Wednesday, 31 August 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri..!

Papa Deh & Mama Eta

Tahun ni kali pertama aku beraya sebagai seorang suami. Bila dah kahwin ni, haruslah suami isteri ikut giliran untuk beraya kat kampung masing2. So untuk raya kali ni, aku sambut raya pertama kat 'kampung' Mama Eta kat Jenjarom, Selangor. Insyaallah tengah hari ni (Raya kedua), kitorang akan gerak balik kampung aku kat Masjid Tanah, Melaka. Ada sape2 dok dekat2 area Masjid Tanah sekarang? Bolehlah kitorang singgah beraya nanti. Hehe.

Bezanya raya tahun ni dengan raya2 aku sebelum ni memang banyak laa. Perbezaan paling ketara, buat pertama kali aku raya berjauhan dengan Mak aku. Tapi apalah sangat jarak 90 minit ni kalau nak dibandingkan dengan Bangla2 yang kerja kat Malaysia, lagi jauh daripada family tercinta diorang. Haha. Apsal tetiba cite pasal Bangla ni..? Sebab semalam ada ramai Bangla yang solat Raya kat Masjid Jenjarom. Kesian lak aku tengok diorang peluk2 sesama bangsa diorang macam sadis2. Ish, tragis ;p

Selalunya kat Masjid Tanah, aku akan join group takbir dari rumah ke rumah masa malam Raya. Awal2 dulu aku join sebab terpaksa, dah kena paksa kan. Kalau xde wakil family dalam group takbir, nanti diorang xnak singgah rumah. Haha. Tapi lama-kelamaan dah jadi terbiasa untuk bertakbir malam Raya. Sekarang kat Jenjarom, aku cuma dengar laungan takbir dari masjid depan rumah je. Sambil facebooking kat rumah dengan Aipet baru beli (hik3), aku dapat dengar suara budak2 bertakbir ikut giliran. Kalau bukan budak2 tahfiz, mungkin anak2 yatim kot.

Pagi raya, biasalah tu kita akan g ziarah kubur. So kali ni, aku ziarah kubur ayah mertua je laa. Selesai baca yaasin & doa, kitorang satu family balik rumah untuk sesi bermaaf2an. Aku rasa janggal sikit -_____- Dari budak kecik sampai ke orang besar, semua beratur amek giliran untuk bersalaman dengan mak mertua aku. Masing2 ada 'ayat' diorang tersendiri masa bersalam, sampai mencurah2 air mata..! Whoa... Sebagai perbandingan, sambutan raya kat Masjid Tanah xde sesi macam ni. Kitorang asal jumpa je sape2 since after solat raya, bersalam & wish Selamat Hari Raya je. Hahaha.

Masa minta maaf, tapi mata tengok tv
Gambar keluarga belah mak mertua
Lepas salam2 & maaf2, budak2 pun dah dapat duit raya, perut pun dah kenyang makan, mulalah sesi beraya. Rombongan raya kat sini sangat meriah. Kitorang gerak beramai2 untuk serbu dari rumah ke rumah, kira2 dalam 40 - 50 orang..!! Rumah yang diserbu bukan rumah sesape pun. Rumah Angah sebelah, Ude sebelah sana, Pak Usu belakang, Along sebelahnya, Angah paling belakang & Kak Rozi. Semua pun jiran2 kat sini je. Untuk makluman, aku pakai Baju Melayu lengkap dengan sampin ok (1st time ni). Haha. Lepas solat Zohor, kitorang sambung beraya kat umah Long & Ngah kat Dengkil. Kali ni dah xpakai sampin, panas! Sebelah malam, lepas Maghrib, kitorang mengakhiri serbuan2 raya sepanjang hari kat rumah Abg Ude kat seberang jalan rumah mertua aku ni je.

Rombongan Raya

Rombongan Raya II
Macam tu laa cerita Hari Raya Papa Deh & Mama Eta pada tahun ni. Uh, nak dekat kol 11 dah, nak bersiap untuk balik Melaka.

Ok laa, thanks for reading. Assalamualaikum & jangan lupa hari ni Merdeka..!!

