Friday, 28 September 2012

Gopinath Jayaratnam

Assalaaaamualaikum..~!!

3 hari lepas, BIL share gambar ni kat Facebook.


Aku memang terkejut baca status ni. Korang boleh baca sendiri kan apa yang tertulis. Melampau. Lepas tengok benda ni, aku pun terus cari FB Gopinath Jayaratnam. Ada 1 je status terkini yang sempat & boleh aku baca. Kata si Gopinath ni, FB dia kena hack, ada orang ceroboh masuk & tulis status menghina Allah & Nabi Muhammad. Waalahu'alam.

2 hari lepas, aku nampak gambar ni lak kat FB.


Adei, dahsyat betul. Habis rumah & kereta Gopinath kena serang. Ada orang komen bagitau yang Gopinath sekeluarga dah diselamatkan oleh jiran tetangga. Ada gak orang komen bagitau Gopinath kena tahan dengan polis untuk soal siasat. Waalahu'alam.

Hari ni, aku cuba buka FB Gopinath Jayaratnam sekali lagi tapi tak jumpa lak. Sama ada dia dah tutup akaun atau deactivate. Entah laa. Sebaliknya apa yang aku jumpa bila search nama dia adalah semua page & group ni.
  • Bunuh Gopinath Jayaratnam (309 likes)
  • Gopinath Jayaratnam Penghina Nabi Muhammad S.A.W (424 likes)
  • Rejam Sampai mati Gopinath Jayaratnam menghina nabi Muhammad S.A.W (141 likes)
  • Kami Bantah Penghinaan Gopinath Jayaratnam Terhadap Nabi Muhammad (994 likes)
  • Anti Gopinath Jayaratnam (281 members)

Kalau betullah Gopinath Jayaratnam ni yang menulis status keji tu & kalau betullah apa yang orang kata yang Gopinath memang suka cari masalah dari dulu lagi, dia memang teruk & patut dihukum. Mana boleh terima kalau ada orang yang mengutuk agama Islam.

Tapi aku tak setuju dengan 'hukuman' yang dia dah terima sekarang macam kat gambar atas ni tanpa dipastikan sama ada memang betul dia bersalah. Siapa korang untuk menghukum dia dengan segala bentuk kekerasan macam ni..? Kenapa tak guna saluran yang betul..? Buat laporan polis, disiasat & diadili.

Macam mana kalau Gopinath Jayaratnam ni jujur sebenarnya, memang bukan dia yang tulis status menghina Allah & Nabi Muhammad..? Siapa nak tanggung kerugian harta benda & segala bentuk tekanan yang dia hadapi..?

Hadui, menegakkan Islam bukan dengan cara kekerasan je semata-mata.

Tips tambahan: jangan lupa logout FB bila dah habis guna, takut kena hack lak.

Waalahu'alam.

Thursday, 27 September 2012

Theo: Growing Up Fast

Assalaaaaamualaikum..~!!

Lepas baca buku Red: My Autobiography baru-baru ni, aku meneruskan hobi membaca kisah pemain-pemain bola sepak yang terkenal dengan membeli buku Theo: Growing Up Fast. Buku ni ditulis sendiri oleh Theo Walcott, pemain bola sepak kelab Arsenal & England.


Sebenarnya aku dah nampak buku ni semasa nak beli buku Gary Neville lagi hari tu. Tapi disebabkan aku kipas-susah-mati Manchester United, haruslah aku beli buku lagenda MU tu dulu. Bila dah habis baca & teringin nak membaca lagi, barulah aku beli buku ni.

Sejujurnya, aku ketawa sinis bila baca tajuk buku Walcott ni. Growing up fast. Hehs. Tapi tak baek laa. Walaupun dia main OK OK je tapi hakikatnya jauh lagi OK daripada aku kan :p

Bila dah baca buku ni, walaupun baru chapter 1, aku teruja dengan cerita dia..! Buku ni sebenarnya lagi menarik daripada buku Gary Neville, pada pandangan aku laa. Walaupun Walcott baru setahun jagung dalam dunia bola sepak ni kalau nak dibandingkan dengan Neville tapi kisah kehidupan dia disusun & diceritakan dengan dinamik. Pergh, bahasa.

