Tuesday, 26 June 2012

Karnival Sains & Inovasi Zon Utara

Assalaaaamualaikum..~!!

Orang utara semua, jom pi Karnival Sains & Inovasi Zon Utara kat Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah, Merbok pada 30 Jun dan 1 Julai ni..! Ini merupakan karnival keempat yang dianjurkan oleh MOSTI selepas kejayaan penganjuran di Zon Timur @ Jeli (April), Zon Sabah @ Penampang (Mei) & Zon Selatan @ Johor Bahru (Jun).

Macam2 aktiviti menarik menanti anda..!
  • LEGO 'Build It'
  • Layang-layang 3D
  • Petrosains PlaySmart
  • Perkhemahan Angkasa (Space Camp)
  • Pencerapan Matahari
  • Pertandingan Roket Air
  • Constructive Paper Sculpture
  • Pameran Kereta PROTON
  • Segway
  • Bengkel Animasi BoboiBoy
  • Pameran Sains & Inovasi
  • Pertandingan Pelangi 'Tie & Dye'
  • Bengkel / Ceramah Interaktif
  • Pertandingan Sains & Matematik
  • Pameran Bergerak AADK, Pusat Sains Negara, BOMBA & Jabatan Kesihatan
  • Cabutan Bertuah


"Tu diaaa...mai pakat maiii..."
Masuk adalah PERCUMA..!


Untuk maklumat lanjut, layari portal SGI2012 :)
Sekian.

Saturday, 23 June 2012

Majlis Send Off KSN

Assalaaaaamualaikum...~!!

Weekend adalah masa untuk meng'update' blog :p

Kita mulakan dengan kisah Majlis Send Off YBhg. Tan Sri Mohd. Sidek bin Haji Hassan, Ketua Setiausaha Negara (KSN).

Semalam adalah hari terakhir beliau bertugas sebagai KSN setelah menyandang jawatan tertinggi dalam perkhidmatan awam ni selama hampir enam tahun (sejak bulan September 2006). Jawatan KSN selepas ini akan diambil alih oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Ali Hamsa.

So sebagai tanda penghargaan kepada jasa dan sumbangan YBhg. Tan Sri, Kementerian aku dikehendaki menghantar 50 orang ke majlis ni (rasanya semua Kementerian pun terima arahan yang sama). Bukan majlis apa pun, sekadar melambai dan bersalaman je masa KSN nak balik rumah. Hurm, rasanya xperlu kot nak mewajibkan hantar ramai penjawat awam ke majlis sebegini sebab sebenarnya ramai penjawat awam sendiri yang akan datang dengan seikhlas hatinya untuk bubbye tokoh seperti Tan Sri. Cukuplah sekadar jemputan kan. Just my 2 cents. Tapi xpe la, yang penting semua pun OK!

Ni beberapa keping gambar yang sempat aku snap untuk aku share dengan korang.

Nampak KSN..?

Nampak x..?

Xnampak lagi..?

Tu dia, yang pakai Baju Melayu warna merah..!

Bubbye..~!!

YBhg. Tan Sri ada meninggalkan amanat kepada semua penjawat awam. Kalau berminat, bolehlah baca kat SINI.

SAYA YANG MENURUT PERINTAH
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Sekian, wassalam.

Saturday, 16 June 2012

Umai D' Lake Cafe

Assalaaaaamualaikum..~!!

Tengah hari tadi kami sekeluarga makan kat Umai D' Lake Cafe, Putrajaya. Kafe ni terletak kat area Monumen Alaf Baru, sebelah Masjid Mizan (Masjid Besi).

Aku dapat tau kewujudan Umai D' Lake Cafe kat internet la. Ada yang komen kat Fesbuk, ada yang cerita kat blog. Apa yang buat aku tertarik dengan kafe ni sebab kedudukan dia yang menarik, depan tasik.

Memandangkan anak kesayangan, Musyrif Ziqri bangun tidur lambat, jadi kami pun alas perut dulu kat rumah sebelum g sana. So bila sampai kat Umai D' Lake Cafe, kami order makan yang biasa2 je.

Aku makan Roti Jala & minum Milo Ais Umai.


Mama Eta makan Chicken Chop & minum Tembikai Laici.


Mak makan Bihun Goreng & minum Limau Ais.


Ziqri makan & minum Pengat Pisang (lupa nak ambil gambar).

