Wednesday, 14 May 2014

Bercuti Di Cameron Highlands

Assalaaamualaikum..~!!

Sejak aku kahwin 3 tahun lepas, ni dah kali ketiga kitorang sekeluarga ke Cameron Highlands. Mama Eta suka bebenor dengan CH ni sebab kesejukannya, keindahan pemandangannya, keistimewaan tersendirinya, ketenangannya. Aku layankan aje laa.

Bismillah... Jom!
Percutian kitorang kali ni turut disertai oleh MIL & BIL aku. Oleh itu, kitorang decide untuk menetap di apartment bagi memudahkan segala urusan. Parkland Apartments di Brinchang menjadi pilihan. Ruangnya luas, selesa, seronok Ziqri berlari-lari. Malangnya kitorang ditempatkan di tingkat 4, tiada lif & perlu mendaki 67 anak tangga sehala.

G, 1, 2, 3 & 4. 67 anak tangga sehala..
Kitorang bergerak dari Jenjarom kira-kira jam 900 pg hari Sabtu. Perjalanan makan masa lebih 4 jam. Sepanjang tempoh perjalanan ni, ada 3 cabaran besar yang kitorang perlu tempuhi. Traffic jam, hujan & Zaeem berak. Bayangkanlah kesukaran yang kitorang hadapi nak mencari tempat yang selesa untuk tukar pampers Zaeem di kala air dari langit mencurah–curah turun & lutut kiri aku dah kesakitan sebab asyik tekan clutch. Dugaan.

Rancangan asal untuk dine in kat KFC Brinchang terpaksa dipinda kepada take away je. Hujan sememangnya menyukarkan pergerakan & jadi bertambah sukar bila bawa baby. Tapi kalau tak hujan pun, memang kitorang takkan makan kat situ pun sebab tak jumpa langsung petak tempat letak kereta yang kosong! So aku dropkan BIL untuk tapau & kitorang tunggulah dia dalam kereta kat tepi jalan. Lapar. Sadisnya ayam KFC tinggal part drumstick & wing je.

Hujan yang berterusan telah merencatkan perancangan kitorang. Apabila hujan dah reda lewat petang tu, kitorang pun menaiki kereta menuju ke Pasar Malam Brinchang. Traffic jam sudah semestinya. Aku dropkan MIL, BIL & Ziqri terlebih dahulu. Kemudian berpusing-pusinglah mencari parking kosong tetapi gagal. Hujan kembali turun. Dengan berat hati, terpaksalah kitorang batalkan hasrat berjalan-jalan kat pasar malam ni. Walau bagaimanapun, sempat gak Ziqri minta wan (MIL aku) belikan jagung. Haha.

Malam ni kitorang dinner kat pekan Tanah Rata. Nasi goreng ada, steamboat ada, anak-anak buat perangai ada. Wow! Sebelum balik ke apartment, sempatlah belikan untuk anak-anak jaket & topeng ultraman -___- Oh, kitorang beli juga stok makanan macam roti, tuna, maggi, air & buah demi menjaga perut masing-masing. Sebaiknya sediakanlah stok ni awal-awal dari rumah ye. Trust me.

Alhamdulillah berkat doa kitorang agaknya :p, cuaca hari kedua lebih baik sebab hujan turun dalam pukul 330 ptg hingga 600 ptg je. So dapatlah kitorang ke banyak tempat hari ni.

Destinasi pertama adalah ke Ladang Teh Boh Sungai Palas. Kitorang gerak boleh dikira awal gak, sebelum jam 900 pg. So perjalanan kurang mencabar sebab masih tak terlalu banyak kenderaan. Oleh sebab aku membawa warga emas, kereta kitorang dibenarkan parking kat dalam. Yeah! Sonok kitorang bergambar & lebih sonok lagi bila Mama Eta dapat beli teh caramel & teh vanilla yang diidamkannya sejak bulan April 2012. Haha panjang ceritanya tu.
 
Sejarah tercipta sebab pertama kali aku drive ke sini

Ada 'nur' di wajah Zaeem
Ada 'nur' di kepala Ziqri
I Love Malaysia!
Seni
Kemudian kitorang menuju pula ke Tringkap untuk menyaksikan keindahan flora di Cameron Lavender. Biarlah gambar-gambar kat bawah ni je yang menceritakannya.
 
