Thursday, 26 July 2012

Happy 55th Birthday Emak..!!



Selamat Hari Lahir yang ke-55 mak..!! Semoga mak kekal sihat, dimurahkan rezeki & dipanjangkan umur. Kitorang doakan juga supaya hajat mak untuk tunaikan haji pada tahun ni termakbul. Adi, Eta & Ziqri

Selamat hari lahir kak. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki serta dikurniakan kesihatan yang baik. Mak Ndak

Happy birthday Mak Mah :) Najiah & Fazli

Happy birthday Mak Mah. Bila nak panggil datang berbuka? Wink wink. Fahmi

Happy birthday Nek Mah. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik. Always love you! Afiqah

Selamat hari lahir Mak Mah. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki & sentiasa dirahmatiNya. Amin. Bila nak buka puasa kat kampung? Orang buatkan asam podeh. Hehehe. Shahidah

Sweet Mak Mah dalam gambar ni. Tak nampak 55 tahun pun :) Cakap kat Mak Mah. Happy birthday. Semoga panjang umur, murah rezeki & happy always with her special laughter tu ;) Lina

Selamat panjang umur lagi Mak Mah. Semoga ceria selalu di samping keluarga & cucu tersayang. Azzah (Arif)

Selamat hari lahir Kak Amah. Rohaya Harun

Happy birthday Mak Mah. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik selalu. Najib & Aina

Selamat hari lahir Mak Mah. Semoga panjang umur & murah rezeki. Saufi

Selamat hari lahir Mak Mah. Semoga dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki. Ummi (Fizi)

Selamat hari lahir Kak Mah. Semoga panjang umur dan murah rezekinya lagi di samping beramal. Aidah Humairah Sidex

Happy birthday Mak Mah. Fizi

Happy birthday Nek Mah. Semoga panjang umur & dimurahkan rezeki. Amin. Asyraf

Happy birthday Nek Mah. Aqilah

Happy birthday Mak Mah. May Allah bless you always. Ameen :) Akmal

Wednesday, 18 July 2012

Pengalaman Pembedahan Di Hospital Klang

Assalaaamualaikum..~!!

Baru-baru ni, MIL aku kena bedah kat Hospital Tengku Ampuan Rahimah a.k.a Hospital Klang. Asalnya pembedahan dijadualkan pada bulan Jun tapi terpaksa ditunda atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

MIL kena dimasukkan ke wad sehari sebelum pembedahan. Aku, Mama Eta & 2 BILs yang hantar. Menurut petugas kat Kaunter Pendaftaran Masuk Wad, MIL aku layak untuk dapat Wad Kelas 1. Urusan lanjut pasal wad, petugas ni suruh maklum pada nurse di wad.

Di wad, ada 2 orang nurse yang menguruskan pendaftaran MIL. Selepas selesai mengisi & mengurus semua dokumen berkaitan, kedua-dua nurse berbincang untuk tempatkan MIL kat katil yang mana satu. Aku pun mencelah..

Aku : Cik, boleh dapatkan Wad Kelas 1..?
Nurse : Kalau nak Wad Kelas 1, kena tempah awal-awal. Wad tu tempatkan pesakit denggi. Kalau dah penuh, tak boleh laa..
Aku : (Macam tu pulak..? Petugas kat Kaunter Pendaftaran cakap lain)
Nurse : (Buat panggilan telefon). Engage laa..

Kemudian Mama Eta lak mencelah..

Mama Eta : Kalau tak dapat Wad Kelas 1, boleh beri katil sebelah tingkap..? Mak saya tak boleh tahan panas, sesak nafas nanti..
Nurse : Katil sebelah tingkap dah penuh. Lagipun makcik nak kena operate esok, jadi lagi senang kalau duduk di katil di tengah-tengah..

Maka MIL pun ditempatkan di Wad Kelas 2 atau 3 (aku pun tak pasti), katil di bahagian tengah-tengah. Wad ni tak teruk & tak sesak pun. Cuma bila difikirkan yang MIL memang layak untuk ditempatkan di wad yang lebih selesa, jadi kita mestilah nak dapatkannya kan.

Tak lama lepas tu, ada seorang pesakit baru datang mendaftar. Selesai segala urusan, dia dapat lak katil kat sebelah tingkap. Eh, what the..? Hurm.. Kemudian, aku pun mencuba nasib sekali lagi..

