Monday, 23 April 2012

Cameron Highlands, Kami Datang Lagi..!!

Assalaaaaamualaikum..~!!

Weekend yg lepas, kami sekeluarga (aku, Mama Eta & baby Ziqri) kembali ke Cameron Highlands buat kali ke-2 dalam tempoh 2 bulan. Kalau dulu kami pergi untuk bercuti, kali ni kami pergi atas urusan tugas rasmi pejabat aku. Kalau dulu kami dok kat Rosa Passadena, kali ni kami stay kat Hotel Heritage.


Pejabat aku buat Retreat Bahagian untuk bincangkan hala tuju kami & persiapan bagi program2 yang akan datang - SGI2012, NICE, AIN, WIFKL, IP Workshop etc. Aku xnak elaborate pasal semua ni tapi aku tertarik dengan soalan wife aku, Mama Eta. Apa maksud RETREAT...?

Aku xdapat nak bagi jawapan yg tepat kat Mama Eta. Tapi aku dah try pusing2 & goreng2, rasanya dapat laa kot bagi jawapan yang memuaskan hati Mama Eta. Tapi, ye ada tapi lagi, aku lak yang masih xpuas hati. So aku pun check kat website DBP untuk cari terjemahan perkataan RETREAT tu. Ni jawapan yang aku dapat:

  • vi withdraw, berundur: the attackers ~ed when the firing started, penyerang-penyerang itu berundur sewaktu tembakan bermula.
  • beat a (hasty) ~, lari tergopoh-gapah: we beat a hasty ~ when the police came, kami lari tergopoh-gapah apabila polis datang; make good os ~, melepaskan diri;
  • n 1. act of withdrawing, pengunduran, berundur: the ~ from Moscow was the turning point for the Napoleonic armies, pengunduran dr Moscow ialah titik perubahan bagi tentera Napoleon; 2. hideaway, tempat mencari ketenangan: a seaside ~, pantai tempat mencari ketenangan; 
Hahaha. Xde kaitan langsung dengan bengkel / perbincangan / mesyuarat. Apa kes? Haha. Xpe2, nanti aku cuba dapatkan penjelasan lanjut daripada mereka yang lebih berpengalaman.

Cuaca kat Cameron Highlands kali ni memang sejuk. Ditambah lagi dengan cuaca hujan, makin bertambahlah sejuknya. Aku langsung xbawak jaket, so tahan je laa. Mama Eta lak no hal, ada inner, cardigan, jaket etc. Ziqri lak dapat baju beruang yang stylo + kami belikan legging untuk kurangkan rasa sejuk dia.


So semasa retreat ni, haruslah kami berpeluang untuk "sambil menyelam minum air". Bila ada masa terluang, kami pun pergi jalan2 g tempat yang xsempat nak melawat sebelum ni macam kat Ladang Teh Sg. Palas & Bee Farm. Masa kat ladang teh tu, merasa gak laa kami masuk kilang pemprosesan teh & tambah knowledge. Memandangkan Cameron Highlands ni sinonim dengan teh & strawberry, maka wajiblah kita menjamahnya kan. Hehe. So dapatlah kami merasa teacino vanilla dengan strawberry cheese cake. Sedap..!! Tapi sedikit cekewa sebab xsempat nak beli teacino untuk bawa balik rumah. Sesape yang nak g Ladang Teh Sg. Palas, aku suggest korang wajib beli teacino..!!




Selain tu, kami sempat gak melawat sekali lagi Strawberry Farm. Kat sini pun maaaaaaaakan lagi. Hehe. Strawberry Yoghurt Cheese Cake dengan ais krim Chocolate Strawberry. Bos lak belanja ais krim Malaysia perisa strawberry. Pergh terbaek..!!


On the way balik, kami singgah Kea Farm. Ramai gile orang + traffic jam. Memang standard macam ni laa keadaannya time weekend. Nasib baik xsesusah mana nak dapatkan parking. Kebetulan ada lori yang park kat tepi jalan tu nak keluar, dapatlah aku amek tempat dia. Then apa lagi, shopping..!! Beli strawberry, jambu epal, jem etc. Puas hati..!!

Lalu kami pun pulang ke rumah dengan hati yang gumbira =))
Group Photo - Retreat Bhgn I&P MOSTI 2012
Sekian, wassalam..~!!

2 comments:

  1. En. papa deh.....bg ulasan psl expense kat sana pls....nak berjalan 2 3 hari ke sana....tp risau psl expense...

    nota kaki: kami budget traveller...hahaha

    ReplyDelete
  2. Rate hotel, senang check kat agoda.com je. Banyak offer. Pilih hotel byk bintang tapi harga murah. Haha.

    Tmpt mkn byk tapi weekend je yg meriah. Harga standard mcm kat sini gak la. Ns ayam RM5, sate 70 sen, kek ala secret recipe RM6.

    Nak jalan2, elok g ladang teh sg palas, healthy strawberry farm dgn kea farm je. Masuk semua tmpt ni free je.

    Brg2 svnr pun murah, byk pilihan.

    Menjawab soalan x? :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...