Sunday, 26 June 2011

Papa & Son

Kai & Wayne Rooney
Zach & Ryan Giggs
Nemanja & Luka Vidic
Rio & Lorenz Ferdinand
Patrice & Lenny Evra
David & Brooklyn Beckham
My Son & Me

Friday, 24 June 2011

Sah, Jedeh Jr.!!

Dengan ini disahkan bahawa baby dalam kandungan Mama Eta adalah baby boy!!

Kitorang g hospital tadi. Mcm biasalah, wat check up. Mula2 Mama Eta kena bagi sampel urin untuk diuji. Then g timbang berat & check tekanan darah. After that baru masuk bilik doktor. Doktor kali ni 1st time kitorang jumpa, xsure nama dia apa.

Sebelum scan baby, doktor bagitau keputusan ujian darah bulan lepas. Overall ok laa kecuali kandungan darah merah Mama Eta rendah sedikit. Yg lain2 mcm Hepatitis & HIV normal.

Sekarang baru scan baby. Alhamdulillah, baby bergerak dgn sangat aktif. Macam gaya tengah main bola sepak. Terbawa-bawa dgn kemenangan team Olimpik Malaysia malam semalam kot. Haha. Jantung pun degup dup dap dup dap normal. Sebelum scan tadi, risau gak sebab dalam beberapa hari ni Mama Eta xrasa langsung pergerakan baby.

Doktor tanya, “Nak check jantina baby x?”. Aku pun laju je jawab, “Nak!! Nak!!” Doktor pun main2 dgn alat ultrasound tu, nampak ‘anu’ dia. Confirm, LELAKI..~!! Aku tergelak kecik, excited ;) 

Dalam excited pun ada kuchiwa, doktor xprint gambar scan baby. Doktor tu cakap sbb kitorang xminta awal2. Pulak dah?? Selama ni dah empat kali pergi scan, semua empat kali tu doktor printkan. Hadui..


 Lalu kami pun pulang ke rumah dgn perasaan gumbira + kuchiwa..~

Monday, 20 June 2011

Pantang Larang Berkaitan Mama Hamil

Org tua2 cakap...~
  1. Jgn berdiri / duduk kat pintu. Dikhuatiri masa bersalin, anak susah nak kuar / lama tersangkut kat pintu rahim.
  2. Elakkan mencaci, mengumpat, bergaduh / memfitnah org. Nnt akan mempengaruhi anak & Mama pun akan mengalami kesulitan semasa bersalin.
  3. Mama & Papa dilarang menganiaya / mencederakan haiwan. Takut nnt anak yg dilahirkan cacat / terkena badi haiwan tu.
  4. Jgn memaku, memahat / menggali lubang. Dikhuatiri anak yg lahir cacat.
  5. Dilarang keluar rumah time senja. Takut kena rasuk dgn makhluk halus.
  6. Jgn tgk gerhana bulan / gerhana matahari. Dikhuatiri anak cacat / gelap kulit.
  7. Elak duduk kat tangga, nnt susah nak lahir anak.
  8. Jgn pikul batu, nnt anak jadi lumpuh.
  9. Elak tanam pokok pisang, takut nnt saiz kepala anak terlalu besar.
  10. Jgn susun tempurung kelapa, nnt anak botak kepala.
  11. Jgn biar perut dilangkah terutama oleh anak2 lain, nnt anak mungkin xcukup bulan.
  12. Mama / Papa dilarang tiup alat berupa bunyi2an (cth: seruling) sbb dikhuatiri anak sentiasa meragam & menangis.
  13. Jgn gelakkan org cacat. Nnt terkena pada baby sendiri.
  14. Jgn duduk kat perdu pokok, nnt susah bersalin.
Dulu aku sangat xsetuju dgn pantang larang @ cakap2 org tua ni. Bagi aku, semua ni macam kepercayaan tahyul, boleh membawa kpd khurafat, syirik dan sebagainya. Tapi sekarang, bukanlah aku nak kata yg aku dah bersetuju. Cuma kalau dipandang dari sudut berlainan, difikir dari asal usul semua pantang larang ni, ada sbb lain yg logik gak. Cakap2 org tua ni sebenarnya cuma untuk nasihat + saje bagi bikin saspen..

