Showing posts with label Mama Eta. Show all posts
Showing posts with label Mama Eta. Show all posts

Thursday, 6 March 2014

Assalamualaikum

Hurm... Ambil bulu ayam, sapu-sapu sikit kat blog ni yang dah agak berhabuk :) Lama benor aku dah tak menulis. Bukannya tiada idea. Adakalanya ilham tu datang tapi peluang nak menulis yang tak kesampaian. Kadang-kadang tu datang rasa malas dan ada masanya rasa mengantuk jadi penghalang. Macam-macam hal.

Nak rewind apa yang berlaku sejak tarikh post terakhir - 23 Januari.

29 Januari 2014, genap 3 tahun kitorang berkahwin. Tiada sambutan yang terlalu istimewa. Rancangan surprise yang last minute. Apa yang penting, ikhlas kan ;) Happy 3rd anniversary syg.

Musyrif Zaeem balik kampung kat Rembau dan Masjid Tanah buat pertama kalinya pada 31 Januari. Tapi mood Zaeem tak berapa ok dan asyik menangis je. Next time kita balik kampung lagi kena jadi good boy ok!

Anak sepupu Mama Eta berkahwin dan riuh-rendah laa kawasan kejiranan rumah MIL dengan macam-macam aktiviti pada 8 & 9 Februari. Masa kenduri macam ni, aku cuma reti menolong basuh pinggan mangkuk je. Wife jaga baby. Ziqri yang paling enjoy - bermain.




Zaeem dah mula diajar menyusu menggunakan botol sejak 17 Februari, kira-kira 2 minggu sebelum Mama Eta mula bekerja semula. Muka Zaeem macam tak puas hati je. Haha. Syukur anak ayah ni pandai dan 'cepat belajar'.





Pada 22 Februari, kitorang sekeluarga ke Kulai, Johor untuk melawat ..... Aku patut sebut melawat Alia ke melawat anak dia yang baru lahir ek? Haha. Tak kisah laa melawat siapa pun. Otw balik ke Jenjarom, sempat lagi singgah JPO jap dan pada sebelah malam ada kenduri arwah Abang Ude.

26 Februari, mama & ayah keluar dating jap ala-ala newlywed :p
21 Februari, Zaeem genap 3 bulan manakala 5 Mac, Ziqri genap 30 bulan. Sayang hero-hero ayah ni ;)




Tiada caption khusus untuk gambar kat atas. Tapi saje nak upload sebab keajaiban gambar tu yang pasti membuatkan kita tersenyum :)

Semoga aku akan lebih kerap menulis selepas ni.
Wassalam.

Tuesday, 21 January 2014

Selamat Hari Lahir Mama Eta

Bismillah..

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dipanjangkan usia isteriku yang genap 28 tahun pada 20 Januari 2014. Syukur juga di atas kurniaan 2 orang putera kami yang sihat walafiat dalam jangka masa hampir 3 tahun gerbang perkahwinan kitorang ni.

Alang-alang Zaeem ada appointment kat klinik pada hari ulang tahun kelahiran mama, aku pun ambil cuti rehat. Appointment adalah pada sebelah petang. Oleh itu, kitorang keluar pada lebih kurang jam 11.30 pagi ke Putrajaya untuk meraikan Mama Eta terlebih dahulu.

Destinasi pilihan aku kali ni adalah di Restoran Slero D Timur yang terletak kat Ayer@8. Aku tertarik dengan restoran ni sebab kedudukannya yang cukup menarik kerana menghadap tasik. Di samping itu, gambar makanannya kat Facebook pun boleh tahan nampak kelazatan kalorinya.

Layankanlah beberapa keping gambar yang sempat kitorang ambil semasa kat sana.

Red Velvet - RM6.80





Meatballs & Bolognese Sauce + Blueberry Jam + Fries + Cheese - RM8.90
Fettuccini Carbonara - 9.90
Spaghetti (kids) - RM5.90
Brownies with Ice Cream - RM9.00


Selesai sudah sambutan Hari Lahir Mama Eta anjuran aku yang serba ringkas ini. Semoga isteriku dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, berbahagia bersama keluarga, istiqamah dalam transformasinya dan segala-gala yang terbaik buat dirinya.

Kira-kira jam 1.15 petang, kitorang bergerak pulang ke Jenjarom.