Ala-ala Belanda

Kereta Mickey
Buat baik dibalas baik. Kan orang tu dah tolong ambilkan gambar.
Buai Buai Buai
Kedai Lavender
Purple vs Red
Encik Jagung
Meow
Selepas tu, kitorang pergi ke Kea Farm. Sepatutnya nak ke sini pada last day tapi sebab masa lalu tu dapat park kereta, so singgah je laa terus. Btw, Kea Farm ni aku dapat simpulkan sebagai punca kepada kesesakan lalu lintas kat CH ni dari semua arah. Memang sesak. Tapi nak tak nak, kitorang mesti nak ke Kea Farm gak sebab nak beli buah jambu epal & jambu strawberry. Sedap! Ce beli, ce rasa.

Ok destinasi seterusnya kat Big Red Strawberry Farm aku takkan lupa. Saspen gila bila kereta tak boleh gerak langsung nak naik bukit. Hangit bau tayar. Terpaksa turunkan semua penumpang baru boleh berjalan. Gila. Kitorang isi perut makan ice cream waffle, fries, minum strawberry milkshake kat sini. MasyaAllah punyalah ramai manusia sampai beratur nak order makan pun lebih 30 minit kot.

Perjalanan kitorang diteruskan lagi ke MARDI Agrotechnology Park. Menariknya tempat ni sebab turut dijual produk-produk MARDI selain produk-produk tempatan termasuklah jenama Boh. Jangan terkejut sebab ada produk Boh yang dijual pada harga yang lebih murah kat sini! Tapi tak semua produknya ada kat sini.
 
Mana ada bau
Malam ni kitorang dinner kat pekan Tanah Rata lagi tapi kedai lainlah pula. Tak sedap sangat. Haha.

Hari terakhir kitorang kat Cameron Highlands lebih santai. Kitorang makan roti canai yang dibeli dari kedai mamak yang berhampiran. Mandi, siap-siap, kemas-kemas. Dalam pukul 9.30 pg kitorang check out dan menuju ke 2 lagi destinasi.

Taman Agro Al-Mashoor yang terletak kat Kampung Taman Sedia menyajikan home made strawberry ice cream yang memang sedap! Ikutkan hati, nak tambah lagi je. Tapi disebabkan Zaeem dah nangis nak tidur, malaslah. Oh sepatutnya nak beli buah strawberry kat sini je untuk dibawa balik tapi sayangnya tiada. Sebab tu laa kitorang terpaksa singgah ke destinasi kedua, Kea Farm lagi untuk beli.
Ziqri, lolipop & strawberry
Begitulah alkisahnya..

P/s: Kat CH memang xde traffic light ek?

Thursday, 20 March 2014

Kedai Makan Upin & Ipin

Assalaaamualaikum..~!!

Kedai Makan Upin & Ipin not bad gak rupanya ye. Huhu.

Sejak mak dah berpindah rumah kat Bangi ni, agak kerap gak kitorang melalui depan kedai ni. Tiap kali lalu, mesti akan cakap kat Ziqri ada Upin Ipin kat situ. Setakat cakap je laa, perginya tidak gak. Haha. So pada 16 Mac 2014 (Ahad), terbuka laa plak hati aku nak bawa famili terutamanya Ziqri yang minat sangat dengan Upin Ipin ni untuk lunch kat sana.

Teruja betul Ziqri setibanya kitorang kat depan kedai tu. Bila dah masuk dalam kedai, makin rambang mata dia tengok hiasan dalamannya yang penuh dengan watak-watak Upin, Ipin dan kawan-kawan. TV pun tayang cerita Upin Ipin tanpa henti.

Makanan kat kedai ni agak sedap gak. Sebelum ni aku bayangkan makanan yang dijual macam ibarat 'nasi putih + ayam goreng' je. Rupa-rupanya sangkaan aku tu jauh meleset. Haha. Ziqri pun makan dengan sangat berselera. Mungkin dia betul-betul percaya kata-kata kitorang yang kononnya makanan tu dimasak oleh Kak Ros.

Nasi Putih & Cencaru Sumbat

Nasi Putih & Daging Black Pepper

Nasi Ayam BBQ

Roti Milo

Pop Corn? Haha


Selain makanan, turut dijual kat kedai ni adalah merchandise Upin Ipin. Kitorang belikan Ziqri sepasang jersi bola sepak Malaysia nombor 14 yang tertera nama Ipin kat belakangnya. Naik je kereta lepas tu, terus dia minta nak pakai dan pakai lagi pada malam tu dan pakai lagi pada malam esoknya. Suka bebenor.