Ambil contoh2 tadi...~

Jgn berdiri / duduk kat pintu. Dikhuatiri masa bersalin, anak susah nak kuar / lama tersangkut kat pintu rahim.
Reason : Mama mengandung, so badan of cos laa besar. Kalau duduk kat pintu kan dah block jalan org.

 Jgn memaku, memahat / menggali lubang. Dikhuatiri anak yg lahir cacat.
Reason : Mama mengandung xeloklah nak buat kerja2 berat.

Jgn gelakkan org cacat. Nnt terkena pada baby sendiri.
Reason : Sah2lah mmg xelok pun gelak org cacat. Xbaek!!

Tapi ada gak sesetengah pantang larang yg aku pun xde idea knp xboleh nak buat. Cnthnye mcm jgn tengok gerhana bulan, elak tanam pokok pisang & dilarang tiup alat berupa bunyi2an. Apa masalahnya pun kan? Entahlah labu...So kesimpulannya, percaya atau tak, khurafat atau nasihat, kita fikirlah sendiri iyek. Sekian.


Sunday, 19 June 2011

Selamat Hari Papa-To-Be

Selamat hari Papa-To-Be diucapkan kepada diri sendiri dan para Papa di seluruh dunia, tak kiralah sama ada Papa yg dah ada baby ataupun Papa yg masih tunggu baby nak keluar dari perut Mama-To-Be macam Papa Lut & Papa Daus Hamdan, kita geng der..!! Apatah lagi Papa yg dah bersusun cucu & cicitnya, anda semua lagilah Super Senior Papa. Kepada warga Papa Kedana pula, berusahalah lagi untuk mengubah nasib anda. Rezeki halal ada di mana-mana. Selagi kudrat masih ada, jangan mengemis yek. Kepada Papa Roach, Papa John, Papa Dom, Papaya,  .......................... arghhhh, mengarut!!

Bak kata Kak Saripah, secara teknikalnya aku ni memang dah layak bergelar Papa sebab baby dah lebih 4 bulan dlm kandungan - Roh dah ditiupkan dalam kandungan. Perghhh hebat bunyinye tu. Kalau nak ikutkan statistik baby yg ada kat sebelah kanan blog aku ni, pada tarikh hari ni, 19 Jun 2011, baby dah genap 21 minggu (147 hari) dalam kandungan &  19 minggu (133 hari) je lagi nak lahir. Alhamdulillah segalanya dalam keadaan terbaekkk..!!

Hadui, biar aku terus terang je la. Aku xtau nak tulis apa sebenarnya ni. Xde idea dowh. Ni pun sbb saje-saje nak mengupdate blog, menghilangkan rasa rindu 6 pengikut tegar blog Papa Deh ni. Blwekkk!!! Hahahaha..


OK kita buka kepada sesi Q&A..

Apa? Kenapa aku xtulis je post kali ni mcm yg aku tulis time Selamat Hari Ibu dulu? Urm, soalan yg baik tu. Jawapan dia senang je. Sbb semua Papa yg rapat dah xde - Papa aku, Papa mak aku, Papa ayah aku & Papa Mertua aku. Tapi xpe, xmo sadis-sadis. Apa kata kita sedekahkan Al-Fatihah kat diorang semua + Papa-papa lain yang turut telah pergi menyahut seruan Ilahi..

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang menguasai di Hari Pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. 


