Monday, 2 April 2012

Kenduri Aqiqah & Cukur Jambul Musyrif Ziqri

Assalaaaaamualaikum..~!!

Semalam, 1 April, berlangsungnya Kenduri Aqiqah & Cukur Jambul Musyrif Ziqri kat rumah mama mertuaku kat Jenjarom. Alhamdulillah majlis berjalan lancar, cuaca pun baik, Ziqri pun xmeragam. Aku bajet dalam 150 orang yang datang - saudara mara & kawan2 rapat. Terima kasih semua..~!!





Sebelum aku bercerita panjang, jom kita masuk kelas agama jap. Aqiqah dari segi bahasa bermaksud memutus. Manakala dari segi syarak bermakna menyembelih kambing atau ternakan lain seperti unta, biri-biri dan kibas buat anak yang baru lahir khususnya pada hari ketujuh kelahirannya atau selewat-lewatnya sebelum anak itu baligh.

So semalam, umur Ziqri sememangnya dah lebih tujuh hari (almost 7 bulan dah) & masih belum baligh. Haha. Majlis ni xsempat nak dibuat awal disebabkan banyak faktor..... Or  easy to say, 2 faktor je sebenarnya - jaundice & DPA. Untuk kenduri ni, Ziqri diaqiqahkan dengan dua ekor kambing yang sempurna sifat & syarat-syaratnya :) Bak kata orang yang melapah daging kambing tu, total berat kambing 2 ekor ni adalah dalam 30+ kg. 

Majlis ni simple je. Marhaban, gunting rambut & makan. Orang marhaban mula mengalunkan suara diorang dalam kol 1045 pg. Gunting rambut tu dibuat dalam kol 1130 pg kalau xsilap. Ada tujuh orang semuanya yang terlibat dalam menggunting sedikit rambut Ziqri - aku, Mama Eta, mak, mak mertua, mak Kak Nora & 2 wakil marhaban.

Antara kawan2 yang hadir majlis ni adalah Joey & Ayan, Alia & Hatta, Shafiza & Yana, JJ & Syed. Mekasih korang, mekasih mekasih..





Proses membotakkan kepala Ziqri dibuat lepas habis majlis kat kedai gunting rambut berdekatan. Selamat tinggal 'aset' Ziqri...



Aku try untuk upload video time kat kedai gunting rambut ni tapi gagal. Cubaan untuk rotate video tu pun gagal. So aku tunjuk hasil akhirnye je laa.. Huhu.. 1, 2, 3..... TARAAAA..~!!



Alhamdulillah selesai dah pun majlis ni. Kursus DPA aku pun dah selesai & sekarang fokus lebih kat family. Tunggu masa untuk graduasi je. So apa lagi nak tulis ek. Urm, gambar2 lain semasa majlis ni akan diupload kat Facebook je laa ok sebab ada masalah teknikal sikit daa nak mengupload kat sini. Huhu. Sekian je laa untuk kali ni. Wassalam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...