Monday, 29 July 2013

Happy 30 Months Wedding Anniversary

29 Januari 2011 ~ 29 Julai 2013

4th Check Up

Assalaaaaamualaikum..~!!

Kitorang kembali lagi ke Hospital Bersalin Razif untuk check up baby dalam kandungan. Sepatutnya check up semasa usia kandungan 16 minggu tapi masa kitorang pergi hari tu, usia kandungan dah terlajak sikit, tepat-tepat 17 minggu. Huhu. Next appointment akan adjust balik ikut jadual yang sepatutnya.

Berat badan wife turun 1.5kg berbanding masa previous check up. Ini mungkin disebabkan faktor berpuasa. Then keputusan urine test mendapati ada kekotoran sikit aka urine infection. Tapi bila jumpa doktor, dia tak tegur pape pun. Semuanya acceptable :)

Doktor bagi soalan cepu emas kat kitorang sebelum scan perut Mama Eta. Dia tanya samada kitorang nak tau jantina anak sekarang atau tidak. Haha. For sure laa kitorang nak tau. Maka berdebar-debar laa kitorang semasa doktor scan tu.

Doktor scan serapi-rapinya dari pelbagai sudut untuk check keadaan baby. Kepala, paha, tulang belakang, degupan jantung, uri, air ketuban, semuanya perfect. Then saat yang dinanti-nantikan tiba. JANTINA!!!!!



Sayangnya tak nampak lagi daaaa.. Haha

Friday, 26 July 2013

Happy Birthday Emak & Selamat Berpencen

Assalaaamualaikum..~!!

Happy birthday emak.!! Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik dan sejahtera sentiasa.

Surprise..!!
Tips: Kalau beli barang kemas, simpan resitnya supaya boleh cuci atau repair percuma.

Genap 56 tahun usia pada 26 Julai 2013, maka secara rasminya emak dah meninggalkan perkhidmatan awam setelah lebih 30 tahun berkhidmat. Wah, aku pun dah tak sabar nak pencen rasanya..! Haha.

Alhamdulillah, permohonan emak untuk melanjutkan tempoh menginap kat kuarters Presint 16 ni diluluskan untuk tempoh maksimum 3 bulan lagi. Walau bagaimanapun, rayuan untuk mempercepatkan giliran kuarters aku tetap tidak diterima.

Life goes on..!

Thursday, 25 July 2013

Pemberitahuan Pertukaran / Penempatan Pegawai Farmasi Gred U44 di Kementerian Kesihatan Malaysia

Assalaaaamualaikum..~!!

Alhamdulillah, akhirnya permohonan wife untuk bertukar tempat kerja dari Kuala Lumpur ke negeri Selangor telah diluluskan selepas lebih setahun menunggu giliran. InsyaAllah aku akan ambil cuti rehat pada 1 Ogos ni untuk menemani Mama Eta lapor diri di Jabatan Kesihatan Negeri Selangor kat Shah Alam.

Yay!


Dalam rasa gumbira ni, tetap ada rasa berdebar-debarnya juga. Di bawah pentadbiran Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, ada 11 Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) kesemuanya. Maka kebarangkalian untuk Mama Eta ditempatkan di bawah PKD Kuala Langat, yang menjadi sasaran utama kitorang, cumalah 9%. Gulp...

Andai kata rezeki Mama Eta kali ni di Kuala Langat, terdapat pula sebanyak 10 buah Klinik Kesihatan (KK) di sini yang menjadi pilihan - tak termasuk Hospital Banting ya. Antara 10 KK ni, harap-harap Mama Eta tak ditempatkan di KK Tanjung Sepat sebab faktor lokasinya yang agak jauh dari Jenjarom.

Apapun, syukur ke hadrat Ilahi atas keizinanNya untuk memakbulkan usaha dan doa kitorang supaya Mama Eta dapat bertukar dari Kuala Lumpur. Semoga segala urusan yang dilalui selepas ini akan dipermudahkan oleh-Nya. Amin.

Monday, 22 July 2013

Servis Kereta & Tukar Tayar

Assalaaaamualaikum..~!!

Hari Sabtu lepas, Mama Eta bekerja extended hours kat Klinik Kesihatan Kg Pandan. InsyaAllah itu akan jadi extended hours terakhir dia kat Kolumpo (kalau tak faham, next time aku akan explain part ni). So nak dijadikan cerita, suami mithali ni seperti biasa telah menjadi driver untuk menghantar isteri bekerja.

