Friday, 26 April 2013

Bercuti di Sabah

Assalaaaaamualaikum..~!!

Baru-baru ni kitorang sekeluarga pergi bercuti kat Sabah selama 4H3M. So aku nak berkongsi dengan korang pengalaman kitorang kat sana sepadat-padatnya dalam entri kali ni.

Kitorang menjejakkan kaki kat Kota Kinabalu International Airport (KKIA) kira-kira pukul 2.30 ptg hari Sabtu. Tanpa melengahkan masa, kitorang terus menuju ke Kundasang dengan menaiki kereta yang dipinjam daripada BFF Mama Eta, Alia. Perjalanan dari Kota Kinabalu (KK) ke Kundasang ambil masa lebih kurang  2 jam 30 minit.

Tip #1: Lebih baik korang solat dulu kat KKIA / masjid kat sekitar KK sebab kitorang tak nampak pun ada masjid sepanjang perjalanan ke Kundasang tu. Nasib baik kitorang sempat check in sebelum Maghrib :)

Di Kundasang ada banyak resort yang korang boleh pilih. Kitorang stay kat J Residence sebab faktor saiz bilik yang selesa untuk Ziqri berlari-lari. Memandangkan bilik kitorang kat sini ada tv tapi takde siaran, pihak J Residence dah letak siap-siap DVD player dengan 3 DVD untuk ditonton. 3G pun takde tapi servis WiFi kat sini not bad.

Tip #2: Make sure korang ada kompas / app yang boleh tunjuk arah kiblat untuk memudahkan korang nak solat :)

House 3A

Hurm, katil Queen untuk Ziqri sorang..

Berdekatan dengan J Residence ada 2 buah kedai makan. Tapi kitorang decide untuk dinner KFC kat pekan Kundasang yang terletak kira-kira 6km dari tempat kitorang stay. Dijamin oleh Kerajaan Malaysia sebagai halal dan Gred A Kebersihan Premis Makanan :p Di pekan Kundasang juga ada beberapa buah kedai runcit. So bolehlah kitorang beli makanan untuk sarapan pagi esok.

Keesokan paginya kitorang bertiga ke Kinabalu Park untuk menyaksikan puncak Gunung Kinabalu dari jarak dekat dengan sejelas-jelasnya. Subhanallah, cantik gile..! Bayaran masuk ke Kinabalu Park adalah RM3 seorang. Kitorang kembali ke J Residence selepas puas menikmati pemandangan indah ciptaan Ilahi.

Awesome..!
Selepas sarapan pagi, kitorang check out dan menuju ke Poring Hot Spring di Ranau, kira-kira 1 jam perjalanan gak laa. Kat sini memang meriah dengan orang ramai yang datang dengan ahli keluarga masing-masing untuk mandi air panas. Kalau korang nak privasi, bolehlah bayar dalam RM15 - RM20 sejam untuk bilik tertutup. Sangat selesa dan syok..!

Tip #3: Tunjukkan tiket masuk ke Kinabalu Park kat kaunter Poring Hot Spring untuk mendapatkan pengecualian bayaran tiket masuk :)

Bila dah puas dan penat mandi, perut pun jadi lapar. Nasib kitorang baik sebab ada sebuah restoran kat sini yang turut dijamin oleh Kerajaan Malaysia sebagai halal dan Gred A Kebersihan Premis Makanan :p Namanya Rainforest Restaurant. Makanannya memang sedap, saiz hidangannya pun besar tapi harganya mahal..! Haha..

Selepas tu kitorang sambung perjalanan ke 'Tagal' Sungai Moroli, Kampung Luanti yang terkenal dengan fish massage. Tempat ni di Ranau gak, lebih kurang 15 minit dari Poring Hot Spring. Bayaran masuk adalah RM5 seorang untuk di'massage' selama 20 minit. Mula-mula tu ada gak rasa takut / geli nak kena 'urut' ni tapi lama-lama tu baru rasa enjoy.