Monday, 29 August 2011

Kursus Diploma Pengurusan Awam : 1 Oktober 2011 - 31 Mac 2012

Sah, aku akan g Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) mulai 1 Oktober ni hingga 31 Mac tahun depan..! Bila dikira dengan jari jemari betul2, tempoh kursus ni adalah selama 6 bulan (batch sebelum ni 7 bulan). So jimatlah satu purnama.

Bagi sape2 yang xtau, meh aku bagitau. Sape2 yang keje Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) wajib pergi & lulus Kursus DPA bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan. Perkara ni dengan sejelas2nya dah dinyatakan kat Deskripsi Tugas PTD dalam website Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).



"Calon-calon yang berkelayakan akan dipanggil menduduki peperiksaan memasuki perkhidmatan PTD dan mereka yang lulus akan menghadiri ‘Assesment Centre' di INTAN. Hanya calon yang melepasi ‘Assesment Centre' itu akan ditemu duga. Calon-calon yang berjaya dalam temu duga dan diluluskan oleh Suruhanjaya untuk perlantikan ke jawatan PTD Gred M41 dikehendaki mengikuti latihan Diploma Pengurusan Awam di INTAN dan lulus latihan berkenaan bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan."

Apa keJEDEHnye pulak pengesahan dalam perkhidmatan..? Secara jujurnya aku pun xfaham sangat. Selama ni bila sebut pasal sah perkhidmatan, aku cuma faham yang pengesahan tu dah melayakkan aku untuk:
  • buat pilihan samada nak amek pencen / KWSP;
  • dah boleh buat govt loan; &
  • dah bersedia untuk naik pangkat bila2 masa.
Macam tu je la pemahaman aku. Tapi demi nak explain kat korang, aku pun Google & jumpalah sedikit maklumat yang bolehlah nak tolong explain. Mengikut Surat Pekeliling SPA Malaysia Bil.3 Tahun 2011, pengesahan dalam perkhidmatan merupakan proses penting untuk menentukan pegawai yang sesuai dan berprestasi tinggi sahaja dikekalkan dalam perkhidmatan awam. 

Soalan 
Saya ingin bertanya..! Macam mana diorang nak tentukan siapa pegawai yang sesuai & berprestasi tinggi tu..?

Jawapan 
Soalan yang bagus. (Fikir jap)... Urm, pegawai yang sesuai & berprestasi tinggi tu adalah mereka yang memenuhi semua syarat pengesahan dalam perkhidmatan..!

Seseorang pegawai layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah berkhidmat dalam percubaan bagi tempoh satu (1) hingga tiga (3) tahun dan memenuhi syarat2 seperti berikut:
  • menjalani tempoh percubaan dengan jayanya sama ada tempoh percubaan asal atau yang dilanjutkan; (So far, aku dah kerja kira2 dalam 2 tahun 4 bulan dengan jayanya =P )
  • menjalani dengan jayanya Kursus Induksi Umum dan Kursus Induksi Khusus; (Kursus Induksi Umum dah pergi, Kursus Induksi Khusus xyah g sebab ada DPA.. Eh, ke terbalik..?)
  • lulus peperiksaan perkhidmatan yang disyaratkan; (Yang ni aku rasa exam PTD yang dulu2 tu, dah lulus gak)
  • syarat2 lain yang ditentukan dari semasa ke semasa; (Syarat2 lain untuk skim PTD adalah lulus Kursus DPA, insyaallah coming soon)
  •  mendapat perakuan pengesahan dalam perkhidmatan daripada Ketua Jabatan. (Pengesahan Ketua Jabatan ni after balik daripada Kursus DPA laa)
Mengikut senarai peserta Kursus DPA kali ni, ada seramai 420 orang PTD yang dipanggil & 77 orang peserta simpanan. Daripada semua ni, aku rasa mungkin ada beberapa orang yang xkan join. Mungkinlah ada yang tengah mengandung, ada yang injured, ada yang dah quit PTD dll. Tapi apa yang pasti, n insyaallah sangat pasti, aku akan jadi salah seorang peserta Kursus DPA kali ni.

