Friday, 30 September 2011

PTDeh Pergi DPA

Assalaaaaaaamualaikum..~!!

Blog ni akan semakin jarang di'update' mulai esok sebab aku nak pergi kursus. Kursus apa..?

Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) Siri 1/2011
1 Oktober 2011 - 31 Mac 2012

Sebenarnya xde mood nak menulis pun hari ni. Tapi bila difikirkan nanti ramai yang tertanya2 mana aku menghilang, kesian laa plak kan. So ni aku bagitau awal2 laa ye. 

Actually banyak cerita baru especially pasal Ziqri n keadaan demam kuning dia sekarang tapi tu laa, aku xsempat nak menulis. Walaupun dapat cuti rehat seminggu, banyak lagi kerja lain yang nak kena disiapkan.

So esok pagi2 dah nak kena keluar rumah, pergi ke INTAN Bukit Kiara untuk lapor diri. Aku excited untuk nak rasa pengalaman baru berkursus DPA ni tapi tipulah kalau aku cakap yang aku xde rasa sedih langsung kan. Terutamanya kat 3 orang yang teramat penting dalam hidup aku ni.


Mama Eta - Tempoh berpantang pun xhabis lagi, dah nak kena tinggal. Then kena lak jaga sendiri anak kat rumah tanpa suami. Anak lak xsihat, so kenalah selalu keluar rumah g hospital untuk bawa anak check up. Dah xmacam rupa orang berpantang dah =(

Musyrif Ziqri - Jaundis anak sulung aku ni xelok pun lagi. Bila wat check up pagi tadi, bacaan kuning dia makin naik. Doktor suruh tahan dia masuk wad. Ayah & Mama xsetuju. Kitorang tau Ziqri kuat, insyaallah boleh sihat punya..! Hurm, xkan laa Ziqri & mama nak tidur hospital, malam sebelum ayah pergi kursus kan =/

Emak - Kesian emak kena dok sorang2 kat rumah lagi. Dari tahun 2001 asyik kena tinggal sorang2 je kat umah. Time sekolah aku dok asrama, matriks punyalah jauh sampai ke Penang, masuk UM dok kat kolej, dah kerja kena g kursus panjang kat luar lak. Agak2nya emak lagi rindukan anak tunggal dia ke cucu sulung dia? Hehe =)

Dalam masa 6 bulan berkursus ni, bukannya aku xboleh balik langsung. Insyaallah ada masanya boleh balik, cuma xtau bila. Apa yang pasti aku mesti akan rindukan my beloved family gile2 punya.

Kepada kawan2 & sesiapa yang baca cerita ni, aku minta maaf andai ada salah & silap sepanjang perkenalan kita xkisahlah secara langsung atau tak langsung. Haha. Kalau korang xkeberatan, minta tolong doakan agar segala urusan aku sepanjang tempoh berkursus ni dipermudahkan & doakan juga supaya Ziqri cepat sembuh & satu lagi supaya Mama Eta sabar, kuat dan tabah untuk jaga baby hensem kitorang =)

Mekasih kepada yang tolong doakan..

Tidur tidur..

Saturday, 24 September 2011

Selamat Hari Sabtu

Assalaaaaaamualaikum..~!!

Lama bebenor aku x update blog ni. Bukan malas tapi sibuk. Busy dengan family, busy dengan kerja, busy dengan diri sendiri, busy dengan aipet. Haha, nak lari topik sikit ye. Bila dah ada aipet, aku memang lagi suka online dengan benda ni je. Senang. On, terus leh online. Tapi satu masalahnya, aku xleh nak menulis blog pakai aipet. Hampeh. So kembali kepada tujuan asal aku nak menulis hari ni, mana aku + Mama Eta + Baby Ziqri menghilang sejak minggu lepas..?

Pada 16 September hari tu, masa seluruh negara menyambut Hari Malaysia, masa rakan2 sebaya aku tengah sonok tidur kat rumah sebagai tanda meraikan cuti umum, masa tu laa aku kena terbang ke negeri Sabah. Aku kena kerja sempena Program Penggalakan Sains & Matematik 2011 + Jejak Inovasi Zon Pedalaman Sabah. Korang pernah dengar x program ni..? Kalau korang ni jenis yang suka tengok tv & dengar radio kat siaran RTM sahaja, diulang, RTM sahaja, sure korang tau punya laa. Tapi kalau korang ni jenis tengok tv & dengar radio kat siaran Media Prima, Astro dan apa2 stesen laa selain RTM, memang susah yang teramat laa nak tau pasal kewujudan program ni. Hahaha. Save bajet a.k.a Perbelanjaan Berhemah ;p

Meraikan Hari Malaysia dalam kapal terbang. Ngap3
Before g Sabah ni, bos ada suruh semua staf promote pasal 2 program ini ikut cara masing2. Facebook ke, Twitter ke, blog ke, website ke tapi aku haram langsung xbuat. Asalnya memang aku berniat nak tulis kat blog ni. Urm, niat je pun patut dah boleh dapat pahala kan. Hehe. Tapi memandangkan keadaan semasa yang tak berapa nak mengizinkan, tengokkan keadaan anak yang kuningya kejap tinggi & kejap rendah, aku pun xde mood nak menulis.

