Monday, 1 October 2012

Refleksi DPA Oktober

Assalaaaamualaikum..~!!

Tahun lepas, pada tarikh hari ni, 1 Oktober, aku pergi lapor diri kat INTAN Bukit Kiara untuk Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) Bil.1/2011. Cepatnya dah setahun. Macam-macam kenangan pahit manis dalam tempoh 6 bulan berkursus dan menguruskan badan tu.

1 Oktober, kenangan yang paaaaaaaaaaaaling aku tak boleh lupakan. Hari aku meninggalkan keluarga & tak tau pun bila boleh jumpa balik. Keluar rumah pukul 7 pagi. Bubbye isteri, bubbye anak. Sedih wo.

Mama Eta curi-curi ambil gambar aku, malam terakhir sebelum g DPA

Isteri, Mama Eta masih dalam tempoh berpantang. Anak, Musyrif Ziqri baru je lahir 26 hari. Ziqri kena jaundis, hampir setiap hari Mama Eta kena bawa pergi hospital untuk buat pemeriksaan. Lepas 63 hari baru sihat. Kesian.

Selepas sesi pendaftaran, semua peserta DPA dibawa ke Kem Lambaian Danau, Jasin untuk modul Integrasi Kumpulan. Urus setia kutip semua handphone. Tak boleh nak contact keluarga. Dah le kena berpisah, sekarang tak boleh berhubung lak. Kesian kesian.

3 Oktober, kami kembali ke INTAN Bukit Kiara selepas 3 hari berkhemah.

4 Oktober, Kursus DPA diteruskan dengan Modul Kenegaraan lak dari hari Selasa sampai Sabtu. Peserta-peserta Kursus pun dah dibahagikan kepada 6 Sidang. Aku dalam Sidang C. Ikut jadual yang diterima, modul lepas ni untuk Sidang C dibuat kat IKWAS, Kluang selama 2 minggu. Tayar bas akan bergolek pada hari Ahad. Errr, bila boleh jumpa keluarga..?

7 Oktober, selepas tamat program untuk Modul Kenegaraan pada hari Sabtu (malam), semua peserta diarahkan untuk balik ke asrama. Urus setia benarkan peserta kursus untuk keluar / balik pada hari Ahad kecuali Sidang C dengan D sebab kami kena gerak keluar - IKWAS & INTIM masing-masing. Aku minta izin untuk balik rumah malam tu gak & datang balik ke INTAN keesokan hari atas alasan anak tak sihat tapi permohonan ditolak. Sampai hati.

Aku ingat lagi, malam tu sebenarnya ramai yang dah curi-curi gerak balik awal. Sekali lepas waktu tengah malam, urus setia buat pemeriksaan mengejut. Kantoi laa siapa yang dah balik tu, dapat Surat Tunjuk Sebab (STS).

8 Oktober, gerak ke IKWAS. Ada 2 modul masa kat situ - Pentadbiran & Pembangunan Wilayah dengan Pengurusan Kewangan. Harapan untuk dibenarkan balik pada hujung minggu tinggal harapan je sekali lagi. Kami hanya dibenarkan keluar sampai pukul 7 ptg je pada hari Sabtu atas alasan keselamatan -___- Ahad tak boleh keluar tapi keluarga dibenarkan masuk. Sebaliknya dekat INTAN Bukit Kiara, semua pun boleh balik lagi. Kesian kan kitorang? Kesian kesian kesian.

15 Oktober, Mama Eta drive dari Jenjarom ke Kluang, bawa Ziqri, MIL & adik ipar. Apa boleh buat, nak jumpa punya pasal, baru 40 hari lepas bersalin dah drive sejauh ni. Alhamdulillah, berjumpa gak kami.

Akhirnya dapat jumpa Mama Eta & Ziqri

24 - 28 Oktober, minggu ni Sidang C kena modul Pengurusan Majlis. Aku suka modul ni. Belajar pasal protokol, etika dll. Paling best bila pada hujung modul ni, kami kena anjurkan Malam Protokol. Tema malam tu dinamakan Chinta Puteh, mengimbas balik karya-karya seni Allahyarham Tan Sri Dr. P. Ramlee.

Satu kenangan yang tak boleh lupa bila aku & Hafizs Khar yang bertanggungjawab untuk sediakan skrip persembahan, boleh sama-sama terlelap dalam 5 saat masa tengah brainstorm idea. Tak faham? Biarlah, hanya kami je yang faham & rasa kelakar tu :p

Salah satu modul favourite - Pengurusan Majlis

29 Oktober - 5 November, hari pergerakan ke modul Outward Bound School (OBS)  kat Lumut dimulakan awal 1 hari iaitu pada hari Sabtu sebab modul ni akan ambil masa selama 8 hari & kami nak cepat balik kampung sambut Raya Haji pada 7 November. Walaupun modul OBS tak seronok sebab handphone disimpan oleh urus setia tapi dia jadi best dengan aktiviti-aktiviti yang dibuat. Paling seronok pada aku laa, aktiviti berkayak keliling Pulau Pangkor & whaler. Terbaek..!

Sketsa Hantu Kak Limah Pergi OBS. Lawak gile!

Kesimpulannya, pengalaman masa bulan pertama kat Kursus DPA ni bercampur-baur. Ada masa sedih, ada masa seronok. Apa yang penting, semua pengalaman ni membuatkan diri kita makin tabah dan kuat. Aku rasa laa :)

Refleksi seterusnya bulan depan ye :p

Sekian, wassalam.


2 comments:

  1. ha a sila buat refleksi bulanan bertemakan 'sy cintakan DPA' sbyk 20 muka surat. esok pukul 8 pagi, submit! :P

    teringat masa awal-awal kenal catalyst tu, ada dgr jugak pasal anak ko xsihat kan. tp depa ni susah betul nk bg pelepasan. terpaksa menabahkan diri. skrg ni kita enjoy je la kat ofis kan sambil dgr cerita kwn2 batch baru ni masuk DPA pulak xD

    ReplyDelete
  2. Ingat lagi masa aku merayu nak balik lepas habis modul Kenegaraan tu, Zazil dengan Mazlina menangis tumpang rasa sedih. Huhu.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...