Sepanjang 6 bulan berkursus ni, aku harap aku xkan terlepas detik menemani Mama Eta bersalin & menyambut kelahiran anak sulung aku. Mama Eta expected due pada 30 Oktober. Bak kata Abam Bob, masa dia g DPA dulu xdibenarkan balik gak walaupun dapat baby. Sadisnye. Bagi laa apa2 sebab pun, saudara sakit tenat ke, itu ke, ini ke, jangan harap dapat balik rumah. Tapi sejak kes kematian seorang peserta Kursus DPA tahun lepas, dengarnya Kursus ni dah xseteruk macam tu lagi. Insyaallah segalanya boleh dibawa berbincang. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya. Pergh..!!

Ok laa, dah kol 8 pg. Mau mandi & pergi servis kereta..

Assalamualaikum & Selamat Berpuasa..!!

Friday, 26 August 2011

Minta Sponsor..? Aku Reject..!

Yezza, mulai jam 5 ptg tadi, aku dah dikira mula bercuti raya + cuti2 Cherating sampai 7 September. Rasa macam terlebih excited lak cuti kali ni. Mungkin keterujaan untuk rehat daripada kerja & pengalaman baru nak sambut raya sebagai suami. Haha. Tapi walaupun dah start cuti, aku still ada rasa teringin nak tulis pasal kerja.

Semenjak dua menjak ni, kira2 macam sejak mula bulan puasa, aku ditugaskan untuk menjawab semua permohonan sponsorship daripada pihak luar kepada ofis aku. Sponsorship dengan tajaan tu sama laa maksudnya. Ada yang pemohonnya dari UTM, Universiti UCSI, UPM, MMU, UiTM, UTHM, UIA, MINDS, UKM, Yayasan Sime Darby & banyak laa lagi. Macam2 program yang diorang semua ni plan nak buat.

Bila aku buat kerja ni, teringat zaman belajar kat UM dulu. Masa tu, kita semua kena aktif join aktiviti2 kolej. Kalau x aktif, nanti xboleh nak stay kolej untuk sesi depan. Hehe. Ada macam2 cabang program yang kita boleh join waktu tu macam akademik, seni, sukan, kebajikan & kerohanian. Pilih laa yang mana kita suka. Walaupun berbeza bidang, tapi bila melibatkan penganjuran projek yang 'mega', kenalah ada Biro Tajaan. Kerjanya? Minta sponsor laa. Aku xsuka masuk Biro Tajaan -___-

Kalau zaman belajar tu dulu kerja aku minta sponsor, zaman kerja sekarang ni plak kerja aku menjawab semua permohonan tu. Btw untuk makluman korang laa, dulu ofis aku memang ada peruntukan untuk sponsor duit ni, dengan syarat program tu mesti berkaitan sains / teknologi / inovasi. Tapi start tahun ni, ambil kira keadaan ekonomi dll, ofis aku dah xde peruntukan untuk menaja dalam bentuk kewangan untuk program2 korang. So lupakanlah impian korang, terutamanya adik2 yang masih belajar kat Universiti untuk dapatkan duit drpd ofis aku =)

Masa awal2 kena kerja menjawab permohonan2 ni, kerja aku sempoi gak laa. Aku reject je semua permohonan sebab dah tau ofis memang xde peruntukan untuk kes macam ni kan. Haha. Tapi lama kelamaan, bos aku rasa macam xkena je bila semua permohonan tu nak kena reject. So kitorang decide untuk bagi alternatif lain selain daripada tajaan kewangan untuk permohonan2 ni. Jadi timbullah idea2 macam ni:

Permohonan: Tajaan Kewangan Program National Business Plan Competition 2011.
Kitorang Respon: MDeC akan bekerjasama dengan UCSI untuk menganjur program ni.

Permohonan: Tajaan Kewangan Program Robotic Challenge Week 2011.
Kitorang Respon: Pusat Sains Negara / SIRIM akan menawarkan khidmat pakar mereka sebagai hakim bagi pertandingan ini.