So aku stay kat Sabah selama 3 malam, 16-19 September. Program tu base kat Keningau, kira2 2 jam dari Kota Kinabalu. Nak g sana kena lalu kawasan tanah tinggi, Banjaran Crocker. Naik van ok lagi laa. Kejap pecut, kejap pancit. Kejap naik bukit, kejap turun bukit. Kejap view berkabus, kejap view dia clear. Tapi kalau naik bas, lupakanlah niat nak lalu sini. Ikut jalan jauh laa der, 3 jam. Kat Keningau hari tu aku stay kat Hotel Perkasa. Xde kena mengena dengan Ibrahim Ali ye kawan2.

Macam ni rupa toilet Hotel Perkasa, Keningau. Errr...

Sepanjang aku kat sana, Mama Eta & Ziqri dok kat rumah Jenjarom laa. Nak pergi mana lagi kan. Masa awal2 pemergian aku tu, Ziqri masih dok bawah alat Home Phototheraphy. 1st day aku ke Sabah, bacaan kuning Ziqri naik banyak. Adoi stress, xde mood aku kat Sabah time tu. Tapi Alhamdulillah, dua hari berikutnya bacaan dia turun sikit demi sikit. Dalam tempoh waktu ni jugak, ramai sedara mara belah aku datang rumah Jenjarom nak melawat Ziqri & Mama Eta. Wah, banyaknya anak ayah dapat duit raya..! Pinjam nak beli barang2 DPA boleh x sayang..? =)

Dapat MMS drpd Mama Eta, Ziqri tengah solat
19 September, aku terbang balik ke Semenanjung. Sampai Jenjarom lewat gak, dalam pukul 11 malam. Siang tadi pekerja Home Phototheraphy tu dah datang kutip alatnya. So malam ni, Ziqri share katil dengan ayah & mama laa. Aku tengok muka anak aku lama2, nampak lain. Kulit dah makin gelap. Huhu. Sebab kena jemur bawah lampu UV ke sebab ikut kulit ayah ne..?

20 September, hari Selasa. Kerja tetap kerja. Xde nye kerja PTDeh macam aku ni nak dapat time off / elaun kerja lebih masa / cuti ganti / elaun kerja weekend. Cuti hari Malaysia, cuti hari Sabtu & Ahad semuanya pun burn. - Saya Yang Menurut Perintah, Berkhidmat Untuk Negara - Tapi ada je skim lain yang layak untuk claim something kalau kena kerja weekend -_- So sambung balik cerita, atas budi bicara bos, kitorang dibenarkanlah untuk masuk kerja after rehat hari ni.

So waktu pagi yang free hari ni, aku bawa Ziqri & Mama Eta g Hospital Bersalin Razif untuk check Jaundis. Yes, ni kali pertama kitorang check Jaundis Ziqri bukan kat klinik / hospital kerajaan. Bukan berniat nak memburukkan klinik / hospital kerajaan tapi kitorang nak cuba alternatif baru. Ujian darah xlama, lepas 10 minit boleh dapat result. Mengejutkan, bacaan Jaundis Ziqri naik lagi. Aku terdiam, Mama Eta menangis, Ziqri wat muka seposen.

Then kitorang dipanggil masuk bilik Dr Norana. Dia sangat mesra. Berborak dengan kitorang, tanya apa yang dah berlaku since 1st time dapat tau Ziqri kena Jaundis, apa kaedah2 yang kitorang dah try. Mama Eta memang betul2 meluahkan perasaan time tu & Dr Norana nampak macam sangat2 memahami. Wah leganya rasa. Aku rasa tenang, Mama Eta rasa tenang, Ziqri wat muka seposen & kentut. Semua orang gelak.

Dr Norana tanya apa plan kitorang sekarang. Kitorang tanya apa cadangan dia. Dia cadangkan supaya Ziqri & Mama Eta stay kat hospital. Diorang akan bagi treatment phototheraphy gak kat Ziqri. Cuma kaedah ni lagi canggih, lampu UV dia 2 kali ganda lagi power daripada yang kitorang sewa hari tu. Fikir punya fikir, kitorang decide nak bawa Ziqri balik rumah dulu, usaha bagi dia minum susu Mama lagi, berharap dia berak banyak2 lagi, so that akan jadi makin sihat bila kitorang datang check up semula after 2, 3 days. Deal..!

21 & 22 September, aku g kerja macam biasa. Ziqri menyusu, berak ,tidur kat rumah. Mama Eta kena urut. Lagi sakit daripada bersalin katanya. Woah!

23 September, kitorang bawa Ziqri g check up lagi. 830 pagi dah sampai dah ni. Tapi cekewa dapat tau mesin yang diorang guna untuk test darah rosak lak. Adoyai. Diorang kena hantar sampel darah ke makmal luar untuk diuji. Lepas 2 jam baru dapat result. So after amek darah Ziqri, kitorang balik rumah. Berdebar2 aku tunggu panggilan telefon dari hospital. Then dalam pukul 12 diorang call, bagitau yang bacaan kuning dia 190++. Alhamdulillah, lega..~!! Next appointment hari Isnin.

