Saturday, 7 January 2012

Wataniah? Huhuhu...

Assalaaaamualaikum..~

Hari Isnin minggu depan, aku dah nak g modul Wataniah. Modul ni dibuat kat PUSASDA, Port Dickson. 4 minggu der, 9 Januari sampailah 5 Februari. Sepanjang tempoh ni, dengar cerita, no henset, no laptop, no no no. Huhuhu...

Putrajaya - PUSASDA : 84 km, 67 minit

Siang tadi aku g usha Kem tu dengan Mama Eta & Baby Ziqri. Xsusah sangat nak cari. Saje je tengok jalan, nak ajar Mama Eta. Manalah tau kan, kalau terbuka hati diorang, bolehlah dibenarkan family datang melawat time aku berkursus ni. Jumpa 3 jam pun jadilah daripada xdapat jumpa langsung kan. Huhuhu...

PUSASDA

Latar Tempat: PUSASDA
Esok, hari Ahad, aku dah mesti kena ada kat INTAN BK sebelum kol 10 mlm. Means, 9 mlm aku dah nak kena gerak dari Jenjarom. Bye Mama Eta.. Bye Baby Ziqri. Huhuhu...

Huhuhu...

Wassalam..

Sunday, 1 January 2012

Tahun 2011 Tamat Dengan Kekecewaan.. Tahun 2012 Mula Dengan Cabaran..!!

Assalaaaaamualaikum~

Semalam, tahun 2011 aku tamat dengan penuh kekecewaan. Tahun 2011 patut jadi tahun yang paling menggembirakan sebab pada tahun ni laa aku kahwin, aku dapat anak, tapi berakhir dengan penuh kekecewaan. Punoh. Hancus. Luluh. Cekewa. Kenapa? Sebab MU kalah game malam tadi. Adoyai~

Birthday Boy xdapat hadiah

Ok, start cerita utk tahun 2012 lak. Aku pun xnampak lagi mana hala tuju hidup aku utk tahun ni. Adoi, teruknya. Cuma apa yg pasti, 3 bulan pertama utk tahun ni, aku akan luangkan masa untuk tamatkan Kursus DPA. Woah, 13 minggu dah berlalu & ada lgi 13 minggu lagi nak habis..!! Kemon Jedeh!! Baki 9 bulan lagi,  aku mungkin akan balik ke MOSTI atau mungkin gak pindah ke tempat kerja yg baru. Allah je yg tau.

Sekarang meh aku merajinkan diri sikit utk type jadual keseluruhan Kursus DPA aku ni utk tatapan korang :p

1. Integrasi Kumpulan / Kenegaraan
2. Pentadbiran & Pembangunan Wilayah
3. Pengurusan Kewangan
4. Pengurusan Majlis
5. OBS
6. Kepimpinan Integrasi
7. Pengukuhan Bahasa
8. Pengurusan Sumber Manusia & Organisasi
9. Perancangan & Pentadbiran Sosial / Infrastruktur
10. Pengurusan Ekonomi
11. Pengurusan Bencana & Ketenteraman Awam
12. Pengurusan Teknologi Maklumat & Komunikasi
13. Metodologi Penyelidikan
14. CSR
15. Disiplin & Ketahanan Diri (Wataniah) - 4 minggu
16. Refleksi
17. Keselamatan & Pertahanan Negara
18. Hubungan Antarabangsa & Hal Ehwal Luar Negeri
19. Kajian Lapangan - 3 minggu
20. Minggu Sintesis - 2 minggu

So 13 modul dah habis & baki ada lagi 7 modul. Kemon Jedeh!!

Modul pertama untuk tahun 2012 adalah CSR - Community Social Responsibility. Aku ditempatkan kat Rumah Seri Kenangan, Cheras. Aku pun xpasti apa kerja2 yang aku kena buat kat sana nanti. Mungkin jgk aku akan kena mandikan pakcik2 kat sana. Hurm, xmampu den. Sedangkan anak sendiri pun aku xpernah mandikan. Huhu. Tugas aku start esok. Esok? Yup, esok..! 2 Januari..! Selamat tinggal hari cuti~

Kali terakhir aku g sini, hampir 20 tahun dah

Sempena modul CSR ni, semua peserta dapat pelepasan selama seminggu untuk keluar dari Kampus INTAN BK. Ada yang balik dok dgn family, ada yang dok dgn parents, sdare mare, tumpang umah kawan2 & ada gak yg stay kat INTAN. Ikut pilihan masing2. Aku of cos laa balik rumah Putrajaya :)

Masa seminggu ni, kena hargai masa yg ada sepenuhnya dgn family. Kenapa? Sebab lepas modul CSR ni adalah modul Wataniah. 4 minggu tu der, 4 minggu!!! Nak lagi tambah perisa, dengar cerita xleh pakai henset sepanjang modul Wataniah. Pergh, kalu betullah apa yg aku dengar ni, dugaannya...

Itulah yang aku maksudkan, tahun 2012 aku bermula dengan penuh cabaran... & dugaan..

Huhuhuhuhuhuhuhuhu, sekian je laa..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...