Wednesday, 8 June 2011

Astro oh Astro

-Post ni xde kaitan langsung dgn baby-

Hari ni aku baca kat Everyday pasal pakej Astro yg baru.. Pakej yg menarik utk siaran-siaran dlm HD. Mahal tapi berbaloi. Tapi ada gak benda-benda kecik yg mcm xsedap mata membaca.
Discount Duration : 7 Jun - 31 Disember 2011

Ada harga yg naik, ada harga yg turun. Tp xtau laa yg naik tu bila. Bila aku check kat website Astro, xjumpa apa-apa info yg boleh membantu. Xde hal. Aku baca laa seteliti yg mampu kat brosur ni. Antara info menarik yg aku jumpa, kat bawah ni..
Aku tertarik dgn ayat dia, "We are therefore commited to maintaining the current subscription rate of the Family Pack by absorbing any cost increase. This is in line with our promise to enable a wider access to the Family Pack". Wah bagusnye Astro ni, dah kira mcm menanggung subsidi laa!! Haha. Then aku explore kat website Astro, apa 38 channel yg dia maksudkan tu? Aku xjumpa sgt tp rasanya mungkin berkaitan dgn pakej-pakej ni..
33 Channels + 6 Channels = 39 Channels laa pulok
Total ada 39 channel lak, bkn 38. Adei. Pakej Family yg ada 33 channel tu memang wajib amek. 6 channel kat Preview Channels tu lak mmg kita dapat free-free je. Tp maybe gak coming soon Astro akan start kenakan bayaran kalau nak tengok. Siapa tau kan? Wallahualam. Sekarang ni pun dah dapat siaran Tv Al-Hijrah kat channel 114. Alhamdulillah, menarik tu.

Apa yg aku nak bangkitkan simple je. Drpd total 40 channel yg basic ni, aku btol-btol tgk cuma dlm 15 channel jek. Xsampai separuh pun. Korang pun aku rasa mcm aku gak kan. So apa kata kalau Astro batalkan je channel yg bkn favourite org ramai. Dah save cost. Xyah susah-susah nak tanggung subsidi. Xgitu?
"Price Adjustment : The prices for some packages will remain unchanged. some will experience an increase while others will actually enjoy savings". Kalau tadi dia kata nak maintain harga Family Package, so aku pk harga yg akan naik ni, pakej-pakej lain laa. Contohnye mcm Family Package + Sport + 1 Mini Package. Aku rasa laa mcm tu. Sbb dia xbagitau btol-btol, so aku assume la. Rasanya btol laa assumption aku ni. Harga yg naik ni bila dicampur dgn 6% tax, akan menjadikan kenaikan harga antara RM1.06 hingga RM15.90. Xleh nak komen byk sangat sbb benda ni aku agak-agak je kan. Hurm, rasanya before ni (bbrp bulan lepas kot, x pun dah setahun?) pernah gak naik harga dlm RM15. Aku xnafikan bayaran hak penyiaran program sukan mmg mahal gile nak mampos. Tapi mcm aku kata tadi laa, Astro xyah susah-susah nak tanggung subsidi, batalkan je channel yg bkn favourite org ramai, so dah boleh cover sikit kos penyiaran yg lain ;)
"Astro remains committed to enhancing our customers' viewing experince". Wah, bagus Astro ni!!! "However, given continuing cost pressures including rising global and local content costs and sports broadcast rights, we have had to adjust our subscription pricing for certain packages". Alamak, kesian Astro. Mcm mana nak tlg Astro ni yek? Tang global & local content cost yg naik tu, aku xtau laa cite apa yg dia maksudkan. Kalau setakat cite Indon yg ntahapahapantah tu, aku xminat pun nak tgk. Ke cite Arab kat channel Art tu yg mahal? Atau Astro @15? RTM Muzik Aktif? CCTV News? CCTV4? Baby Tv? Aku xtgk pun! Sport pun sama. Aku xlayan pun ch814 (Eurosport) dgn ch815 (Golf Channel). Membazir jek... Ok ok, aku cuba bersikap diplomatik sikit. Aku xtgk tp mungkin ada org lain yg tgk. So apa kata kalau kitorang diberi pilihan je apa channel yg kitorang nak tgk & xnk tgk. Xyah disumbat semua channel tu sekali dlm satu pakej. Win win situation laa kan. Kitorang amek apa yg kitorang nak, Astro xyah susah-susah nak tanggung subsidi ;)

"We will strive to be your preferred option for home viewing ..... to suit your needs". Astro, apa yg korang buat xsama dgn apa yg kitorang nak. Kalau korang naikkan harga, kitorang terpaksa bayar, bkn kitorang nak pun. Nak boikot Astro pun susah sbb kalau pakai antena, gmbr xcantik. Huhu. So terpaksalah mengikut je apa Astro buat. Xkesian ke kat kitorang ;(

Akhir kata, post ni bkn saje-saje nak buat bising. Aku bagi cadangan gak kat Astro sebenarnya ni. Bak kata Abam Aroof, Astro terpaksa readjust pakej dia sbb ada saingan drpd Unifi. Kpd sape-sape yg xtau, pakai Unifi pun boleh tgk Tv ok. Harga pun menarik.