Aku bukan cerewet sangat part makan ni. Cuma kalau betul2 xsedap, aku bagitau laa yang rasanya memang xsedap. If betul2 sedap, aku akan bagitau laa yang makanan tu memang sedap. So untuk makanan kat Umai D' Lake Cafe ni, bagi aku ok je laa.

Sedikit yang mengecewakan aku, hiasan dalaman kafe tu xmenarik. Huhu. Aku bayangkan / harapkan kedai tu macam style mewah sikit, sesuai dengan lokasi dia yang ala2 eksklusif. Kalaulah diorang boleh bagi upgrade sikit, insyaallah lagi ramai pelanggan yang akan serbu.

So nak recommend kat korang untuk makan kat Umai D' Lake Cafe x..? Hurmmmm, susah betul nak decide. Ok la, korang dijemputlah datang ke sini - sambil makan, menikmati pemandangan tasik yang indah =P

Okies, daa. Wassalam.

Baby High Chair

Assalaaaaaamualaikum..~!!

Nenek ada SURPRISE untuk Musyrif Ziqri. Apakah..? Apakah..? Baca tajuk pun dah tau daa. LOL.

Malam semalam, kami tiga beranak balik ke Putrajaya. Dalam hati (ke kepala..?) tertanya2 gak apa laa surprise yang mak maksudkan tu. Then sampai je rumah, buka pintu, dah nampak. Baby High Chair.

Pagi ni masa nak sarapan, Ziqri pun join sama. Ziqri duduk kat kerusi baru dia laa. Mama Eta suapkan biskut kat Ziqri. Berselera dia makan <-- xde kena mengena pun dengan kerusi baru.  Tapi ok laa, xperlu nak letak Ziqri kat tilam & main sorang2 masa semua orang makan kan. Terima kasih nenek.

Breakfast..!


Nenek beli kerusi biru


Ooo, boleh lipat..

Ok, pendek je cerita kali ni.

Wassalam.

Wednesday, 13 June 2012

Kenapa Malaysia Menang 2-0 Je..?

Assalaaaamualaikum..~!!

Tahniah pasukan bola sepak Malaysia sebab menang friendly game lawan Singapura malam semalam..! Perlawanan yang menarik. Overall Malaysia yang control game. Aku expect boleh kenduri gol, menang 5-0 tapi sayangnya Harimau Malaya dapat score 2 gol je. Kenapa sikit sangat..?

1st eleven

Hasil pemerhatian, tinjauan, kajian, ujikaji, penyelidikan, pengalaman, perasaan, pendapat dan pandangan aku, semua ni terjadi disebabkan oleh anak kami, Musyrif Ziqri. Apa kaitan..? Apa kes..?

Gambar xde kena mengena
Sebab Ziqri akan menangis bila dengar orang jerit sebut GOL..!!

Adoyai.. Sejak bila jadi macam ni Ziqri oi..? Tu laa, bila ayah tengok game, Ziqri asyik tidur je. So xdapat pendedahan yang secukupnya. Haha. Mencabar ni nak mempengaruhi Ziqri jadi kipas susah mati Manchester United.

Apa sebenarnya yang berlaku malam semalam..?

Family Jenjarom berkumpul ramai2 kat rumah ni untuk tengok match tu. Ada laa dalam 15 orang termasuk Ziqri. Selalunya Ziqri dah tidur waktu ni tapi semalam baik lak dia nak stay up lama sikit

Kick off pukul 8.45 malam. Malaysia control game dari awal lagi. Serangan demi serangan. If xsilap, dalam 15 minit pertama tu, Malaysia ada cipta gerakan yang hampir2 menghasilkan gol. Kitorang yang ramai2 ni dengan penuh semangat menjerit GOL..!! Mungkin tergezut agaknya, Ziqri yang tengah main sorang2 terus menjerit menangis :'( Alololo, kesian.

Tandukan ni tak gol pun
Pada minit ke-18, jam 9.03 malam, Shakir Ali menanduk bola dengan penuh smart melepasi jangkauan keeper Singapura, hasil hantaran Norshahrul Idlan Talaha. Stadium gegak gempita. Rumah Jenjarom pun sama laa menjerit meraikan gol. Sekali lagi Ziqri menjerit menangis :'( Alololo..

Selepas tu, semua orang asyik bercakap pasal perangai Ziqri yang ntahapahapantah ni. Nak dipendekkan cerita, maka dijalankanlah satu ujikaji. Ziqri pun dipanggil, "Ziqri..!! Ziqri..!!" Ziqri pun pandang. Disebutlah "Golllllll..~~". Tak jerit pun, nada biasa2 je tapi ada laa panjang sikit dalam 6 harakat. Ziqri menangis.