Walcott tak bercerita macam kebanyakan penulis lain yang suka menulis ikut peredaran zaman dari waktu kecik sampai ke dewasa. Sebaliknya dia terus mulakan cerita dengan kontroversi pemilihan dia dalam skuad England masa Piala Dunia 2006, masa umur dia baru 17 tahun.

Aku seronok bila dia bercerita dari perspektif seorang insan biasa yang mula menempuh dunia glamor & berdepan dengan bintang-bintang bola sepak popular macam Thierry Henry, Dennis Bergkamp, Wayne Rooney, Robert Pires dll.

Antara topik yang seronok dibaca bila Walcott membongkarkan kes tak puas hati William Gallas dengan pemain Arsenal yang 6 tahun lagi muda daripada dia, kes Steven Gerrard mengeji Walcott dalam buku autobiografi dia & kes RVP gaduh dengan Walcott. Wah!

Ok laa, terlebih banyak memuji lak. Siapa rasa nak beli, pergi laa ke MPH ye. Koleksi autobiografi / biografi pemain bola sepak aku dah bertambah, yeah!

  1. Rio: My Story (Rio Ferdinand, 2006)
  2. Wayne Rooney: The Way It Is (Wayne Rooney, 2007)
  3. Giggs: The Autobiography (Ryan Giggs, 2007)
  4. Gerrard: My Autobiography (Steven Gerrard, 2007)
  5. Carra: My Autobiography (Jamie Carragher, 2009)
  6. Messi: The Inside Story of the Boy who Became Legend (Luca Caioli, 2010)
  7. Torres: El Nino: My Story (Fernando Torres, 2010)
  8. Red: My Autobiography (Gary Neville, 2011)
  9. Theo: Growing Up Fast (Theo Walcott, 2011)

Tuesday, 18 September 2012

Tayar Kereta Pancit

Assalaaaaamualaikum..~!!

Entri kali ni aku tujukan khas untuk diri sendiri yang saaaaaangat rendah pengetahuan pasal nak selenggara kereta, sebagai rujukan pada masa akan datang :p Kalau korang pun serupa macam aku, eloklah baca perkongsian pengalaman ni sebagai panduan. Hohoho.

Sabtu lepas, aku hantar Mama Eta kerja kat PKD Kepong. Dalam perjalanan tu, tetiba ada bunyi pelik yang kami dengar.

Mama Eta : Bunyi apa tu..?
Aku : Entah, macam bunyi tayar..
Mama Eta : Eh, bukanlah. Ada helikopter..!

Disebabkan oleh sifat ingin tau yang membuak-buak, aku pun hentikan kereta kat lorong kecemasan. Masa tu kat highway ELITE ye. Aku turun dari kereta. Dengan lagak serba tau, aku pun cari punca bunyi pelik tu. Adoyai, sekali tayar kereta pancit daa..!!


Terus terang, aku tak reti tukar tayar kereta. Patut ke aku rasa malu..? Haha. Satu-satunya waktu aku pernah tukar tayar kereta, kira-kira 7 tahun lepas. Tu pun kena paksa & kena ajar dengan petugas PLUS, masa otw balik kampung dengan mak. Sekarang ni, apa pun tak ingat.

Mula-mula aku telefon Proton I Care 1300-88-0888 untuk dapatkan bantuan. Operator kata waktu kerja dia pada hari Sabtu hanya mula pukul 830 pagi, masa kejadian baru pukul 8 pagi. Bila aku call 1800-88-8398 (Proton I Care 24 Hours Asst), operator cadangkan aku call Takaful Maybank (syarikat insurans kereta aku) untuk dapatkan bantuan tukar tayar. Bila aku call 1800-80-6491, operator cadangkan aku call PLUS Ronda sebab lokasi kejadian sekarang kat highway. Akhirnya lepas aku call 1800-88-0000, operator bagitau bantuan akan sampai dalam tempoh 20-30 minit kalau takde masalah.