Sekian sajelah..

Monday, 6 June 2011

Shopping Barang Baby Bermula..!!!

Hahaha. Barang baby pertama, kedua & ketiga yg kitorang terbeli adalah baju, baju & baju!!! Hahaha. Kitorang x plan pun nak mula shopping ni. Semua berlaku secara spontan. Citenye mcm ni.....

Pada 4 Jun yg lalu (Sabtu), bersempena dgn Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Mama Eta & aku g Jusco Bukit Tinggi, Klang. Tujuan asal utk g tgk wayang, cite X-Men : First Class. OK laa cite tu, dah tau sejarah + asal usul semua Mutants tu. Aku expect lebih byk aksi + gaduh2 tapi hajat xkesampaian. So overall it's below my expectation tp still boleh kata OK laa... Lepas tgk cite tu, kitorang pun jalan2 sekitar Jusco tu sampailah ternampak Butik SRS Fashion ni.

Pandangan dari depan kedai
Entah mcm mana entah, mcm ada magnet dlm kedai tu yg tarik kitorang masuk. Usha punya usha, jumpa laa plak baju2 newborn ni. Wah3, harga boleh tahan menarik, from RM10..!! Terbeliak biji mata O_O Sabar2, control2, relax2..Harga murah xsemestinya kualiti baik. So kitorang pun check laa rasa kain dia. Woah, not bad lah!!

Audit Baju Baby
Attack!!!!
Saya Suka!! Saya Suka!! Saya Suka!!
Bak nasihat rakan sekerja, SNAZ & suaminya, beli je awal2 sikit2. Lama2 jadi bukit ;p So before stok baju ni habis @ harga dah naik @ kedai dah tutup, better beli sekarang. Xrugi pun kan beli awal. Memandangkan kitorang still xtau baby kitorang ni Jedeh Jr @ Eta Jr, so kitorang  pun belilah baju yg warna dia mcm neutral, so both jantina pun boleh pakai. Lebih kepada warna putih laa.. Ni gambar baju-baju yg kitorang beli..




Antara perkara yg korang termasuk kitorang kena bagi perhatian time beli baju bdk ni :-
  • Corak pada baju bkn corak anjing atau babi (xelok utk Islam);
  • Saiz baju beli je yg besar, bdk2 kan cepat membesar. If beli kecik, xmuat lak nak pakai nnt;
  • Baju lengan panjang utk tidur malam (sejuk), baju lubang2 pakai waktu siang (panas). Baju yg kitorang beli ni mcm utk jln2 kot. Hehehe.
So if korang berminat, bolehlah g serbu Butik SRS Fashion ni kat Jusco Bukit Tinggi. Kat tempat lain aku xtau laa kat mana.. Cepat sebelum terlambat!! Selagi stok masih ada!!

If korang ada tips cara nak pilih baju budak atau tempat yg ada jual baju dgn harga berpatutan (kualiti pun kena ok), sharing2 laa yek..

Nota: Mama Eta xsihat lagi ;( Kali ni sesak nafas. Time tgh solat Maghrib Sabtu lepas, nafas dia tetiba je lain mcm kencangnya, then stop solat. Xboleh blah. Duduk rehat kejap dlm 5-10 minit, then sambung solat balik. Rakaat pertama larat lagi nak berdiri. Masuk rakaat kedua, terus solat duduk. Hadui. Asma @ Anemia? Dunno. Maklumat lanjut, korang boleh baca kat  Blog Mama Eta.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...