Wednesday, 18 July 2012

Pengalaman Pembedahan Di Hospital Klang

Assalaaamualaikum..~!!

Baru-baru ni, MIL aku kena bedah kat Hospital Tengku Ampuan Rahimah a.k.a Hospital Klang. Asalnya pembedahan dijadualkan pada bulan Jun tapi terpaksa ditunda atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

MIL kena dimasukkan ke wad sehari sebelum pembedahan. Aku, Mama Eta & 2 BILs yang hantar. Menurut petugas kat Kaunter Pendaftaran Masuk Wad, MIL aku layak untuk dapat Wad Kelas 1. Urusan lanjut pasal wad, petugas ni suruh maklum pada nurse di wad.

Di wad, ada 2 orang nurse yang menguruskan pendaftaran MIL. Selepas selesai mengisi & mengurus semua dokumen berkaitan, kedua-dua nurse berbincang untuk tempatkan MIL kat katil yang mana satu. Aku pun mencelah..

Aku : Cik, boleh dapatkan Wad Kelas 1..?
Nurse : Kalau nak Wad Kelas 1, kena tempah awal-awal. Wad tu tempatkan pesakit denggi. Kalau dah penuh, tak boleh laa..
Aku : (Macam tu pulak..? Petugas kat Kaunter Pendaftaran cakap lain)
Nurse : (Buat panggilan telefon). Engage laa..

Kemudian Mama Eta lak mencelah..

Mama Eta : Kalau tak dapat Wad Kelas 1, boleh beri katil sebelah tingkap..? Mak saya tak boleh tahan panas, sesak nafas nanti..
Nurse : Katil sebelah tingkap dah penuh. Lagipun makcik nak kena operate esok, jadi lagi senang kalau duduk di katil di tengah-tengah..

Maka MIL pun ditempatkan di Wad Kelas 2 atau 3 (aku pun tak pasti), katil di bahagian tengah-tengah. Wad ni tak teruk & tak sesak pun. Cuma bila difikirkan yang MIL memang layak untuk ditempatkan di wad yang lebih selesa, jadi kita mestilah nak dapatkannya kan.

Tak lama lepas tu, ada seorang pesakit baru datang mendaftar. Selesai segala urusan, dia dapat lak katil kat sebelah tingkap. Eh, what the..? Hurm.. Kemudian, aku pun mencuba nasib sekali lagi..

Aku : Cik, dah dapat call dah..?
Nurse : Bagi saya masa boleh.. (sila baca dengan nada & memek muka 'ada aku kisah')
Aku : Ok..

Panas memang panas. Berapi pun berapi gak. Tapi sabar... Teringat cerita kenalan yang pernah berkerja kat hospital, katanya senarai pesakit yang KIV untuk Wad Kelas 1 ramai tapi Wad Kelas 1 tak penuh pun. Adakah ini yang sebenarnya terjadi..? Wallahu'alam.

Kira-kira pukul 10.30 pg, kami berempat ke kantin untuk minum pagi. Berlaku insiden yang tak diingini. Mama Eta kena gangguan seksual. Panas, berapi. Akibatnya 2 tumbukan padu tepat ke muka lelaki miang + gatal tu oleh BIL aku. Dengar cerita, lelaki ni memang biasa buat gangguan seksual kat sekitar Hospital Klang. Kalau betul apa yang dikata, wajar diambil tindakan.

Tak lama lepas tu, kami berempat pulang ke rumah. BILs ke Jenjarom, Mama Eta & aku ke Putrajaya.

Masa melawat kat  Hospital Klang adalah pada jam 12.30 t/hari hingga 2.00 ptg & 4.30 ptg hingga 7.30 mlm. Ikut perancangan asal, ada ahli keluarga yang akan melawat MIL pada sebelah petang. Tapi disebabkan miscommunication, tiada seorang pun yang pergi melawat & kami hanya dapat tahu sekitar jam 7.00 ptg..!

Adakah ini satu isu besar..? Ya..!! MIL tidak tahu membaca. Maka secara logiknya MIL tidak tahu menggunakan handphone, malah tidak memiliki handphone pun. Tiada bahan bacaan yang boleh dibaca. Tiada televisyen di kawasan katil MIL untuk ditonton. Ni kali pertama MIL akan dibedah. Adakah dia bosan / risau / takut / sedih..? Macam-macam bermain di fikiran Mama Eta. Mama Eta menangis.

Selepas maghrib, Mama Eta, baby Ziqri & aku menuju ke Hospital Klang. Kami tiba pada jam 9.00 malam. Rancangan kami adalah berpura-pura hendak hantar barang kepada MIL dengan harapan akan dibenarkan untuk naik walaupun hanya seorang. Sayangnya rancangan tak jadi. Sangat ramai orang berkumpul di kawasan lif sebab dihalang oleh pengawal untuk naik. Tapi atas budi bicara, pengawal hanya benarkan 5 orang sahaja untuk naik pada satu masa, itu pun selepas 5 orang yang terdahulu dah turun. Agak tak munasabah. Pukul berapa nak naik kalau macam ni. Tapi ok la tu, pengawal menjalankan tugas seperti yang diarahkan & masih ada budi bicara.