Pada ketika inilah Mama Eta dapat panggilan telefon dari rumah dengan suara teresak-esak MIL yang suruh pulang dengan berhati-hati. Dan tak lama lepas tu, kitorang menemui jasad Abang Ude terbujur di atas jalan raya akibat kemalangan. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar!

ALFATIHAH buat arwah.
Takziah buat famili.

Wednesday, 25 December 2013

6 Tahun Mengenali Hati Budi

Assalaaamualaikum..~!!

Aku dan isteri mula mengenali hati budi masing-masing secara serius sejak 25 Disember 2007. Masa tu kitorang sama-sama belajar kat Universiti Malaya. Aku senior, tahun akhir Engineering. Dia junior, tahun 3 Farmasi. Aku stay kat ASTAR, dia stay kat luar kampus. Masuk 2nd semester tahun tu, dia pun masuk ASTAR.

Sebelum tu, aku dah tau kewujudan dia sejak tahun 2005 lagi. Kitorang stay kat kolej yang sama. Kebetulan kitorang diletakkan dalam satu kumpulan semasa program Minggu Mesra Pelajar, betul-betul selepas Minggu Haluan Siswa. Cuma waktu tu kenal-kenal gitu je laa. Hi & Bye :p

Tapi kemudian, manalah nak sangka jodoh ketentuan Allah kan, berkahwin pun kitorang pada tahun 2011. Alhamdulillah hero pun dah dua dan kami bahagia ;) Syukur dengan qada' dan qadar Allah.



1st time bergambar bersama
25 Disember akan kitorang raikan sentiasa ;)

Saturday, 21 December 2013

Appointment Oftalmologi (Day 28) dan Ortopedik

Assalaaaaamualaikum..~!!

Busy betul Zaeem. Sekali lagi kitorang ke Hospital Putrajaya sebab Zaeem ada appointment mata lak. Kata Mama Eta, baby yang dilahirkan secara pra-matang ada kebarangkalian kena masalah katarak dan pendarahan dalam mata. So appointment hari ni adalah untuk doktor check sekiranya Zaeem ada masalah tu atau tak.

Cabaran utama untuk appointment hari ni adalah untuk menunggu anak mata Zaeem kembang. Nurse banyak kali gak laa titiskan cecair apa entah kat mata Zaeem. Titis, tunggu 20 minit. Titis, tunggu 20 minit lagi. Finally bila kedua-dua anak mata Zaeem dah kembang, barulah boleh jumpa doktor.

Kembang cepat, kembang!
Kat bilik doktor, timbul satu isu perdebatan. Pada pandangan doktor kat situ, Zaeem tak perlu jalani pun pemeriksaan mata ni. Kalau tak silap aku, doktor tu cakap baby yang perlu jalani pemeriksaan mata adalah terdiri daripada baby yang lahir 32 minggu ke bawah, berat badan semasa lahir kurang daripada 1.5 kg dan baby yang dimasukkan ke dalam ventilator selepas kelahiran. Zaeem tak termasuk pun dalam ciri-ciri tu.

Tapi bila doktor lain dah refer, kenalah doktor tu buat pemeriksaan gak.

Mama dengan ayah kena tunggu kat luar. Diorang tutup lampu bilik pemeriksaan tu. Then dengar suara Zaeem menangis.

Mama dengan ayah dipanggil masuk dalam bilik. Kesian tengok Zaeem sebab berkesan kat mata dia alat yang doktor guna semasa pemeriksaan tadi. Alhamdulillah tiada sebarang masalah mata pada Zaeem. Next appointment 3 minggu lagi.

Senyum..~!!!
Pada waktu yang sama sebenarnya, mama pun ada appointment gak untuk follow up keadaan tangan mama yang dikhuatiri patah tu. Disebabkan mama dah bersalin, so pihak hospital dah boleh x-ray tangan mama. Alhamdulillah tangan mama pun ok.

Syukur :)

Friday, 11 October 2013

Apa Cerita..?

Assalaaaaamualaikum..~!!

Aku teringin nak berkongsi macam-macam cerita yang berlaku semenjak2menjak ni tapi susahnya nak dapat ruang dan masa...

14-15 September: Kitorang sekeluarga pergi Taiping untuk meraikan majlis kenduri kahwin sepupu kepada sepupu aku :) Adalah dalam 4 kereta berkonvoi ke arah utara dan kitorang bermalam kat rumah homestay. Seronok bila dapat berkumpul ramai-ramai ni. Sempatlah juga kitorang pusing-pusing sekitar pekan Taiping tu. Aku suka tengok rekabentuk bangunan kat sana yang masih mengekalkan ciri-ciri klasik, termasuklah bangunan McD..!