Aku : Cik, dah dapat call dah..?
Nurse : Bagi saya masa boleh.. (sila baca dengan nada & memek muka 'ada aku kisah')
Aku : Ok..

Panas memang panas. Berapi pun berapi gak. Tapi sabar... Teringat cerita kenalan yang pernah berkerja kat hospital, katanya senarai pesakit yang KIV untuk Wad Kelas 1 ramai tapi Wad Kelas 1 tak penuh pun. Adakah ini yang sebenarnya terjadi..? Wallahu'alam.

Kira-kira pukul 10.30 pg, kami berempat ke kantin untuk minum pagi. Berlaku insiden yang tak diingini. Mama Eta kena gangguan seksual. Panas, berapi. Akibatnya 2 tumbukan padu tepat ke muka lelaki miang + gatal tu oleh BIL aku. Dengar cerita, lelaki ni memang biasa buat gangguan seksual kat sekitar Hospital Klang. Kalau betul apa yang dikata, wajar diambil tindakan.

Tak lama lepas tu, kami berempat pulang ke rumah. BILs ke Jenjarom, Mama Eta & aku ke Putrajaya.

Masa melawat kat  Hospital Klang adalah pada jam 12.30 t/hari hingga 2.00 ptg & 4.30 ptg hingga 7.30 mlm. Ikut perancangan asal, ada ahli keluarga yang akan melawat MIL pada sebelah petang. Tapi disebabkan miscommunication, tiada seorang pun yang pergi melawat & kami hanya dapat tahu sekitar jam 7.00 ptg..!

Adakah ini satu isu besar..? Ya..!! MIL tidak tahu membaca. Maka secara logiknya MIL tidak tahu menggunakan handphone, malah tidak memiliki handphone pun. Tiada bahan bacaan yang boleh dibaca. Tiada televisyen di kawasan katil MIL untuk ditonton. Ni kali pertama MIL akan dibedah. Adakah dia bosan / risau / takut / sedih..? Macam-macam bermain di fikiran Mama Eta. Mama Eta menangis.

Selepas maghrib, Mama Eta, baby Ziqri & aku menuju ke Hospital Klang. Kami tiba pada jam 9.00 malam. Rancangan kami adalah berpura-pura hendak hantar barang kepada MIL dengan harapan akan dibenarkan untuk naik walaupun hanya seorang. Sayangnya rancangan tak jadi. Sangat ramai orang berkumpul di kawasan lif sebab dihalang oleh pengawal untuk naik. Tapi atas budi bicara, pengawal hanya benarkan 5 orang sahaja untuk naik pada satu masa, itu pun selepas 5 orang yang terdahulu dah turun. Agak tak munasabah. Pukul berapa nak naik kalau macam ni. Tapi ok la tu, pengawal menjalankan tugas seperti yang diarahkan & masih ada budi bicara.

Kami redha tak dapat naik. Tukar kepada Plan B. Kami cuba menghubungi wad yang menempatkan MIL.

Mama Eta : Helo. Saya ada datang tadi tapi tak dibenarkan naik. Mak akan jalani pembedahan pagi esok. Saya tak sempat jumpa dia. Mak takde handphone. Jadi boleh saya bercakap dengan dia..?
Nurse A : Ok..
Mama Eta & aku : (Alhamdulillah)..

-Beberapa saat kemudian-

Nurse B : Helo. Cik tak boleh telefon wad..
Mama Eta : Mak saya takde handphone..
Nurse B : Tak boleh. Ada apa-apa pesanan..?
Mama Eta : Hurm, tak pe laa.. (Letak telefon)

Air mata berjuraian lagi... Kesian. Kami tidur kat Jenjarom pada malam tu.

Keesokan pagi, pada hari pembedahan, kami tiga beranak & BIL g hospital. Walaupun belum masa melawat, kami dapat naik ke wad dengan mudah. Alhamdulillah.

MIL cerita apa yang berlaku semalam. Nurse A dah panggil MIL untuk jawab panggilan telefon daripada Mama Eta. MIL pun dah bergerak dari katil untuk jawab telefon tapi secara tiba-tiba Nurse B tak benarkan. Sampai hati.

MIL bagitau gak yang doktor yang akan jalankan pembedahan ada datang melawat pagi tadi. Kata doktor tu, dia dah mencari MIL di seluruh Wad Kelas 1 tapi tak jumpa pun. Rupa-rupanya MIL ada kat sini. Huh..