Kami redha tak dapat naik. Tukar kepada Plan B. Kami cuba menghubungi wad yang menempatkan MIL.

Mama Eta : Helo. Saya ada datang tadi tapi tak dibenarkan naik. Mak akan jalani pembedahan pagi esok. Saya tak sempat jumpa dia. Mak takde handphone. Jadi boleh saya bercakap dengan dia..?
Nurse A : Ok..
Mama Eta & aku : (Alhamdulillah)..

-Beberapa saat kemudian-

Nurse B : Helo. Cik tak boleh telefon wad..
Mama Eta : Mak saya takde handphone..
Nurse B : Tak boleh. Ada apa-apa pesanan..?
Mama Eta : Hurm, tak pe laa.. (Letak telefon)

Air mata berjuraian lagi... Kesian. Kami tidur kat Jenjarom pada malam tu.

Keesokan pagi, pada hari pembedahan, kami tiga beranak & BIL g hospital. Walaupun belum masa melawat, kami dapat naik ke wad dengan mudah. Alhamdulillah.

MIL cerita apa yang berlaku semalam. Nurse A dah panggil MIL untuk jawab panggilan telefon daripada Mama Eta. MIL pun dah bergerak dari katil untuk jawab telefon tapi secara tiba-tiba Nurse B tak benarkan. Sampai hati.

MIL bagitau gak yang doktor yang akan jalankan pembedahan ada datang melawat pagi tadi. Kata doktor tu, dia dah mencari MIL di seluruh Wad Kelas 1 tapi tak jumpa pun. Rupa-rupanya MIL ada kat sini. Huh..

Kira-kira pukul 10.00 pg, MIL dimasukkan ke Dewan Pembedahan. Lebih kurang jam 3.00 ptg, pembedahan selesai. Boleh tahan lama gak. Tapi xpe, yang penting semuanya selesai dengan baik. Semua ahli keluarga datang melawat pada petang tu. Sayangnya tak dapat jumpa doktor yang membedah MIL untuk bertanya mengenai proses pembedahan tu. Teringin gak nak korek cerita daripada dia, samada Wad Kelas 1 dah penuh ke :p 

Pukul 6.00 ptg, kami semua pulang ke rumah kat Jenjarom. Angah tidur kat wad malam tu, teman MIL.

Pukul 8.30 mlm, dapat panggilan daripada Angah. MIL sesak nafas sebab kepanasan. Keadaan agak kritikal. Tekanan darah MIL turun. Aku & BIL pun rushing pergi ke hospital, bawakan kipas. Alhamdulillah dipermudahkan lagi urusan untuk naik ke wad atas alasan MIL tengah kritikal. Kipas di wad memang dah on, pintu / tingkap pun dibuka seluas-luasnya tetapi keadaan dalam wad masih panas. Selepas macam-macam usaha dibuat, keadaan MIL semakin baik.

Hurm.. Kalaulah MIL ditempatkan di Wad Kelas 1, mungkin keadaan ni tak berlaku. Kita bukan nak demanding sangat tapi itu memang keistimewaan yang kita layak terima. Beza sangat ke Wad Kelas 1 berbanding Kelas 2 atau 3..? Mengikut pemahaman aku, Wad Kelas 1 ada aircond, menu makanan pesakit yang berbeza & servis yang diberikan lebih baik. Betul ke..? Wallahu'alam..

Walau apa pun, satu yang positif daripada pengalaman pembedahan kat Hospital Klang ni ialah doktor pakar bedah yang sangat baik. Peramah, boleh berunding & memahami. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Tapi kerana seorang doktor yang baik, semua doktor pun akan dianggap baik. Haha.

Akhir kata, semoga servis di Hospital Klang akan ditambahbaik dari semasa ke semasa. Kalau boleh, fasiliti pun perlu ditambahbaik. Cantik rupa hospital, seronok sikit pesakit tengok & cepat sikit pesakit sihat. Mainan psikologi :)

1 comment:

  1. ermm...sedih rasanya membaca artikel ini... berat mata memandang , berat lagi bahu memikul. yg melaluinya saja yg tahu keperitannya.
    disebabkan inilah kebanyakan keluarga yg berkemampuan akan cuba utk mendapatkan Takaful plan yg berserta dgn Medical Card, supaya ketika kecemasan seperti ini kita mendapat layanan yg terbaik. hanya peruntukan 10% dari gaji kita utk keperluan ini... adakah terlalu berat ? sedangkan kelebihannya banyak, pampasan kematian, pampasan kemalangan,pampasan penyakit kritikal dan yg lebih menyeronokan terdapat pulangan pelaburan dan saving dari Plan ni. sakit atau tidak tetap mendapat simpanan pelaburan. sedangkan kereta kita juga medapat perlindungan insuran..apatah lagi diri kita yg tidak ternilai harganya ini juga perlu dilindungi.
    kalau berminat utk mengetahui lebih lanjut email ker life2ez@gmail.com

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...