InsyaAllah kitorang akan kembali lagi ke Kedai Makan Upin & Ipin. Semoga business korang bertambah baik.

100 Doraemon Secret Gadgets Expo

Assalaaamualaikum..~!!

Aku dapat ilham untuk bawa famili ke ekspo Doraemon ni selepas tengok gambar sahabat kat Facebook yang dah pergi ke sana. Macam best je. Aku bukanlah peminat tegar Doraemon. Tapi aku ada koleksi komik Doraemon yang aku kumpul sejak lebih 20 tahun lalu. Ziqri lak baru-baru ni je mula menunjukkan minat kat kartun Doraemon. Adalah beberapa episod cerita Doraemon yang aku dah download kat iPad untuk tontonan dia.

Ok berbalik kepada kisah ekspo ni. Kitorang sekeluarga ke Viva Home Shopping Mall pada 15 Mac 2014 (Sabtu). Ini kali pertama aku ke sini dan ye aku sesat. Haha. Tiket masuk agak mahal, RM25 seorang. Percuma untuk kanak-kanak 3 tahun ke bawah dan warga emas 60 tahun ke atas. Memetik review ada seorang blogger tu, katanya meskipun tiket mahal, kegumbiraan pada wajah anak-anak tu jauh lebih bernilai. Untuk kes kitorang ni, kegumbiraan bukan je pada wajah Ziqri, malah aku pun sama kot ;) Tengok je laa gambar-gambar ni.


Ekspo Doraemon ni akan tamat pada 23 Mac ni. Nasib baik kitorang tak miss. Huhu.

Sayonara Doraemon~!!

Thursday, 6 March 2014

Assalamualaikum

Hurm... Ambil bulu ayam, sapu-sapu sikit kat blog ni yang dah agak berhabuk :) Lama benor aku dah tak menulis. Bukannya tiada idea. Adakalanya ilham tu datang tapi peluang nak menulis yang tak kesampaian. Kadang-kadang tu datang rasa malas dan ada masanya rasa mengantuk jadi penghalang. Macam-macam hal.

Nak rewind apa yang berlaku sejak tarikh post terakhir - 23 Januari.

29 Januari 2014, genap 3 tahun kitorang berkahwin. Tiada sambutan yang terlalu istimewa. Rancangan surprise yang last minute. Apa yang penting, ikhlas kan ;) Happy 3rd anniversary syg.

Musyrif Zaeem balik kampung kat Rembau dan Masjid Tanah buat pertama kalinya pada 31 Januari. Tapi mood Zaeem tak berapa ok dan asyik menangis je. Next time kita balik kampung lagi kena jadi good boy ok!

Anak sepupu Mama Eta berkahwin dan riuh-rendah laa kawasan kejiranan rumah MIL dengan macam-macam aktiviti pada 8 & 9 Februari. Masa kenduri macam ni, aku cuma reti menolong basuh pinggan mangkuk je. Wife jaga baby. Ziqri yang paling enjoy - bermain.




Zaeem dah mula diajar menyusu menggunakan botol sejak 17 Februari, kira-kira 2 minggu sebelum Mama Eta mula bekerja semula. Muka Zaeem macam tak puas hati je. Haha. Syukur anak ayah ni pandai dan 'cepat belajar'.





Pada 22 Februari, kitorang sekeluarga ke Kulai, Johor untuk melawat ..... Aku patut sebut melawat Alia ke melawat anak dia yang baru lahir ek? Haha. Tak kisah laa melawat siapa pun. Otw balik ke Jenjarom, sempat lagi singgah JPO jap dan pada sebelah malam ada kenduri arwah Abang Ude.

26 Februari, mama & ayah keluar dating jap ala-ala newlywed :p
21 Februari, Zaeem genap 3 bulan manakala 5 Mac, Ziqri genap 30 bulan. Sayang hero-hero ayah ni ;)




Tiada caption khusus untuk gambar kat atas. Tapi saje nak upload sebab keajaiban gambar tu yang pasti membuatkan kita tersenyum :)

Semoga aku akan lebih kerap menulis selepas ni.
Wassalam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...