Kira-kira pukul 10.00 pg, MIL dimasukkan ke Dewan Pembedahan. Lebih kurang jam 3.00 ptg, pembedahan selesai. Boleh tahan lama gak. Tapi xpe, yang penting semuanya selesai dengan baik. Semua ahli keluarga datang melawat pada petang tu. Sayangnya tak dapat jumpa doktor yang membedah MIL untuk bertanya mengenai proses pembedahan tu. Teringin gak nak korek cerita daripada dia, samada Wad Kelas 1 dah penuh ke :p 

Pukul 6.00 ptg, kami semua pulang ke rumah kat Jenjarom. Angah tidur kat wad malam tu, teman MIL.

Pukul 8.30 mlm, dapat panggilan daripada Angah. MIL sesak nafas sebab kepanasan. Keadaan agak kritikal. Tekanan darah MIL turun. Aku & BIL pun rushing pergi ke hospital, bawakan kipas. Alhamdulillah dipermudahkan lagi urusan untuk naik ke wad atas alasan MIL tengah kritikal. Kipas di wad memang dah on, pintu / tingkap pun dibuka seluas-luasnya tetapi keadaan dalam wad masih panas. Selepas macam-macam usaha dibuat, keadaan MIL semakin baik.

Hurm.. Kalaulah MIL ditempatkan di Wad Kelas 1, mungkin keadaan ni tak berlaku. Kita bukan nak demanding sangat tapi itu memang keistimewaan yang kita layak terima. Beza sangat ke Wad Kelas 1 berbanding Kelas 2 atau 3..? Mengikut pemahaman aku, Wad Kelas 1 ada aircond, menu makanan pesakit yang berbeza & servis yang diberikan lebih baik. Betul ke..? Wallahu'alam..

Walau apa pun, satu yang positif daripada pengalaman pembedahan kat Hospital Klang ni ialah doktor pakar bedah yang sangat baik. Peramah, boleh berunding & memahami. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Tapi kerana seorang doktor yang baik, semua doktor pun akan dianggap baik. Haha.

Akhir kata, semoga servis di Hospital Klang akan ditambahbaik dari semasa ke semasa. Kalau boleh, fasiliti pun perlu ditambahbaik. Cantik rupa hospital, seronok sikit pesakit tengok & cepat sikit pesakit sihat. Mainan psikologi :)

Tuesday, 17 July 2012

Kerja Seorang Pharmacist

Assalaaaaamualaikum..~!!

Korang tau tak apa bidang tugas seorang Pegawai Farmasi a.k.a pharmacist..? Kalau ditanya soalan ni kat kawan-kawan aku, jawapan diorang kebanyakannya sama je - tugas pharmacist adalah mendispens ubat (prepare & give out (medicine)). Yup, betullah tu. Itulah yang selalu kita nampak kat farmasi, pharmacist akan terima preskripsi daripada pesakit & memberikan ubat kepada pesakit-pesakit tu.

Aku bukanlah pharmacist. Aku pun bukannya kerja kat farmasi / klinik / hospital. Tapi aku berminat untuk berkongsi tugas-tugas seorang pharmacist. Lain tempat, lain sedikit tugasnya. So apa yang aku akan kongsikan kat bawah ni adalah berpandukan pengalaman kerja isteri aku.

Mama Eta kerja kat salah sebuah klinik kesihatan di Kuala Lumpur. Klinik ni tak besar sangat pun tapi bilangan pesakit boleh tahan ramai. Secara purata, seramai 350 hingga 450 orang pesakit akan datang ke klinik ni dalam sehari. Bilangan staf di farmasi ada 8 orang je...

Mendispens Ubat

Tugas utama Mama Eta sebagai seorang pharmacist adalah mendispens ubat. Kerja ni memerlukan Mama Eta untuk berdiri & bercakap non stop dari pukul 8.00 pg sampai 5.00 ptg. Masa ni laa kita akan dapat tengok macam-macam perangai manusia. Ada yang baik, ada yang tidak. Ada yang suka menyanyi, ada yang muka masam je. Ada yang peramah, ada yang tak boleh berbahasa Melayu / Inggeris pun. Ada yang terima ubat dengan senyuman, ada yang mempersoalkan ubat yang diterima. Ada yang ucap terima kasih, ada yang ugut untuk buat aduan di Kementerian.