Permohonan: Tajaan Kewangan bagi cetakan coffee table book sempena ulang tahun MINDS yang ke-25.
Kitorang Respon: Kitorang akan beli 10 buah buku tersebut.

Permohonan: Tajaan Kewangan bagi Program Kayuhan Amal 2011 Tabung Leukemia, Yayasan Sime Darby.
Kitorang Respon: Kitorang akan hantar penyertaan bagi program ini.

Tapi kalau kitorang betul2 xdapat nak cari alternatif lain untuk menyokong program korang tu, dengan dukacitanya terpaksalah direject ye. So kesimpulannya, walaupun xboleh nak sponsor duit, kitorang cuba yang terbaik untuk memberi sokongan kepada program2 anjuran korang. Aku pun gumbira dapat menolong sebab aku sendiri pernah merasa susah nak cari sponsor dulu. Aku pun ternanti2 manalah permohonan daripada UM ni, nak lagi spesifik ASTAR. Hehe. Insyaallah kalau boleh tolong, aku tolong =)

Monday, 22 August 2011

Braxton Hicks

Sejak minggu lepas, Mama Eta asyik mengadu rasa xselesa dekat perut. Perut dia selalu sangat mengeras. Bila aku rasa sendiri kekerasan perut tu, memang tergezut laa. Ibarat kulit telur pun boleh pecah bila diketuk kat perut Mama Eta tu..! Hehe..

Ada yang kata baby tengah keraskan badan. Ada juga yang kata baby tengah kuatkan badan. Aku lak kata baby tengah main2 menyamar jadi kura2. Study punya study, bertanya punya bertanya, Google punya Google, Facebook punya Facebook, kitorang pun terjumpa istilah Braxton Hicks. (p/s: Mama Qeisya pun ada respon kat FB, bagitau pasal Braxton Hicks)

So, apa itu Braxton Hicks..? Korang Google laa sendiri, sure jumpa maksud dia =P

Nak dijadikan cerita, semalam Mama Eta beli Majalah Pa&Ma Edisi September 2011. Aku belek punya belek majalah tu, aku pun terjumpa laa plak cerita pasal Braxton Hicks kat slot Tanya Pakar. Meh aku type balik apa yang aku baca tu untuk dikongsi dengan korang..

Soalan: 

Semasa hamil 8 dan 9 bulan, perut saya mengeras pada waktu malam. Apakah yang menyebabkan hal ini. Adakah ia berlaku kerana saya kurang melakukan pergerakan atau persekitaran yang sejuk?

Jawapan: 

Kemungkinan besar apa yang puan rasakan adalah sejenis kontraksi bernama Braxton Hicks. Ia dilaporkan berlaku seawal kehamilan 16 minggu. Tidak semua wanita hamil mengalami keadaan rahim yang mengeras ini. Kebanyakan wanita akan merasakan kontraksi Braxton Hicks ini setelah rahim semakin membesar. Ia tidak disebabkan oleh keadaan yang sejuk atau suhu yang panas. Ia juga tidak disebabkan oleh pergerakan atau aktiviti sehari-harian. Kekerasan atau ketegangan rahim yang dilanda kontraksi Braxton Hicks akan menjadi semakin lemah dan hilang beberapa ketika.

Apa yang selalu menjadi tanda tanya ialah apakah dan bagaimanakah pula kontraksi yang sebenarnya? Kontraksi yang akan membawa kepada proses kelahiran selalunya:

1. Menyebabkan rahim mengeras, secara berkala. Misalnya, sekali dalam sepuluh minit.
2. Kontraksi itu akan diikuti dengan rasa sakit.
3. Kesakitan tadi semakin lama, semakin kerap.
4. Kontraksi tidak berhenti walaupun wanita tadi baring, duduk atau berjalan-jalan.

Begitulah perbezaan di antara kontraksi Braxton Hicks (tidak akan menyebabkan wanita bersalin) dan kontraksi sebenarnya (berlaku apabila proses kelahiran bayi bermula).


Breast leakage & fake contractions? Yeah, that's just me getting Mommy warmed up for the real deal. I'm 30 weeks old, only 70 days to go!

