Tuesday, 17 July 2012

Kerja Seorang Pharmacist

Assalaaaaamualaikum..~!!

Korang tau tak apa bidang tugas seorang Pegawai Farmasi a.k.a pharmacist..? Kalau ditanya soalan ni kat kawan-kawan aku, jawapan diorang kebanyakannya sama je - tugas pharmacist adalah mendispens ubat (prepare & give out (medicine)). Yup, betullah tu. Itulah yang selalu kita nampak kat farmasi, pharmacist akan terima preskripsi daripada pesakit & memberikan ubat kepada pesakit-pesakit tu.

Aku bukanlah pharmacist. Aku pun bukannya kerja kat farmasi / klinik / hospital. Tapi aku berminat untuk berkongsi tugas-tugas seorang pharmacist. Lain tempat, lain sedikit tugasnya. So apa yang aku akan kongsikan kat bawah ni adalah berpandukan pengalaman kerja isteri aku.

Mama Eta kerja kat salah sebuah klinik kesihatan di Kuala Lumpur. Klinik ni tak besar sangat pun tapi bilangan pesakit boleh tahan ramai. Secara purata, seramai 350 hingga 450 orang pesakit akan datang ke klinik ni dalam sehari. Bilangan staf di farmasi ada 8 orang je...

Mendispens Ubat

Tugas utama Mama Eta sebagai seorang pharmacist adalah mendispens ubat. Kerja ni memerlukan Mama Eta untuk berdiri & bercakap non stop dari pukul 8.00 pg sampai 5.00 ptg. Masa ni laa kita akan dapat tengok macam-macam perangai manusia. Ada yang baik, ada yang tidak. Ada yang suka menyanyi, ada yang muka masam je. Ada yang peramah, ada yang tak boleh berbahasa Melayu / Inggeris pun. Ada yang terima ubat dengan senyuman, ada yang mempersoalkan ubat yang diterima. Ada yang ucap terima kasih, ada yang ugut untuk buat aduan di Kementerian.

"Awak ni Najwa Latif ke..? Kosong~ Kosong~~"



Screening

Di sebalik kerja mendispens yang kita orang awam ni biasa nampak, pharmacist sebenarnya bertanggungjawab untuk buat kerja screening. Screening ni macam menapis / meneliti preskripsi yang dikeluarkan oleh doktor untuk memastikan preskripsi tersebut adalah untuk pesakit yang betul, ubat yang betul, dos yang betul, kekerapan yang betul, preskripsi masih belum tamat tempoh, ubat yang akan diberi tiada interaksi dengan ubat-ubat yang lain dll. 

Cuba korang bayangkan kalau pharmacist tersilap, bagi ubat Panadol je kat pesakit darah tinggi, tak ke seksa tu..? Ataupun ubat yang patut dimakan 3 kali sehari tapi ditulis 33 kali sehari..? Hahaha. Tetiba teringat satu ayat ni, "be nice to pharmacists because we can kill you with one mistake" :))

Tapi kat klinik Mama Eta & mungkin di sesetengah klinik lain gak, pharmacist kena buat kerja tambahan - labelling & filling ubat...

Kaunseling

Pharmacist pun boleh jadi kaunselor ye. Wow..! Haha. Kerja kaunseling pesakit ni biasanya untuk menerangkan cara penggunaan alat perubatan, cara menggunakan ubat, supaya pesakit lebih memahami tentang penyakit masing-masing, apa kegunaan ubat yang pharmacist berikan pada pesakit dll. Tapi bukan semua pesakit yang akan kena kaunseling, mereka yang terpilih je :)

Laporan & Stor

Kat klinik Mama Eta, ada 4 orang je pharmacist. Salah seorang ni, skop tugas utama dia adalah untuk menyediakan laporan. Macam-macam laporan yang perlu disediakan oleh pharmacist. Anggaran kasar, lebih 30 laporan pada setiap bulan..! Memang melekat depan komputer je laa jawabnya. Seorang lagi lak, skop tugas utama dia adalah menguruskan stor. Yang ni, kerja dia kena pastikan stok ubat cukup, uruskan tempahan stok baru ubat, penyediaan ubat untuk KKIA berhampiran, pastikan kuantiti ubat yang keluar masuk dari stor adalah seimbang dll. Dah macam buat audit lak.