"Awak ni Najwa Latif ke..? Kosong~ Kosong~~"



Screening

Di sebalik kerja mendispens yang kita orang awam ni biasa nampak, pharmacist sebenarnya bertanggungjawab untuk buat kerja screening. Screening ni macam menapis / meneliti preskripsi yang dikeluarkan oleh doktor untuk memastikan preskripsi tersebut adalah untuk pesakit yang betul, ubat yang betul, dos yang betul, kekerapan yang betul, preskripsi masih belum tamat tempoh, ubat yang akan diberi tiada interaksi dengan ubat-ubat yang lain dll. 

Cuba korang bayangkan kalau pharmacist tersilap, bagi ubat Panadol je kat pesakit darah tinggi, tak ke seksa tu..? Ataupun ubat yang patut dimakan 3 kali sehari tapi ditulis 33 kali sehari..? Hahaha. Tetiba teringat satu ayat ni, "be nice to pharmacists because we can kill you with one mistake" :))

Tapi kat klinik Mama Eta & mungkin di sesetengah klinik lain gak, pharmacist kena buat kerja tambahan - labelling & filling ubat...

Kaunseling

Pharmacist pun boleh jadi kaunselor ye. Wow..! Haha. Kerja kaunseling pesakit ni biasanya untuk menerangkan cara penggunaan alat perubatan, cara menggunakan ubat, supaya pesakit lebih memahami tentang penyakit masing-masing, apa kegunaan ubat yang pharmacist berikan pada pesakit dll. Tapi bukan semua pesakit yang akan kena kaunseling, mereka yang terpilih je :)

Laporan & Stor

Kat klinik Mama Eta, ada 4 orang je pharmacist. Salah seorang ni, skop tugas utama dia adalah untuk menyediakan laporan. Macam-macam laporan yang perlu disediakan oleh pharmacist. Anggaran kasar, lebih 30 laporan pada setiap bulan..! Memang melekat depan komputer je laa jawabnya. Seorang lagi lak, skop tugas utama dia adalah menguruskan stor. Yang ni, kerja dia kena pastikan stok ubat cukup, uruskan tempahan stok baru ubat, penyediaan ubat untuk KKIA berhampiran, pastikan kuantiti ubat yang keluar masuk dari stor adalah seimbang dll. Dah macam buat audit lak.

5S

Rasanya semua orang pun dah tau apa keJEDEHnya 5S ni kan. Tau tu memang tau tapi aku sendiri pun xhafal apa S, S, S, S & S tu. Hahaha. Tapi elok gak amalan 5S kat farmasi ni, teratur kerja. 5S  tak kan terjadi sendiri kalau tiada person in charge. So siapa lagi kan yang nak bertanggungjawab kalau bukan pharmacist tu sendiri..? Hehe. Tambah satu lagi kerja.

Methadone

Sebelum ini, aku pernah bercerita pasal methadone. Ada baca tak..? Kalau belum pernah baca & berminat nak baca, klik kat SINI. Di Kolumpo ada 4 lokasi yang pharmacist perlu bertugas untuk 'hidangkan' methadone iaitu kat KK Jinjang, PKD Kepong, C&C Sungai Besi & Masjid Ar-Rahman Petaling Jaya. Kerja ni boleh jadi time weekdays & ada masanya time weekend.

Lain klinik, lain tempat rehatnya. Dah penat kerja, atas lantai ni laa tempat untuk Mama Eta makan, solat, pam susu & tidur masa rehat...

So itulah senarai kerja seorang pharmacist yang dapat aku kumpulkan setakat ni. Kalau tak setuju atau info aku ni xlengkap, komen anda dialu-alukan kat bawah ni ye :) Anytime, aku boleh update info kat cerita ni.

Sekian, wassalam.

Thursday, 12 July 2012

Najwa Latif Bukan Isteri Saya

Assalaaaaamualaikum..~!!

Semenjak dua menjak ini, ramai yang mengatakan bahawa saya telah berkahwin dengan penyanyi, Najwa Latif. Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya gosip tersebut. Ia adalah tidak benar. Najwa Latif bukan isteri saya. Gosip ini telah mewujudkan rasa kurang senang kepada saya dan ahli keluarga. Gambar-gambar di bawah adalah bukti kepada penafian saya ini. Anda sendiri dapat lihat perbezaannya kan..?





Saya berharap tiada lagi penyebaran khabar angin sebegini pada masa akan datang. Isteri saya hanya seorang iaitu Masnita Abdul Karim.

Hahahahahhaa.

Sekian, wassalam :)

Friday, 6 July 2012

Boling Catalyst

Assalaaaaamualaikum..~!!