Selepas menurunkan Mama Eta, aku terus ke Pusat Servis Ford kat Serdang. FoFi dah berjalan 70,000 km dan tiba masanya untuk diservis. Servis kali ni adalah pertama kalinya berbayar sebab 6 kali servis sebelum ni adalah percuma. Setakat tukar engine oil dengan oil filter, kenalah bayar dalam RM200++. Uhuk uhuk.

Gambar Hiasan
Atas nasihat Service Advisor, aku perlu bawa FoFi ke kedai tayar untuk buat alignment, balancing dan tyre rotation. Maka bagi memudahkan kerja, aku ke kedai sebelah Pusat Servis tu je.

Setelah diperiksa, 2 biji tayar FoFi terpaksa digantikan sebab keadaannya yang dah 'uzur'. Nasib baik baki 2 tayar lagi masih ok sebab baru je tukar 31 Disember lepas. Kos 2 tayar Continental (RM520) + alignment 2 tayar (RM18) + balancing (RM12) = laju je duit mengalir -___-

Apa pun harus diingat, keselamatan adalah keutamaan :)

Salam Ramadan..!

Monday, 8 July 2013

Serai

Assalaaaaamualaikum..~!!

Jom baca alkisah makan-makan kitorang sekeluarga yang terbaharu kat sebuah restoran yang dinamakan Serai. Restoran ni beralamat di P3A 16 & 17, Shaftsbury Square, Persiaran Multimedia 6, Cyberjaya.


Kali pertama aku menjejakkan kaki ke Serai, masa tu Mama Eta teringinnnnnnnnnnnn sangat nak makan Pavlova yang kononnya sedap sangat seperti digembar-gemburkan oleh kebanyakan orang. So pada satu hari bekerja tu, aku pun drive ke Shaftsbury pada waktu rehat semata-mata untuk menge'take away' Berry Pavlova. Gumbira sakan Mama Eta menjamah selepas balik dari kerja petang tu. Aku pun suka rasa dia. Memetik kata Ziqri, "dapppp~~" yang bermaksud sedap :)

Berry Pavlova - RM14.80
Sejak hari tu, aku berhasrat nak bawa Mama Eta, Ziqri dan emak ke Shaftsbury untuk makan. Macam-macam pilihan restoran yang menghidangkan aneka rasa makanan ada dijual kat sana. Pilih je yang mana suka.

Maka, pada hari Sabtu lepas, aku berpeluang untuk menyempurnakan hasrat aku tu. Lepas selesai kenduri kahwin sepupu kat Jelatek pada siang hari tu, aku pun bawa famili ke Cyberjaya untuk makan malam. Awal gak dinner kitorang hari tu sebab sampai sana dalam pukul 6 ptg. Huhu. Kitorang survey punya survey, last-last decide untuk makan kat Serai gak.

Budak kecik dapat pinggan, sudu dan garfu khas
C. Penne Pesto Chicken - RM21; Seafood T.Yum M. Hoon - RM19; Mini C. Burger w Chips - RM12; Pandan Banana Fritter - RM13; Hazelnut Roche - RM14.80; Milky Bandung - RM8.50; Tropical Fiesta - RM10.50; Minted Calamansi Soda - RM10.50
Boleh tahan mahal harga makanan dan minuman kat Serai ni. Tu tak termasuk 10% Service Charge dengan 6% Gov Tax lagi. Tapi pada aku masih agak berbaloi sebab saiz hidangannya yang besar. Mama Eta dan emak pun puas hati dengan rasanya yang sedap. Cuma Mini C. Burger w Chips je yang tak pasti apa rasanya sebab dah terlalu kenyang dan tak larat nak mengunyah lagi, meskipun rupanya yang sangat menarik macam daging burger bakar yang gumukkk.

Additional notes
C. Penne Pesto Chicken - lemak berkrim
Seafood T. Yum M. Hoon - 2 ekor udang besar..!!
Pandan Banana Fritter - emak makan 3..! :)
Hazelnut Roche - Mama Eta lagi suka ni daripada Berry Pavlova tapi taste aku sebaliknya
Bandung - biasa
Tropical Fiesta - campuran mangga dan oren yang pekat
Minted Calamansi Soda - masam

Dengan perut yang kenyang (bersyukur dimurahkan rezeki), kitorang pun kembali ke rumah sebelum azan Maghrib berkumandang.

