Monday, 30 September 2013

6th Check Up

Assalaaamualaikum..~!!

Kitorang ke hospital minggu lepas untuk check up kandungan Mama Eta kali ke-6. Mungkin ni check up yang paling mendebarkan kot setakat ni. Bukan apa-apa pun sebenarnya, cuma bimbang berat badan Mama Eta akan naik dengan sangat mendadak.

Last check up pada 5 minggu lepas, berat badan dia 53.5 kg. 2 minggu lepas masa kitorang walk in untuk check kandungan sebab Mama Eta jatuh, berat badan dia dah 60 kg. Naik 6.5 kg dalam masa 2 minggu je! Hakikatnya aku tak setuju dengan angka tu sebab kitorang pun timbang gak kat rumah. Mesti hospital tukar alat timbang baru ni. Haish.. Tapi ada ke doktor kisah? Naik tetap naik ye :p

Makin risau lagi bila fikir balik yang kitorang dah melantak makan banyak gila masa cuti kat Tioman 2 minggu lepas. Haha. Then Mama Eta lak duduk rumah je dalam tempoh MC selama 3 minggu ni. Huhu, semua pun menjurus ke arah kenaikan berat badan. If berat badan naik banyak sangat, risau kena buat MOGTT (ujian air gula).



Tapi syukur Alhamdulillah sebab berat badan dia kali ni 61 kg je. Urin ada keputihan sikit mungkin sebab kerap sangat buang air kecil semenjak 2 menjak ni. Baby dalam kandungan ok tapi posisi dia masih dalam keadaan songsang, sama macam masa doktor scan 3 minggu lepas. Doktor nasihat supaya banyakkan bercakap dengan baby supaya dia ubah posisi tu. If baby dah terlebih selesa dengan posisi tu dan tak nak berpusing lagi, kena operate nanti.

Doktor tanya soalan cepu emas, dah ada nama anak ke? Kitorang gelak je. Haha. Musyrif Z____ bin Mohd Zaidi :)

Tuesday, 24 September 2013

Bercuti di Pulau Tioman

Assalaaamualaikum..~!!

Pulau Tioman menjadi destinasi terbaru kitorang 3 beranak pergi bercuti. Kali terakhir aku ke Tioman, mungkin dalam 20 tahun lepas kot manakala Mama Eta & Ziqri baru pertama kali ke sini.

Kitorang ambil pakej bercuti kat Berjaya Tioman Resort yang merangkumi:
  • 3D/2N stay in Deluxe Chalet for 2 persons inclusive of breakfast & dinner
  • 1 Coral Island Snorkelling Trip (3 stops) inclusive of gears
  • Welcome Drink
  • Return Airfare on Berjaya Air (Subang-Tioman-Subang)
Tapi atas faktor kesihatan, kitorang ganti aktiviti snorkelling dengan makan tengah hari.

Flight kitorang yang pada awalnya dijadualkan pada pukul 9.55 pagi terpaksa ditangguh ke pukul 10.30 pagi. Elok gak tangguh ni sebab kalau sampai hotel awal pun belum boleh check in lagi. Flight ambil masa 1 jam manakala waktu check-in hotel lebih kurang dalam pukul 1.00 ptg. Ada shuttle percuma disediakan dari airport ke hotel yang jarak perjalanannya tak sampai 10 minit pun.

Holla Tioman..~!!

























Mengumumkan ketibaan kitorang



















Minum Selamat Datang

Pemandangan luar bilik 246

Pemandangan dalam bilik 246



Pada hari pertama, kitorang makan tengah hari kat kedai makan Mak Ngah, betul-betul kat luar pintu pagar hotel. Sedap gak. Lebih kurang pukul 5.30 ptg, kitorang pergi mandi laut. Mama Eta duduk tepi pantai je, jadi penonton. Sayangnya air laut waktu ni tengah surut. Sakit kaki aku dengan Ziqri bila kitorang terpijak batu/karang/apa-apa yang tajamlah kat dasar laut tu. So akhirnya kitorang mandi swimming pool je. Puas hati Ziqri dapat 'berenang' dalam pool yang kedalamannya 30 cm je.