Helo Taiping..~!!
26 September: Mama Eta ada appointment kat Hospital Putrajaya untuk follow up keadaan tangan kanan dia. Besar harapan kitorang minta-minta supaya semuanya dah ok dan tak perlu lagi bersimen dan beranduh. Sayangnya harapan tak kesampaian sebab tangan Mama Eta masih tak ok dan perlu extend lagi MC + bersimen + beranduh untuk 3 minggu lagi.

26-28 September: Serangan angin yang melampau kat Mama Eta gara-gara makan 2 ulas nangka/cempedak. Susah aku nak recall balik kejadian selama 2 hari ni. Apa yang pasti, keadaan Mama Eta sangat kritikal dalam tempoh 48 jam ni. InsyaAllah kejadian ni akan jadi iktibar kepada kitorang di masa akan datang.

29 September: Gotong-royong cuci rumah sewa emak. Bila rumah dah bersih, baru boleh pindahkan barang sikit demi sikit. InsyaAllah minggu depan kitorang akan berpindah secara besar-besaran. Bubbye Presint 16 ;(

Rajinnya Ziqri :)
4-6 Oktober: Aku bawa family ke Bukit Fraser sebab office aku buat kursus team building. 1st time ni kitorang ke sana. Jalannya boleh tahan bersimpang-siur. Cuaca kat atas bukit tu pun tak terlalu sejuk tapi tak panas sangat gak. Aktiviti team building best. Pada masa yang sama, membantu gak aku untuk mengenali officemate dengan lebih dekat.

Kecik je pekan Bukit Fraser ni..
Aku belikan novel ni untuk teman Mama Eta masa aku berkursus
9-10 Oktober: Aku dilantik sebagai salah seorang panel temuduga untuk jawatan Pembantu Am Pejabat (PAP) Gred N1 kat office aku. Seronok gak dapat peluang ni. Macam-macam ragam manusia yang aku jumpa. Kesian ada, kelakar pun ada. InsyaAllah kalau ada rezeki korang, dapatlah jawatan tu.

10 Oktober: iPad aku tetiba je tak boleh online. Rupa-rupanya kuota internet 4G dah habis dalam tempoh seminggu je..! Terima kasih Ziqri sebab pasang video youtube dalam diam-diam. Wuuuu ;(

TAMAT

Thursday, 12 September 2013

Sah, Tulang Patah!

Assalaaamualaikum..~!!

Hari ni Mama Eta ada appointment kat Hospital Putrajaya untuk follow up rawatan tangan dia yang dikhuatiri patah tu. Appointment sebenarnya pukul 9 pagi. Kitorang lak sangat menepati masa, sampai sana pukul 859 pagi. Haha. Silap besarlah perancangan kitorang ni sebab awal 1 minit tu mengakibatkan kitorang cuma dapat jumpa doktor 3 jam 30 minit kemudian. Cis.

Tunggu giliran bersama-sama dengan Ali Setan (top right corner)
So far kedaan tangan dia dah makin baik. Jadi kitorang harap sakit ni sebenarnya sekadar kecederaan otot je. Doktor buka balutan backslab dan picit-picit tangan Mama Eta daripada pergelangan tangan hingga ke lengan. Tetiba Mama Eta menjerit. Ouch! Rupa-rupanya siku dia bengkak. So sahlah 99% memang tulang patah. Kurang 1% lagi sebab tak buat x-ray. Huhu.

Oleh sebab itu, bertambahlah lagi tempoh MC Mama Eta untuk 2 minggu lagi. Tangan pun berbalut dan tergantung untuk 2 minggu lagi. Hurm.. Get well soon ok, wife!

Monday, 9 September 2013

Mama Eta Terjatuh, Dikhuatiri Patah Tangan

Assalamualaikum semua..

MasyaAllah, kitorang sekeluarga melalui detik-detik mencemaskan semalam apabila Mama Eta jatuh tersembam dan mengakibatkan kecederaan pada tangan kanan dia. Kejadian berlaku semasa kitorang bersama-sama Ziqri dan emak tengah mencari rumah untuk dibeli/disewa kat sekitar Bangi.