Friday, 19 August 2011

Scan Baby Kali Ke-7, 19 Ogos

Ye kot, kalau xsilap ni dah masuk kali ke-7 kitorang g scan baby + Mama Eta wat check up. Kalau nak diikutkan pengiraan Babystrology.com, baby dalam perut Mama Eta dah 208 hari dalam kandungan & tinggal 72 hari je lagi nak lahir.

Sepanjang bulan Ramadhan yang teramat mulia ni, waktu kerja aku & Mama Eta pun bertukar. Mama Eta habis kerja kol 4.30 ptg, aku lak amek WP2 - balik kol 5.00 ptg. So kali ni, kitorang gerak agak awal gak laa dari Putrajaya ke Hospital Bersalin Razif. Tambah tolak traffic jam dll, kitorang sampai Klang kol 7.00 mlm. Sedang eloklah dgn plan kitorang, nak check up before buka puasa.

Amek iktibar drpd apa yang jadi masa check up bulan lepas, waktu tu Mama Eta kena tegur dengan doktor sebab berat badan naik 6kg dalam sebulan. So sepanjang 4 minggu ni Mama Eta buat yang terbaik untuk control kenaikan berat badan dia. Target nak turunkan berat badan, atau paling cikai pun nak maintain laa, xnak naik langsung.

So kat hospital tadi, bila ditimbang berat badan Mama Eta, turun 0.5kg..!! Haha. Tersenyum lebar bini aku. Macam2 faktor boleh dikaitkan dalam proses nak control berat badan Mama Eta ni. Antaranya:

  • Stop amek Obimin, gantikan dengan Folic Acid + B Complex + Ferrous;
  • Stop minum Susu Anmum, gantikan dengan susu coklat Dutch Lady. Lagi sedap! Aku pun boleh curi2 minum;
  • Berpuasa. Alhamdulillah, Mama Eta xmiss satu hari pun lagi puasa tahun ni.

Tapi kan, ibu mengandung xdigalakkan sangat untuk diet. Org kata xelok. Tapi untuk kes Mama Eta, xdikira sebagai diet mengurangkan makan pun kan. Dia cuma mengelakkan apa yang orang ramai kata jadi punca kenaikan berat badan ibu2 mengandung je. Hehe

Cerita pasal check up tadi, kitorang dapat jumpa dengan doktor favourite Mama Eta. Doktor ni jenis yang bagi penerangan sangat baik, scan baby secara detail + dari pelbagai angle & ada naluri keibuan. Kelemahan dia cuma gambar scan yang dia print xclear. Haha. Tapi sampai ke hari ni kitorang xtau2 lagi nama dia.

Hasil scan, segalanya ok. Bibir xsumbing, air ketuban normal, saiz kepala just nice, tumbesaran otak baik, berat baby 1.3kg, buah pinggang cantik. Position baby sekarang dah terbalik, kepala bawah, kaki atas. Dah gaya macam nak keluar. Gaya je laa, belum nak keluar pun lagi. Then borak2 dengan doktor, dia xde pun komen pasal berat badan Mama Eta turun, so ok laa kot. Cuma dia sebut pasal air kencing kotor sikit tapi tu normal untuk orang yang berpuasa sebab kurang minum air. 

Korang nampak apa yang aku nampak?


So tu je laa ceritanya. Next check up, 2 minggu lagi (1st week Hari Raya). Mencabar tu. Control makan, control, control.

Ok guys, thanks for reading. Assalamualaikum..!!

Tuesday, 16 August 2011

Mana Mak?

Untuk tatapan dan renungan semua anak-anak dan mak-mak….semoga ianya tidak berlaku kepada kita ya………..  

Jam 6.30 petang.. 

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama. Ayah baru balik dari sawah. Ayah tanya Mak, “Along mana?’  Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”  Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”  Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”  Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”  Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”  Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”  Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”  Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian Jam 6.30 petang..
 