"Ayah, ki terbang! Fuiyo.."
Selepas breakfast keesokan harinya, kitorang ronda-ronda kat sekitar pulau. Ada perkhidmatan Kembara kat luar pintu pagar hotel. Dia caj RM150 untuk bawa kitorang ke Kampung Juara, Marine Park dan Kampung Tekek. Kononnya harga tu special offer dah. Yelah tu..

Kampung Juara ni terletak kat sebelah timur Pulau Tioman (Berjaya kat barat). Air laut kat Kampung Juara tu sangat cantik sebab dia menghadap ke arah Laut China Selatan. Tapi akses nak ke Kampung Juara ni memang mencabar sebab keadaan jalannya yang berlubang-lubang. Selain tu, kat sini ada Pusat Pemuliharaan Penyu di mana korang kena bayar RM10 seorang untuk masuk dan tengok seekor penyu buta. Tak berbaloi. Satu lagi tarikan kat Kampung Juara adalah air terjunnya tapi kitorang tak singgah sebab nak cepat.

Morning walk
Ziqri main bot, ayah main air









Marine Park pula terletak berhadapan dengan Pejabat Taman Laut Pulau Tioman. Air lautnya sangat cantik. Ramai gila orang snorkeling tapi kitorang tak. Kitorang cuma stay kat atas jeti dan bagi ikan makan roti. Macam-macam spesis ikan ada. Lepas tu, kitorang berjalan masuk ke dalam Pejabat Taman Laut kononnya nak study mengenai hidupan lautlah. Padahal nak rehat-rehat jap sambil ambil aircond. Dalam perjalanan balik ke hotel, kitorang singgah Duty Free Shop kat Tekek. Nama je duty free tapi harga coklat mahal gak.

Then kitorang pun kembali ke hotel. Nasib baik sempat untuk lunch. Alhamdulillah kenyang. Lepas tidur petang, kitorang mandi swimming pool 30 cm lagi. Huhu.

Ziqri dengan ayah krohhhhh
30 cm lagi...
Sayangkan kalau datang jauh-jauh ke Tioman ni tapi tak menikmati keseronokan mandi laut? Oleh sebab tu, Mama Eta pun nekad untuk balut tangan dia yang bersimen tu dengan plastik dan join kitorang mandi laut pada hari yang terakhir. Air pasang waktu pagi, barulah seronok nak mandi. Yeah! Sebelum check out pukul 12 tgh, aku dah tapau makanan dari kedai makanan Mak Ngah untuk lunch kitorang. Pukul 1230 tgh, kitorang naik shuttle ke airport dan berlepas pulang ke Subang pukul 145 ptg. Bye Tioman!

Plastic wrap!
Muka itik..




Hurm, tak lengkap percutian kitorang ni kalau tak berdepan dengan masalah-masalah..

3 hari sebelum berlepas, aku dapat tau daripada staf Berjaya Air yang Mama Eta perlu dapatkan surat sokongan doktor untuk naik kapal terbang. Katanya wanita yang mengandung 7 bulan dan ke bawah perlu dapatkan kebenaran manakala mereka yang dah mengandung lebih daripada tu, tak boleh naik langsung. Maka struggle laa kitorang mencari tapi Alhamdulillah dapat gak surat sehari sebelum bertolak. Tapi hampeh betul bila kat airport, takde siapa pun yang ambil kisah dengan surat tu. Bila disemak balik dalam T&C Berjaya Air, sepatutnya mereka yang mengandung 28-35 minggu barulah perlukan surat tu. Cet!

Masalah kedua adalah kitorang gagal sampai kat airport 90 minit sebelum waktu berlepas seperti yang disuruh oleh staf Berjaya Air. Mula-mula timing belt FoFi hampir putus. Bila dah tukar kereta, salah jalan lak. Akibat percayakan google map dengan GPS, kitorang dilarang lalu Pangkalan TUDM untuk ke airport. So struggle laa aku nak cari jalan lain kat kawasan yang memang tak familiar langsung ni. Setelah berpusing-pusing, akhirnya sampai gak. Nasib baik tak tertinggal kapal terbang.