Over

Gedik

Then kitorang patah balik ke Kundasang untuk ke Desa Dairy Farm (DDF) aka New Zealand Malaysia. Berpusing-pusing gak mencari jalan, rupa-rupanya arah yang sama je macam ke KFC kat pekan Kundasang. Korang jangan tergezut lak dengan keadaan jalan masuk ke DDF yang agak mencabar tu. As long as korang nampak signage lembu DDF, percayalah yang itu adalah jalan masuk ke situ. Hehe. Bayaran masuk RM4 seorang.

Kitorang sampai sana dalam pukul 2.30 ptg. Cantik dah timing tu sebab mulai pukul 3.00 ptg, pengunjung boleh tengok proses perahan susu lembu. Tapi kitorang agak kurang bernasib baik sebab faktor cuaca hujan, ditambah dengan kilat yang sabung-menyabung, menyebabkan blackout sekali sekala dan telah menjejaskan proses perahan susu serta kesukaran untuk kitorang ambil gambar-gambar yang menarik.

Hujan baru nak turun

Lembu takde, pergi perah susu

Tip #4: Cuba cari buah Tarap kat Kundasang. Orang kata sedap. Ala-ala rasa durian + cempedak / nangka. Masa kitorang pergi tak dijual sebab bukan musimnya lagi :(

Dari DDF, kitorang kembali ke KK. Hujan lebat tak henti-henti sepanjang perjalanan menyebabkan banjir kecil dan kesesakan lalu lintas. Kitorang check in hotel pun agak lewat. Oleh sebab kepenatan yang melampau, kitorang call Pizza Hut je untuk dinner. Double Sensation Pizza memang sedap gile..!

Tip #5: Kat KK takde PHD (1300-82-2020) tapi ada Pizza Hut je (1300-88-2525). So jangan buang masa call nombor PHD :p

Eh, 'terjumpa' Jamaliah Jamari sekeluarga kat hotel :p

Pada keesokan paginya, kitorang ke Tip of Borneo - Tanjung Simpang Mengayau yang terletak kat Kudat. Kali ni Alia join kitorang sebab dia baru je balik dari bercuti kat Krabi malam semalam. Jauh gile perjalanan, lebih 3 jam. Tip of Borneo ni terkenal sebagai salah satu 'tanduk' negeri Sabah (sila tengok peta ye) dan tempat pertemuan dua laut iaitu Laut China Selatan serta Laut Sulu. Selepas bergambar, membasahkan tekak dan membantu hamba Allah membaiki kereta, kitorang pun patah balik ke KK.

Tip #6: Kalau korang nak ke Kudat, lebih berbaloi rasanya kalau korang stay 1 malam sebab ada banyak masa untuk mandi laut, melawat Gombizau Honey Bee Farm, Kampung Bavanggazo (Rungus Longhouse), Kampung Sumangkap Gong Factory etc.

Pada sebelah malamnya, Alia dan suami, Hatta bawa kitorang dinner kat Tanjung Lipat. Sedap makanannya dan macam-macam ada. Seafood. Sate. Sayap ayam. Banyak lagi laa. Sebelum balik ke hotel, kitorang singgah dulu kat Pasar Malam Kampung Air yang ada jual macam-macam barangan berasaskan mutiara macam kerongsang, butang baju melayu etc. Ziqri menangis-nangis nak mainan, so belilah kereta :p

Pada hari terakhir, kitorang check out awal dan menyumbat semua barang-barang yang dibawa ke dalam kereta Alia. Tapi percutian kitorang masih belum tamat sebab kitorang nak ke Pasar Filipina untuk memborong Kuih Cincin dan Keropok Amplang. Ambik kau, sekotak besar makanan kitorang bawak balik Semenanjung.

Aktiviti terakhir kitorang adalah Island Hopping ke Pulau Manukan dan Pulau Mamutik. Kos dia dalam RM25 seorang + caj untuk goggle mask dan life jacket dalam RM5 per item + service tax + bayaran masuk ke pulau. Haha. Korang agak-agak sendiri laa berapa total caj dia.

Air laut di pulau-pulau kat Sabah ni memang cantik. Kalah Krabi :p Cuma sayangnya kebersihan air laut sedikit tercemar dek sikap segelintir manusia yang tak bertanggungjawab. Biasaaaaa dia tu..!