Anak ayah dah makin gumuk, 2.5kg. Naik 200 gram.
Hari ni, 24 September. Kitorang cadang nak bawa Ziqri balik rumah nenek kat Putrajaya. Kita tidur sana laa pulak. Aku ambil cuti sepanjang minggu depan. Nak spend lebih masa dengan keluarga sebelum pergi DPA 6 bulan. Sedar xsedar, tinggal seminggu je lagi sebelum mula DPA. Sabtu minggu depan dah nak kena lapor diri. Persiapan barang2 keperluan, fizikal & mental, semua pun teramat rendah lagi. Hadui..

Urm, tu je laa wat masa ni. Ok semua, Selamat Hari Sabtu..~!!

Thursday, 15 September 2011

Home Phototherapy

Home Phototheraphy ni satu kaedah yang aku & Mama Eta tengah pakai untuk sembuhkan Ziqri daripada sakit Jaundis aka demam kuning. Benda ni lebih kurang sama je dengan apa yang dipakai kat hospital, xkira laa gomen atau swasta. Fungsi dia untuk bagi sinaran UV kat baby, so that (dengan harapan) bacaan kuning baby akan makin turun.

Kitorang baru je start sewa benda ni pagi tadi. Straight forward decide lepas dapat tau yang bacaan kuning Ziqri dah naik sampai 260.4 pagi tadi. Bacaan tertinggi dalam rekod 11 hari anak kitorang ni lahir. Seriously kitorang sangat tergezut bila dapat keputusan kuning dia tu. X expect pun akan naik, sebab semalam dia turun banyak daripada 234.2 kepada 204.7. Sekali tengok pagi ni naik sampai 60 unit..!

Actually doktor cadangkan supaya Ziqri dimasukkan kat hospital. Tapi Mama Eta xsetuju. Pengalaman dia duduk kat Hospital Banting last week untuk 1 malam tu je pun dah cukup stress. So Mama Eta cakap kat doktor yang dia nak pilih kaedah Home Phototheraphy ni ataupun admit kat Hospital Bersalin Razif. Mula-mula doktor xsetuju. Macam-macam alasan dia. Ding dong ding dong. Finally Mama Eta berkeras gak nak wat Home Phototheraphy. Doktor lak antara setuju / tak, said Ok, dengan syarat petang ni datang lagi sekali ke klinik untuk check level kuning Ziqri.

Home Phototheraphy ni kitorang sewa dari syarikat Bluelite. Company ni kat PJ je. Aku call diorang dalam kol 9++, dia gerak dalam kol 10 & sampai rumah Jenjarom kol 11. Setup alat ni amek masa dalam 20 minit je. Then ada sesi penerangan sepam pasal macam mana nak pakai alat ni, macam mana nak uruskan baby dll.

Total Overall Charge 3 days
Comprising 1,2 and 3 below
RM445.00*

Delivery, Setting Up and Collection for PJ,KL & Shah Alam
RM120.00

Rental for 3 days or less
RM300.00
Consumables Eye Patch and Plastic Liner
RM25.00
*Deposit (Partial Payment) Payable Upon Setting Up
RM300.00


Then lepas habis penerangan, kitorang pun letak Ziqri dalam alat ni. Start dari kol 1145 pg - 325 ptg. Dalam tempoh tu adalah keluarkan Ziqri sekali untuk bagi dia menyusu, ada laa dalam tempoh sejam. Then dalam kol 330 ptg, kitorang bawa Ziqri g klinik untuk buat test lagi sekali. Perasaan berdebar-debar tu memang kuat laa. Sangat risau bacaan kuning tu akan naik lagi. Tapi bila dapat result, Alhamdulillah, bacaan kuning dia dah turun kepada 195.8. Turun almost 65 unit..!

Haha. Biar betul alat ni boleh turunkan bacaan kuning dia sebanyak tu dalam tempoh lebih kurang 3 jam je..? Dalam kepala terfikir gak samada bacaan pagi tadi tu salah sebenarnya, bukan 260 tapi 206. Atau mungkin ke pagi tadi tu, darah Ziqri dah tertukar dengan darah baby lain masa wat test kat makmal tu. Entalah, aku dah xnak fikir. Apa yang penting, bacaan kuning dia menurun & apa yang lagi menggembirakan aku, buat pertama kali dalam tempoh seminggu, bacaan kuning tu turun di bawah angka 200. Syukur sangat-sangat.

7 Sept: 149
8 Sept: 197.3, 212
9 Sept: 246 (admit hospital)
10 Sept: 235
11 Sept: 220
12 Sept: 209.1
13 Sept: 234.2
14 Sept: 204.7
15 Sept: 260.4, 195.8

Ni lah alat tu. Adoi, bilik bersepah.

5 lampu yang supply cahaya UV

Ada 2 cermin kat sebelah tepi, so that cahaya UV dari pelbagai arah

Anakku Ziqri

Antara kebaikan Home Phototheraphy ni, si Mama xyah nak rasa stress duduk kat hospital. Boleh duduk dekat rumah yang memang jauh lagi selesa. Boleh sentiasa dekat dengan baby. Ada privacy sendiri. Makan kat umah pun lagi best daripada hospital & macam-macam lagi laa.