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari. Ayah tanya Along, “Mana Mak?” Along sedang membelek-belek baju barunya.  Along jawab, “Tak tahu.”  Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”  Angah  menonton tv.  Angah jawab, “Mana Angah tahu.”  Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?” Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh  yang  asyik membaca majalah.  Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"  Ateh  menjawab, “Entah.”  Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah. Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”  Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu. Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu. 


Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.  Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"  Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”  Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik.  Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.  Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah.  Mak  resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak  mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.    Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"  Semakin anak-anak  Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .  Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.


Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan  memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan  bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.   Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak  lakukannya. Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.


Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.  Mak letakkan  bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus  kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda  faham.  Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak  sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni." Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.


Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur. Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi. Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.  Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira  dan  berlari mendakapnya seperti dulu.  Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan  setiap malam.  Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh.


Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak  masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak. Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak  berangkat."  Mak  minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan  balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.  Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak. Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak  ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.  Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa  menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang  merasa anak-anak   mengangkat kita kat bahu mereka.” Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.  Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.  Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.   



Beberapa tahun kemudian.. 



Mak Uda tanya  Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”. Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.” Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit. 


Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.


Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.  Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa  Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.  Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.  Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.  Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak.. Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.


Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,  "Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".  Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.  Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini  tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?"

 Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal." "Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..  Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"     Ayah  tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?"  masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.  

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Sumber : Emel Berantai

Saturday, 13 August 2011

Sahur Lambat, Buka Puasa Cepat

Masa kecik2 dulu, aku pernah berangan, "Kan bagus kalau aku boleh sahur kat KL & buka puasa kat Sabah / Sarawak". Kononnya dengan cara tu, tempoh masa aku kena puasa boleh dipendekkanlah. Haha. Fikiran budak2 memang kreatif. Puji diri sendiri sepam ;p

Akhirnya, 'impian' aku tu tercapai pada 10 Ogos baru2 ni (Rabu). Aku kena g Mukah, Sarawak atas urusan kerja. Flight kol 10:05 pg, so sempatlah aku sahur kat Putrajaya (subuh - 5:53 pg) & buka puasa kat Mukah (Maghrib - 6:48 ptg). Nak kata aku excited dapat rasa pengalaman tu, xde laa sangat. Aku still rasa macam biasa je. Mungkin sebab langit Mukah masa waktu berbuka hari tu sama gelapnya dengan langit Kolumpo, so macam xde perbezaan pun. Haha. Haruslah macam tu, waktu Maghrib kan matahari dah terbenam.

KLIA - Kuching - Sibu - Mukah
Masa dok kat Mukah, aku menginap kat Hotel Kingwood. Mula2 aku imagine kat Mukah cuma ada motel atau hotel murah je. Tapi Hotel Kingwood memang di luar sangkaan..! Cantik, selesa & harga berpatutan.

Bilik Hotel Kingwood, Mukah

Pada 11 Ogos (Khamis), aku sahur dalam bilik hotel je. Bezanya pengalaman aku kali ni dengan pengalaman bersahur kat hotel sebelum ni, makanan sahur aku dihantar ke bilik. Bukan aku yang minta pun tapi prosedur hotel memang macam tu. Masa check in, aku diberi tiga pilihan menu sahur. Option A - Nasi goreng, ayam, telur dll. Option B - Mee dll. Option C - Nasi Lemak dll. Jelas lagi nyata, aku pilih Option A lah. Aku minta dia hantar makanan kol 4 pg tapi seawal 3:30 pg dia dah hantar, ketuk pintu macam nak robohkan je. Org tu penat kot, bukan senang nak kejut bangun sahur. Subuh kat Mukah - 5:14 pg.

Masa berbuka hari ni pun, aku merasa satu lagi pengalaman baru - berbuka dalam flight. Lepas selesai kerja kat Mukah, aku kena ke Sabah lak. So ptg tu aku naik flight ke Kota Kinabalu (KK), flight kol 6:25 ptg. Pramugari MASwings siap buat announcement, bagitau waktu berbuka dalam flight kol 6:48 ptg. Sebelum terbang, aku dah beli sikit makanan untuk berbuka - Chipsmore, Cheezels & Air Kotak Teh Krisantimum. Sebenarnya nak beli roti tapi kedai kat airport KK tu xjual lak. Sekali, bila pramugari serve makan, dia bagi sandwich + kurma + air milo / fruit juice. Alhamdulillah, makan sikit tapi kenyang. So tu lah pengalaman baru aku berbuka puasa kat tempat yg sangat tinggi, beribu-riban kaki dari aras laut.