Tip #7: Bawa beg kalis air untuk simpan barang berharga dan boleh dibawa mandi sama-sama.

Cuaca panas tapi air laut sejuk..

Cover photo baru Masnita Ak
Kira-kira pukul 2.00 ptg, kitorang kembali ke tanah besar dan menuju ke rumah Alia untuk membersihkan diri. Alia belanja kitorang Puding Kelapa yang very the best untuk minum petang. Kitorang naik teksi menuju ke KKIA dan menaiki kapal terbang kembali ke Semenanjung.

Maka tamatlah kisah percutian kitorang kat negeri Sabah..

38 comments:

  1. wah bestnya korang selalu pergi bercuti. tp mmg syok pergi sabah sebab byk seafood~ =P~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu g Sabah untuk kerja je, tak sempat nak jalan2. Ni baru tau ada banyak tempat menarik kat sana :p

      Delete
  2. Wow, sgt best.. banyak tempat awak sempat p.. sy p 4H3M jgk, tp byk tmpat jgk yang terpaksa skip dek kekangan masa.. Btw, sabah mmg best coz sepanjang kat sna xpayah byar parking..jimat!!!!!

    ReplyDelete
  3. wahhh bestnya..totally brapa hbis nk pegi Sabah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Total cost memang tak ingat dah. Kebanyakan perbelanjaan kat sana ok je. Yg mahal tu macam biasa laa - tiket flight, sewa kereta + petrol, accomodation, island hopping dan shopping. Hehe.

      Delete
  4. Assalam. Ada simpan x no sewa kereta tu...hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'slm. Kitorang tak sewa tapi pinjam kereta kawan.

      Delete
  5. Assalamualaikum tuan tumpang promosi perkhidmatan kereta sewa dan homestay di KK

    keretasewasabahbest.blogspot.com
    Keretasewakotakinabalu.wordpress.com
    Fbpage: annaqlukotakinabalucarrental

    ReplyDelete
  6. Nk tny.. Klu dr kk, nk ke ranau n kundasang mana yg jumpa dlu? Tq...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dari kk, jumpa kundasang dulu, kemudian baru sampai ranau.

      Delete
  7. Assalamualaikum....nak tanya kat kundasang hotel tu mengadap gunung tak dan kat kk menginap kat hotel mana yea.....TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'slm. tempat penginapan kitorang kat kundasang membelakangkan gunung kinabalu. view nampak bukit bukau. masa kat kk, kitorang stay kat Tang Dynasty.

      Delete
  8. nk travel dr satu tempat ke satu tempat kena sewa kete eh? lg jimat kot eh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak faham. Tapi sebaiknya sewalah kereta untuk mudahkan perjalanan.

      Delete
  9. Kak..nk tye..Island hoping brape lme ek?ptg tu akk tros g airport la ea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Island hoping tu terpulang pada kita nak brp lama. Masa kitorang g hari tu, dalam 4 jam je kot sbb ptg tu dh nk gerak ke airport.

      Delete
  10. kenapa tips you ke Sabah sama je dengan blog ni http://fuh.my

    Siapa tiru siapa ni? sebijik la..lain kali mungkin lebih elok you guna ayat sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah Maha Mengetahui siapa yang benar :)

      Delete
  11. kalau drive senang x kat sane? or kena ade tourist guide ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kitorang drive, tak pakai tourist guide pun. Cuma perlu plan betul2 perjalanan supaya tak sia2kan masa yang berharga masa kat sana tu :)

      Delete
  12. Assalamualaikum, in shaa Allah saya nak ke KK bulan januari 2014 ni...boleh la refer kt blog awak ni...thanks yer share tips semua tu...

    ReplyDelete
  13. Salam..kundasang sama sejuk macam cameron highland x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada pendapat saya, Kundasang lebih sejuk :)

      Delete
  14. saya pun nak pegi sabah bulan jan 2014. kalau kat kundasang, malam2 blh bawak kereta ke?org kata xde lampu jalan n jalanraya pun x ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kawasan berlampu, ada kawasan tak berlampu. So berhati-hatilah memandu ye.