Lega sikit hati aku dengan keputusan ujian makmal tadi tu. Tenang sikit nak g ke Sabah esok untuk kerja. Semoga Ziqri akan semakin sembuh lepas ni. Insyaallah.

Update: 
Bacaan Jaundis Ziqri sebelum pakai kaedah ni; 260
Semasa pakai - Hari 1; 195
Hari ke-2; 251
Hari ke-3; 232
Hari ke-4; 231
Hari ke-5; gamble xnak g check up
Selepas pulangkan alat ni - 261

Sunday, 11 September 2011

Di Sebalik Tabir Kelahiran Musyrif Ziqri (Episod Akhir)

Aloha..! Finally ada pun masa nak tulis karangan ni. Lately ni agak busy uruskan Ziqri. Dia kena demam kuning. Panjang ceritanya. Nantilah kalau ada masa terluang lagi, boleh tulis dalam blog ni. Ok, for those yang xpernah baca episod sebelum ni atau dah lupa cerita2 terdahulu, boleh baca kat SINI & SINI. So untuk cerita kali ni, aku cuma nak tutup dengan apa yang aku dah buat selepas kelahiran anak sulung kitorang, Musyrif Ziqri.
TANAM URI
  • Apa itu uri..? Boleh x aku nak cakap yang aku xtau apa tu uri..? Haha. Dulu Mama Eta pernah explain tapi aku dah telupa pulak. Kalau nak try teka, agak2nya laa, uri ni yang bekalkan makanan kat baby time dalam kandungan. Kalau xsalah aku laa. Haha. Xkisah laa apa uri tu. Yang penting aku nak bagitau kat korang, lepas Ziqri lahir, pihak hospital bagi 'hadiah' kat aku. Plastik berisi uri yang dah dibungkus2. Aku terima dengan tangan yang terbuka. Aku xleh nak imagine pun apa rupanya.
  • Waktu petang, hari Ziqri lahir tu, aku balik rumah mertua untuk uruskan uri tu. Uri ni penuh dengan darah. So aku kena bersihkan laa. Bawak masuk toilet, letak atas simen, pancut je dengan air paip. Tapi aku kena hati2 gak, make sure uri tu xfollow mengalir ke lubang. Mula2 tu geli gak laa nak pegang uri tu. Sampailah mak mertua tegur, "ko xmo pegang ke benda tu?". Hehe. Last2 beranikan diri gaklaa untuk pegang. Rasa dia lembik2. Tapi ok laa, xde laa geli sangat pun. Cuci punya cuci, sampailah dah bersih sikit daripada darah.
  • Masa aku cuci uri tu, adik ipar dah tolong galikan lubang untuk tanam uri tu kat kawasan lapang depan umah. Kedalaman lubang tu ada laa dalam 2 jengkal. So lepas dah cuci sampai bersih, aku bungkus balik uri tu & tanam dalam lubang tu. Tu je. Settle.

Gali gali gali gali gali lubang..~~ Dalam plastik merah tu laa uri

LAPOR KELAHIRAN BAYI KAT KLINIK KESIHATAN BERDEKATAN
  • Benda ni aku buat time hari ke-2 kelahiran Ziqri. After bawak balik Ziqri & Mama Eta ke rumah, aku pun keluar laa g Klinik Kesihatan Jenjarom. Kena inform dia yang baby dah lahir & alamat rumah. Ni supaya nurse diorang akan datang rumah untuk check kesihatan Ziqri n Mama Eta. Sebelum tu aku ada buat salinan buku check up Mama Eta. So boleh bagi benda tu kat klinik untuk rujukan diorang laa. Basic info yang diorang nak tau macam waktu kelahiran, berat baby, tinggi, cara kelahiran dll, semua diorang boleh baca kat buku tu.

SURAT BERANAK
  • Lepas singgah klinik tu, aku terus g Pejabat Pendaftaran kat Banting untuk wat surat beranak Ziqri. Nasib baik kat hospital, diorang dah sediakan borang pendaftaran & tuliskan beberapa info pasal baby. Aku cuma perlu lengkapkan sikit lagi info tambahan macam nama baby & detail diri sendiri. Then bawalah borang tu g Pejabat Pendaftaran. Hospital pun ada bagi checklist apa barang2 lain yang nak kena bawa time pendaftaran ni macam IC parents (asal & salinan), borang yang tadi tu, sijil kahwin (asal & salinan) & buku check up Mama Eta (asal & salinan). Penting ni, buku check up yang asal pun kena bawa ke Pejabat Pendaftaran. Bukan apa, sebab masa aku g Klinik before tu, nurse minta untuk pegang buku check up yang asal tu. Xbolehlah macam tu kan, nanti nak wat surat beranak xlepas lak. Proses untuk buat surat beranak ni pun kejap je. Xsampai setengah jam kot aku kat sana. Tapi after sebulan kena datang lagi untuk amek MyKid.