Selepas dipujuk, ujikaji kedua lak dibuat. "Ziqri..!! Ziqri..!!" Ziqri pun pandang. Disebutlah "Gol". Kali ni pun xjerit & panjang sebutan 1 harakat je. Ziqri menangis gak. Hahaha. Adoyai... Maka kesimpulan yang dibuat, jangan cakap nak jerit GOL, sebut GOL pun Ziqri nangis gak. So lepas tu, semua orang berusaha untuk mengelak dari menjerit perkataan GOL.

Half time, jam 9.30 malam. Ziqri dah ngantuk. Mama Eta bawa Ziqri masuk bilik, berusaha tidurkan dia. Ziqri bukannya jenis yang senang tidur. Dia akan tahan mata dia sedaya upaya daripada pejam. So memang ambil masa gak untuk 'kalahkan' mata dia tu.

Abam Kapten
Second half mula jam 9.50 malam. Ziqri masih belum tidur. Mama terus berusaha. Aku kembali ke depan tv untuk tengok game ni. Minit ke-62, jam 10.07 malam, Safiq Rahim menjaringkan gol melalui trademark dia, free kick. Terbaek la, top corner dia bagi. Sayangnya gol yang sangat cantik tapi xdapat nak di'celebrate' sepenuh hati sebab tuan putera Musyrif Ziqri dah pun beradu.

So sebagai menghormati Ziqri yang dah diulit mimpi, team Malaysia pun main relax2 tanpa tambahan gol sampailah ke wisel penamat. Sebab tu laa Malaysia menang 2-0 je semalam :) Kemenangan pertama Malaysia ke atas Singapura dalam tempoh 8 tahun @ 11 perlawanan.

Sekian, wassalam.
(Sumber Gambar: Google)

Wednesday, 6 June 2012

Karnival Sains & Inovasi Zon Selatan

Assalaaaamualaikum..~!!

Kali ni aku nak cerita pasal kerja aku. Karnival Sains & Inovasi Zon Selatan akan diadakan pada 19 hingga 25 Jun 2012 kat Persada Johor International Convention Centre (Persada), Johor Bahru bersempena dengan Tahun Sains & Gerakan Inovasi Nasional (SGI) 2012. Ni karnival ke-3 daripada 6 karnival kesemuanya selepas Zon Timur (MRSM Jeli, April) & Zon Sabah (KDCA Penampang, Mei).


Karnival kali ni sedikit berbeza daripada penganjuran sebelum ni. Pertama, tempoh penganjuran yang panjang. Selalunya karnival kitorang ni dibuat 2 hari je tapi kali ni mencecah sampai seminggu..! Perbezaan kedua lak, karnival ni diadakan bersekali dengan Minggu Sains Teknologi & ICT (MISTI) Negeri Johor 2012, anjuran Unit Sains Teknologi & ICT (USTICT) Negeri Johor.



Bila dah bergabung ni, tu yang jadi saaaaangat banyak pengisian aktiviti. Dari pihak MOSTI sendiri, akan ada Demonstrasi Sains & Musical Science Show oleh Pusat Sains Negara, Angkasawan Space Camp oleh Yayasan Angkasawan Malaysia, sesi bersama Angkasawan Negara MDFK & Upin Ipin, Pertandingan Amphibious Electric Vehicle, Kuiz Crime Scene Investigation oleh Jabatan Kimia & Seminar Sains dan Inovasi daripada agensi2 di bawah MOSTI macam .my DOMAIN REGISTRY, Agensi Remote Sensing Malaysia, Agensi Nuklear Malaysia, CyberSecurity Malaysia & MDeC.

Xcukup dengan tu, pihak USTICT pun ada aktiviti2 diorang gak seperti Giant Snake & Ladder, Catur Bistari, Pertandingan Rekacipta Petrosains, Picture Caption Story, Pertandingan Kitar Semula, Bengkel Kerjaya Johor, Seminar Falak Negeri Johor, Minggu Astronomi, Mind Exchange, Smart School, Pertandingan Capture The Flag, QR Amazing Race, Pertandingan Robotik Kebangsaan Peringkat Negeri Johor dan baaaaaaanyak lagi laa.














So apa lagi orang Johor, jom kita g Persada JB pada 19-25 Jun ni..~!! =)

Maklumat lanjut, boleh check kat sini:-

Sekian, wassalam.

Monday, 4 June 2012

SKVE Teluk Panglima Garang

Assalaaaaamualaikum..~!!