Pukul 10.50 pagi. Masa tu kitorang baru je sampai kat Apartmen Istana Ria, Seksyen 7. Aku tengah call someone untuk bertanyakan mengenai rumah kat sana. Then suddenly aku nampak Mama Eta hilang keseimbangan badan dan jatuh tersembam kat atas jalan tar. Kejadian berlaku sangat pantas. Kepala dia, badan dia, perut dia... Ya Allah..!!

Selepas kejadian tu, keadaan Mama Eta masih stabil. Cuma ada kesan calar dan sedikit luka pada tapak tangan dengan lutut kanan dia. Perut pun rasa sakit sikit je katanya. Aku risau bila memikirkan kandungan dia yang dah masuk 23 minggu tu.

Memandangkan Mama Eta beriya2 kata dia ok, so kitorang pun teruskan aktiviti mencari rumah. Pada mulanya Mama Eta masih larat untuk dukung Ziqri tapi lama-kelamaan dia serahkan kat aku sebab dah mula rasa sakit. Dalam kereta pun, semasa kitorang meronda kat sekitar Seksyen 4, Mama Eta dah tak mampu nak sokong berat Ziqri yang tengah tidur. Akhir sekali semasa nak pergi tengok rumah kat Seksyen 5, Mama Eta prefer untuk stay dalam kereta sorang-sorang untuk berehat.

Sesudah selesai aktiviti survey rumah, kitorang kembali ke kereta. Terkezut aku bila lihat Mama Eta dah mengampu tangan kanan dia dengan menggunakan kain lampin Ziqri yang dilipat menjadi kain anduh. Sakit... Nak genggam tangan tak boleh. Nak pusingkan tangan tak boleh. Nak angkat tangan tak boleh. So kitorang decide untuk terus ke hospital terdekat untuk check kandungan dan tangan.

Di Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, doktor scan kandungan Mama Eta. Alhamdulillah denyutan jantung baby adalah ok dan tak perlu dirisaukan. Masalah utama sekarang adalah tangan Mama Eta. Doktor di seluruh dunia tiada kata sepakat sama ada wanita mengandung boleh menjalani prosedur imbasan x-ray atau tidak. Selagi tak x-ray, doktor pun tak boleh nak pastikan jika tangan Mama Eta patah. Kitorang bagi pandangan kepada doktor untuk tidak mengambil risiko. Finally keputusannya pasang U-Slab je kat tangan Mama Eta dan rujuk doktor pakar Az-Zahrah keesokan harinya.



Pada lewat petang, kitorang ke Klinik Mediviron Alamanda lak. Tujuannya adalah untuk melonggarkan balutan U-Slab. Mama Eta rasa tak selesa, jari tangan dia membengkak dan kerap alami kesakitan yang melampau macam kena contraction semasa nak bersalin. Doktor buka balutan U-Slab tu. Semakin longgar balutan, semakin kuat Mama Eta menjerit. Istighfar istighfar istighfar... Setelah pelbagai 'test' dibuat, doktor mengesyorkan supaya kitorang ke Hospital Putrajaya segera pada malam ini gak untuk mendapatkan rawatan daripada pakar yang bertugas.

Kesian Ziqri menangis bila nampak mama dengan ayah keluar lepas Maghrib, tak bawa dia pun...

Di Hospital Putrajaya, doktor bertugas tanpa melihat tangan Mama Eta dan tanpa bertanyakan keadaan kandungan, terus bagitau yang dia pun tak boleh nak buat apa-apa. Haha. Dalam hati kitorang dah rasa membazir masa je datang dan menunggu giliran selama lebih sejam. Tiada pakar ortho pun yang bertugas waktu malam. Cuma nasib baiklah doktor tadi bagi suntikan tahan sakit kat Mama Eta.

Dalam perjalanan balik rumah, aku dapat panggilan telefon daripada Hospital Putrajaya. Katanya ada doktor daripada Jabatan Ortho nak check tangan Mama Eta. So, kitorang pun patah balik ke hospital. Aku turunkan Mama Eta dan dia terus masuk ke Bilik Semi Kritikal. Aku tak boleh masuk ke dalam. Selepas kira-kira 20 minit menunggu barulah Mama Eta keluar. Doktor dah check, tukar simen baru kat tangan Mama Eta dan bagi dia MC 4 hari sehingga next appointment, Khamis ni.

Kitorang sampai rumah hampir pukul 12 tgh mlm. Ziqri pun dah tidur. Nenek teman Ziqri sampai pagi esok.

Semoga Mama Eta cepat sembuh. Amin.