So itu je laa perkara penting yang aku dah buat & bakal2 papa kena buat lepas baby lahir. Jaga anak pun penting tapi xkan tu pun nak kena tulis kat sini kan. Haha. Adoi, sebenarnya dalam kepala tengah pikir nak tulis cerita lain je. Cite pasal kronologi demam kuning Ziqri. Sebab tu post kali ni macam biasa2 je. Tapi still ok kan. Cerita yang baik untuk dikongsi dengan bakal papa yang lain.

Ok, terima kasih sebab luangkan masa korang untuk baca blog ni. 
Assalamualaikum..!

Thursday, 8 September 2011

Di Sebalik Tabir Kelahiran Musyrif Ziqri (Episod 2)

Ok, jom kita sambung cerita ni. Kepada sesape yang dah terlepas episod sebelum ni, boleh baca kat SINI. Nak mula cerita dari mana ye..? Ok laa, kita imbas balik waktu kitorang baru sampai Hospital Bersalin Razif (HBR).

Kitorang sampai kat HBR tepat jam 6 pagi. Lepas park kereta kat luar HBR, aku pun berlari ke tingkat 1 untuk dapatkan bantuan nurse bertugas. Picit loceng banyak kali. Muncul pun 2 orang nurse. 

Papa Deh: Cik, tolong..! Isteri saya dah nak bersalin..!
Nurse A: Anak pertama ke..? Dah berapa minggu..?
Papa Deh: Ye, anak pertama. Dah 32 minggu..!
Nurse A: Eh, baru 32 minggu mana boleh bersalin lagi Encik..

Oi, berapi je aku dengar kata2 Nurse A tu. Ye la, aku dah penat2 drive 3 jam, isteri dah meraung dalam kereta tu, dia boleh cakap lak yang isteri aku xboleh bersalin lagi waktu ni. So how..? Xkan nak biarkan je Mama Eta tahan sakit macam tu je kan. Aku pun mulalah meninggikan suara.

Papa Deh: Kan saya dah call tadi, korang gak yang cakap bawa dia ke sini..!

Then Nurse B agaknya baru teringat, dia pun bagitau kat Nurse A yang aku memang ada call tadi. Aku rasa mungkin Nurse B ni dah ingat2 lupa kot pasal panggilan telefon aku tu 3 jam lepas & baru sekarang kitorang sampai. Diorang pun mungkin dah tertidur agaknya dalam tempoh waktu tu.

Nurse B turun ke bawah, ikut aku pergi ke arah kereta sambil bawak wilca. Mama Eta lak, dalam keadaan antara sakit & lemah longlai, dok atas wilca tu. Nurse B tolak wilca ke tingkat 1. Aku follow sambil bawa segala fail & dokumen yang berkaitan. Sampai ke tingkat 1, Mama Eta diletakkan kat salah satu katil. Aku perasan yang kat sekeliling tu adalah katil pesakit2 yang lain. Ada pesakit yang terjaga bila dengar keadaan tengah kecoh2 tu. Mama Eta menjerit makin kuat.

Dalam keadaan yang mendebarkan ni, aku pun xberapa nak ingat susunan jalan cerita dia. Seingat aku, sebelum Mama Eta dibawa ke Labor Room, berlaku adegan yang menyakitkan hati ni. Nurse A cakap kat kitorang, "usia kandungan baru 32 minggu, kita xjamin bayi akan selamat bila keluar ye". Fuh, panasnya telinga aku dengar.

Mama Eta menjerit lagi. Aku cuba tenangkan dia. Nurse A boleh plak tanya, "baby dah nak keluar ke..?". Aku xboleh blah dengan soalan dia tu. "Manalah saya tau..!". "Encik sabarlah. Jangan panik macam ni". Grrrrrr, malas nak buka mulut lagi. Then Nurse A menunjukkan kepakaran dia. Dia check saiz bukaan & kedudukan baby. Saiz bukaan dah cukup besar. Kedudukan baby pun dah cantik, kepala kat bawah. So apa lagi, bawa Mama Eta menuju ke Labor Room.

Disebabkan keadaan yang emergency, Dr Razif sendiri yang uruskan proses kelahiran baby. Dr Norana (isteri Dr Razif), Nurse A & 2 petugas lain pun join menolong. Alhamdulillah dengan sekali push je, Mama Eta selamat melahirkan Ziqri secara normal. Diorang letak Ziqri bawah warmer & diberi bantuan oksigen untuk menstabilkan keadaan dia. Dr Norana panggil aku untuk azan kat telinga Ziqri. Tapi aku xleh nak dukung dia sebab ada bantuan oksigen tu kan. Ala, lagipun aku mana laa reti nak pegang baby kecik. 



Ni dialog antara aku & Dr Razif sebelum Mama Eta bersalin.

Dr. Razif: Bila dia mula rasa sakit ni..?
Papa Deh: Tengah malam..
Dr. Razif: Pukul berapa..?
Papa Deh: Dalam kol 12..
Dr. Razif: Dah tu kenapa lepas Subuh baru datang..? Patut bila rasa sakit tu, terus g hospital..!
Papa Deh: ... (Senyap je la. Malas nak panjangkan cerita)

Ni dialog antara aku & Dr. Razif selepas Mama Eta bersalin.