South Klang Valley Expressway (SKVE) @ Lebuhraya Lembah Klang Selatan sekarang dah sampai ke Jenjarom. Pergh..!!

Alkisahnya mula pada hari Selasa lepas (29 Mei). Kitorang sekeluarga nak gerak balik ke Jenjarom dari Putrajaya pada malam tu. Masa tengah dinner, ada laporan berita kat ntv7 bagitau yang exit Teluk Panglima Garang SKVE dah dibuka. Kepada sesiapa yang xtau, Teluk Panglima Garang dengan Jenjarom ni bersebelahan je. So kitorang dengan sangat 'excited'nya balik ke Jenjarom pada malam tu melalui SKVE. Tapi malangnya sampai kat area Saujana Putra, jalan masih ditutup dan terpaksalah kitorang patah balik ke Putrajaya & ikut jalan biasa. Cekewa je.

Pagi ni lak, on the way aku nak ke ofis (Putrajaya), haruslah aku buat u-turn kat exit Teluk Panglima Garang tu. Then aku sangat tertarik bila tengok baaaanyak kereta ikut jalan SKVE tu. Aik, mana diorang nak pergi tu? Hurm. So disebabkan oleh semangat ingin tau yang sangat kuat, aku pun call SKVE untuk confirmkan bila sebenarnya laluan Putrajaya-Teluk Panglima Garang akan dibuka. Rupa2nya laluan tu dah dibuka mulai dari jam 12 tgh malam, 30 Jun. Lor...

So pada petang ni, selepas kerja, aku pun balik Jenjarom melalui SKVE.

Masa bertolak : 6.00 ptg
Jenis kereta : Proton Persona 1.6cc
Speed : 110km/j (had laju 90 km/j je)
Jarak perjalanan : 35 km
Masa tiba : 6.25 ptg

Woah, amek masa 25 minit je perjalanan..!! Selalunya kalau ikut Dengkil (Jalan Banting B18), mau sampai 50 minit (jalan clear) atau 1 jam (traffic jam - pagi & petang). Jarak perjalanan pun jadi lebih pendek iaitu 35 km je berbanding sebelum ni, 50 km.

Jenjarom-Putrajaya 50km

Buat masa ni, SKVE bagi tempoh percubaan selama sebulan untuk melalui jalan ni pada kadar RM1.90 sehala sahaja sampai 29 Jun ni. SKVE secara keseluruhannya melalui kawasan Ayer Hitam, Saujana Putra, Tanjung Dua Belas, Teluk Panglima Garang, Pulau Carey & Pulau Indah. Bayaran tol RM1.90 tu sebenarnya kadar dari Ayer Hitam ke Saujana Putra je. Bayaran tol sampai ke Teluk Panglima Garang xdiketahui lagi.

Laluan SKVE

BERBALOI KE X SEBENARNYA..?

Aku buat pengiraan macam ni laa. Aku berbelanja sebanyak RM75 untuk duit minyak bagi perjalanan Jenjarom-Putrajaya-Jenjarom selama 5 hari bekerja. So secara purata, kadar penggunaan minyak adalah sebanyak RM15 bagi setiap 100 km.

Kalau aku ikut SKVE lak, jumlah jarak akan jadi 350 km seminggu. So aku perlu belanja kira2 RM52.50 seminggu. Kalau bayaran tol ditetapkan sebanyak RM5 sehala, maka jumlah bayaran tol seminggu adalah RM50. Bila dijumlahkan duit minyak + duit tol, akan jadi RM102.50 seminggu. Kerugian sebanyak RM27.50.

So adakah xberbaloi aku follow SKVE ni..? Bergantung kepada diri sendiri. Kalau aku rasa RM27.50 tu sebagai beban, rugilah. Kalau aku fikirkan RM27.50 dapat jimatkan masa sebanyak 350 minit (almost 6 jam) seminggu, untunglah.

So rasanya aku lebih cenderung untuk pilih SKVE sebab ada banyak kelebihan terutamanya masa perjalanan yang singkat. Traffic light pun cuma ada satu je sepanjang perjalanan. Haha. Kalau keluar rumah pukul 8 pg pun masih sempat lagi nak punch card kot.

Tu je laa cerita kali ni. Kepada semua pemandu, hati2 di jalan raya :p

Wassalam.

Update : Kadar tol Ayer Hitam - Teluk Panglima Garang = RM3.70 sehala; Bandar Saujana Putra - Teluk Panglima Garang = RM2.20 sehala.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...