Monday, 9 September 2013

Mama Eta Terjatuh, Dikhuatiri Patah Tangan

Assalamualaikum semua..

MasyaAllah, kitorang sekeluarga melalui detik-detik mencemaskan semalam apabila Mama Eta jatuh tersembam dan mengakibatkan kecederaan pada tangan kanan dia. Kejadian berlaku semasa kitorang bersama-sama Ziqri dan emak tengah mencari rumah untuk dibeli/disewa kat sekitar Bangi.

Pukul 10.50 pagi. Masa tu kitorang baru je sampai kat Apartmen Istana Ria, Seksyen 7. Aku tengah call someone untuk bertanyakan mengenai rumah kat sana. Then suddenly aku nampak Mama Eta hilang keseimbangan badan dan jatuh tersembam kat atas jalan tar. Kejadian berlaku sangat pantas. Kepala dia, badan dia, perut dia... Ya Allah..!!

Selepas kejadian tu, keadaan Mama Eta masih stabil. Cuma ada kesan calar dan sedikit luka pada tapak tangan dengan lutut kanan dia. Perut pun rasa sakit sikit je katanya. Aku risau bila memikirkan kandungan dia yang dah masuk 23 minggu tu.

Memandangkan Mama Eta beriya2 kata dia ok, so kitorang pun teruskan aktiviti mencari rumah. Pada mulanya Mama Eta masih larat untuk dukung Ziqri tapi lama-kelamaan dia serahkan kat aku sebab dah mula rasa sakit. Dalam kereta pun, semasa kitorang meronda kat sekitar Seksyen 4, Mama Eta dah tak mampu nak sokong berat Ziqri yang tengah tidur. Akhir sekali semasa nak pergi tengok rumah kat Seksyen 5, Mama Eta prefer untuk stay dalam kereta sorang-sorang untuk berehat.

Sesudah selesai aktiviti survey rumah, kitorang kembali ke kereta. Terkezut aku bila lihat Mama Eta dah mengampu tangan kanan dia dengan menggunakan kain lampin Ziqri yang dilipat menjadi kain anduh. Sakit... Nak genggam tangan tak boleh. Nak pusingkan tangan tak boleh. Nak angkat tangan tak boleh. So kitorang decide untuk terus ke hospital terdekat untuk check kandungan dan tangan.

Di Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, doktor scan kandungan Mama Eta. Alhamdulillah denyutan jantung baby adalah ok dan tak perlu dirisaukan. Masalah utama sekarang adalah tangan Mama Eta. Doktor di seluruh dunia tiada kata sepakat sama ada wanita mengandung boleh menjalani prosedur imbasan x-ray atau tidak. Selagi tak x-ray, doktor pun tak boleh nak pastikan jika tangan Mama Eta patah. Kitorang bagi pandangan kepada doktor untuk tidak mengambil risiko. Finally keputusannya pasang U-Slab je kat tangan Mama Eta dan rujuk doktor pakar Az-Zahrah keesokan harinya.



Pada lewat petang, kitorang ke Klinik Mediviron Alamanda lak. Tujuannya adalah untuk melonggarkan balutan U-Slab. Mama Eta rasa tak selesa, jari tangan dia membengkak dan kerap alami kesakitan yang melampau macam kena contraction semasa nak bersalin. Doktor buka balutan U-Slab tu. Semakin longgar balutan, semakin kuat Mama Eta menjerit. Istighfar istighfar istighfar... Setelah pelbagai 'test' dibuat, doktor mengesyorkan supaya kitorang ke Hospital Putrajaya segera pada malam ini gak untuk mendapatkan rawatan daripada pakar yang bertugas.

Kesian Ziqri menangis bila nampak mama dengan ayah keluar lepas Maghrib, tak bawa dia pun...

Di Hospital Putrajaya, doktor bertugas tanpa melihat tangan Mama Eta dan tanpa bertanyakan keadaan kandungan, terus bagitau yang dia pun tak boleh nak buat apa-apa. Haha. Dalam hati kitorang dah rasa membazir masa je datang dan menunggu giliran selama lebih sejam. Tiada pakar ortho pun yang bertugas waktu malam. Cuma nasib baiklah doktor tadi bagi suntikan tahan sakit kat Mama Eta.

Dalam perjalanan balik rumah, aku dapat panggilan telefon daripada Hospital Putrajaya. Katanya ada doktor daripada Jabatan Ortho nak check tangan Mama Eta. So, kitorang pun patah balik ke hospital. Aku turunkan Mama Eta dan dia terus masuk ke Bilik Semi Kritikal. Aku tak boleh masuk ke dalam. Selepas kira-kira 20 minit menunggu barulah Mama Eta keluar. Doktor dah check, tukar simen baru kat tangan Mama Eta dan bagi dia MC 4 hari sehingga next appointment, Khamis ni.

Kitorang sampai rumah hampir pukul 12 tgh mlm. Ziqri pun dah tidur. Nenek teman Ziqri sampai pagi esok.

Semoga Mama Eta cepat sembuh. Amin.

2 comments:

  1. ya Allah, cemasnya baca entry ni. hopefully mama eta tak de apa2 kecederaan yg serius and cepat2 sembuh. amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Wani. So far dah makin ok. Tadi g check keadaan baby dan uri kat hospital. InsyaAllah takde problem. n confirm baby boy. Haha.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...