Thursday, 1 August 2013

Klinik Kesihatan Telok Panglima Garang

Assalaaaaamualaikum..~!!

Alhamdulillah, selesai sudah urusan pertukaran tempat kerja Mama Eta. Setelah melalui 48 jam yang begitu mencabar, akhirnya hasrat Mama Eta untuk bekerja di daerah Kuala Langat tercapai. To be more specific, kat Klinik Kesihatan Telok Panglima Garang. 


Mama Eta akan mula bekerja di klinik baru ni mulai 2 Ogos (Jumaat). Kebetulan lak serentak dengan tarikh aku berpindah ke tempat kerja yang baru. Huhu. Pada awalnya Mama Eta bercadang nak tangguh kerja untuk 2 minggu lagi sebab nak bercuti raya dulu tetapi setelah difikir-fikirkan semula, kerja je laa terus. Harap-harap takde masalah laa nak cuti raya nanti. Aminnnn. 

Terima kasih kat warga kerja Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Bahagian Perkhidmatan Farmasi dan PKD Kuala Langat yang sangat friendly untuk membantu Mama Eta khususnya dalam urusan rayuan pertukaran tempat kerja. 

Sebenarnya, kitorang dimaklumkan pada 2 hari lepas yang Mama Eta akan ditempatkan kat Hospital Ampang. Hasil perbincangan dengan pihak berkenaan, kitorang dah sediakan surat rayuan awal-awal untuk mohon pertukaran tempat kerja. Syukur sangat-sangat bila person in charge bersetuju dengan permohonan Mama Eta ni. 

Walaupun elaun COLA kat tempat baru ni dikurangkan dari RM300 kepada RM150 je tapi masih untung gak sebenarnya. Kalau dulu kena drive 50 km sehala setiap Isnin-Jumaat ke tempat kerja, sekarang 5 km je. Kalau dulu kena bayar tol lebih RM10 sehari, sekarang tol percuma :) 

Semoga keputusan berpindah ini bermanfaat dan terbaik buat kitorang sekeluarga. 

Thursday, 25 July 2013

Pemberitahuan Pertukaran / Penempatan Pegawai Farmasi Gred U44 di Kementerian Kesihatan Malaysia

Assalaaaamualaikum..~!!

Alhamdulillah, akhirnya permohonan wife untuk bertukar tempat kerja dari Kuala Lumpur ke negeri Selangor telah diluluskan selepas lebih setahun menunggu giliran. InsyaAllah aku akan ambil cuti rehat pada 1 Ogos ni untuk menemani Mama Eta lapor diri di Jabatan Kesihatan Negeri Selangor kat Shah Alam.

Yay!


Dalam rasa gumbira ni, tetap ada rasa berdebar-debarnya juga. Di bawah pentadbiran Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, ada 11 Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) kesemuanya. Maka kebarangkalian untuk Mama Eta ditempatkan di bawah PKD Kuala Langat, yang menjadi sasaran utama kitorang, cumalah 9%. Gulp...

Andai kata rezeki Mama Eta kali ni di Kuala Langat, terdapat pula sebanyak 10 buah Klinik Kesihatan (KK) di sini yang menjadi pilihan - tak termasuk Hospital Banting ya. Antara 10 KK ni, harap-harap Mama Eta tak ditempatkan di KK Tanjung Sepat sebab faktor lokasinya yang agak jauh dari Jenjarom.

Apapun, syukur ke hadrat Ilahi atas keizinanNya untuk memakbulkan usaha dan doa kitorang supaya Mama Eta dapat bertukar dari Kuala Lumpur. Semoga segala urusan yang dilalui selepas ini akan dipermudahkan oleh-Nya. Amin.

Thursday, 4 April 2013

Ulangtahun Pertunangan Ke-3

Assalaaaamualaikum..~!!

Selamat ulangtahun pertunangan yang ke-3 diucapkan kepada isteri tercinta, Mama Eta..!

Boleh lagi ke nak celebrate anniversary bertunang ni..? Rasanya ok je kan sebab pertunangan kita tak pernah putus. Malah tali silaturrahim tu dieratkan lagi dengan ikatan perkahwinan lak selepas tu.  Haha :p

Thursday, 21 March 2013

Happy 'Best'day Mama Eta

Assalaaamualaikum..~!!!