Dr. Razif: Kalau awal2 dah g mana2 hospital / klinik, boleh dapatkan suntikan untuk lambatkan kelahiran baby. Sekurang2nya kena 34 minggu dalam kandungan baru boleh bersalin.
Papa Deh: (Oh, boleh buat macam tu rupanya. Ingatkan dah rasa sakit tu, bersalin je la penyelesaiannya.)
Dr. Razif: Kalau saiz bukaan masa kamu sampai tadi kurang daripada 4 cm, saya boleh suntik untuk lambatkan baby keluar.
Papa Deh: Oh ye ke. Tadi saiz bukaan dah berapa cm..?
Dr. Razif: Dah maksimum.
Papa Deh: (Terbeliak mata O_O )

Selesai proses kelahiran, aku g solat Subuh. Syukur sangat2 segalanya dah selesai dengan baik. Mama Eta dah boleh keluar dari labor room tapi still kena stay kat HBR. Baby diletakkan kat nurseri, masih bawah warmer + bantuan oksigen. Mama Eta baring atas katil, lega dah rasanya. Aku mulakan kerja menginform orang ramai pasal kelahiran Ziqri.

 Mak: Helo, Assalamualaikum.
Papa Deh: Waalaikummussalam.
Mak: Urm, kenapa..?
Papa Deh: Eta dah bersalin.
Mak: Hah..?? Kat mana..?? Pok pek pok pek pok pek pok pek.. Tahniah..
Papa Deh: Tq =)


Mak Mertua: Helo.
Papa Deh: Helo. Mak, Jedeh Zaidi ni.
Mak Mertua: Hah, kenapa?
Papa Deh: Eta dah bersalin.
Mak Mertua: Hah..?? Kat mana..? Mak dah cakap jangan pergi jalan jauh2..!! Pok pek pok pek pok pek pok pek..Nanti Mak datang.
Papa Deh: Ok.

Aku call dua orang ni je. Yang lain semua aku inform by SMS & facebook.

Bila diimbas balik semua yang berlaku tu, aku rasa sangat bertuah. Nasib baik Mama Eta kena contraction pada waktu malam, so kitorang x stuck dalam traffic jam. Nasib baik Mama Eta dapat bertahan sampai ke HBR, kalau x sure dah bersalin dalam kereta. Nasib baik kedudukan baby sebelum keluar dah betul, kalau x kenalah operate. Nasib baik dulu beli FoFi (1.6cc), bukannya Mazda2 (1.4cc).

Thanks laa kat semua yang datang melawat, yang bagi hadiah, yang call aku, yang wish tahniah kat facebook & sms. Thanks semua..! 5 September 2011 memang hari yang sangat bermakna untuk aku, Mama Eta & Musyrif Ziqri.

Tuesday, 6 September 2011

Di Sebalik Tabir Kelahiran Musyrif Ziqri (Episod 1)

Ramai dah tau yang Mama Eta dah selamat melahirkan anak sulung kami semalam iaitu 5 September 2011 (Isnin) bersamaan dengan 7 Syawal 1432H di Hospital Bersalin Razif, Klang pada jam 6:16 pagi. Bayi lelaki kami ni diberi nama Musyrif Ziqri. Musyrif bermaksud tinggi / pengawas. Ziqri bermaksud terpuji / yang memuji Allah. Ziqri dilahirkan premature iaitu pada usia kandungan baru mencecah 32 minggu. Walau bagaimanapun, berat badan Ziqri kira ok laa, iaitu 2.32 kg dan tinggi dia 52 cm.

Aku xnak tulis panjang2 lagi pasal perkara yang korang dah tau tapi aku nak mengarang pasal apa yang berlaku sebelum, semasa & selepas kelahiran Ziqri. Cerita ni mungkin akan meleret2. Tapi xkisah laa, pengalaman yang mungkin sekali seumur hidup, haruslah disimpan & diingat sampai bila2.

Sehari sebelum Ziqri lahir iaitu pada 4 September (Ahad), kitorang g Cherating, Pahang. Orang lain semua gerak balik ke arah KL sebab dah nak start kerja & sekolah keesokan harinya tapi kitorang berbeza. Kitorang awal2 lagi dah apply cuti sampai 7 September (Rabu) sebab nak bercuti kat tepi pantai. Nak dikatakan 2nd honeymoon pun bolehlah. Lagipun sebelum aku g Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) pada 1 Oktober ni, baik kitorang luangkan lebih banyak masa bersama. Ingat ni, perjalanan dari Jenjarom ke Cherating adalah lebih dari 4 jam. Ingat je, nanti adalah kaitan dengan cerita kat bawah.

Jenjarom - Cherating, 306 km

Pada malam tu, Mama Eta tidur awal dalam pukul 11 mlm kalau xsilap. Aku lak tengok tv sampai kol 12, then baru tidur. Kira2 lepas setengah jam agaknya aku tidur, Mama Eta kejut aku.