Tunggu punya tunggu, lepas 40 minit, bantuan pun sampai. Ok laa, baik orangnya. Lepas siap tukar tayar spare, kami pun sambung perjalanan pada kelajuan maksimum 80 km/j. Ada sticker kat tayar spare tulis amaran 80 km/j tu. Oh, jangan lupa pam tayar spare, angin dah kurang.

Lepas turunkan Mama Eta kat PKD Kepong, aku pergi kedai tayar berdekatan. Beli 2 tayar depan yang baru, tukar brake pad, camber kit & buat alignment tayar. Pergh, ayat macam hebat je. Brake pad tu tukar sebab memang dah ada problem bunyi yang lain macam kat tayar sebelum ni. Camber kit tu lak macam skru je rupa dia. Orang kedai tu tengok alignment tayar dah lari banyak, jadi kena tukar camber kit, baru senang nak betulkan alignment.

Anggaran kos lebih kurang macam kat bawah ni laa. Ok ke tak..? Minta-minta aku tak kena tipu. Kering dah kocek seluar..

Item
Harga (RM)
Tayar Silverstone M5 195-60-15 (2 unit)
420.00
Mustop Front Brake Pad Set P/Persona
85.00
Alignment Front & Rear
30.00
Camber Kit (depan kiri, depan kanan)
40.00
Upah pasang
40.00

Sebagai pengajaran, eloklah kalau korang tukar tayar dengan brake pad kat bahagian depan kereta selepas 3 tahun @ 60,000 km perjalanan.

Akhir kata, hati-hati di jalan raya. Wassalam.

Monday, 10 September 2012

Red: My Autobiography

Assalaaaaamualaikum..~!!

Aku nak berkongsi dengan korang mengenai satu buku yang aku baru beli & dah habis baca ni. Red: My Autobiography menceritakan kisah seronok & sadis Gary Neville (bekas pemain bola sepak kelab Manchester United) dari kecil sampailah dia bersara. Buku ni diterbitkan pada tahun 2011, jadi cerita dia masih dikira up to date. Pada pandangan aku, buku ni memang best & wajib dibaca oleh korang yang minat membaca + minat bola sepak, tak kira laa korang sokong MU ke tidak. 


Membaca buku autobiografi / biografi pemain bola sepak dah jadi hobi baru aku sekarang. Sebenarnya aku lagi suka autobiografi daripada biografi sebab bila si empunya badan tu yang tulis sendiri kisah dia, baru ada feel. 

Kat bawah ni aku senaraikan antara koleksi buku autobiografi / biografi pemain bola sepak yang ada dalam rak buku aku kat rumah. Mana laa tau kan kalau korang nak pinjam atau nak dapatkan review dan sebagainya. Jangan segan silu untuk tanya :p

  • Rio: My Story (Rio Ferdinand, 2006)
  • Wayne Rooney: The Way It Is (Wayne Rooney, 2007)
  • Giggs: The Autobiography (Ryan Giggs, 2007)
  • Gerrard: My Autobiography (Steven Gerrard, 2007)
  • Carra: My Autobiography (Jamie Carragher, 2009)
  • Messi: The Inside Story of the Boy who Became Legend (Luca Caioli, 2010)
  • Torres: El Nino: My Story (Fernando Torres, 2010)

Nadi Ilmu Amalan Membaca
Sekian, wassalam.

Wednesday, 5 September 2012

Happy Birthday Ziqri

Assalaaaaamualaikum..~!!

Alhamdulillah, genap setahun dah anak aku yang sorang ni, Musyrif Ziqri.

Sempena dengan ulang tahun kelahiran Ziqri, Mama Eta & aku sambut secara sederhana je. Belanja keluarga makan. Keluarga ni termasuklah keluarga along, angah, uda & ucu. Jadi, kira-kira ada dalam 30 orang gak laa.

Mama Eta ambil cuti hari ni sebab nak berkepit dengan birthday boy. Aku kerja. Jadi Mama Eta laa mastermind untuk segalanya. Tempah KFC & beli Kek Chocolate Banana kat Secret Recipe. Petangnya lepas waktu kerja, aku bawa Mama Eta pergi ambil 30 pax Snack Plate kat KFC. Oo mak ai, berat gila..!