Semalam, 5 Julai 2012 (Khamis), aku & sepuluh kawan2 Catalyst main boling kat ARL Power Bowl Alamanda, Putrajaya. Catalyst ni nama Sidang aku masa Kursus DPA dulu (C for Catalyst). Saje je organise untuk mengeratkan tali silaturrahim :p Barulah sesuai dengan moto Catalyst, it's not a group, it's a bond.


Game dijangka mula pada pukul 6 petang. Berdasarkan event yang aku create kat Fesbuk, patut ada 10 orang yang dah meng'confirm'kan diri untuk datang. Tapi sampai pukul 6 petang, baru 3 orang je yang sampai - aku, Hazwani Raja Mohd & Wan Zafirah Hanim. Haha. Cekewa, meskipun telah dapat dijangka.

Tak lama lepas tu, muncullah Mohammad Hafiz Mohd Shafiai, Dhom Raiful & Mohd Hafizs Khar. So kira2 dalam pukul 6.20 petang, game pun bermula. 2 lane, 6 pemain.

Tengah seronok2 main, Faridz Radzi lak muncul dan disusuli oleh Muchacha Azraa, Sarah Isa & Zaim Kira. Eloklah tu, buka satu lane lagi untuk 4 orang bermain. Xsempat nak borak panjang sangat dengan 4 orang ni sebab kitorang xde main cross lane dengan korang. Haha. Zaim pun dah gerak balik xlama lepas tu sebab nak g beli pampers anak katanya. Huh..? Haha.

Last sekali, sampai pun Khairee Shahdila. After kitorang berenam yang terawal ni habis main Game 1, baru laa Khairee join menyelit sekali. Satu game pun cukup laa.

11 anak muda yang mencipta sejarah. Haha. (termasuk photographer)

Hafizs puasa sunat semalam, so dia pun berbuka sambil main boling. Ada sesuatu yang buat aku tertarik semasa masuk waktu Maghrib. Azan berkumandang, semua orang pun dengar. Boleh jadi radio / pusat boling yang mainkan / apa2 je laa. Masa azan tu, semua orang yang ada kat situ stop main. Duduk diam2 kat tempat masing2. Wah, 1st time aku menemui keadaan macam ni..! Bagus2. Alhamdulillah :)

Game habis agak lewat, almost pukul 8 malam. Tu pun sebenarnya lane Faridz, Azraa & Sarah baru masuk Game 2. Macam mana laa xlama kitorang semua main, dah lane kat Alamanda ni asyik bermasalah je. Pin xturun, pin xcukup, pin berterabur, bola yang dah baling xmuncul2 balik. Teruk.

After game, aku terus pecut balik Jenjarom. Agak rushing gak. Sorry kawan2. Kesian isteri kat rumah menunggu nak dinner sama2.

Tu je laa kisah kali ni. Sape menang, sape kalah tu xpenting. Apa yang penting, ikatan Catalyst tu berkekalan sampai bila2. Kepada yang xberpeluang join semalam, insyaAllah boleh join untuk next event akan datang.

Sekian.

Wednesday, 4 July 2012

Anugerah Inovasi Negara (AIN) 2012

Assalaaaaamualaikum..~!!

Adakah meng'update' blog mengenai kerja pada waktu kerja dikira sebagai satu pekerjaan..? Hahaha.

Iklan versi black & white
Anugerah Inovasi Negara (AIN) 2012 akan diadakan bersempena dengan Persidangan dan Pameran Inovasi Kebangsaan (NICE - National Innovation Conference and Exhibition) 2012, World Innovation Forum Kuala Lumpur, BioMalaysia & Nano Malaysia Summit pada 5 hingga 7 November 2012 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Keseluruhannya ada 4 kategori yang dipertandingkan - produk, perkhidmatan, akar umbi dan sekolah. Hadiah paling lumayan adalah bagi kategori produk & perkhidmatan (RM50,000 + piala + sijil). Pemenang kategori akar umbi pula akan menerima wang tunai RM20,000 + piala + sijil manakala juara bagi kategori sekolah pula akan terima wang tunai RM10,000 + piala + sijil.

Tarikh penyampaian hadiah AIN 2012 adalah pada 6 November 2012 di KLCC.

So kepada sesiapa yang berminat, boleh download borang penyertaan di website MOSTI. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 17 Ogos 2012, jam 5.00 petang.

Sekian, wassalam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...