKokWing.



*** Selepas Ini ***

Karnival Sains & Inovasi Zon Timur
Maktab Rendah Sains MARA, Jeli, Kelantan
14 - 15 April 2012


Maklumat lanjut (tapi lambat sikit nak update), korang bukaklah


Sekian, wassalam

Saturday, 7 April 2012

Majlis Perasmian Tahun Sains & Gerakan Inovasi Nasional (SGI) 2012

Assalaaaaaamualaikum..~!!

Logo SGI 2012

Mari3..~!! Anda semua dijemput hadir ke 
Majlis Perasmian 
Tahun Sains & Gerakan Inovasi Nasional 
(SGI) 2012 
pada tarikh, waktu dan tempat berikut..


9 April 2012 (Isnin)
7:30 malam
Royal Ballroom, 
Palace of The Golden Horses


Masuk adalah PERCUMA..~!!


Nantikan juga kemunculan mereka di majlis ini

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Stacy

Neelofa

Atur Cara Majlis seperti di bawah.

7.30 malam
Ketibaan Tetamu 
8.15 malam
Ketibaan Y.B. Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili,
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi 
8.30 malam
Ketibaan Y.A.B. Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd. Yassin, 
Timbalan Perdana Menteri

Lagu Negaraku 

Bacaan Doa 
8.35 malam
Ucapan Aluan oleh Y.B. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi 
9.00 malam
Ucapan dan Perasmian oleh Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri 

Persembahan 

Penyampaian Cenderahati 

Majlis Bersurai


"Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012 merupakan kesinambungan daripada dua inisiatif Kerajaan yang telah dilaksanakan pada tahun 2010 dan 2011 iaitu Tahun Kreativiti dan Inovasi Malaysia (Malaysia Inovatif 2010) dan Tahun Penggalakan Sains dan Matematik 2011. Selaras dengan hasrat Kerajaan untuk membudayakan dan mengamalkan inovasi di setiap lapisan masyarakat, semua pihak termasuk sektor awam, swasta, badan bukan Kerajaan, golongan akar umbi, komuniti dan individu perlu terlibat untuk mencetuskan inovasi kerana inovasi merentasi pelbagai bidang dan mempunyai impak ke atas sosio-ekonomi negara."


Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web http://sgi2012.mosti.gov.my/


Wassalam..~

Monday, 2 April 2012

Kenduri Aqiqah & Cukur Jambul Musyrif Ziqri

Assalaaaaamualaikum..~!!

Semalam, 1 April, berlangsungnya Kenduri Aqiqah & Cukur Jambul Musyrif Ziqri kat rumah mama mertuaku kat Jenjarom. Alhamdulillah majlis berjalan lancar, cuaca pun baik, Ziqri pun xmeragam. Aku bajet dalam 150 orang yang datang - saudara mara & kawan2 rapat. Terima kasih semua..~!!





Sebelum aku bercerita panjang, jom kita masuk kelas agama jap. Aqiqah dari segi bahasa bermaksud memutus. Manakala dari segi syarak bermakna menyembelih kambing atau ternakan lain seperti unta, biri-biri dan kibas buat anak yang baru lahir khususnya pada hari ketujuh kelahirannya atau selewat-lewatnya sebelum anak itu baligh.

So semalam, umur Ziqri sememangnya dah lebih tujuh hari (almost 7 bulan dah) & masih belum baligh. Haha. Majlis ni xsempat nak dibuat awal disebabkan banyak faktor..... Or  easy to say, 2 faktor je sebenarnya - jaundice & DPA. Untuk kenduri ni, Ziqri diaqiqahkan dengan dua ekor kambing yang sempurna sifat & syarat-syaratnya :) Bak kata orang yang melapah daging kambing tu, total berat kambing 2 ekor ni adalah dalam 30+ kg. 

Majlis ni simple je. Marhaban, gunting rambut & makan. Orang marhaban mula mengalunkan suara diorang dalam kol 1045 pg. Gunting rambut tu dibuat dalam kol 1130 pg kalau xsilap. Ada tujuh orang semuanya yang terlibat dalam menggunting sedikit rambut Ziqri - aku, Mama Eta, mak, mak mertua, mak Kak Nora & 2 wakil marhaban.

Antara kawan2 yang hadir majlis ni adalah Joey & Ayan, Alia & Hatta, Shafiza & Yana, JJ & Syed. Mekasih korang, mekasih mekasih..





Proses membotakkan kepala Ziqri dibuat lepas habis majlis kat kedai gunting rambut berdekatan. Selamat tinggal 'aset' Ziqri...



Aku try untuk upload video time kat kedai gunting rambut ni tapi gagal. Cubaan untuk rotate video tu pun gagal. So aku tunjuk hasil akhirnye je laa.. Huhu.. 1, 2, 3..... TARAAAA..~!!



Alhamdulillah selesai dah pun majlis ni. Kursus DPA aku pun dah selesai & sekarang fokus lebih kat family. Tunggu masa untuk graduasi je. So apa lagi nak tulis ek. Urm, gambar2 lain semasa majlis ni akan diupload kat Facebook je laa ok sebab ada masalah teknikal sikit daa nak mengupload kat sini. Huhu. Sekian je laa untuk kali ni. Wassalam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...