Thursday, 30 May 2013

2nd Check Up & Suntikan Vaksin Chicken Pox

Assalaaamualaikum..~!!

Malam tadi kitorang kembali ke Hospital Bersalin Razif untuk buat 2nd check up Mama Eta dan suntik vaksin chicken pox kat Ziqri.

Pada mulanya, nurse timbang berat Mama Eta - dah naik 1kg dalam masa 2 minggu. Then giliran Ziqri lak - timbang berat, ukur panjang/tinggi dan ukur lilit kepala. Keputusannya macam ni:

Berat : 10kg (2.32kg)
Panjang/Tinggi : 79cm (52cm)
Ukur lilit kepala : 49cm (30cm)
* nilai dalam kurungan adalah nilai semasa kelahiran Ziqri kira-kira 21 bulan yang lepas.

Selepas tu, kitorang dipanggil masuk dalam bilik doktor. Pertama kali jumpa doktor ni. Kalau tak silap, namanya Siti Junaidah. Orangnya agak serius, tak berapa nak mesra. Huhu.

Ziqri ditiarapkan kat atas katil. Dalam dia dah leka-leka tu, zasss jarum injection pun masuk kat punggung. Apa lagi, menjerit laa dia. Haha. Suntikan vaksin chicken pox ni bertujuan untuk merendahkan kebarangkalian Ziqri terkena demam campak. Kalau kena pun, insyaAllah takkan teruk sangat. Suntikan ni hospital syorkan untuk diambil sebelum umur 2 tahun.

Kemudian giliran Mama Eta lak untuk doktor scan perut. Ahamdulillah dah nampak baby dan denyutan nadinya. Usia kandungan lebih kurang 8 minggu. Baby dijangka lahir pada 5 Januari 2014, sehari lewat daripada jangkaan awal kitorang. Mama Eta kata ok gak tarikh 5 Januari tu sebab Ziqri pun lahir 5 hb. Tapi aku still pilih 4 Januari sebab tarikh tu cantik, 4/1/14 :p Apapun segalanya ketentuan Allah.



3rd check up, next 4 weeks.

Wednesday, 29 May 2013

Bercuti di Cherating

Assalaaaamualaikum..~!!

Hujung minggu lepas kitorang sekeluarga pergi bercuti kat Cherating, Pahang. Turut sama adalah emak aku dan Mak Dah.

Tujuan utama kitorang pilih weekend tu untuk bercuti sebab public holiday Hari Wesak jatuh pada hari Jumaat. So sayanglah kalau cuti panjang selama 3 hari tak dimanfaatkan sebaik-baiknya. Haha. Then lokasi Cherating pula dipilih gara-gara percutian Cherating kitorang kali pertama dulu tak berapa nak menjadi :p

Kitorang stay kat Eastana Cherating Beach Resort selama 3H2M. Tempat ni menarik sebab konsep penginapan macam kat kampung, hijau, selesa berjalan-jalan macam kat dalam taman dan kedudukannya yang dekat dengan pantai / laut.










Monyet bermain dengan plastik berisi pampers Ziqri di atas bumbung :p
Tapi, hurm ada tapinya..

1. Aku tempah 2 bilik yang kedudukannya berhadapan antara satu sama lain supaya senang nak menghubungkan kitorang berlima tapi pihak resort tak rekod dalam buku. Akibatnya kitorang dapat 2 bilik yang berjauhan. Selepas aku bising-bising, akhirnya dapatlah bilik yang dekat tetapi masih tak berhadapan juga.

2. Hidangan sarapan pagi oleh pihak resort yang bermula pada jam 7.30 pagi adalah lewat dan perlahan. Mee goreng dah habis pun, belum tentu bihun goreng / kway teow / kuih-muih dah dihidangkan. Nasi lemak apatah lagi, sejam kemudian baru hidang kot. So tunggu je laa..

3. Tiada bekalan air pada pagi hari ketiga kitorang di sana. Staf yang baik cuba nak cover dengan alasan paip pecah. Staf yang nakal sikit pula berterus-terang je, katanya memang selalu takde air bila orang ramai stay kat resort ni.

Semua masalah ni berdasarkan pengalaman kitorang masa stay kat sana. Tak tau laa pengalaman orang lain macam mana. Mungkin best, mungkin juga tak best.




Hik Hik..

Walau bagaimanapun, segala kesukaran semasa di resort ni tak menghancurkan percutian kitorang secara keseluruhannya. Masih ada juga detik-detik yang menyeronokkan. Antaranya mandi laut 3x, borong keropok lekor dan keropok-keropok seangkatan dengannya, shopping batik, kaftan, t-shirt dll.