5S

Rasanya semua orang pun dah tau apa keJEDEHnya 5S ni kan. Tau tu memang tau tapi aku sendiri pun xhafal apa S, S, S, S & S tu. Hahaha. Tapi elok gak amalan 5S kat farmasi ni, teratur kerja. 5S  tak kan terjadi sendiri kalau tiada person in charge. So siapa lagi kan yang nak bertanggungjawab kalau bukan pharmacist tu sendiri..? Hehe. Tambah satu lagi kerja.

Methadone

Sebelum ini, aku pernah bercerita pasal methadone. Ada baca tak..? Kalau belum pernah baca & berminat nak baca, klik kat SINI. Di Kolumpo ada 4 lokasi yang pharmacist perlu bertugas untuk 'hidangkan' methadone iaitu kat KK Jinjang, PKD Kepong, C&C Sungai Besi & Masjid Ar-Rahman Petaling Jaya. Kerja ni boleh jadi time weekdays & ada masanya time weekend.

Lain klinik, lain tempat rehatnya. Dah penat kerja, atas lantai ni laa tempat untuk Mama Eta makan, solat, pam susu & tidur masa rehat...

So itulah senarai kerja seorang pharmacist yang dapat aku kumpulkan setakat ni. Kalau tak setuju atau info aku ni xlengkap, komen anda dialu-alukan kat bawah ni ye :) Anytime, aku boleh update info kat cerita ni.

Sekian, wassalam.

12 comments:

  1. Kerja pharmacist ni ada kena inject-inject orang tak? sebab saya nak ambil kursus pharmacy tp sy tak suka tengok darah or bedah or inject pesakit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xperlu inject, xperlu tgk darah, xperlu bedah. Knp nak ambil kursus farmasi? Sebaik2nya ambil kursus yg betul2 minat. Jgn jadi mcm saya - belajar lain, kerja lain. Rugi3.

      Delete
  2. Oh saya suka mengkaji/menyelidik, sy jgk terfikir nk ambik course bioteknologi... mungkin pharmnacy one of the option yang sy nk pilih. blh sy tau, pharmacist ni krjanya mcm mna?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pharmacist kat hosp/klinik Kerajaan, kerjanya macam apa yg saya tulis kat entri ni. Lebih kepada berdepan dengan pesakit, xde kajian/penyelidikan pun. Bioteknologi lebih sesuai kot utk mengkaji/menyelidik. Kerja dalam makmal.

      Delete
  3. Mohon pendapat, kalau bidang teknologi makmal perubatan melibatkan penyelidikan tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa belajar, ada laa buat research. Time kerja, depends kat bos.

      Delete
  4. Thnkiu for the post. selama ni nk tau sgt ape kerja pharmacist buat sbnrnye. la ni baru tau. hihi

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum, hi..
    dalam saya duk browsing nak cari Pharmacist, terjumpa blog En. Ahmad Jedeh ni. Nice sharing. boleh tak kalau nak mintak tolong sket ngan isteri En. Ahmad Jedeh?
    saya mencari seorang Ahli Farmasi (ijazah) , URGENT untuk bekerja di farmasi saya. Sebarang keterangan lanjut saya minta yang mempunyai kelayakan untuk tersebut untuk menghubungi saya di talian 019-9920617 ( Dr Zatil ). sila sms/whatsapp sahaja dulu ya kerana saya biasanya jarang dapat angkat hp atas urusan kerja. terima kasih pemilik blog ni dan diharap kalau ada yang berminat, sila suggest pada saya ya. terima kasih banyak2. :)

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum. Sy dngr skrng sukar utk smbung degree farmasi, pointer tinggi diperlukan. 3.9/4.0. Benarkah? Jika sy ggal mcapai pointer itu, adkah sy trpkse beralih ke aliran lain? Atau ada IPTA yg bleh dimohon utk bidang farmasi jika pointer agak rendah? Hm..

    ReplyDelete
  8. salam..akak..nak tanya.. dulu sebelum akak sambung degree farmasis, akak masuk mana?

    ReplyDelete
  9. hanya untuk pengetahuan sahaja.
    bole saya tau brapa gaji basic bgi seorang pharmacist? terima kasih

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...