Timing belt dah rosak
Begitulah ceritanya percutian kitorang kat Tioman..

Thursday, 12 September 2013

Sah, Tulang Patah!

Assalaaamualaikum..~!!

Hari ni Mama Eta ada appointment kat Hospital Putrajaya untuk follow up rawatan tangan dia yang dikhuatiri patah tu. Appointment sebenarnya pukul 9 pagi. Kitorang lak sangat menepati masa, sampai sana pukul 859 pagi. Haha. Silap besarlah perancangan kitorang ni sebab awal 1 minit tu mengakibatkan kitorang cuma dapat jumpa doktor 3 jam 30 minit kemudian. Cis.

Tunggu giliran bersama-sama dengan Ali Setan (top right corner)
So far kedaan tangan dia dah makin baik. Jadi kitorang harap sakit ni sebenarnya sekadar kecederaan otot je. Doktor buka balutan backslab dan picit-picit tangan Mama Eta daripada pergelangan tangan hingga ke lengan. Tetiba Mama Eta menjerit. Ouch! Rupa-rupanya siku dia bengkak. So sahlah 99% memang tulang patah. Kurang 1% lagi sebab tak buat x-ray. Huhu.

Oleh sebab itu, bertambahlah lagi tempoh MC Mama Eta untuk 2 minggu lagi. Tangan pun berbalut dan tergantung untuk 2 minggu lagi. Hurm.. Get well soon ok, wife!

Monday, 9 September 2013

Mama Eta Terjatuh, Dikhuatiri Patah Tangan

Assalamualaikum semua..

MasyaAllah, kitorang sekeluarga melalui detik-detik mencemaskan semalam apabila Mama Eta jatuh tersembam dan mengakibatkan kecederaan pada tangan kanan dia. Kejadian berlaku semasa kitorang bersama-sama Ziqri dan emak tengah mencari rumah untuk dibeli/disewa kat sekitar Bangi.

Pukul 10.50 pagi. Masa tu kitorang baru je sampai kat Apartmen Istana Ria, Seksyen 7. Aku tengah call someone untuk bertanyakan mengenai rumah kat sana. Then suddenly aku nampak Mama Eta hilang keseimbangan badan dan jatuh tersembam kat atas jalan tar. Kejadian berlaku sangat pantas. Kepala dia, badan dia, perut dia... Ya Allah..!!

Selepas kejadian tu, keadaan Mama Eta masih stabil. Cuma ada kesan calar dan sedikit luka pada tapak tangan dengan lutut kanan dia. Perut pun rasa sakit sikit je katanya. Aku risau bila memikirkan kandungan dia yang dah masuk 23 minggu tu.

Memandangkan Mama Eta beriya2 kata dia ok, so kitorang pun teruskan aktiviti mencari rumah. Pada mulanya Mama Eta masih larat untuk dukung Ziqri tapi lama-kelamaan dia serahkan kat aku sebab dah mula rasa sakit. Dalam kereta pun, semasa kitorang meronda kat sekitar Seksyen 4, Mama Eta dah tak mampu nak sokong berat Ziqri yang tengah tidur. Akhir sekali semasa nak pergi tengok rumah kat Seksyen 5, Mama Eta prefer untuk stay dalam kereta sorang-sorang untuk berehat.

Sesudah selesai aktiviti survey rumah, kitorang kembali ke kereta. Terkezut aku bila lihat Mama Eta dah mengampu tangan kanan dia dengan menggunakan kain lampin Ziqri yang dilipat menjadi kain anduh. Sakit... Nak genggam tangan tak boleh. Nak pusingkan tangan tak boleh. Nak angkat tangan tak boleh. So kitorang decide untuk terus ke hospital terdekat untuk check kandungan dan tangan.

Di Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, doktor scan kandungan Mama Eta. Alhamdulillah denyutan jantung baby adalah ok dan tak perlu dirisaukan. Masalah utama sekarang adalah tangan Mama Eta. Doktor di seluruh dunia tiada kata sepakat sama ada wanita mengandung boleh menjalani prosedur imbasan x-ray atau tidak. Selagi tak x-ray, doktor pun tak boleh nak pastikan jika tangan Mama Eta patah. Kitorang bagi pandangan kepada doktor untuk tidak mengambil risiko. Finally keputusannya pasang U-Slab je kat tangan Mama Eta dan rujuk doktor pakar Az-Zahrah keesokan harinya.