      Delete
  15. If ada kawan2 yg nak dtg sabah.. dan perlukan khidmat pemandu pelancong.. sila la. Klik web kami.. Dutduttour.blogspot.com atau cari shj d facebook.. harga bole runding..

    ReplyDelete
  16. Salam.. pergi rumah terbalik tak?

    ReplyDelete
  17. Salam...

    Total cost islands hoping tu berapa yer? kalau tak igt exactly, anggaran tu berapa ye?

    ReplyDelete
  18. Dear Ahmad,

    Thank you for your kind words.

    We hope you may visit us in the near future =)

    Best Regards,
    Joshua
    www.jresidence.com

    ReplyDelete
  19. Salam..
    Kalau nak drive sendiri dari KK nak ke Kundasang nak ikut laluan mana ye? Banyak x signboard? Takut tersesat..

    ReplyDelete
  20. thanks info dari anda banyak membantu trip kami bulan 6 nih...

    ReplyDelete
  21. kami akan MeRealisasikan percutian anda bila berkunjung ke sabah,
    Syarikat SUHAZRINAH ENTERPRISE SDN.BHD adalah syarikat 'Taxi Limousine' yang beropersi sejak 5 Tahun yang lalu, mempunyai pengalaman yang mendalam tentang tempat-tempat yang menarik di sabah.
    Kami menjemput anda ke sabah untuk bercuti dengan kadar tambang yang rendah dan berpatutan,
    sila hubungi kami untuk mendapatkan kadar tambang ke mana sahaja di seluruh sabah.
    +6016 8392919 (whatsApp, wechat, Telegram & Kakao Talk)
    email: taxisabahlimo.com
    http//:www.taxisabah.com

    ReplyDelete
  22. 4hb ni InsyaAllah akan ke sabah
    Hop blog awak bole jd reference kt sana
    Tq for advise n nice picture

    ReplyDelete
  23. Hello All =)

    New Resort near Taman Kinabalu Park: Ayana Holiday Resort
    www.AyanaHolidayResort.com

    Please contact us directly and we may offer you 50% - 60% discount.

    Thank you.

    Best Regards.

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum..
    kami akan MeRealisasikan percutian anda bila berkunjung ke sabah,
    BORNEO KINABALU TOUR & TRANSPORT SDN. BHD

    PAKEJ 3HARI 2MALAM
    RM305/Pax Minimum 10 pax

    01/ Hari Pertama (OVERNIGHT KUNDASANG)
    1000 : Jemput di Lapangan Terbang KKIA Terminal 1/2
    1030 : Melawat Rumah Terbalik (up side Down House) Tamparuli.
    1130 : Melawat Pekan Nabalu
    1230 : Melawat Ladang Lembu (Mini New Zealand).
    1400 : Makan Tengah hari di Kundasang.
    1600 : Check in Hotel/Homestay/Chalet (Kundasang)
    1900 : Hantar untuk Makan Malam pekan kundasang.
    *Tour Tamat*

    02/Hari Kedua (TOUR KUNDASANG & RANAU)
    0900 : Jemput dari Hotel/Homestay/Chalet
    1000 : Melawat Ikan Spa.
    1130 : Melawat Hot Spring, Canopy Walk & Air Terjun.
    1600 : Melawat Jambatan Tamparuli.
    1700 : Melawat Yayasan Sabah.
    1730 : Melawat Masjid Bandaraya Kota kinabalu.
    1800 : Melawat Signal Hills.
    1830 : Melawat pasar kraftangan (Pilipino Market).
    2000 : Check in Apartment Marina Kota kinabalu.
    *Tour Tamat*

    03/ Hari Ketiga (SAPI, MANUKAN ISLAND & AIPORT TRANSFER)
    0830 : Check Out dari Apartment Marina ke Jeti Jesselton Point.
    0900 : Menaiki bot ke pulau Sapi (aktiviti pantai & snorkelling).
    1200 : Makan tengah Hari BBQ yang disediakan.
    1245 : Menaiki bot ke pulau Manukan (aktiviti pantai & Snorkelling)
    1500 : Menaiki Bot ke jeti Jesselton Point.
    1530 : Jemput dari jeti Jesselton Point & Melawat Tanjung aru Beach.
    1700 : Transfer ke Airport KKIA T1/2
    *Tour Tamat*