Mama Eta: Sayang, sakit perut -____-
Papa Deh: Kenapa..?
Mama Eta: Entah, salah makan tadi kot..
Papa Deh: Oh, ye ke.. (sambung tidur)

Waktu aku sambung tidur tu, Mama Eta pun terus baring & menahan rasa sakit tu. Then xtau bila, dia g toilet. Buang air besar. Time tu dia perasan ada darah yang keluar sekali. Dah rasa xsedap hati, Mama Eta kejut aku. Masa tu lebih kurang pukul 2:15 pg. Mama Eta cerita pasal darah yang keluar tu. Pada masa sama, perut Mama Eta rasa sakit yang lain macam secara berkala. Setiap 3 minit rasa sakit. Aku rasa ni dah macam tanda2 contraction. Boleh x korang bayangkan situasi kitorang? Dalam kepala masing2 fikir usia kandungan baru je masuk 32 minggu, xkan nak bersalin dah.

Aku bercadang nak call 999, minta ambulans dari mana2 hospital / klinik berdekatan ambil Mama Eta & buat pemeriksaan. Mama Eta xsetuju. Rasa sakit tu datang lagi. Ish, xboleh jadi ni. Then nak wat macam mana..? Mama Eta cadang supaya aku tidur dulu, after subuh kalau masih x ok, kitorang gerak balik Jenjarom + wat check up kat Hospital Bersalin Razif (HBR). Kali ni aku lak yang xsetuju. Apa celup aku nak tidur tapi isteri kat sebelah sakit lain macam. Lastly, kitorang setuju untuk call HBR & tanya pendapat diorang.

HBR: Helo, selamat pagi =)
Papa Deh: Helo. Cik, saya nak tanya. Isteri saya mengandung 32 minggu & darah dah keluar. Macam mana..?
HBR: Ada rasa sakit x..?
Papa Deh: Ada..
HBR: Contraction..!
Papa Deh: So macam mana..?
HBR: Bawa dia datang sini untuk check up..!
Papa Deh: Tapi kitorang kat Cherating. So better pergi mana2 klinik / hospital kat sini dulu ke atau boleh g sana je..?
(Tetiba line terputus)

Ah sudah. Aku fikir balik perbualan telefon tadi & decide untuk bawa Mama Eta pergi hospital..! Lalu kami pun packing barang2 & check out hotel pukul 2:45 pg. Aku pun memecut FoFi pada malam yang gelap tu tapi Alhamdulillah cuaca baik. Dalam kereta, Mama Eta sekejap2 menjerit sakit..! Adoi kesiannya.

Masa kitorang lalu Lebuhraya Pantai Timur, aku nampak signboard Hospital Kuantan. Aku tanya Mama Eta, "nak g hospital sini..?". Dia xnak. Then nampak signboard Hospital Temerloh. Aku tanya lagi, "nak g hospital sini..?". Dia xnak gak. Jauh lepas tu, nampak signboard Hospital Bentong. Tapi kali ni aku xnak tanya lagi, aku yakin jawapan dia tetap sama, xnak.

Masa perjalanan tu jugak, muncul masalah lain. Minyak FoFi dah nak habis..! Awal2 perjalanan tu Mama Eta dah tanya samada minyak kereta cukup ke tak. Bila aku jeling tengok meter minyak FoFi, ada lagi setengah tangki. Jadi aku fikir kalau Jenjarom-Cherating pakai setengah tangki je, so Cherating-Klang pun setengah tangki laa jugak. Paling cikai pun, mungkin kitorang dah masuk area KL masa minyak dah nak dekat habis & isi kat sana je la. So aku pun cakap laa kata Mama Eta yang minyak tu cukup. Tapi sangkaan aku meleset. Kalau dah drive sampai 160km/j (rekod peribadi aku), jangan haraplah boleh jimat minyak. Makin cepat dia habis, ada laa..!

Keadaan ni jadi masa kitorang kat Lebuhraya Pantai Timur. Disebabkan rasa risau takut xsempat nak sampai stesen minyak, aku decide untuk amek exit Jengka. Kalau xsilap aku laa, exit tu exit Jengka. Aku tanya kat gadis tol yang bermata MERAH (bukan hantu tapi baru bangun tidur) mana stesen minyak paling dekat. Dia pun tunjuk arah. Aku drive ke arah tu. Dugaan..! Jalan gelap, satu lorong, bengkang-bengkok, kereta depan slow. Finally sampai pun stesen minyak. Lepas isi minyak full, kitorang pun patah balik ke highway. Nak dijadikan cerita ni lagi best, xjauh lepas exit Jengka tu ada Shell kat R&R Temerloh..! Grrr, membazir 15 minit..!

Setibanya kitorang kat Kolumpo, (baru lepas tol Jalan Duta, belum sampai area Klang lagi) jeritan Mama Eta makin kuat. Kalau sebelum ni dia cuma tahan sakit dengan cara pegang pemegang pintu FoFi kuat2 & jerit kesakitan dalam hati je, kali ni memang dah xboleh blah lagi. Tangan aku dipegang erat sekuat2nya, Mama Eta menangis & menjerit dah tahap meraung. Sampai satu tahap tu, Mama Eta ketuk tingkap FoFi kuat gile. Terkejut & cuak aku. Fuh xboleh jadi ni. Aku kuatkan lagi volume CD Zikir yang memang dah dipasang dari mula perjalanan tadi. Kitorang beristighfar, mengucap dll bersama2. Aku mengaku yang aku sendiri pun menangis masa mengucap dua kalimah syahadah sebab kesian dengan Mama Eta & takut dengan keadaan masa tu. Aku tambah lagi speed kereta sampai 180 km/j (pecah rekod peribadi) & semua lampu isyarat warna merah pun aku langgar. Merbahaya tapi dalam keadaan berhati2. Alamak, x check saman lagi. Time raya ni banyak speed trap. Adoi, habislah -_____-