Pada lewat petang, kitorang ke Klinik Mediviron Alamanda lak. Tujuannya adalah untuk melonggarkan balutan U-Slab. Mama Eta rasa tak selesa, jari tangan dia membengkak dan kerap alami kesakitan yang melampau macam kena contraction semasa nak bersalin. Doktor buka balutan U-Slab tu. Semakin longgar balutan, semakin kuat Mama Eta menjerit. Istighfar istighfar istighfar... Setelah pelbagai 'test' dibuat, doktor mengesyorkan supaya kitorang ke Hospital Putrajaya segera pada malam ini gak untuk mendapatkan rawatan daripada pakar yang bertugas.

Kesian Ziqri menangis bila nampak mama dengan ayah keluar lepas Maghrib, tak bawa dia pun...

Di Hospital Putrajaya, doktor bertugas tanpa melihat tangan Mama Eta dan tanpa bertanyakan keadaan kandungan, terus bagitau yang dia pun tak boleh nak buat apa-apa. Haha. Dalam hati kitorang dah rasa membazir masa je datang dan menunggu giliran selama lebih sejam. Tiada pakar ortho pun yang bertugas waktu malam. Cuma nasib baiklah doktor tadi bagi suntikan tahan sakit kat Mama Eta.

Dalam perjalanan balik rumah, aku dapat panggilan telefon daripada Hospital Putrajaya. Katanya ada doktor daripada Jabatan Ortho nak check tangan Mama Eta. So, kitorang pun patah balik ke hospital. Aku turunkan Mama Eta dan dia terus masuk ke Bilik Semi Kritikal. Aku tak boleh masuk ke dalam. Selepas kira-kira 20 minit menunggu barulah Mama Eta keluar. Doktor dah check, tukar simen baru kat tangan Mama Eta dan bagi dia MC 4 hari sehingga next appointment, Khamis ni.

Kitorang sampai rumah hampir pukul 12 tgh mlm. Ziqri pun dah tidur. Nenek teman Ziqri sampai pagi esok.

Semoga Mama Eta cepat sembuh. Amin.

Thursday, 5 September 2013

Happy 2nd Birthday Musyrif Ziqri

6.16 pg, 5 Sept 2013, Khamis. Genap 2 tahun usia Ziqri.

Perasaan bercampur-baur bila melihat Ziqri hari ni. Gembira dan syukur dikurniakan anak yang sihat, aktif, ceria serta menghiburkan. Tapi di satu sudut lagi, rindukan saat-saat manja Ziqri sejak 24 bulan yang lalu. Masa itu takkan kembali lagi, hanya tersemat dalam memori diri sendiri. Apapun, hidup mesti diteruskan. Hadapi segala cabaran dan dugaan dalam hidup ini dengan ketabahan. Nikmati setiap detik yang Allah izinkan untuk bersama insan-insan tersayang dengan penuh kesyukuran.

Wah, aku sangat berfalsafah lak tetiba! Lantaklah, tu perasaan ikhlas daripada seorang ayah yang juga merupakan seorang anak dan suami :p

Hari ni aku kerja macam biasa. Mama Eta pun tak ambil cuti rehat macam last year sebab segan-segan lagi kat tempat kerja baru ni bila kerap sangat bercuti. Tapi kerja tak menghalang kitorang untuk meraikan ulangtahun kelahiran Ziqri yang ke-2. Seperti tahun lepas, majlisnya biasa-biasa je. Cukuplah sekadar belanja makan beramai-ramai ahli keluarga merangkap jiran tetangga kira-kira seramai 30 orang. Antara menu makanan hari ni adalah sate, nasi impit, bihun goreng dan kek.


our Musyrif Ziqri


Adakah Ziqri takut api?
Take 5 jap

Peace Yo!
Oh, tak dilupakan pada tarikh 5 September ni juga, genaplah 13 tahun arwah abah mertua meninggal dunia. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...