Surprise...! Hari ni, 9 Jamadil Awal 1434H, Mama Eta dah genap 28 tahun (ikut kalendar Hijrah). Tahniah tahniah..! Haha. Kezutan dibuat selepas berkumandangnya azan Maghrib kat area Jenjarom, menandakan bermulanya hari baru :p

Happy birthday syg, semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, cemerlang dunia dan akhirat. Amin..!


Kalau korang nak check tarikh lahir dalam kalendar Islam, klik kat SINI.

Sekian, wassalam..!

Monday, 21 January 2013

Happy Birthday Mama Eta

Assalaaaaamualaikum..~!!

Semalam 20 Januari 2013 adalah ulangtahun kelahiran isteri tercinta, Mama Eta. HB..!! Kami sambut secara sederhana je. Biarlah gambar-gambar kat bawah ni yang menceritakannya :)

Eh, ada 20% discount untuk birthday mama rupanya

3D Birthday Card, Ais Krim Tutti Frutti, Red Velvet Cupcake
Sedapnya makan
Mencari baju kurung @ GM Klang
Mencari tudung @ GM Klang
Ziqri & 'mainannya'
Hasil tangkapan
Mama gumbira, Ziqri kepenatan
Pic of the day: I love u both..!

Saturday, 29 December 2012

700 Hari Bersama

Mama Eta, tahukah kamu ..?

Hari ni, 29 Disember 2012 genap 700 hari / 100 minggu / 23 bulan kita dah kahwin..!!

Happy anniversary :)







Saturday, 4 August 2012

Kerja Extended Hours

Assalaaaaaamualaikum..~!!

Pagi tadi aku teman Mama Eta kerja kat Klinik Kesihatan Kg. Pandan. Bekerja pada hari Sabtu ni diorang namakan 'extended hours'. Masa kerja dari kol 8.00 pg sampai 12.00 t/hari. Errr, korang tau ke yang klinik gomen (tertentu) buka pada hari Sabtu..?


2 orang kongsi 1 meja kecik


Perkhidmatan 'extended hours' ni dah mula sejak tahun 2008 untuk rawatan kes-kes ringan je macam demam, batuk & selsema. Selain dibuka masa hari Sabtu, klinik yang ada perkhidmatan ni pun akan memanjangkan waktu operasi pada hari bekerja dari pukul 5.00 ptg sampai 9.30 mlm. Senarai klinik yang terlibat, boleh rujuk kat SINI (list tak update, Klinik Tanglin patut dah diganti dengan Klinik Kg. Pandan..haish).

Info tambahan: Mulai tahun 2010, semua klinik yang ada doktor juga memberi perkhidmatan pada waktu rehat makan tengah hari, iaitu dari pukul 1.00 hingga 2.00 ptg, setiap hari. Tapi hakikatnya ada je klinik yang tak nak terima pesakit masa ni kecuali untuk kes kecemasan je :p

Aku stay kat klinik ni sepanjang 4 jam Mama Eta kerja. Overall ada 17 orang je pesakit yang datang. Ye, 17 orang sahaja dalam tempoh 4 jam pada hari Sabtu yang indah lagi damai ni. Haha.

Aku sokong pelaksanaan 'extended hours' ni sebab tujuan dia memang sangat baik. Tapi bila kehadiran pesakit tu sikit je, berbaloi ke..? Macam rugi. Rugi masa, tenaga, duit - OT, claim TNT, bil elektrik, bil air. Kan..?

Tapi aku tak nak laa perkhidmatan 'extended hours' ni dihentikan. Sayang, idea baik ni. Cuma kalau boleh tu, biarlah dilaksanakan dengan lebih efisien.

Kalau pesakit lebih cenderung untuk datang pada waktu malam, jadi kekalkan buka klinik tu sampai malam. Kalau pesakit tak ramai datang hari Sabtu, tutup laa klinik hari Sabtu. Kalau jumlah pesakit yang datang masa 'extended hours' kat sini sikit, mungkin lebih ramai yang akan datang kalau dibuat kat klinik lain.

Cadangan aku, mungkin lebih baik kalau perkhidmatan 'extended hours' dibuat kat klinik yang mana nisbah pesakit/pekerja tinggi. Mungkin dapat ringankan sikit beban kerja diorang pada hari-hari biasa. InsyaAllah.

Tapi kalau takde apa2 perubahan & dibiarkan je macam keadaan sekarang ni, kesian... Macam takde motivasi nak bekerja. Baik duduk rumah, berehat dengan keluarga je kan =)


Sekian, selamat berpuasa & selamat berbuka..!
Wassalam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...