(p/s: hari Khamis ni aku nak pakai baju batik baru :p )

Tuesday, 21 May 2013

Pelawaan Menyertai Anugerah Inovasi Negara 2013

Tuan/Puan, 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas. 

Sukacita dimaklumkan bahawa semua rakyat Malaysia adalah dijemput untuk menyertai Anugerah Inovasi Negara (AIN) bagi tahun 2013. AIN yang bermula sejak 2006 bertujuan untuk mengiktiraf hasil inovasi dan kreativiti yang menjana idea, ciptaan dan produk baru dalam sains dan teknologi serta menyumbang dalam pembangunan ekonomi negara. Sebanyak 4 kategori dipertandingkan iaitu Produk, Perkhidmatan, Akar Umbi dan Sekolah. 

Bersama-sama ini disertakan iklan AIN 2013 untuk diwar-warkan secara meluas bagi mendapatkan banyak penyertaan supaya mencapai objektif dan memberikan impak yang lebih tinggi. Borang permohonan boleh diperolehi di laman web MOSTI (www.mosti.gov.my). 




Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut, sila hubungi Urus Setia AIN 2013 seperti berikut : 

Y.Brs. Dr. Wan Manshol bin W. Zin 
Puan Fairuz binti Faisal 

d/a Agensi Nuklear Malaysia 
Tel : 03-8911 2000 
Faks : 03-8911 2150 

Borang serta maklumat permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada Urus Setia AIN 2013 selewat-lewatnya pada 5 Julai 2013, jam 5.00 petang ke alamat berikut: 

Urus Setia Anugerah Inovasi Negara 2013 
d/a Agensi Nuklear Malaysia 
Bangi 43000, Kajang 
Selangor Darul Ehsan 
(u.p: Dr. Wan Manshol bin W. Zin) 

Sekian, terima kasih. 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” 
SAINS DAN INOVASI PEMACU TRANSFORMASI

Saya yang menurut perintah,

Wednesday, 15 May 2013

Isteriku Mengandung Lagi

Assalaaamualaikum..~!!

Kecoh kat office pagi ni gara-gara Mama Eta tag aku bersama-sama dengan dia kat Hospital Bersalin Razif. Pada sebelah petang, kekecohan semakin menjadi-jadi apabila aku menyerahkan time slip daripada Hospital Bersalin Razif.

Kah kah kah. Jangan pandang rendah pada internet, khususnya FB. Berita hangat memang cepat tersebar. Ya, Mama Eta mengandung..!! Alhamdulillah.

Ini bukan gambar hiasan, ini betul-betul..

Kitorang dah tau berita ni sejak hari Sabtu lepas lagi. Mama Eta buat sendiri ujian urin sebanyak 2 kali dan keputusannya positif. Apa perasaan kitorang..? Tergezut dan bersyukur dimurahkan rezeki.

Ikut perkiraan awal kitorang, baby akan lahir pada 4/1/14, cantik tarikh tu. Kalau ditakdirkan baby lahir lebih awal, let say pada 11/12/13, cantik gak tarikh tu. Tapi harapan kitorang baby lahir pada tahun 2014 supaya beza tahun lahir dengan Ziqri adalah 3 tahun. InsyaAllah.

Nampak bentuk macam bulat yang dalamnya gelapppppp je? Itulah kantung (sac)..

Kitorang ke Hospital Bersalin Razif hari ni sebab Mama Eta bleeding sikit pagi semalam. Bila Dr Razif check, katanya semua ok. Hasil scan tak nampak janin lagi tapi dah boleh nampak kantung (sac). Doktor bagi suntikan Progesterone dan ubat Dydrogesterone untuk menguatkan lapisan uterus Mama Eta. Untuk dapatkan cerita yang lebih detail, boleh baca kat PinkHighHeel.

Next check up, 29 Mei.

Sunday, 12 May 2013

Selamat Hari Ibu 2013

Assalaaamualaikum..~!!

Bersempena dengan sambutan Hari Ibu pada hari ni, aku meraikan para ibu yang 'dekat' dengan aku dalam 2 majlis. Huh, majlis laa sangat :p Pada sebelah siang, aku bawa emak dan Mama Eta makan kat The Spot Cafe & Cupcakery Bangi. Aku pilih untuk belanja diorang makan kat sini sebab kedua-dua ibu ni macam suka sangat je makanan kat sini. Then pada sebelah malamnya ada makan-makan ramai-ramai kat rumah MIL. Tengok gambar je laa senang :)

Chocolate Box Cake (siang)
Anak mama, Mama Eta & emak

Tiramisu (malam)
Sambutan Hari Ibu cuma sehari dalam setahun tapi sayang kita pada ibu wajib setiap hari :) Selamat Hari Ibu..!