 Segala pujian bagi Allah yang telah memberi makanan dan minuman kepada kami, dan yang telah menjadikan kami orang-orang muslim. Amin.

Thursday, 4 July 2013

Pindah Rumah

Assalaaamualaikum..~!!

Korang biasa pindah rumah..?

Rumah pertama aku apabila lahir kat muka bumi Allah ni pada bulan Disember 1985 adalah di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. Ayah merupakan pegawai DBKL pada masa tu dan melayakkannya untuk menetap kat situ. Aku tak pasti samada rumah tu diklasifikasikan sebagai kuarters atau tidak. Tapi apabila ayah meninggal dunia pada bulan Januari 1987, aku dan emak terpaksa berpindah keluar. Emak pernah cakap kalau umur emak/ayah (aku tak ingat yang mana satu) pada masa tu dah cecah 30 tahun, bolehlah nak beli rumah tu. Sayangnya, syarat tak dapat dipenuhi.

Kemudian, aku berpindah ke kampung belah emak kat Masjid Tanah, Melaka. Aku tinggal bersama atuk, nenek, ibu saudara dan sepupu. Sebenarnya aku pun tak berapa ingat siapa lagi yang ada kat kampung masa tu sebab dah lama sangat. Dalam masa yang sama, emak tumpang rumah kakak dia kat Petaling Jaya sebab emak masih bekerja kat KL. Pada setiap hujung minggu, emak akan naik bas Jebat Ekspres untuk balik kampung. Seingat aku, atuk akan bawa aku ke pekan setiap hari Sabtu untuk menjemput emak. Emak tak berani nak drive kereta jauh-jauh ni.

Pada tahun 1990 kalau tak silap, rumah yang emak beli kat Danau Kota, Setapak dah siap dan boleh diduduki. Aku ingat lagi, kebanyakan barang-barang rumah dipindahkan dari kampung ke rumah baru kitorang menggunakan trak askar. Pandangan aku sebagai seorang budak kecil waktu tu memang kagum laa, nampak macam kool je. Dalam hati aku, teringin sangat nak duduk dalam timbunan barang-barang tu. Haha.

Setelah Putrajaya dibuka dan kebanyakan pejabat-pejabat Kerajaan dah dipindahkan ke sini, emak berjaya mendapatkan kuarters di Presint 16. Kitorang berpindah masuk ke sini pada tahun 2001. Pada masa tu, aku masih bersekolah tingkatan 4 dan tinggal di asrama. Selepas tamat sekolah, aku merantau pula ke Pulau Pinang untuk pengajian peringkat Matrikulasi selama setahun dan 4 tahun lagi di Universiti Malaya. Maka, kadang-kadang je laa aku balik rumah. Ketika zaman bekerja di NRE, JKR dan MOSTI, aku meluangkan lebih banyak masa dengan rumah Putrajaya ni :)

Selepas berkahwin, aku dan Mama Eta masih menetap di rumah Putrajaya. Walau bagaimanapun, kitorang 'berpindah' ke rumah MIL aku kat Jenjarom, Kuala Langat selepas kelahiran Ziqri sebab kakak Mama Eta sudi menjaga Ziqri. Sejak tu, rumah Jenjarom dah jadi rumah weekdays kitorang dan rumah Putrajaya pula menjadi rumah weekend.

Sedar tak sedar, bulan ni emak akan berpencen dah. So secara automatiknya, kitorang akan berpindah pula dari Putrajaya selepas hampir 12 tahun menetap kat sini. Banyak kenangan dengan rumah tu =/ Permohonan aku untuk mendapatkan kuarters masih belum tiba gilirannya. Rayuan aku untuk sambung menetap kat kuarters emak pun dah ditolak. Mungkin Allah dah tetapkan rezeki buat mereka yang lebih memerlukan kuarters ni.
Gambar Hiasan
Jadi sementara menunggu rumah yang kitorang beli kat Jenjarom siap (dijangka siap selewat-lewatnya bulan Januari 2015), maka kitorang akan berpindah lagilah nampaknya. Semoga segala urusan pindah rumah kami sekeluarga selepas ni dipermudahkan olehNya.

Amin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...