    Pakej ini Termasuk :
    1). Pengangkutan Selama 3Hari 2Malam
    Van Pelancongan @ Taxi Limousine
    Pemandu
    Minyak
    Muatan Maksimum 10 Dewasa
    2). Penginapan Homestay Kundasang & Marina Apartment Kota Kinabalu
    May Homestay Kundasang (1Night)
    Marina Apartment Kota kinablu (1Night)
    3). Tiket-Tiket Masuk tempat lawatan
    Rumah Terbalik (up side down house)
    Ladang Lembu
    Hot Spring
    Ikan Spa
    4). Pulau Sapi & Manukan
    Tiket pulau Sapi
    Tiket pulau Manukan
    Insurance
    Bot
    Jaket Keselamatan
    Maks Snorkelling
    Makan Tengah Hari BBQ di Pulau Sapi.

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum..
    kami akan MeRealisasikan percutian anda bila berkunjung ke sabah,
    BORNEO KINABALU TOUR & TRANSPORT SDN. BHD

    PAKEJ 3HARI 2MALAM
    RM305/Pax Minimum 10 pax

    01/ Hari Pertama (OVERNIGHT KUNDASANG)
    1000 : Jemput di Lapangan Terbang KKIA Terminal 1/2
    1030 : Melawat Rumah Terbalik (up side Down House) Tamparuli.
    1130 : Melawat Pekan Nabalu
    1230 : Melawat Ladang Lembu (Mini New Zealand).
    1400 : Makan Tengah hari di Kundasang.
    1600 : Check in Hotel/Homestay/Chalet (Kundasang)
    1900 : Hantar untuk Makan Malam pekan kundasang.
    *Tour Tamat*

    02/Hari Kedua (TOUR KUNDASANG & RANAU)
    0900 : Jemput dari Hotel/Homestay/Chalet
    1000 : Melawat Ikan Spa.
    1130 : Melawat Hot Spring, Canopy Walk & Air Terjun.
    1600 : Melawat Jambatan Tamparuli.
    1700 : Melawat Yayasan Sabah.
    1730 : Melawat Masjid Bandaraya Kota kinabalu.
    1800 : Melawat Signal Hills.
    1830 : Melawat pasar kraftangan (Pilipino Market).
    2000 : Check in Apartment Marina Kota kinabalu.
    *Tour Tamat*

    03/ Hari Ketiga (SAPI, MANUKAN ISLAND & AIPORT TRANSFER)
    0830 : Check Out dari Apartment Marina ke Jeti Jesselton Point.
    0900 : Menaiki bot ke pulau Sapi (aktiviti pantai & snorkelling).
    1200 : Makan tengah Hari BBQ yang disediakan.
    1245 : Menaiki bot ke pulau Manukan (aktiviti pantai & Snorkelling)
    1500 : Menaiki Bot ke jeti Jesselton Point.
    1530 : Jemput dari jeti Jesselton Point & Melawat Tanjung aru Beach.
    1700 : Transfer ke Airport KKIA T1/2
    *Tour Tamat*

    Pakej ini Termasuk :
    1). Pengangkutan Selama 3Hari 2Malam
    Van Pelancongan @ Taxi Limousine
    Pemandu
    Minyak
    Muatan Maksimum 10 Dewasa
    2). Penginapan Homestay Kundasang & Marina Apartment Kota Kinabalu
    May Homestay Kundasang (1Night)
    Marina Apartment Kota kinablu (1Night)
    3). Tiket-Tiket Masuk tempat lawatan
    Rumah Terbalik (up side down house)
    Ladang Lembu
    Hot Spring
    Ikan Spa
    4). Pulau Sapi & Manukan
    Tiket pulau Sapi
    Tiket pulau Manukan
    Insurance
    Bot
    Jaket Keselamatan
    Maks Snorkelling
    Makan Tengah Hari BBQ di Pulau Sapi.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...