Saturday, 4 May 2013

Kompang X-ray

Assalaaaamualaikum..~!!

Semalam aku telah melepaskan gian untuk bermain kompang apabila sebanyak 13 buah Kompang X-ray telah dihantar ke pejabat aku. Mesti korang pelik kan apasal nama dia Kompang X-ray. Yup, tak lain dan tak bukan sebab kompang ni diperbuat daripada filem X-ray..!

Kompang X-ray ni dicipta oleh Encik Suman bin Ahmad yang berasal dari Melaka. Idea untuk mencipta Kompang X-ray muncul apabila dia selalu sangat keluar masuk hospital disebabkan sakit dan setiap kali keluar hospital, mesti akan dapat filem X-ray. So daripada dia buang je filem X-ray tu, lebih baik dia kitar semula kepada sesuatu yang berfaedah :)

Antara kelebihan filem X-ray ni berbanding kulit lembu adalah ia lebih mudah diperoleh dan harganya percuma (recycle je kan). Proses penyediaan kompang pun jadi lebih mudah sebab jika menggunakan kulit lembu, perlu ambil masa untuk diproses/ dikeringkan.

Berbalik kepada cerita asal pasal aku main kompang kat pejabat semalam. Memandangkan nak main kompang ni tak boleh main sorang-sorang, aku pun mengajak dan mengajar laa kawan-kawan sepejabat. Ajar je biasa-biasa pukulan kosong - sifir 9,7,9,7,9. Asal dapat je bunyi dia, kita layan..! Ok laa, SUB gred Jusa C pun join :p Inovasi Yo..!

Pak Pak Bum Bum


Mengimbas balik penglibatan aku dalam dunia kompang. Kali pertama aku main kompang time belajar kat UM. Aku join Festival Seni dalam acara kompang pada sesi 04/05, 05/06 dan 06/07. Selain tu, kumpulan kompang kitorang yang juga dikenali sebagai Gema Astar pernah gak dapat jemputan untuk bermain kat Majlis Perkahwinan dan acara rasmi. Terbaek..!

Selepas berehat selama hampir 5 tahun, aku kembali berpeluang untuk main kompang semasa kursus DPA. Masa tu ada acara Majlis Perasmian Modul Program Penempatan Daerah kot sekitar bulan Februari 2012. Aku berpeluang untuk kongsi pengetahuan dan pengalaman bermain kompang dengan kawan-kawan seDPA. Oleh sebab persembahan kitorang yang nampak macam hebat, kitorang dijemput lagi untuk bermain dalam 2-3 acara lain semasa DPA.

Kesimpulannya main kompang memang best..! =)

Thursday, 2 May 2013

Mandi Sungai

Assalaaaamualaikum..~!!

Bersempena dengan public holiday semalam, keluarga belah Mama Eta telah berkonvoi sebanyak 4 buah kereta menuju ke Bidor untuk melawat Alang, abang MIL aku yang tak berapa sihat. Konvoi bertolak dari Jenjarom seawal jam 6.30 pagi tapi cuma 3 kereta je yang pergi dulu. Kitorang gerak lewat, jam 7.00 pagi sebab nak menunggu sang putera, Musyrif Ziqri bangun tidur, nak mandikan dia, nak siapkan dia, nak isi perut sikit.

Kitorang sampai rumah Alang kira-kira 2 jam kemudiannya. Ni 1st time Ziqri dan aku sampai sini.

Nak diringkaskan cerita, kat belakang rumah Alang ni ada sungai. Merujuk kepada Google, nama sungai ni adalah Sungai Gedong. Airnya jernih dan sejuk. Ada part yang cetek, ada gak part yang dalam. Tanpa dirancang, kitorang pun bawa Ziqri pergi mandi sungai. Seronok sakan dia!

Woohoo..~!!

Sini cetek, sana dalam







Seni titisan air dari pampers Ziqri yang dah penuh..


Sampai semua orang dah puas mandi dan balik rumah untuk makan tengah hari, Ziqri masih tak nak keluar dari sungai tu. Ziqri menangis-nangis, melalak-lalak, menjerit-jerit bila kitorang dukung dia nak bawa balik rumah.

Sementara tu, ada satu pemandangan menarik kat pekan Bidor.

Oh My Translation..!!


Tu je laa ceritanya :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...