Sibu - KK - Tambunan (mana Tambunan dalam peta ni..?)

Masa kat KK lak, aku dok Hotel Grand Borneo. Sama macam Hotel Kingwood, hotel yang ni pun hantar makanan sahur ke bilik. Cuma bezanya, hotel ni xbagi pilihan menu, cuma ada satu je menu yang dah fix.

Bilik Hotel Grand Borneo, KK

So pada 12 Ogos (Jumaat), aku bersahur dengan menu Nasi Putih, Ayam, Sayur, Telur, Sup dll. Aku minta dia hantar makanan kol 4 pg tapi kol 3:30 pg dia dah ketuk pintu. Adoyai, sama kes macam kat Mukah. Haha. Mekasih laa ye. Berselera gak aku makan. Memandangkan waktu Subuh kat KK pukul 4:52 pg & aku dah habis makan dalam pukul 4 pg, aku pun decide untuk tunggu masuk waktu Subuh sambil tengok tv. Mencabar gak nak sesuaikan waktu tidur kita dengan waktu solat kat Sabah & Sarawak.

Selesai kerja kat Sabah, aku pun gerak balik petang tu jugak. Flight kol 3:30 ptg & sampai KLIA kol 5:55 ptg. Then aku amek Airport Limo, balik ke Jenjarom. Sampai rumah kol 7:15 mlm. Alhamdulillah, sempat berbuka puasa dengan isteri, Mama Eta =)

Thursday, 4 August 2011

Saya Tulis Blog Sebab Saya Suka (Ulangan)

1. Mula-mula saya tulis blog ni utk kezutan kpd isteri saya. Then saya menulis atas sebab berseronok & dah ketagih. Sekarang saya menulis untuk SHARE pengalaman nak dapat anak, dgn kwn-kwn khususnya yg akan dapat zuriat nnt ;)

2. Ambil contoh post saya sebelum ni, Macam Mana Kitorang Pilih Hospital Bersalin?, tujuan saya hanya utk SHARE cara-cara kami utk pilih hospital bersalin. Sure ada kwn-kwn yg akan hadapi situasi @ dilema ni nnt. So saya harap tulisan saya ni dapatlah nak tlg other parents-to-be utk buat pilihan ;)

3. Knp saya rasa apa yg saya SHARE ni dpt tlg kwn2 lain? Sbb before ni, saya sendiri hadapi masalah lack of knowledge dlm kes-kes mcm ni. Sure ada kwn-kwn yg sedang @ akan hadapi masalah mcm saya ni gak. Hope saya membantu. Saya juga menghargai jika ada kwn-kwn yg nak SHARE pengalaman diorang kat sini utk rujukan kwn-kwn yg lain ;)

4. Sesungguhnya xpernah langsung terlintas di fikiran saya utk kecoh-kecoh nak bagitau apa yg kitorang buat kat satu dunia!! Saya hanya nak SHARE apa pendapat @ decision kami suami isteri utk menolong kwn-kwn yg akan melalui situasi yg kitorang lalui ni ;)

5. Kalau berminat, silalah baca. Komen membina amat-amat dialukan. Kalau xberminat, xperlulah baca. Janganlah sampai nak mengutuk, menghina ataupun mengaibkan saya mahupun isteri saya...

Sekian, good nite ;)
 
 
 
p/s: yups, ni mmg entry yg sama aku pernah tulis sebelum ni =)

Wednesday, 3 August 2011

Roh Di Bulan Ramadhan

Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. 

Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan. Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin2 yang mendoakan mereka. Manakala roh2 yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus dipenjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi 'hadiah' untuk bekalan mereka. Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang.
Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang
2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang
2 yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. 

Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.


Sumber: E-mel Berantai
Nota: Aku copy paste dalam blog ni sebab kisah dia menarik untuk dikongsi.. Jom Doa..!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...