Finally, kami sampai pun ke HBR tepat jam 6 pagi. Ingat lagi x aku dah pesan awal2 tadi supaya korang ingat yang perjalanan Jenjarom-Cherating amek masa lebih 4 jam..? So kali ni kitorang amek masa 3 jam 15 minit je. Kalau tolak masa 'bersiar2' kat Jengka tadi tu, so total time 3 jam je. Gile, aku sendiri pun terkejut. Korang jangan mencontohi perbuatan aku ni ye. Ok, sambung cerita. Lepas park kereta kat luar HBR, aku pun berlari ke tingkat 1 untuk dapatkan bantuan nurse bertugas. Picit loceng banyak kali. Muncul pun 2 orang nurse. 

Papa Deh: Cik, tolong..! Isteri saya dah nak bersalin..!
HBR: Anak pertama ke..? Dah berapa minggu..?
Papa Deh: Ye, anak pertama. Dah 32 minggu..!
HBR: Eh, baru 32 minggu mana boleh bersalin lagi Encik..

Ah sudah. Isteri aku dah sakit gile kat dalam kereta tu xboleh nak bersalin lagi ke..? Apa celup ni..?

Hahaha, bikin saspen. Aku dah penat laa menulis. Tapi excited nak berkongsi pengalaman ni. Nanti aku sambung kat episod 2 laa. Korang pun sure xlarat nak baca karangan aku kalau panjang sangat kan. Bagi aku relax dulu, refresh sepam, recall balik secara teliti apa yang terjadi semalam & transfer memori tu dalam bentuk tulisan.

Ok, Assalamualaikum..~!!

Ziqri, jom kita main..! Ngeh ngeh ngeh =)

Saturday, 3 September 2011

Check up kali ke-8, Minggu ke-32, Mama Eta Diabetes..?

Mama Eta ada diabetes..? Aku harap sangat jawapannya TAK..

Mama Eta diarahkan oleh doktor yang wat check up tadi supaya datang ke hospital pada 7 September ni untuk menjalani Oral Glucose Tolerance Test (OGTT). Ujian ni bertujuan untuk menentusahkan (wujud ke perkataan ni..?) samada Mama Eta betul2 menghidap diabetes atau tak. Aku harap sangat jawapannya TAK..

Alkisah cerita check up hari ni bermula dengan berita yang sangat masin aka kurang enak. Berat badan Mama Eta yang terkini, pada minggu ke-32 mengandung ni, adalah 69.5 kg. Bermaksud berat badan Mama Eta dah naik sebanyak 3.5 kg dalam tempoh 2 minggu..!! Ye betul, aku ulang, naik 3.5 kg dalam tempoh 2 minggu..!! So total kenaikan berat badan dari sebelum mengandung sampai sekarang dah jadi 19.5 kg..!! 

Kenaikan yang amat mendadak yang sampai buat kitorang rasa sangat xlogik. Memanglah sekarang tengah musim raya tapi kalau nak diikutkan, selera makan Mama Eta biasa je. Apa Mama Eta makan, aku pun makan. Tapi berat aku maintain je.

Bila masuk bilik doktor, dia xtegur pun pasal kenaikan berat badan Mama Eta. Sebaliknya Mama Eta ditegur dengan satu lagi berita masin + masam + pahit + tawar, di mana kandungan gula dalam air kencing dia xnormal. Nak lagi tepat, figure dia 3.2. Apa unitnya aku xtau. Sebagai perbandingan, bila aku tanya doktor berapa figure yang normal, jawapannya adalah sifar. Ye sifar, ataupun kosong, 0..

Doktor mengesyaki Mama Eta mungkin menhidap diabetes. Nak menguatkan lagi andaian doktor ni, ahli keluarga terdekat Mama Eta pun ada yang menghidap diabetes. Astaghfirullah, betul ke doktor ni..? Aku harap sangat jawapannya TAK..
Diabetes tidak mengakibatkan kenaikan berat badan, sebaliknya kenaikan berat badan yang mengakibatkan Diabetes..
OGTT ni caranya senang. Mama Eta perlu berpuasa mulai pukul 10 malam sehari sebelum darah dia diambil (jam 8 pagi). Selepas darah diambil, Mama Eta dikehendaki minum air glukos yang teramat manis. Kemudian berehat selama 2 jam (xdibenarkan untuk buat sebarang aktiviti berat dalam tempoh ni). Finally diambil darah sekali lagi. Keputusan samada Mama Eta ada Diabetes atau tak akan diketahui pada check up yang berikutnya, pada 15 September. Aku harap sangat jawapannya TAK..

Ada sesape yang pernah mengalami keadaan ni nak berkongsi x..? Huhu, moral sedikit down tapi still kena kuatkan semangat..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...