Pukul 8.00 mlm, semua orang dah mula berkumpul. Tema warna baju Ziqri, Mama Eta & aku adalah merah. Saje je menggedik nak pakai sama warna. Haha. Ambil gambar banyak-banyak, macam artis. Lepas tiup kek, potong kek, makan, kenyang, Alhamdulillah.


Semoga Ziqri membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh. Amin.

Monday, 3 September 2012

Jawatan Kosong Pekerja Sambilan Harian

Assalaaaamualaikum..~!!

Bos minta aku uruskan pengisian 1 jawatan kosong kat Bahagian I&P, MOSTI ni. Ada sesiapa yang berminat..?

Jawatan: Pekerja Sambilan Harian

Senarai Tugas:
  • Membantu menguruskan program di bawah Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional (SGI) 2012 terutama hal-hal berkaitan Karnival Sains dan Inovasi Zon Sarawak, Zon Tengah, National Innovation Conference and Exhibition (NICE) dan Anugerah Inovasi Negara.
  • Membantu Jawatankuasa Aktiviti dan Pameran untuk kerja-kerja penyelarasan dengan pelbagai pihak yang terlibat, pembahagian booth/tapak/logistik/makanan  serta pemantauan di tapak Karnival Sains dan Inovasi 2012.
  • Membantu menyelaras dan mengkordinasikan soal selidik SGI2012 semasa program Karnival Sains dan Inovasi Zon Sarawak, Zon Tengah, National Innovation Conference and Exhibition (NICE) dan Anugerah Inovasi Negara diadakan.
  • Membantu memasukkan data-data soal selidik SGI2012 di dalam sistem yang disediakan dan membuat analisa data.
  • Membantu menyediakan laporan pelaksanaan semua aktiviti SGI 2012 untuk didokumenkan dan dicetak.

Tempoh Perkhidmatan: Tidak melebihi 3 bulan. Jika ada keperluan, boleh dilanjutkan sehingga maksimum 3 bulan lagi.

Waktu Bekerja: 9 jam sehari termasuk waktu rehat.

Kadar Upah: 
  • RM100 sehari (Ijazah Sarjana Muda);
  • RM72 sehari (STPM / Diploma); 
  • RM 54 sehari (SPM).

Jantina: Lelaki

Tarikh Tutup Permohonan: 4 September 2012 (11.59 mlm)

Kalau berminat, emel curriculum vitae (CV) dengan gambar & sijil ijazah / diploma / STPM / SPM kat mohdzaidi@mosti.gov.my.

Terima kasih.

Sunday, 2 September 2012

Selera Laman Perdana

Assalaaaaamualaikum..~!!

Semalam Mama Eta, Musyrif Ziqri, mak & aku makan malam kat Selera Laman Perdana, Presint 1, Putrajaya. Sejak tempat ni dibuka dari 1 Mac lepas, ni laa pertama kali aku ke sana.

Sumber: Perbadanan Putrajaya
Selera Laman Perdana ni terletak kat tengah-tengah antara Kompleks A & B Jabatan Perdana Menteri, menuju ke arah Masjid Putra / Dataran Putra dari bulatan yang sangat besar tu. Jualan makan minum kat sini menggunakan konsep gerai. Ada baaaaanyak gerai. Luas kawasan tak besar tapi tak kecik gak, sedang elok laa. Dari segi suasana lak tak mewah tapi masih selesa.


Macam-macam makanan ada dijual kat sini macam nasi goreng, nasi lemak, nasi ayam, mee, char kuey teow, rojak, sate, roti canai, masakan barat, burger dll. Harga jualan pun ok..!

Nasi Goreng USA (RM5); Mee Goreng Tsunami (RM4); Rojak Pasembur (RM4)

Jadi kalau korang datang ke Putrajaya, bolehlah cuba makan kat Selera Laman Perdana. Kalau yang bekerja kat Putrajaya, lagilah harus datang kat sini. Bagi aku, makanan kat sini sedap. Bagi korang lak, dah cuba baru tau.

Selamat mencuba..!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...